Thursday 20 November 2014

Menulis sajak?

Assalamualaikum,

Lama dah tak berceloteh di sini ya. Tukang punya belog nie mmg tengah "lemau" nak menulis sekarang, sebab tu belog bersawang. Tapi yang sebenarnya takde ape2 nak diceritakan. Dan korang tahulah sekarangkan, musim hujan di pantai timur. Ku pun turut menjadi mangsa banjir. Tapi kat kawasan kampungku tak banjir mana. Dekat kg lain boleh dikatakan teruk gak. Semoga mereka berada dalam keadaan selamat. Boleh jadi musim sejuk pun boleh buat diri aku malas menulis entry panjang (ok, sedikit tipu di situ). Dahlah membebel, kita terus ke topik asal ya? hehehe

Semalam aku join satu contest spontan yang dianjurkan oleh kak penulis Fauziah Ashari, pemilik Intens Idea. Contest ape? Contest reka sajak berdasarkan gambar.



Ini lah gambar yang kak FA post dekat statusnya. Lepas tu korang bebas nak buat sajak mengikut kreativiti masing-masing.

Mula tu aku tak rasa pun boleh buat tapi tangan nie gatal pulak nak reka jugak sajak. Tak menang pun tak kesah sebab aku join dengan niat nak memeriahkan suasana saja. Nak baca ke sajak yang aku reka tu? Tapi korang janji jangan gelak ehh..aku gelak takpe...hahaha..

Ini namanya sajak "secoet". Sajak yang orang lain tulis semua panjang2, aku je pendek sikit. Maklumlah budak kecik nie mana reti nak karang sajak panjang2. Just tulis ape yg terlintas di hati jer.

Ku melihat
titisan hujan menitis di dedaunan
mengekalkan kehijauan
demi menyegarkan pancaindera manusia
Ibarat sebuah kehidupan
yang kadangkala kehujanan disimbahi masalah
Namun...
tak usah goyah
terus teguh menjulang azam
demi menempuh cabaran mendatang.

hehehe...poyo je kan sajak kat atas tu...:P

Dan petang semalam jugak kak FA umumkan siapa pemenang. Tidak disangka-sangka sajak ku terpilih sebagai pemenang. Yeayyy! (padahal semua yang join semalam kak FA umumkan sebagai pemenang). Dalam 25 orang kalau tak silap aku. Tiada sorang pun yang kalah. hahaha....tapi bangga gak lah boleh jugak ku mereka sajak dan tup tup menang! So, dapatlah hadiah sebuah novel baru terbitan Intens Idea. Alhamdulillah. Thanks kak FA.

Hari ini.

Aku mereka sebuah sajak lagi.(tak tau nak kata sajak ke puisi, diri sndiri pun confius) Tak semena-mena idea datang masa tengah tengok ulangan drama Kau Yang Terindah kat TV3. Dengar lagu tema cerita tu, Kau Yang Terindah(nyanyian Alyah), idea pun melambai-lambai datang. Ahaks!

Ini dia sajak/puisi :

Duhai hati,
berhentilah berlari
mengejar yang tak pasti
sampai satu saat hati itu lebih tersakiti.

Duhai jiwa,
berhentilah berduka
bangkitlah dan terus berusaha
membuktikan kegentalan jiwa yang lara.

Duhai insan,
tak usah berlengah
bangkitlah untuk berubah
menjadi diri yang tak mudah kalah.

Ayuh,
bangkitlah berdiri menjulang azam yang tinggi
dari hati yang tersakiti
dari jiwa yang lara
demi menjadi insan yang lebih bahagia.

So, dari situ aku dapat tahu. Kelebihan aku mereka sajak@puisi mestilah berdasarkan sesuatu. Gambar ke, lagu ke...idea pun spontan datang. Yelah kot? hahaha. Tapi ikut atas mood gak. Kalau datang malas, ke-LAUT lah jawabnya...miahaha

Oklah, sampai di sini dahulu aku berceloteh. Kita jumpa lagi di lain entry yer. Bila? BULAN 12 aku update pulak. hahaha...KBAI.

p/s : Sekarang sebenarnya aku tengah "menukang" sebuah cerita tapi bila mula2 menulis je datang semangat, bila dah nak masuk suku bab, aku berhenti. Idea yilekk, x tau nak tulis apa pulak lepas tu. adehhh! Hampeh betul kan? Jadi pembaca novel jelah zati oii...hik3

With Love,
Izzati Aisyah

Monday 3 November 2014

Beg Cantik!

Assalamualaikum,

Hari ni tak nak cakap banyak, just nak promote my sis in law punya bisnes kecil-kecilan. Nak tengok apa yang dijual? Tentulah aksesori wanita iaitu beg. Slig bag ada, purse ada combo purse + perfume pun ade dan sebagainya. Korang tengok jelah gambar-gambar yg aku tepek kat bawah nie yer.



Combo purse Coach + Perfume



Beg Dior


Beg Michael Kors (MK)


Beg Coach


Combo Coach + Perfume + Watch


Beg Bonia


Beg Carlo Rino 

Ok, nie aku ambik secara random sahaja. Banyak lagi beg-beg yang cantik dan menarik yang my sis in law jual. Ada yang berkenan di hati tak? Kalau rasa nak order boleh terjah fb my sis in law.

Facebook : Zura Abdullah 

PM beliau untuk pembelian ya. In shaa Allah, nanti my sis in law akan bagitahu berapa harga setiap beg-beg tersebut.

Itu sahaja untuk kali nie. Semoga kita bertemu lagi. Ya, belog mmg dah jadi sarang anai-anai dah pun sebab lama tak endah. Nantilah kalau ada masa lagi, aku update ya. TQ kepada yang sudi mencemar duli melawat kawasan jajahanku ini walaupun lama dah takde story baru. Sayang korang ketat-ketat!

With Love,
Izzati Aisyah

Friday 10 October 2014

20 Facts About Me

Assalamualaikum,

Okey, ini kira post suka suki yang aku gatal tangan nak buat. Memandangkan aku masih lagi memegang title "penganggur" dalam lebih kurang 4 bulan lagi, jadi lingkungan aku "bermain" hanya di rumah.(sebab tu tak ada cerita menarik lagi untuk dikongsi di belog ini.) Tak meneroka ke "luar daerah" lagi. Kalau ada rezeki, In shaa Allah 2015 aku bakal menyambung apa yang tertangguh. 2015, please be nice to me!

Ini fakta yang mungkin ada yang tak tahu dan ade juga yang tahu (opcoslah yang rapat dengan aku je tahu ke tak tahu jugak? opp!). Kalau rasa nak baca, bacalah kalau tak nak tak kesah pun, sekadar suka-suki sengal di bulan OCT. Maklumlah it my month, ok! Hahaha...macamlah dia sorang je lahir bulan OCT...Boooo si Zati nie...:P

Here we go...

1. Aku memang boleh dikategorikan sebagai "pemalu" bila first time jumpa orang yang baru dikenali ataupun dah lama kenal di laman sosial saja, tapi bila jumpa konfem lidah jadi kelu.

2. Pemarah @ garang. Tak tau garang sikit ke banyak. Tapi aku boleh naik marah bila sesuatu itu tak kena kat mata aku. Tapi sekarang, bila umur pun makin nak meningkat nie, aku cuba untuk tinggikan tahap kesabaran dengan senyuman yg hanya aku sorang je faham. Kalau terlalu marah, aku akan menangis. Yess! Minah cengeng sebetulnya...:P

3. Suka memendam perasaan sebab tak suka menyusahkan orang lain. Kalau aku nak luahkan something kat orang mmg jarang yang amat kecuali aku rasa masa tu mood aku nak bercerita pasal hal aku sampai. Kalau tak aku akan buat bodoh je macam x ada ape2 yang berlaku.

4. Suka berangan. Dan ianya telah pun jadi kenyataan. Salah satunya masa nak pergi PBAKL. Aku berangan je lebih nak pergi dan alih2 Allah SWT buka jalan untuk aku dapat pergi sana. - So, "pekerjaan" ini aku selalu buat untuk target aku yang seterusnya pula. Jeng jeng jeng.. Nanti aku cerita kisah anganan aku nie yer.

5. Aku nie nak kata tak penyabar pun ade lah jugak. Selalu buat something tanpa memikirkan akibatnya pada kemudian hari. Lepas dah buat tu, mulalah..."Bodohnya aku"..."Kenapa aku buat macam tu?" and bla bla bla (membebel sorang diri). hahaha..macam orang tak betul je rasanya...

6. Lumrah orang perempuan lah, suka benda unik dan cantik. Kadang2 kalau aku tengok nota yang bertulis tangan yang tulisannya sangatlah cantik, aku simpan dalam sebuah fail. Kalau rajin aku belek 2,3,4, kali. Dan benda2 yang cantik lain, macam bunga, button bagde and so on. Aku kumpul letak dalam satu bekas. Dan dalam bilik aku macam semak pun ada dengan barang perhiasan.

7. Suka makan. Walaupun aku suka makan banyak tapi badan aku still mantain. Metabolisme tinggi bangat der. Hahaha

8. Penggemar sayur. Tapi aku tak suka makan sayur yang diletak dalam mee goreng atau nasi goreng. Tak taulah kenapa...hehehe

9. Bukan peminat tegar burger. Kalau "bergedel" daging tu aku minat. Erkk, kaitan?

10. Suka sangat membaca buku, bergelumang dengan buku-buku terutama yang berbentuk fiksyen. Novel opkos. Sebab tu aku pilih untuk sambung belajar dalam bidang pengurusan maklumat di bahagian pengurusan perpustakaan nanti. In shaa Allah, kalau ada rezeki 2015.

11. Tak suka orang masuk campur dalam urusan hidup aku kecuali kalau aku minta pendapat tentang sesuatu perkara tu atau aku sendiri yang bersuara tentang hal tersebut, tu tandanya aku nak kurangkan beban dalam fikiran aku.

12. Tak suka orang yang bersikap talam dua muka. Kalau betul tak suka, cakap depan-depan. Jangan nak mengumpat belakang. Aku nie open-minded. Suka orang yang tegur aku berdepan walaupun hati sakit jugak kalau orang tuduh yang macam-macam tapi sekurang-kurangnya aku tahu apa yang aku buat tu tak menyenangkan hati orang. Boleh baiki apa yang patut.

13.  Bila nak nasihat atau nak tegur orang, aku tak suka terlalu berterus-terang. Selalu guna bahasa kiasan sebab tak mahu orang terasa hati dengan aku. Tapi dengan orang tertentu je aku suka "cakap lepas" sebab aku tahu diorang tak kan terasa hati sebab dah terlebih faham dengan perangai aku.

14. Seorang yang sangat "simple" dalam berfesyen. Jenis tak suka mekap tebal-tebal dan tak suka berhias mengalahkan "mak datin" sebab aku akan menyampah tengok muka sendiri. Hahaha

15. Suka dengan budak kecil terutama baby yang baru lahir. Bila baby tu dah jadi kanak-kanak yang dah pandai melawan balik, main redah je apa nak buat... peratus kesukaan aku dekat budak kecil tu akan menurun. ngeee

16. Penakut nak ambik lesen motor/kereta. And for sure, bila aku dah ade kekuatan nak ambik lesen nanti aku akan ambik lesen kereta sahaja. Tak akan seumur hidup bawak motor (jadi pembonceng tak apa) lepas "Tragedi Oktober" yang menimpa aku baru-baru ini.

17. Suka dengar muzik yang berentak balada a.k.a lagu-lagu yang membuai perasaan lah sampai kawan baik aku panggil "minah jiwang" suka layan perasaan.

18. Tak minat bercinta time belajar. Selagi aku tak habis belajar selagi tu aku tak akan bercinta. Itu PRINSIP yang aku pegang sejak dari sekolah rendah lagi. Nak cakap dari tadika tu menipu sangat sebab aku terus masuk standard 1. Takde pengalaman belajar di tadika, pasti or so on.

19. Aku suka nasihatkan orang supaya tak payah stress dan terima apa yang tertulis untuk kita sedangkan aku rasa bila kena dekat aku, aku boleh jadi down (yang amat) untuk dua atau 3 hari. Nak makan pun rasa tak lalu. Menangis semestinya. Tak leh simpan dalam hati banyak sangat rasa sedih tu nanti sakit. Tapi aku berterima kasih dekat kawan baik aku yang sentiasa bagi nasihat supaya aku KUAT. Dan aku pasti lega bila dapat berkongsi masalah dengan dia. TQ, awak!

20. Seorang yang happy go lucky (memang tak tipu). Kalau nak try cubalah berkawan denganku. Aku suka gembirakan hati orang. Tak suka buat orang lain marah dengan aku. (tapi kadang-kadang ada jugak kot TERlepas kata kat orang, sorry!) Perangai "giler-giler" suka mengusik tu sangat sinonim dengan aku sebenarnya. [ perangai aku nie akan terbit bila aku CLEAN daripada masalah dunia lah, kalau tak aku moody..:p ]

So, itulah 20 fakta tentang diri aku yang sangat biasa ini. Maaflah kalau ade yang tak senang ke apa ke dengan entry ini. Aku nie kan "giler-giler". Kalau dah sampai mood nak menaip, ape yang terlintas kat fikiran, aku akan tulis saja. Hehehe.



Sampai di sini sahajalah entry kali ini. Semoga kita bertemu lagi. Yeay, tinggal 12 hari lagi sebelum menjelang hari tua. Ngeee...Agak2 banyak tak hadiah yang aku akan dapat tahun nie? Meh berangan dulu. Hehehe


With Love,
Izzati Aisyah

Wednesday 1 October 2014

Love you, October!

Assalamualaikum,



Dah Oktober? memanglah excited terlebih!
Oktober nie bulan kesukaan ku. Bulan di mana aku dilahirkan di bumi Allah SWT ini.
22/10/2014 nanti genaplah 20 tahun aku hidup di dunia ini.
Dah matang? belum pun. Perangai bile ntah nak berubah banyak. hehehe
Tapi satu je aku harap supaya aku sentiasa K.U.A.T untuk menghadapi segala dugaan dan ranjau kehidupan.
Tahun nie boleh dikatakan banyak "drama air mata" yang tak sengaja aku cipta kerana berdepan dengan sesuatu yang buat hati aku sakit. Semoga dengan semangat yg tersisa, aku akan bangkit dan terus berusaha untuk maju ke hadapan. Amin.

p/s : doakan saya yer. TQ

With Love,
Izzati Aisyah

Friday 5 September 2014

10 Buku Melekat di Hati!

Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lalu, ade 2 orang kakak di facebook iaitu kak Leena & kak Suzana mencabar saya untuk menyenaraikan 10 buah buku yang melekat di fikiran. Jangan fikir panjang just tulis jer apa yang terlintas. Tulis nama buku dan nama penulis sekali. Tapi biasalah aku...fikir pun dah nak masuk setengah jam. Memang tak tersahut cabaran itu, tapi aku pun sahut gak cabaran tu. Orang suruh senaraikan 10 jer. Aku pergi bantai dekat berpuluh-puluh buku. Hahaha...Takpe, saja suka2 untuk memeriahkan suasana.

Dan hari ni, rajin pulak jari jemariku menaip 10 senarai buku yang melekat dihati aku di belog! Ini kalau diikutkan yang betul2 buku yang memang melekat di hati. Bukan versi "main hentam" je tajuk2 buku tapi memang buku yang akan aku senaraikan ini dekat sangat dengan aku. Yang bila aku pandang je buku tu, aku boleh ingat apa kisah yang menarik dan terkesan di sebaliknya.

Ok, ini dia senarai buku itu. Lain orang lain citarasanya tau.

1.

Cinta Dua Jiwa - Rania Firdaus

(hari tu, aku siap berterima kasih lagi dengan kak Rania sebab apa? sebab CDJ membawa aku mengenali dunia novel. Masa tu aku baru lepas habis PMR, pergi sekolah pun tak buat apa, merayau kat kantin, lepak dalam kelas dan masuk baca buku kat perpustakaan. Tak tau orang recommend kan suruh aku baca atau aku terjumpa sendiri novel nie, lepas tu terus aku minat baca novel.)

2. 

Suamiku, Encik Perfect 10!

(Kerana SEP10 aku mengenali siapa itu Syamnuriezmil. Selama nie aku duk like je page Syamnuriezmil tanpa baca karya dia. Sekarang memang aku betul2 dah jadi KSMS {kipas susah mati Syamnuriezmil}. Cakaplah karya dia yang mana belum aku baca, semua dah baca...kecuali yang belum siap lah...:p
Tahun nie dah genap 3 tahun aku jadi follower dia dan sangat rapat dengan dia walaupun tak pernah bersua.)

3. 

Isteri Untuk Disewa - Syamnuriezmil

(korang pernah baca cerita yang ade 4 hero merebut cinta seorang heroin? nie first time aku baca cerita sebegitu. Novel nie salah satu karya kak Syam yang melekat di hati. Bila baca cerita nie kan, aku kalau jdi Nur - si heroin pun boleh pening. Tak tau nak pilih calon yang mana satu. hehehe. Kalau nak tahu kak Syam nie pemurah. Kalau sesiapa yang review novel dia, dia akan bagi gift. Aku nie mmg suka review novel dia. Dan kerana novel ini, aku dapat menghasilkan 5 m/s review (dalam microsoft word). Catat rekod review terpanjang.)

4. 

The Wedding Breaker - Evelyn Rose

(aku tak kenal pun siapa ER, sehinggalah seorang kenalan suruh aku like page beliau. Dan saat pertama kali baca TWB dlm belog, terus aku jatuh cinta gila2 dengan penulisan dia. Yess, aku memang peminat fanatik beliau. Nama sebenar beliau Wan Iman. Aku panggil kak Iman. Walaupun tak pernah berjumpa, tapi kami juga sangat rapat di fb. Dia banyak memberi nasihat dan kata2 semangat untuk aku sentiasa berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Perkara yang aku tak boleh lupa lepas baca TWB ialah aku belajar masak Ikan Patin Masak Tempoyak. Sebab? Itu merupakan makan favourite hero. Gila kan aku? hahaha...memang TWB sangat mempengaruhi diri ini)

5. 

13 Jam A380 - Evelyn Rose

( Novel ke-2 beliau turut memberi impak kepada aku. Dalam setiap patah perkataan yang terkandung dalam novel nie sangat memberi makna buat aku. Tentang kehidupan terutamanya. Dalam cerita nie ada 2 hero, Fawwaz & Haydar. Aku ingatkan Hana - si heroin akan memilih Fawwaz, hero yang aku minat tapi lain pula yang dipilih. Frust lah jugak. Tapi overall aku suka je jalan cerita nie novel nie, korang kena baca dan hayati dan baru korang akan berfikir tentangnya.)

6. 

Cinta Kita - Suzana Sulaiman

(Hari tu, aku jenguk kedai buku. Dah nampak dah CK atas rak tapi x beli. Tapi bila aku baca review mami Wan Norliza, terus aku jadi penasaran. Best jugak novel nie rupanya. Menyesal tak beli dan baca awal2. Dan persamaan aku dengan Qistina- si heroin ialah dia buka sebuah kafe buku yang diberi nama Kafe Soleil. Kalau nak tahu, dari dulu lagi aku mengidam nak ada sebuah kafe buku sendiri. Kafe yang bukan semata-mata orang lepak minum air tapi boleh membaca juga di situ. In shaa Allah, aku akan pastikan impian itu jadi kenyataan. Amin.)

7. 

Dia... Mr Model - Wawa Taufik

(aku beli tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, tapi kerana cover DMM nie yang bagi aku sangat "sesuatu", aku terus terpikat untuk beli. Sinopsis tak sempat baca pun. terus aku tarik novel nie ke kaunter bayaran. Siapa tak melting dengan si hero, mmg tak taulah. Mika yang digambarkan dalam nie punya peribadi yang sangat tersendiri dan hampir sempurna. Dan mungkin dia ada di alam realiti? jeng jeng jeng...biar aku seorang jelah yang tahu...:P )

8. 

Seteguh Fayqa - Hanina Abdullah

(novel nie dihadiahkan kepada aku sempena birthday bulan 10 ini. Awal gila dapat hadiah birthday...hehehe
TQ kak Nurul. Antara 3 novel kak Nina, SF paling aku suka. Banyak tip yang berguna dalam novel nie untuk yang dah berkahwin terutamanya. Contohnya, tip menghalau "langau" (orang ketiga). hehehe. {walaupun korang rasa temanya agak klise sebab orang ketiga, tapi ini kisah luar biasa. Aku suka sangat cara pengolahan kak Nina untuk novel SF nie} Yang tak berkahwin boleh ambik jadi panduan dulu. Selain tu, part yang paling aku suka juga, part group whatsApp Dz + F & Dz5. Nak tahu? kenalah baca. Kalau aku cerita panjang lebar kan tak syok pulak..:P
Dan ini juga kali pertama aku dapat signature kak Hanina, suka bangat!!! )

9. 

Cerita Cinta Ahmad Ammar - GPTD

(buku nie aku pinjam dengan kawan aku, Husna. Seriously, bila baca je helaian permulaan buku nie, air mata mata aku menitis. Walaupun dia tidak aku kenali tapi bila baca kisah hidup dia dari kecil hingga dewasa mmg sangat terkesan di hati. )

10. 

Ya Maulana - Hana Ilhami

(karya yang paling aku suka daripada beliau yang tidak ku kenali. Penuh dengan pengajaran. Ada puisi, ada syair yang menyentuh hati. Dan boleh dikatakan aku suka semua watak dalam nie...opkos watak yang baik je la. Tak tau nak explain macam mana aku suka novel nie, x leh terang dgn kata2. Korang baca jelah ya kalau nak tahu)

Orait, ini memang senarai novel yang melekat di hati aku. Dan senarai novel nie tak akan berhenti setakat 10 nie sahaja, aku dah baca lebih daripada 100 novel. Ada lagi yang aku suka. Kalau nak senaraikan semua mmg tak pernah habis. Tiap2 bulan akan ada novel baru. Boleh korang bayangkan? hehehe

Ok, sampai sini jelah ye...nnti jumpa di entry yang lain pula.

With Love,
Izzati Aisyah

Sunday 31 August 2014

Sudah 57 Tahun!

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, hari nie seluruh rakyat Malaysia menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan dengan penuh rasa cinta. Bertepatan dengan tema yang diketengahkan iaitu, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta. Sudah 57 tahun negara kita merdeka, walaupun dilanda pelbagai dugaan yang tidak dapat dielakkan tapi rakyat Malaysia terus teguh mempertahankan negara yang tercinta. Semoga Malaysia akan terus maju jaya pada masa hadapan. Saya bangga menjadi anak Malaysia.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


With Love,
Izzati Aisyah

Wednesday 27 August 2014

Wordless Wednesday #9

Assalamualaikum,


copypaste : fb Emas Putih II 


p/s: Percaya dengan ketentuan Ilahi

With Love,
Izzati Aisyah

Thursday 21 August 2014

Maafkan Aku - Asfan

Assalamualaikum,

Ye, cik Zati sangatlah pemalas. Kalau nak ikutkan tiap2 bulan hanya 2 atau 3 entry sahaja dapat ditulis dalam belog yang tak seberapa comel nie. hahaha...Ampunkan patik. Tak taulah bila dah sambung belajar nanti, memang bersawang spiderwomen lah belog nie jawabnya. Tapi takpe, jarang2 update tulah yang membuatkan orang rindu, ye tak? Kisah benar ok! Bila aku tak update belog mesti ade orang yang tanya, bila nak update belog? lama dah tak baca update terbaharu dalam tu. Aku pun tiba2 nak menangis terharu bagai sebab ada gak yang bertanya. Ambik berat jugak korang ye kat aku? Sangatlah perah santan kau cik zati...hehehe

Kalau korang nie peminat novel kan, mesti korang tahu sekarang tengah fenomena apa dekat TV3? Alah, drama yang tengah hot dekat slot Akasia tu? Rindu Awak 200%. Yup! Drama nie mmg tengah trending sekarang. Kalau dekat fb, tak sah kalau takde orang yang update pasal this story. Melting dengan Zill Faezrul lah, geram dengan Armel Aisya lah...hehehe. Tapi seriuosly, aku memang suka sangat cerita nie. Pemilihan pelakon yang sangatlah tepat. Tak lama lagi dah nak tamat cerita nie. 28 episod je kot!


sumber gambar: pak cik google

Tengok gambar kat atas tu pun rasa dah melting. Nie gambar untuk episod akhir nnti.(kalau tak silap aku lah) sebab dalam novel bab epilog, diorang akan dapat anak sorang. Rasa tak sabar lak nak sampai part nie tapi sedih sebab dah ending. Bertabahlah, cerita je kot cik Zati!

Biasalah dalam setiap drama akan ade OST tersendiri. Lagu yang aku minat sangat2 dalam drama nie ialah Maafkan Aku by Asfan. Tak tau kenapa semua lagi Asfan aku minat. Kena dengan jiwa lah katakan. Sebab tu kawan aku, cik Husna asyik kata aku nie minah jiwang! hahaha...Tapi mmg betul apa, lagu nie mmg best. Siap dah hafal liriknya. Aku pun pelik, kenapa kalau suruh hafal bab2 belajar, lambat sangat nak ingat, bila dengar lagu boleh pulak lekat cepat2 dalam kepala. Lepas nie, kalau nak buat nota time study, kena buat melodinya sekali lah gamaknya. senang lekat! hahaha...merapu meraban dah aku nie...:P


Kalau nak dengar, boleh buka klip video nie ye, dah siap sedia lirik dah dalam tu. 



Kepada sesiapa yang dah tak sabar nak tahu ending cerita nie, bolehlah beli novel Rindu Awak 200% di kedai2 buku berhampiran atau order online dgn Karangkraf je. Novel & Drama kedua-duanya ada kekuatan yang tersendiri. Memang bestt!

Sampai sini jelah kot sesi merapu meraban, in shaa Allah jumpa lagi di lain entry. Have a nice day uolls!

With Love,
Izzati Aisyah

Friday 8 August 2014

Permulaan Baru

Assalamualaikum,

Pagi Jumaat yang indah lagi mendamaikan. Alhamdulillah, kita semua masih diberi nafas untuk terus menghambakan diri kepada-Nya. Semoga segala peluang yang dianugerahkan ini tidak disia-siakan sama sekali. Peluang untuk merubah diri menjadi hamba-Nya yang baik luaran & dalaman. In shaa Allah.

Tinggal lagi 4 hari untuk melangkah ke tarikh 12/8/2014. Tarikh keputusan UPU lepasan STPM diumumkan.  Menipu sangat-sangat kalau aku cakap tak takut, cuak, seram sejuk dan lain-lain. Dah jadi macam orang bercinta pun ada. Yelah, tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun tak kenyang. Dalam fikiran asyik fikir, "kalau aku tak dapat macam mana?" Itu je ayat yang bermain dalam minda. Tapi kawan aku selalu nasihat. Rezeki kita Allah dah tetapkan. In shaa Allah, ada lah rezeki kita untuk melangkah ke universiti nanti. Tak kire IPTA/IPTS pun. Hati aku pun sentiasa berkata," nak jugak rasa suasana di Uni macam mana. Rasa cemburu dengan mereka2 yang dapat masuk Uni." Moga ade rezeki aku ke sana. Aminn

Semalam pihak UPU ade hantar SMS:

RM0.00 UPU: Semakan ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf sesi 2014/15 mulai 12tgh hari 12/08/14. Layari http://upu.moe.gov.my atau taip: UPU RESULT (NoKP) & SMS 15888.

Sms ini dihantar kepada semua alumni STPM tahun 2012/13. Dan semalam ada jugak aku terbaca status di group Persatuan Pra-Universiti 1 Malaysia, ada yang tak dapat pun mesej nie. Sampai ada yang tanya, "kalau tak dapat mesej tersebut tak dapat masuk U lah?" Tak semestinya macam tu lah. Mungkin salah satu sebab korang tak dapat SMS tu kerana korang terlupa nak tanda YA untuk soalan 32 di borang UPU. Soalannyaberbunyi begini:

32. Adakah anda bersetuju untuk menerima sebarang hebahan maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas(SMS)?

Mungkin dalam keadaan berdebar nak buat pilihan Universiti, dalam keadaan tergopoh-gapah nak isi borang tu sampai terlupa nak tick dekat bahagian maklumat tambahan tu. Kalau sebab lain lagi, mungkin korang dah tukar no hp yang baru ada korang dah tanda bahagian tu tapi still tak dpat. Mungkin ada kesilapan teknikal lah tu. Tapi jangan risau, In shaa Allah ada rezeki kita untuk masuk uni nanti. Sama2lah kita berdoa banyak2 ya...:)

Ok, katakanlah kita tak lepas untuk first intake nie, kita boleh jugak buat rayuan. Tolong ingat tarikh nie yer. Ada masa lebih kurang 11 hari untuk korang semua buat rayuan.

12-22 Ogos 2014 - Rayuan Kemasukan ke IPTA bagi calon Lepasan STPM/ sesi akademik 2014/15

Keputusan untuk Rayuan Kemasukan ke IPTA nie pula akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan September 2014.

In shaa Allah, bila keputusan dah keluar nanti ianya merupakan permulaan baru bagi diri aku. Dah nak masuk universiti pun so kena pandailah berdikari. Selama nie duk bawah ketiak mak/ayah, kena duduk jauh nanti(kalau dpat uni luar Terengganulah) pandai2lah bawak diri ye cik Zati. Memang takut jugak tapi nak buat macam mana, kena bersiap sedialah. Inilah permulaan kehidupan yang lebih mencabar demi menggengam segulung Ijazah.



Akhir sekali, aku nak ucapkan semoga berjaya kepada diri aku dan juga semua lepasan STPM. Semoga kita semua diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke universiti. Aminn...

Semoga berjumpa lagi di lain entry. Daa...

With Love,
Izzati Aisyah.

Wednesday 6 August 2014

Ceritera Raya 2014

Assalamualaikum,

Raya sakan sangatlah kau ye cik Zati! 10 Syawal baru terasa nak update belog...hehehe..biane. Bukan apa, selagi semua adik beradik aku tak balik semula untuk memulakan tugas masing-masing, tak aman lagi nak menaip entry nie. Lagipun ambik masa sikit nak kumpul semua gambar yang diambil time raya baru-baru nie. Jadi sorrylah kalau nak update entry di belog awal2. Tahap kerajinan pun masih tak sampai. Mood rayastill ada walaupun dan suam2 kuku. Ngeee

Kali nie aku nak bercerita daripada hari raya pertama sampai keempat. Ada kisah yang menarik dan ade jugak yang tidakkkkk! (yang tak menarik tu, kisah yang aku "cipta" sendiri. Nak tahu sila baca sampai habis)
hahaha...nampak macam paksa orang baca plak..:P (terpulang lah ye.)

Kisah Raya Pertama

Tahun nie, giliran adik beradik aku beraya di rumah mertua masing2. Jadi tinggallah kami enam beranak saja. Ma, Abah, Kimi, Aku, Ida & Mat ril. Tapi tak terasa sedih sangatlah sebab aku still ade abang & kakak ipar yang tak akan bergaduh untuk balik raya, sentiasa ade di Terengganu sebab rumah mak ayah masing2 boleh pergi dgn hanya berjalan kaki jer...hahaha. Siapa lagi kalau bukan Kak Zura & Abang Khairul serta dua orang anak jagaanku, Dania vs Danisha.

Selepas je sesi bersalam-salaman, kasi2 duit raya bagai, tibalah masa untuk bergambar. Tadaaa


Inilah aku di pagi raya. Tak pernah2 selama nie di pagi hari raya pertama aku berjubah, tahun 2014 nielah catat sejarah. Selama nie, baru kurunglah yang menjadi kemestian aku untuk dipakai. Disebabkan baju raya yang aku hantar dekat tukang jahit 2 bulan sebelum puasa tak siap2 jugak, maka dengan-muka-paksa-rela kena jugak pakai jubah nie. Nie pun nasib baik jubah nie siap jahit sehari sebelum raya, kalau tak memang recycle baju lama jelah gamaknya. Terus mood raya merudum jatuh ke laut dalam.(propa sangat ayat kau cik Zati..:p)

Ok, meh kite layan gambar yang lain plak yer.


Ma & Abahku di pagi raya. Hijau pucuk pisang tu u'alls...hehehe. Sedondon gitu. Baju kurung tu Ma beli dekat kedai. Beli yang dah siap. Lepas dah beli tu, tunjuk pula baju tu dekat Abah. Dia pulak berkenan nak beli baju melayu warna yang sama dgn baju kurung Ma. So apa lagi, terus keesokkan harinya Abah aku pergi cari, nasiblah jumpa baju melayu warna yang sama dekat TTC. Kalau tak mesti takde maknanya nak sedondon pada 1 Syawal baru2 nie, ye dak? hahaha...


Ma, Abah & tuan punya belog nie ler...:p



Me, Ma, Abah & Ida, kakakku yang mengajar kat Sarawak tu. Kitorang berdua je yang berjubah di pagi hari raya. (menerima nasib yang sama sepertiku juga) hehehe



Ma, Abah & Kimi, adik bongsu aku. Ehh, memang aku ade adik pun sorang lagi. Nak ambik SPM tahun nie. Belum abis belajar lagi tau dah jadi BF orang. Kalah kakak die yang masih tak berpunya sampai sekarang...:P Hot stuff lah sangat kau ye! (harap2 dia x kan baca entry nie)..hehehe




Inilah dia family abang aku (yang aku cakap tak yah bergaduh nak balik raya tu), Khairul Annuar bersama my sis in law kak Zura dan anak2 diorang, Dania & Danisha. Rumah diorang yang sebenarnya dekat Bukit Payong. Tapi malam raya baru nie diorang tidur dekat rumah abah aku. Senang sikit, tak yah pagi2 raya nak rushing2 bersiap dan datang ke sini sambut hari raya.



Me with si kecil, Danisha. Dia mmg camtu kalau ambik gambar, tak pernah nak tengok camera. Sabor jelah. Masa nie nak pergi beraya kat rumah Tok aku, tapi sempat jugak bergambar dulu dekat laman rumah(sebab tu korang nampak gambar kereta lalu-lalang dekat belakang tu) hehehe

Raya pertama kali nie, macam kebiasaan tahun lepas jugak aku pergi beraya rumah saudara mara terdekat je. Lepas tu melepak kat rumah. Tengok rancangan menarik kat TV. Macam tak raya pun ada gamaknya.
Kebetulan pula, abang aku(Shahrul sefamily) baru sampai dari KL. Memang diorang sefamily rancang nak balik lepas sembahyang raya. Jadi takdelah jam sangat. Sampai kat kampung nie pun dalam tengah hari. Gila cepat. hehehe... Bila masuk petang, ramai pulak saudara mara belah Abah & Ma aku yang datang kat rumah. Meriahlah sekejap rumahku jadinya.

Kisah Raya Kedua & Ketiga

Korang ingat tak dalam entry Salam Lebaran 1435H? Aku ade cakap tahun nie aku akan dapat "surprise". So, inilah "surprise"nya. Mula2 cakap tak nak balik, tapi bila Iqbal(anak saudara aku) merengek nak balik kg jumpa tokki(abah aku), jadi abang aku (shahlan) pun kena jugak balik KT (lepas nie jadikan Iqbal senjata utama untuk pujuk Babah balik kg lah yer). hehehe


Nielah gambar family abang aku(Shahlan). Sebelum balik Trg, diorang beraya dekat rumah family my sis in law dulu dekat Pekan, Pahang. Gambar yang aku ambil nie, gambar first raya diorang. Jadi, tercapai juga hajat anak saudaraku nak beraya dengan tokki kat kg. 

Kisah raya kedua aku dah masuk zon tak menarik dah. Kenapa? Sebab aku terkena cerry berry(faham2 jelah). Start subuh raya pertama sampailah membawa ke petang raya kedua, asyik2 ke tandas. Itulah bahananya makan banyak sangat time raya pertama. Ketupat la, rendang la dan bermacam jenis makanan lagi aku sumbat dalam perut. Maunya tak meragam. Nak dijadikan cerita, bukan aku saja yang kena. Kakak2 aku, abang aku, adik aku dan abah aku pun kena sekali. Yang tak kena cuma Ma aku jer. Sebab Ma aku makan berpada-pada je time 1st raya tu. Jadi tak lah kena macam kami. So, aku cuma berehat kat rumah. Pergi raya dekat rumah sepupu jer. Tiap2 tahun tak pernah miss pergi rumah terbuka diorang. Cuma time tu aku tak rasa nak makan pun. Maklumlah sakit perut. Sampai kena telan ubat jugak. Siap kena masak bubur Halba. Habis seperiuk bila "orang2 yang sakit" + anak saudara aku yang kecik pun tumpang makan sama". Bila dah masuk petang barulah perut nie ok balik. 

Raya ketiga pun aku pergi sebuah rumah je. Yang selebihnya duduk kat rumah. Abang aku, Shahlan dan family die pun dah balik KL sebab keesokkan harinya my sis in law dah kerja. Kesian dekat Iqbal, balik kg sekejap jer. Meraunglah sekejap die sebab tak nak balik. Biasalah budak2, bile dah jumpa sepupu-sepapat dan tak ingat nak rehat asyik main je lebih, mmglah tak nak balik rumah dah. Bila dah kena pujuk dengan Ibu & Babah dia baru ok balik. 

Lepas tu, abang aku(ridhuan) & sefamily pulak sampai ke rumah. Tahun nie diorang raya dekat rumah kakak ipar aku di Kelantan. Maklumlah dah 2 tahun beraya kat Terengganu jadi giliran di Kelantan lah pulak.  Dapatlah aku jumpa anak saudaraku, Rania & Rayyan. 


Baby Rayyan & Rania. (sebab gambar raya takde, cilok jelah gambar lama budak kecik berdua nie) hehehe

Haruslah lagi gempak rumahku bila ramai anak saudara yang balik kan? Dan abang aku (Shahrol) nie bile dia balik kampung je mesti penuh meja dengan makanan yang dibeli atau di masak sendiri. Jadi, tumpuan keluarga semua di dapur. Aku pun apa lagi, rezeki jangan ditolak kan? Tak kisah makan banyak mana pun sebab berat badan aku tak kan naik gak. Maklumlah metabolisma tinggi ke langit yang sangat..:P
Tapi nasib baiklah perut aku tak meragam dah. Dapat makan dengan aman di raya ketiga.

Kisah Raya Keempat

Hari raya keempat yang mengujakan. Pagi2 lagi aku dah bersiap dengan baju raya. Ada janji temu dengan seseorang. hehehe. Sebenarnya dah berjanji dengan novelis nie nak jumpa kat kampung. Masa bulan puasa lagi. Semata-mata nak ambik novel ADDPP yang kebetulan di-publish bulan 7 baru nie. Tapi mula2 tu rasa takut gak nak pergi sebab aku mmg tak pernah kenal kat mana kampung tu dan kat mana rumah akak novelis nie(walaupun dah nak msuk 20 tahun duk Terengganu, still aku "buta" lagi pasal kampung2 kat sini). Ingatkan nak pergi dengan my abah tapi dia tak leh bawak kete jauh2 sangat. So, aku pun decided nak ajak my bro in law untuk pergi. Dia kenal sikit jalan2 kat kampung nie. Alhamdulillah, akhirnya impianku tercapai. Boleh gak pergi rumah novelis nie. Hari tu aku, mak aku, abang ipar & anak saudara aku je yang pergi. Dekat setengah jam lebih lah nak sampai sana, nasib baik jalan tak jam waktu pagi tu. Lepas tu pusing2 cari rumah akak novelis nie pula. Tanya orang yang duduk kat sana, nasib baik diorang kenal rumah tu & sampai juga aku di Kampung Pengkalan Berangan itu.


Kenal kan siapa gerangan novelis nie? Kak Zuliana Abuas a.k.a Anna Lee. Ini second time aku jumpa kak Anna. Masa mula2 jumpa tu jauh di PBAKL 2014 baru-baru nie.(nampak sangat mengada sungguh aku, jumpa orang satu negeri pun jauh di KL) hahaha. Nak buat camne, dah jodoh kami bertemu di situ pada awalnya. ngee...Best jugak dapat kenal2 dengan keluarga kak Anna yang baik hati. Dapat makan kuih raya, tapai pulut dan sate yang best. Thanks akak layan kami dgn mesra...hehehe



So, inilah dia yang dinamakan novel raya. ADDPP, PK & KIIL. Dapat hadiah daripada kak Anna sebab dah susah2 datang rumah dia. Yeayy! Rezeki aku lah kali nie. Tapi sayangnya, lupa nak mintak free gift iaitu FM ADDPP dgn MDP. Uwaaa, tetiba rasa menyesal gak lah. Nasib baik kak Anna tolong simpankan juga. In Shaa Allah, lepas nie kitorang rancang nak dating lagi. Ada 2 buah novel kak Anna Lee yang tiada dalam koleksi ku. Yang lain semua dah ade iaitu : 3 di atas + Terukir Cinta + Mencari Mr. Charming. Hanya novel Viva Sakura dgn Bunga Di Rimba yang takde. Yang bestnya semua novel itu, akan ada TT kak Anna Lee. Aku nie kalau ada novel TT penulis, rasa sayang sangat2 pluss teruja lebih. Tapi kebanyakkan novel tiada berTT sebab aku selalu beli kat kedai buku jer. Susah skit nak beli online2 nie. Kalau dapat hadiah novel berserta TT penulis tu syukur sangat2. hahaha

Dah nak dekat tengah hari, kitorang pun mintak diri untuk pulang. Kebetulan pulak time tu, sepupu aku buat open house. Kalau tak pergi nanti diorang cakap ape lak kan. So kitorang pun pergilah kat rumah terbuka tu. Adik beradik aku yang lain semua dah pergi time tu. Kitorang bertemu di sana. Lepas makan2 terus balik rumah semula. Lepas tu, aku tak dan nak rehat mana pun, kawan aku (Husna Zakaria) ajak aku pergi open house dekat rumah kawan aku jugak. Dekat je dengan rumah aku. Nama kawan aku tu, Fatin Najwa. Aku dgn Fatin nie dah kenal time sek rendah lagi. Fatin nie pun masuk form 6 gak mula2, lepas tu die dapat SPA, course Nursing. Terus die decided nak sambung belajar kat Kedah(kalau tak silap aku).


Ex- Student 6 UKM. Husna, Fina, Aku, Atin(tuan rumah), Ira , Hasnaa, Shada, Su, Kirah & Ira Nabila. 



Sempat gak berselfie time nie...hehehe
Tq Atin untuk acara makan2 yang happening. Lain kali jemput lagi yer...:)

Lepas dah berjalan sakan di raya ke-4 nie, aku pun terperap je lah kat rumah semula. Tapi lepas asar, aktiviti berjalan bersambung semula di rumah cikgu aku, kitorang panggil cikgu Nik. Semua kawan2 aku dah pergi beraya kat rumah dia, cuma aku je tak pergi lagi. Disebabkan x de geng nak ajak, aku pun ajaklah ma dan abah pergi sana. Kebetulan kakak aku & 3 orang anak saudara aku(Rania, Alya & Qisha) pun nak pergi jugak. Cikgu Nik nie kawan ma dgn abah aku jugak time duduk kat Besut dulu. Jadi memang cikgu Nik dah kenal sangat family aku nie. Sampai dia tanya dengan kawan aku, si Husna kenapa aku tak datang beraya rumah dia? padahal pagi tu aku pergi rumah kak Anna Lee, jadi aku x leh lah ikut konvoi dgn geng2 aku. Sebab tu aku beriya ajak ma dgn abah pergi jugak rumah cikgu Nik petang tu jugak...hehehe

Ok, sampai disini jelah kisah yang dapat aku kongsikan sepanjang raya baru-baru nie. Raya yang seterusnya macam biasa sahajalah sebab orang dah mula start sekolah, kerja. Rutin harian pun kembali normal. Aku still kena jaga my niece sampai hujung bulan nie. In shaa Allah. Rasa sebak lak nak berpisah dgn Danisha. Kalau nak tahu aku nak pergi mana, tunggu next entry lah ye. Tu pun kalau ada yang sudi baca. ngee

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf kalau ada salah silap sepanjang aku menaip entry ini. Harap korang tak bosan baca. hehehe...Assalamualaikum.

With Love,
Izzati Aisyah

p/s : Raya tahun nie kan, rumah yang aku biasa berkunjung tiap2 tahun aku tak pergi tapi rumah yang aku tak pernah berkunjung tiap2 tahun aku pergi. Macam pelik pun ada gak...hahaha

Sunday 27 July 2014

Kad Raya 2014 - Part 1

Assalamualaikum,

Patutnya entry kali nie dipost lebih awal sebelum ucapan raya tapi dah terlajak wish ucapan raya dulu semalam. But it'okay. Mana2 dulu pun boleh kan...hehehe. Alhamdulillah, tahun nie pun aku still dapat kad raya daripada geng2 novel, penulis dan juga blogger. Terima kasih sebab sudi bagi aku kad raya itu. Mesti korang perasan tajuk kat atas tu siap ada "part 1" bagai. Yelah, sebab masih ada lagi kad raya yang belum sampai. Yang tu kena tunggu sampai dulu selepas abang man cuti raya nanti. Baru boleh aku update yang "part 2" pula. (kasi can abang man nak beraya sama, hahaha)



Inilah kad raya yang "menyinggah" dahulu ke rumahku pada bulan ramadan tahun nie. Semua ada 8 keping. Kalau dalam entry tahun 2013 aku tunjuk sekeping-sekeping kad raya tapi kali nie aku ambik gambar sekali harung jelah. Jimat masa sikit..hehehe

Kepada:

1. Kak Nur Zakiah Abd Halim - geng novel
2. Kak Maslina Omar - geng novel
3. Kak Hayati Ahmad - penulis
4. Mama Rogayah Abdullah - mama angkat/geng novel
5. Uncle Hussaini & Aunty Mariani - uncle & Aunty/geng novel
6. Kak Tasha Aqisha - blogger Tasha Aqisha (first time dapat daripada geng blogger)
7. Kak Ateh Ain - geng novel
8. Kak Norafidah Samad - geng novel

Terima kasih banyak2 untuk kad raya korang yang cantik2 dan kata2 yang bermakna di dalamnya. Semoga jalinan ukhwah kita berpanjangan. Salam kosong-kosong ya. Love u all always.




Dan yang ini pula, sememangnya bukan kad raya tapi gift inilah yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama daripada novelis Syamnuriezmil. Ini gift untuk review novel Suami Tanpa Cinta dan PA Untuk Dia. Hah! kalau korang rajin review novel2 kak syam, akan dapatlah gift2 nie semua. Thanks sis! Akhirnya dapat jugak gift nie pada bulan ramadan. Love you so much!

Ok, sampai di sini sahajalah coretan aku kali nie. Tunggu kisah selanjutnya kalau mood aku nak menulis menjelma nanti. Selamat bercuti dan beraya bersama keluarga ya.

With Love,
Izzati Aisyah

Salam Lebaran 1435H

Assalamualaikum,

Hari nie dah masuk 29 Ramadan. Terasa sayu juga nak meninggalkan bulan yang penuh kemuliaan ini. Entah dapat atau tidak kite semua bertemu dengan bulan keberkatan ini pada tahun hadapan. Apa yang penting, aku harap segala amal ibadahku pada ramadan kali ini diterima oleh Allah SWT hendaknya. Ameen.


credit to : Uncle "Google"

Di sini aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diriku terutama sekali kepada keluarga tersayang, sanak-saudara, rakan2 seperjuanganku, rakan2 fb, geng2 novel dan tak dilupakan rakan2 blogger sekalian. Aku nak minta maaf kalau aku ade terkasar bahasa selama kita berkawan, bersembang, waima "bercakaran manja" sekalipun di fb mahupun di blog. Maklumlah, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Oleh itu, ku susun 10 jari memohon maaf. Salam kosong-kosong ya. Semoga kita semua dirahmati oleh-NYA dan semoga ukhwah kita berpanjangan.

Raya tahun nie tahun last tau aku jadi "pengganggur terhormat." In shaa Allah, tahun depan bergelar mahasiswi pula. Doa2kan aku dapat masuk Universiti ya. Oleh itu, tahun nie aku nak jalankan satu misi penting. Apakah? Mestilah misi kutip duit raya! hehehe... Umur belasan tahun lagi., bolehlah mintak duit raya lebih kali nie..poyo jer. Tapi tahun nie, yang tak bestnya x de seorang yang balik beraya. Bukan tak balik langsung tapi, lewat lah sikit baliknya. So kami, berenam je raya bersama tahun nie ( ma, abah, kakak, abang, adik dan aku). Tapi, nasib baik jugak abang aku yang kerja mekanik tu ada satu family. Maklumlah kampung diorang sama jer. Tak yah gaduh nak balik beraya mana dulu. hik3...Jadi meriahlah jugak raya kali nie walaupun kau-tengok-muka-aku, aku-tengok-muka-kau (orang yg sama jer yg ada tiap2 tahun)..hihihi
Rasanya macam tahun nie aku sefamily akan dapat "surprise" jugaklah. Kalau nak tahu apa surprise itu, tunggu cerita aku selanjutnya ya...;)

Oklah, itu jelah apa yang nak dikarang pada entry kali nie. Tak lupa jugak kepada sesiapa yang nak balik beraya tu, hati2 di jalan raya. Yang dah sampai kat kampung tu, selamat bersukaria bersama keluarga. Selamat menjamu rendang, ketupat, nasi impit kuah kacang dan beraneka juadah kuih raya. Tapi dalam kita bergembira, ingatlah juga kepada orang2 yang berada dalam kesusahan. Bersederhana itu lebih baik.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Daripada aku dan bakal suamiku yang tak kunjung tiba...ahaks! gurau jer....:P

With Love,
Izzati Aisyah

Wednesday 16 July 2014

Happy 1st Anniversary TJOML!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kalau nak diikutkan hari nie dah masuk ramadan yang ke-18. Sudah separuh perjalanan kita dalam menempuhi bulan yang penuh barakah ini. Ramadan pada kali ini mungkin ramadan yang terakhirku di rumah. Yelah, tak lama lagi aku dah nak msuk Universiti. Maybe tahun depan akan berpuasa di perantauan pula jika dipanjangkan umur. Manalah kita tahu kan? hehehe

Sebenarnya, aku terlupa sesuatu mengenai blog ini. Sorry bangat! Dalam duk ralik dengan kegiatan seharian sampai terlupa tarikh yang begitu bermakna untukku. 14/7/2013 bersamaan 5 Ramadan 1434H. Tarikh keramat yang membawa aku ke dunia blogger, yang tak pernah aku berfikir langsung untuk masuk ke "dalamnya". (ayat sastera sangat kau ya Zati) hahaha...

Dan kebetulan pula tarikh itu jatuh pada hari Isnin baru2 ini. 14/7/2014 bersamaan 16 Ramadan 1435H. Yup, jatuh pada bulan yang sama iaitu Ramadan. Kebetulan yang cukup indah bagi aku. Hanya 2 patah kata yang aku nak cakap kepada korang semua iaitu TERIMA KASIH.

TERIMA KASIH sebab sudi follow blog aku yang tak seberapa ini.
TERIMA KASIH sebab baca penulisan aku yang kadang-kala merapu meraban
TERIMA KASIH sebab sudi meninggalkan komen di blog ini.
TERIMA KASIH sebab sudi bertanya bila nak update blog lagi.
TERIMA KASIH sebab sudi berkongsi hal2 mengenai dunia blog.
TERIMA KASIH sebab sudi memilih aku sebagai rakan blogger korang.
dan banyak lagi TERIMA KASIH yang tak dapat aku senaraikan di sini.
I LOVE YOU ALL VERY DEEP!

Aku juga nak mohon maaf sekiranya ada mana2 entry yang aku karang di dalam blog ini menyinggung hati dan perasaan korang ketika membacanya. Kot lah ade entry yang aku tulis untuk menegur tapi x kena pulak cara teguran tu dengan korang. Janganlah ambil hati tau. Maklumlah aku nie bukan manusia yang sempurna pun. Banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Dan kalau ada entry yang menghiburkan hati korang, aku ucapkan lagi TERIMA KASIH sebab tersenyum ketika membacanya. (owh, perasan sekali sekala tak pe kan? hehehe)

Ada sesetengah blogger tu, kalau first anniversary die buat contest biasanya tapi aku tak buat kot. Tak pandai nak manage. Maklumlah baru setahun jagung dalam dunia blog nie. Kalau aku join contest orang tu pandailah...hehehe. Ada juga yang suruh aku hias blog aku nie supaya meriah sikit tapi aku mana pandai tapi dalam hati tu teringin gak nak hias blog nie. Siapa rasa nak sponsor untuk cantikkan blog ini?hahaha..just kidding...:) Nanti2lah aku fikirkan macam mana. Biarlah blog ini begini dulu.

Aku takde rasa nak kejar glamer or nak dikenali seantero dunia, kalau korang sudi jenguk dan baca entry aku yang merapu meraban kat sini pun dah ok sangat2. Ku adalah seorang yang low profile. (tak menahan ayat!) hahaha.

Ok, sampai disini sahaja sesi menulis ucapan ala2 menang award gitu. Ampun maaf dipinta kalau ade kesilapan bahasa dalam entry kali ini. Just nak bagitahu blog nie dah berumur setahun! Kalau baby umur setahun dah boleh berjalan dah kan? hehehe...Aku harap lepas nie aku boleh update kisah2 menarik kat tempat baru pula. Doa2kanlah aku supaya dapat masuk universiti ya. Tengok orang masuk U dalam hati pun teringin nak ke sana. Sambung degree pula. Semoga Allah permudahkan. Aminn.


(cam biasa cilok gambar nie dekat pak cik google)

p/s : Sorry, terlupa. Ingat nak update entry nie masa hari Isnin tapi dah terlajak ke Rabu. Kalau ikutkan dah masuk 1 Tahun 2 Hari dah nie tapi takpelah...Bak kata orang putih, Better Late Than Never. Ahaks! Semoga berjumpa lagi di lain entry. Selamat bersahur dan Selamat Berpuasa ya semua. Love you all so much~

Boleh terjah first entry blog aku di sini ya : Coretan Rasa Hati 

With Love,
Izzati Aisyah

Saturday 28 June 2014

Salam Ramadan 1435H

Assalamualaikum,

Maaf kerana membiarkan blog ini tak ter-update. Setiap bulan beberapa kali je aku jenguk blog. Maklumlah tiada cerita menarik untuk dikongsi. Dan mood malas juga membelenggu. Kalau tak, ade jugak aku masuk contest yg dianjurkan oleh blogger2 terkenal tu. Tak nampak blog ini macam terbiar je. uhuks!

Kali ini takde apa untuk dirungkaikan panjang lebar cuma nak ucapkan :


Selamat menyambut bulan Ramadan al-mubarak kepada semua pembaca blog TJOML yang beragama islam. Maaf ku pinta sekiranya ade entry2 yang aku post diblog ini mengguris hati dan perasaan anda2 semua. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang tak lari daripada kesilapan.

Semoga Allah menerima amalan yang kita lakukan pada bulan yang mulia ini. Puasa elok2 tau. Banyakkan beribadah dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Mana tahu ini adalah puasa terakhir kita? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kurangkan bercakap benda2 yang kurang baik. Banyakkan bersedekah. Senyum itu pun satu sedekah tau...;)


Jangan lupa niat puasa hari nie ye.


p/s : sumber gambar (pakcik google punye)

Sampai di sini sahaja ya. Kalau ade cerita untuk ditulis, adalah entry yang akan aku post di sini. Tengok keadaan..hehehe...Selamat berpuasa sayang2ku.

With Love,
Izzati Aisyah

Wednesday 4 June 2014

PBAKL 2014

* Entry yang dah lama terperam dalam draft. Akhirnya ter-publish juga. Yeay!

Assalamualaikum,

Masih ingatkah lagi mengenai entry Mimpi Atau Realiti? yang pernah aku post dulu? Kalau korang nak tahu, mimpi itu tak akan selamanya menjadi mimpi bila realiti mengamit memori. Cewahh ayat! Dan aku boleh cakap kat sini yang aku bersyukur sangat sebab dapat menapakkan diri ke PBAKL untuk tahun ini. Yehaa...walaupun untuk sehari. Itu pun aku dah excited giler2 dah kot sebab dapat jumpa penulis dan rakan-rakan yang sememangnya "kaki novel" macam aku. Rasa tak percaya pun ada sebab tak sangka ianya menjadi kenyataan.

Mula-mula, memang abang aku (Khairul Annuar) tak nak pergi. So, my sis in law pujuklah jugak untuk hantar dia ke KL. Kebetulan my sis in law ade exam dekat sana selama satu hari. Bila abang aku jadi nak pergi, aku lah orang paling teruja tapi masa tu kena cover lah sikit rasa hati tu sebab belum tentu aku dpat pergi PBAKL tu kan. Kita cuma merancang, Allah yang menentukan segalanya. Sebab tu aku tak bagitahu semua geng2 aku dan tak kecoh nak update status kat fb yang aku nak pergi ke sana. Silent is better. Bila dah dekat tarikh tersebut, aku cuma bagitahu beberapa orang yang memang konfem nak pergi PBAKL. Aku cakap, kalau ada rezeki, adalah aku kat sana nanti dan dapatlah berjumpa. So, aku tak meletakkan harapan yang besar pun untuk ke PBAKL. Buat relakss je lah.

Abang aku se-family, Ma dan aku pun bertolak lah ke KL pada 25/4/2014 petang. Bila dah sampai kat sana, aku duduk rumah abang aku (Shahrol) di Kuarters Kediaman Jalan Duta. Memang-dah-dekat-giler- dengan-PWTC-tau. huhuhu...tapi aku masih buat2x relakss lagi sebab tak pasti lagi siapa yang nak hantar aku ke PBAKL tu kan. Alih-alih bila abang aku balik kerja, dia tanya..esok nak pergi pukul berapa? kalau lambat sangat, nanti jem pulak..tahu jelah kalau hari cuti mesti ramai yang pergi PWTC tu. Aku pun senyum jelah. Aku ikut je, nak gi pagi atau petang. Dalam hati tu rasa excited sebab abang macam bagi green light je nak pergi sana...hihihi

26/4/2014 ke-esokkan harinya, bangun dengan bertenaga dan teruja sebab nak pergi PBAKL punya pasal kan. Dahlah malam selepas sampai ke KL, sehari aku tak leh tidur lena. Tak taulah sebab teruja nak ke pesta buku or beralih tempat tidur kan? Aku pun tak tau sebab apa...hahaha..Lepas tu abang aku cakap, kalau nak pergi sana, dia nak hantar je. Lepas sudah beli buku, call je nanti dia ambik. Tahu2 jelah hari cuti mana ada parking. Apa lagi, bersiap-siaplah kami sekeluarga untuk keluar. Kami semua berpecah dalam 2 kumpulan. Aku dan kakak ipar ( Kak Nurul) serta dua orang anak saudara aku pergi ke PWTC. 2 orang abang aku, Ma, dan kakak ipar( Kak Zura) ke Sogo sebab dia nak beli baju raya untuk anak2 dia. Aku ingat kan aku pergi PWTC tu seorang diri jer. Konon buat2 berani lah. Padahal mana pernah dalam kamus hidup aku pergi sana. Alih2 ada kakak ipar dan anak2 dia jugak. Jadi tak boleh nak berlama-lama jumpa geng2x dan semua penulis. Tapi bersyukurlah sekurang-kurangnya aku tak sesat kat situ sebab ada penunjuk jalan...hihihi

Sampai je kat sana, booth pertama yang aku terjah dulu ialah booth Idea Kreatif Publication. Sebab apa? Sebab aku memang nak jumpa sangat dengan salah seorang favourite novelis aku iaitu sis Farah Husain. Aku dah cakap kat dia, kalau aku pergi PWTC aku akan mesej dia dulu untuk tahu dia duduk di booth mana. Maklumlah IKP ade 2 booth. Satu dekat Bilik Mawar dan satu dekat Bilik Melaka di Dewan THO. Masa aku masuk kat pintu tu aku dah nampak mula2 ada Bilik Mawar dan aku jengah dekat booth IKP tu, tiada seorang pun penulis. So, aku dah rasa yang kak Farah mesti ada dekat booth 1 lagi. Akhirnya, tekaan aku betul. Sampai je kat booth tu, terus aku rembat buku baru kak Farah yang bertajuk Hanya Dia... Cinta dan Kalau Sudah Berkenan by Cempaka Rembulan. So aku pun beli set Combo 1. Aku terus bayar dekat kaunter dan sapa kak Farah. Aku pun apa lagi tanyalah dia, kenal tak siapa nie? Mula tu kak Farah tak kenal tapi bila aku mention nama fb aku, terus kak Farah dapat cam aku. Dia cakap, akhirnya datang jugak ya aku ke sana. Dia ingat aku tak akan datang. Aku pun sengih macam kerang busuk jelah..:P


Me with sis Farah Husain.

Kak Farah Husain dah menulis sebanyak 3 buah novel iaitu The Untold Story (genre fantasi) dibawah penerbitan One Nusantara Sdn.Bhd. Seterusnya, novel Dia... Random Guy adalah novel romantik pertamanya dibawah terbitan Idea Kreatif dan novel Hanya Dia... Cinta ini merupakan karya terbaharunya bersama IKP juga bergenre romantik. Kak Farah pun ada jugak menghasilkan beberapa buah cerpen. Semua karya Farah Husain  terbitan IKP semua aku beli dan memang bestt sangat!


Dan jangan jeles ya bila aku cakap aku dapat gift istimewa daripada kak Farah. Tak disangka-sangka pula nak dapat. Bukan senang nak dpat gift macam nie kan? Limited Editon tau. Hanya orang tertentu aje yang kak Farah bagi. Thanks u so much sis!


Dapat signature sis Farah Husain juga. Wink! Wink!

Seterusnya aku singgah pula ke booth Karyaseni/Penulisan2u. Dapat jumpa kak E-man Sufi. Tapi sayang, semua novel dia aku tak bawak untuk sign. So, kitorang bergambor jelah.


Me With E-man Sufi.


Ini adalah antara koleksi novel yang ditulis oleh kak E-Man Sufi. Semuanya aku dah ada. Yehaa! Yang menjadi novel top sekarang ialah novel ketiga beliau iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Novel ini terpilih untuk diadaptasi di Astro Mustika HD selama 60 episod. Memang tak rugi tengok sebab boleh dikatakan sebijik ikut dalam novel cuma part ending tu ada penambahan sikit. Tapi cerita nie memang mendapat rating tertinggi lah. Tahniah Kak E-Man Sufi dan team BKATC. 

Langkah diatur ke booth Jemari Seni pula. Aku dah tengok jadual yang sis Rodhiah Rahman atau nama penanya Rodier ade pada hari sabtu tu. Jadi kebarangkalian untuk bertemu itu adalah tinggi. Sebenarnya sis Rodier tu satu kampung dengan aku. Kononnya merancang nak jumpa kat KT saje, tapi jodoh kami susah betul. Alih2, kat PBAKL dapat pulak jumpa. Kak Rodier cakap, ini mengada-ngada namanya. Kat tempat jauh jugak kita berjodoh...hihihi


Me With Rodhiah Rahman (RodieR)

Kak RodieR ini dah menulis sebanyak 3 buah novel semuanya terbitan Jemari Seni. Novel pertama beliau ialah Nyanyian Hati, seterusnya Cooper-K dan yang terbaharu untuk PBAKL ialah One Fine Day(novel English pertama yang ditulis oleh beliau) Tapi masa tu aku beli Cooper-K je dulu. Maklumlah bajet ciput.


Dapat signature sis RodieR & fridge magnet yang comel~

Next, aku ikut kak ipar untuk beli buku dia pulak dekat ting 3. Masuk je dekat Dewan Tun Abdul Razak, aku jumpa booth Fajar Pakeer dan aku terjumpa kakak cun lah. Siapa lagi kalau bukan sis Anna Lee. Dia pun penulis yang berasal daripada Terengganu dan pernah merancang nak jumpa kat kampung sendiri gak. Tapi memang ternyata, jodoh kami di sini nampaknya.


Me With Anna Lee

Nampak tak novel apa yang aku tengah pegang tu? Tu sebenarnya novel Anna Lee yang bertajuk Terukir Cinta by IKP. Tapi dan dan jugak aku mintak kak Anna Lee sign novel tu kat booth FP. Nasib baik kak Anna Lee cakap ok jer nak sign kat booth nie pun! hehehe...Bukan apa, novel Anna Lee yang bertajuk Mencari Mr. Charming terbitan FP tu aku dah beli dengan beliau sendiri dan semestinya dah ade TT penulis. So, aku bawak buku yang mana takde sign lagi.

Beliau dah menulis 6 buah novel iaitu Viva Sakura dan Bunga Di Rimba dibawah terbitan NB Kara sdn.bhd. Novel yang seterusnya iaitu Puteri Karla(genre fantasi purba)-nama pena Julia Esqa dan Korea I'm In Love dibawah penerbitan Fajar Pakeer. Novel Terukir Cinta adalah novel kelimanya dibawah penerbitan Idea Kreatif serta yang terbaharu Mencari Mr. Charming dibawah penerbitan Fajar Pakeer pula.


Yeay! dapat juga TT sis Anna Lee untuk TC.

Ada jugak antara penulis yang aku jumpa tapi tak sempat nak bertegur sapa. Maklumlah orang dah terlampau ramai dan anak saudara aku pun dah merengek nak balik, so TERpaksa tengok jelah mereka tapi tak sempat tegur. Maafkan saya ya. In shaa Allah, klau berkesempatan untuk turun ke PBS, PB1M atau ke PBAKL pula untuk tahun depan, aku akan cuba beramah mesra dengan semua penulis yang ada.

Pada hari itu juga aku berkesempatan untuk bertemu dengan rakan-rakan fb yang aku dah anggap seperti kakak dan ibu angkat aku sendiri iaitu kak Azrien Osaki, kak Zareeny Rahmat, ibu Nong Jilah, kak Alam Maya, Kak Eppa Hussain, kak Zu Nani, kak Nor Azlin, kak Ida Nur Asnidar, kak Kemboja Putih dan beberapa orang lagi yang tak tersebut namanya. Sangatlah bersyukur dapat jumpa semua yang selama ini berceloteh hanya di fb. Bila dah jumpa depan mata tu, haruslah peluk erat2 walaupun bertemu hanya seketika. In shaa Allah, kalau ada ruang dan peluang, diharap kita dapat bertemu lagi. Ada juga beberapa orang yang aku nak jumpa tapi takde jodoh, nak buat macam mana kan? Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.

Ramai yang tanya, pergi kat sana beli novel ape? Kalau nak diikutkan dalam list aku cuma 10 buah sahaja yang nak dibeli, tapi ade yang aku dah rembat dulu di kedai buku sebelum turun ke PBAKL. (nampak sangat tak sabar nak baca..muahaha) So, dalam list tinggal 9 buah sahaja ler. Tapi yang sempat dicapai time tu cuma 7 buah sahaja. Maklumlah, dengan kepadatan "penduduk dalam PWTC" yang terlajak ramai, dah tak larat nak mencelah di kesemua booth dan dalam hati ingat nak balik jugak sebab letih punya pasal...huhuhu... Selain daripada novel Hanya Dia... Cinta dan Cooper-K yang aku beli, dibawah ini ada  gambar sebilangan novel yang sempat dicapai oleh tangan kurusku ini iaitu:


Kalau Sudah Berkenan-Cempaka Rembulan~IKP
(nie kak Fez (Nor Aisyah Ismail MJ) yang suggest aku beli, dan aku dah baca pun mmg best)


PA Untuk Dia-Syamnuriezmil~Penulisan2U (ini novel beliau yang ke-8 dah tau)
Penulis yang paling aku minat sebab karya2 yang dihasilkan walaupun sempoi tapi penuh dengan isi. Kalau yang dah mmg follow beliau dripada novel pertama pasti tahu apa yang aku rasa. Novel PAUD nie pun aku dah khatam. Memang bestt!


Encik Sayang dan Miss Sweetheart-Sara Aisha~Karyaseni
Ini karya ke-3 cik SA selepas Jodoh Itu Milik Kita dan Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu. Kalau sebelum nie, novel JIMK yang cik SA tulis berkisarkan tentang kekeluargaan, CRT... ACK pulak bertemakan "action romance" tapi kali nie untuk novel ESMS cik SA mencuba untuk menulis sebuah kisah yang santai. So, harus baca dululah sebelum tahu kisah disebalik novel tersebut.


Yeay! Ini kali, dapat jugak TT cik SA untuk ESMS. Thanks to kak Azrien sebab tolong ambikkan TT cik SA untuk saya. Siap dapat button badge lagi. TQ so much cik SA.



Si Kolot Suamiku-Fazlyn Ridz~LNP
(nie mami Wan Norliza yang suggest suruh beli, bila aku baca review mami, best jugak cerita nie)


Sesungguhnya... Dia Lelaki Pelindungku-Wan Rohayu~LNP
(Karya kedua novelis selepas novel Di Penghujung Cintaku Adelia)


Cuba teka novel ape nie? hehehe...novel nie dah lama sebenarnya aku beli di kedai dan opkoslah tiada TT penulisnya tapi bersama-sama dengan novel cik SA tu, aku kirimkan juga novel Cinta Kita by Suzana Sulaiman nie dekat kak Azrien. Maklumlah nak jugak dapatkan TT kak Suzana. Sebenarnya, masa hari aku pergi PBAKL tu, kak Su pun ada tapi kak Su datang lebih awal daripada aku. So, tak sempatlah kami berjumpa. So sad. Hope one fine day aku dapat jumpa gak dengan kak Su. Nak bergambor, peluk2 dan laga2 pipi gak. Jeles sama kak Azrien..:P


Yang ini, aku-tak-tahu-nak-cakap-macam-mana-lagi. Memang speechless ganda 2! Thank you so much kak Suzana. Memang tak sangka akan dapat cenderahati yang sangat bernilai ini. Ada keychain, sticker dan kalendar 2014 CK. Selain itu, ada aromatic air freshener car & room(haruslah aku letak dalam bilik sebab aku mana ade kereta, lesen pun yillek! penakut bagai budak nie...hehehe) dan yang paling aku suka, dapat Al-Quran terjemahan. Dah siap belek dan sangatlah suka dengan segala pengisiannya. Dalam Al-Quran tu dah tunjukkan segala hukum tajwid versi berwarna, supaya setiap ayat yang dibaca adalah betul dan bukan semata-mata baca sahaja. Dan ianya sangat bermanfaat bagi aku walaupun dah lama khatam, still nak belajar, belajar dan terus belajar untuk memahami ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran. Subhanaallah. Pokoknya, saya suka sangat dengan semua hadiah yang kak su bagi. Semoga Allah sentiasa merahmatimu. Love you sis, muahhs!


Novel Dia... Mr Model nie pun aku beli sekali dengan novel Cinta Kita dekat kedai tapi memang pandai betul kak Azrien dan kak Wawa bagi kejutan. Ada TT untuk saya juga. Yeay! Thanks kak Wawa. Hari tu terlupa nak bagi jugak novel DMM untuk di TT tapi tak sangka kak Azrien dah tolong ambikkan TT nie bagi pihak saya...terharu (sambil lap air mata kegembiraan..:)

Alhamdulillah, walaupun sekejap kenangan aku di PBAKL baru-baru nie tapi aku bersyukur sebab dapat jumpa insan2 yang tersayang dalam pada rasa seronok memborong novel kat sana. Kalau nak diikutkan, memang tak cukup kalau pergi dalam masa sehari. Hari tu pun aku sampai terkejar-kejarlah jugak. Mana nak cari booth penerbitan, mana nak jumpa geng2 novel, mana nak memborong novel dengan keadaan orang yang ramai. Rasa nak pingsan pun ado tapi semua kenangan yang terlakar di sana akan aku kenang sampai bila2. Maklumlah first time kot aku berkampung di PWTC. Memang cukup bermakna.

Last but not least, aku nak mintak maaflah kepada rakan2 yang tak sempat berjumpa tu ya. Kalau yang dah berjumpa tu, tak leh pulak nak berlama-lama. In shaa Allah, kalau ade rezeki... kita tetap akan berjumpa lagi. Dan minta maaf jugaklah buat geng2 aku yang nak kirim novel untuk dibeli di sana. Aku pun tak tau keadaan di sana macam mana dan had masa aku ke sana tu berapa jam. Kalau dah memang rancang daripada awal, mmg aku boleh je tolong aku belikan. Maybe next time. Tapi tak leh banyak2 lah. Aku beli sikit pun rasa nak rebeh bahu. Kalau pergi banyak hari takpe, nie dalam sehari jer. Tak puas ok! hehehe

Oklah, sampai disini sahaja coretan aku untuk kali ini. Yup, aku tahu entry kali ini memang terlebih panjang untuk dibaca. Harap korang tak muntah hijau bila selesai baca. Maaf kalau ade salah dan silap dalam entry nie yer. Menaip dengan mood teruja, haruslah jadi "terlebih gula". hahaha...peace

With Love,
Izzati Aisyah