Saturday 28 December 2013

Segmen : Jom Blogwalking

Assalamualaikum,

klik banner untuk join!


Hadiah berupa wang tunai bernilai RM50 untuk 3 peserta bertuah


Tarikh Tamat : 10 Januari 2014, 11.59 PM


With Love,
Izzati Aisyah

Tuesday 24 December 2013

Cinta Sesungguhnya

Assalamualaikum,

Hola! Blog nie x delah bersawang mana sebab dalam seminggu tu ade je story yang akan ku update. Tak boleh lah nak update tiap2 hari sbb kadang2 idea nak menulis tu tak muncul. Aku jadikan blog ini bukan sebagai diari harian, cuma tempat untuk meluahkan perasaan. Segala rasa hati yang galau, gembira, sedih semuanya aku akan ceritakan di sini. Kadang kala aku tak dapat nak tafsirkan rasa hati aku melalui perasaan  lalu aku jadikan blog ini sebagai medium untuk meluahkan rasa hati. Jangan termuntah sudahlah yer bila membaca entry aku yang berbunga-bunga itu. Hahaha...

Hari nie ku nak berkisah pasal sebuah lagu yang aku ulang banyak kali pun tak jemu. Lagu nie first time aku dengar dalam sebuah drama di saluran Astro Ria iaitu Benci VS Cinta. Mula-mula tak tahu pun siapa nyanyi lagu nie. So, aku ingat nak carilah dlam youtube, lepas tu tak teringat langsung. Lepas tu, kalau tak silap lah, beberapa hari lepas aku tengok plak rancangan Wanita Hari Ini kat tv3. Artis jemputan masa tu ialah Sabhi Saddi. Dan2 plak dia nyanyi lagu ni. So, aku terus cari lagu ini kat youtube (sebab dah tahu tajuk lagu nie). Dengar dari awal smpai akhir. Memang bestt!



Ku adalah manusia
Yang paling beruntung
Memiliki kamu

Kau tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Tak kan lelah mendampingimu

Kau tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Tak kan lelah mendampingimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Tak kan lelah mendampingimu

Ku kan berjanji seumur hidupku
Tak kan lelah mendampingimu




Dah tahu kan apa tajuk lagu nie? Cinta Sesungguhnya by Sabhi Saddi. Amboi cik Zati, mcam tengah bercinta je gayanya...hahahaha..Tolong jangan ingat aku tengah bercinta sekarang yer. Taman bunga pun tak tumbuh lagi dalam hati nie...:p

Bukan sebab apa, dah banyak kali dikecewakan oleh insan bernama lelaki, jadi macam fobia la nak bercinta.  Walaupun hakikatnya aku tak pernah declare dengan siapa2 pun, just minatkan seseorang dalam hati. Tapi sebenarnya orang tu sedar aku minta kat dia, dan dia lebih memilih untuk menyakitkan hati aku. Tak perit?, tak sakit hati?, tak sedih? Tipulah kalau cakap camtu. Menangis sebab dia pun aku pernah tapi bila fikir2 balik bodoh kan buat camtu? Dia happy dengan kehidupan dia, aku plak meratap kesedihan kat sini. Sangatlah tidak patut.

Mungkin dia bukan jodoh yang ditetapkan untuk aku. Sebab tu Allah SWT dah 'putuskan' hubungan aku dengan dia di pertengahan jalan. Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan. So, sebagai manusia biasa, kita hanya perlu berusaha & berdoa supaya diberikan jodoh yang baik. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. So, jadilah wanita yang berhati cekal dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik (pesanan untuk diri sendiri yang bnyak kelemahan).

So, Cinta Sesungguhnya lebih tepat kita sandarkan kepada Allah SWT kerana DIA yang menganugerahkan cinta manusia kepada kita. Jangan sesekali mencintai seseorang melebihi cinta kita kepada DIA. Mungkin selama ini, cinta aku itu ke arah "suka-suka" saja. Maklumlah "cinta monyet" di zaman persekolahan...hihihi. 
Bila dah masuk zaman yang lebih matang nie, rasa dah boleh fikir mana baik dan buruk. Kalau orang tanya, tak nak bercinta ke? Jawapan aku, bercinta selepas kahwin tu lebih baik. Lepas tu, aku gelak plak sebab tak pasti, ye ke? Mana tahu bila dah masuk universiti nnti ade yang tersangkut di hati plak ke. (aku nie mmg tahap keraguan dalam hati tu tinggi sangat)...hahaha.. In shaa Allah, aku boleh tetapkan hati sampai aku dah habis belajar, ade duit sendiri, baru fikir nak berkahwin & bercinta. Boleh camtu? Boleh! Apa2 pun boleh terjadi jika DIA mengkehendakinya. Berdoalah semoga segalanya dipermudahkan. Aminn

Ok, sampai disini sahaja coretan rasa untuk kali ini, semoga bertemu lagi di lain entry. Terima kasih sebab sudi baca. Sayang kamu ketat2x. Jom dengar lagu nie. Besttt!



With Love,
Izzati Aisyah

Wednesday 18 December 2013

Pemenang 33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway by AtienStory

Assalamualaikum,

Rasa macam dah lama tak update entri dekat blog. Maklumlah sekarang "busy" dengan novel dan "something" yang aku perlu siapkan step by step. Apakah "something" itu? Mana boleh bagitau. Kalau dah betul2 confirm dan ada rezeki aku untuk bertapak dalam dunia baru, In shaa Allah aku akan bagitau apa yang aku tengah buat sekarang. Doa2kan jelah ye supaya ianya berjalan lancar.

***

Hari ini sebenarnya nak bercerita pasal satu GA yang pernah aku join dulu iaitu 33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway by AtienStory. Giveaway yang dianjurkan oleh kak Atien ini tamat pada 3 Disember baru-baru ini. Alhamdulillah, rezeki lah orang cakap, aku terpilih sebagai Pemenang Bertuah untuk GA kali ini. Bertuah betul no 47 kali ini yer. Hadiah yang dimenangi oleh aku kali ini ialah tudung Syria Sakura yang macam gambar kat bawah nie lah :


Sangatlah meriah dengan manik2 di atas tudung itu...:)

Seriously, aku nie jenis yang suka pakai tudung bawal sahaja. Jarang pakai tudung2 bermanik macam nie. (jarang tu tak bermaksud x pakai langsung kan?...hihihi). Aku akan pakai jugak kalau ada majlis2 yang bersesuaian. Cewah3x! Sayang nak bagi kat orang lain sebab bukan senang nak dapat hadiah camnie kan, so aku nak simpan dulu. Lagipun, kena cari baju yang match dengan tudung syria ini dulu, baru boleh pakai. 

Terima kasih yang tak terhingga untuk Kak Atien sebab sudi bagi hadiah ini. In shaa Allah, kalau ada GA yang akak anjurkan lagi, saya akan join. In shaa Allah. Mana tau bertuah plak kan?..hihihi

Sampai di sini sahaja coretan kali ini. Semoga bertemu lagi...daaa

Blog kak Atien Story:
Fanpage kak Atien Story:

With Love,
Izzati Aisyah

Friday 13 December 2013

Birthday Gift 2013

Assalamualaikum,

Masih ingat tarikh 22/10/2013 baru ini? Itulah tarikh rasmi umurku bertambah menjadi 19 tahun. Tetiba rasa sedih. Nak tahu sebab apa?....Tahun nie merupakan tahun last umurku berpangkal "1" di depan sebab tahun depan dah naik jadi "2"...hahaha...(itu pun nak jadi isu kan?) Setakat pertambahan angka je pun..tak kan kau nak cuak bagai cik Zati oii? tapi memang camtu lah aku...tak nak mengaku dah tua. Nak dijadikan cerita, hari tu my friend yang bajet "hotstuff" panggil aku "orang tua" dalam kelas waktu dia tahu hari tu merupakan hari lahir aku. Seingat aku, 2 hari aku tak tegur dia, merajuklah konon...alih2 dia minta maaf balik & kami pun bertegur sapa semula. Entahlah kenapa aku jadi sensitif giler time tu, rasa macam nak debik2 je dia tapi sabar jelah. Terserlah "kepoyoaan" aku disitu...:p

Umur dah meningkat tapi perangai aku masih tak berubah-rubah. Maksudnya, still kebudak-budakkan lagi. Tahap kematangan tu tumbuh berapa % je dalam diri. Abah aku selalu ckap yang aku nie tak pandai nak berdikari. Masih nak bergantung harap pada ma-abah lagi kalau nak buat sesuatu benda. Tiada keberanian lah kiranya. Tapi sekarang aku cubalah sedikit demi sedikit merubah hidup aku supaya jadi budak yang tahu berdikari tapi slow2 la. Aku nie tak boleh sikit main paksa2, nnti jadi lain...hahhaa...Aku pun pelik dengan diri sendiri...Takpe, niat tu dah ade cuma sekarang cuba improve untuk menjadi Izzati yang lebih baik & bijak dalam melakukan sesuatu perkara. In shaa Allah, anda boleh wahai diri sendiri!..Aminn

Ok, bercakap pasal birthday aku hari itu, walaupun tak sambut langsung tahun nie tapi aku dah rasa happy sangat2 bila ada orang wish birthday kat aku. Yelah, itu tandanya dia ingat kat kita kan. Bukan senang orang nak ingat kat kita...ahaks!. Tapi yang tak tahu pun akan tahu kalau dah " Cik Facebook" cakap, " Izzati Aisyah Md Nor birthday is today". Cuba habaq mai, siapa yang tak tahu kecuali kalau yang tak buka fb masa tarikh tu...hahaha. Thanks to all of you yang sudi wish birthday kat aku iaitu my family, classmates, fbmates, di We Chat or Whatsapp( kawan aku siap post gambar kami berdua, lepas tu wish becoming birthday kat aku dlm app itu) dan sebagainya. Rasa macam dihargai sangat2 time tu. Kalau boleh rasa nak sambut hari lahir tiap2 hari jer..hahaha...demand!

Nak kata dapat banyak hadiah tu, tak lah jugak tapi bolehlah. Selama ini aku jarang dapat gift daripada orang tapi yang bestnya my sis in law selalu bagi hadiah sempena birthday aku tiap2 tahun. Kawan2 pun adalah dalam sorang dua yang bagi. Tahun nie, kire ramai lah jugak yang bagi hadiah kat aku. Rasa macam segan pun ada sebab ada juga yang bagi aku hadiah sebab aku sedarlah aku nie bukan budak kecik lagi. Dah besar panjang dah pun tapi mereka2 lah yang membuat aku rasa dihargai. So, aku buat entri kali ini untuk berkongsi hadiah2 yang aku dapat sempena hari lahir aku yang ke-19. Walaupun korang rasa hadiah yang diberikan tak seberapa tapi bagi aku ia sangatlah bermakna.

Inilah antara hadiah2 yang aku dapat untuk tahun 2013. Entah tahun 2014 merasa ke tidak nak dapat hadiah lagi kan? hihihi...Tengoklah kalau ada rezeki, adalah. Jom tengok ape yang aku dapat. Ini semua adalah pemberian daripada keluarga & kawan2 yang rapat denganku.




Notebook Cooler Pad

Ini my bro yang bagi sebab aku mengadu kat dia yang netbook yang aku guna sekarang nie kire macam nak nazak dah. Kadang2 bila aku tengah syok2 online, tup2 die terpadam sendiri. Aku dah agak dah, konfem netbook tu panas sangat sebab aku nie kalau dah online mahunya berjam-jam. Masa tu tak terfikir lak nak beli cooler nie. Akhirnya masa bulan 10 baru ini, beberapa hari sebelum tarikh lahir aku menjelma, aku dpat cooler nie daripada abang aku. So, aku anggap sebagai present birthday lah kirenya. Sangatlah berterima kasih dekat my bro sebab sekarang aku main hentam je nak online lama mana pun sebab netbook aku nie sentiasa sejuk & selesa...hahahaha...Thanks a lot!


Ini pula hadiah daripada mama Rogayah Abdullah. Mama Rogayah ialah merupakan mama angkat aku. Aku berkenalan pun dalam facebook di group Kembali Terjalin. Mula2 kami memang tak rapat, aku pun macam "shy-shy cat" lah tapi bila dah lama2 borak dalam fb, aku pun start lah panggil "mama". Samalah macam kak Maslina Aini Mat Saad. Kami jadi adik-beradik angkat dah. Memang rapat dan selalu berkongsi masalah dan bertukar-tukar pendapat bersama. Birthday tahun lepas pun mama bagi hadiah jugak. Hadiah betul2 sampai time hari lahir aku. Tahun nie dapat lagi. Sehari selepas hari lahir aku baru sampai hadiah yang comel itu.Terima kasih Mama. Semoga Allah membalas jasa baikmu. Love u a lots..<3



Yummy! Sedapnya cake~

Kek ini kawan baik merangkap teman seperjuangan aku yang hadiah kan. Kebetulan pada 23/10/2013, sekolah aku didatangi oleh Ziq Bakery & Cake. Time tu, mereka jual roti & kek kepada guru serta pelajar di SMKPM. Tiap2 tahun kalau ade atau takde ape2 event kat sekolah, mereka selalu datang. Aku dan geng2 pun ape lagi, suka memborong kek yang best2. Nak dijadikan cerita, my bestie cakap kat aku, " pilihlah nak kek yang mana satu pun, aku belanja sempena hari lahir mg kelmarin". Uwaa, sangat terharu ok! Senang2 je dia tawar diri nak bagi aku kek. So, aku pilihlah kek perisa pandan macam dalam gambar kat atas. Bila masuk kelas, geng2 aku semua pakat duk menyakat plak. Siap nyanyi lagu "Happy Birthday To You" ramai2 dan adalah adegan suap menyuap kek. Siap ambik gambar bagai. Tapi aku malas nak tunjuk dlm blog. Malu kot!..hihihi


Selain kek, aku juga dapat hadiah novel Aisya Sofea yang bertajuk Dekatnya Cinta (Adam & Hawa 2) daripada dia. Excited jap dapat novel! Bukan apa, hari itu time birthday dia aku hadiahkan novel jugak. Tajuknya, Mr. Sirap Bandung. So, kami pun kiranya bertukar-tukar hadiahlah gayanya. Terima kasih kesayanganku, NHZ. Hope our friendship last & never die...:)



Cu teka siapa yang bagi?....Sudah semestinya kak Syamnuriezmil. Salah seorang penulis kesukaan aku. Dulu aku memang tak kenal pun siapa dia. Lepas novel keempat die keluar iaitu Suamiku Encik Perfect 10 release kat pasaran, barulah aku berkenalan dengan penulis ini dan sampai sekarang jadi "kipas susah mati" Syamnuriezmil. Semua novel dia aku dah ade. Novel Isteri Untuk Disewa yang macam dalam gambar kat atas tu merupakan novel ke tujuh penulis. Novel yang warna biru tu tajuk dia Terlanjur Mencintaimu. Itu novel pertama penulis. Bak kata kak Syam. " Novel 2010 keluar, tahun 2013 baru nak baca"...hahaha
Nak cerita jugak ke macam mana aku dapat? Biarlah rahsia~...hihihi...Ucapan kat novel tu, aku suruh kak syamnuriezmil yang tulis. Hari tu siap buat permintaan lagi kat dia yang aku nak kak Syam tulis sedikit kata2 semangat untuk aku terus berjuang dalam pelajaran. Jadi bila aku bukak novel tu, adalah ayat2 semangat itu. Teruja tau...semua tanya camne nak dapatkan novel IUD sekali dengan signature penulis & ucapan sebegitu. Aku senyum jelah & kata itu hadiah sempena birthday aku. Kak syam x ambik order pun. Dia tengah struggle untuk siapkan novel seterusnya plak. Kalau nak tahu, birthday kak Syam pun sama bulan dengan aku. Kalau aku 22/10, kak Syam pula awal skit daripada aku, 4/10/2013. Terima kasih kak syam untuk hadiah ini. Semoga terus berjaya dalam bidang penulisan. Love u a lots..<3



Seterusnya, dapat e-card daripada bakal novelis Nina Harith. Beliau merupakan penulis e-novel Terima Aku Seadanya atau nama pendeknya, TAS. Wah3x, mesti korang pelik kan kenapa dia wish birthday aku? Actually, kitorang memang rapat dalam dunia fb & blog. Kebetulan, salah satu daripada watak dalam -e-novel TAS yang bakal terbit tak lama lagi diambil sempena namaku, Izzati Aisyah. Bukan jadi watak utama tapi jadi watak sampingan. Adik kepada hero lah camtu. Rasa bangga jap. Tetiba rasa nak bersaing dengan kawan baikku, Husna sebab sekarang kalau peminat2 novel mesti perasan yang nama Husna kerap digunakan dalam watak novel dan aku bagitahu dia aku jeles dengan dia. Die plak buat selamba je, lepas tu perli aku balik...hahaha..sabar jelah. Opps! Sebelum terlupa, kalau korang nak bca e-novel TAS ini, boleh jenguk blog kak Nina Harith. Bagi aku cerita ini best sangat! Kepada sesiapa yang tak suka bca dalam blog, boleh tunggu versi cetak. In shaa Allah, tahun depan dah boleh peluk TAS.



Ini pula hadiah daripada my sis in law. Kain sepasang untuk buat baju kurung tapi aku rasa macam nak jadikan ianya sebagai jubah. Seriously, aku tak pernah pun pakai jubah & tak ade sehelai pun baju jubah. Time raya, asyik pakai baju kurung je sebab dari dulu memang aku selesa pakai baju kurung. So, kali ini macam nak buat kelainan sikitlah kononnya...hahaha. Kain nie kak ipar aku beli dekat Medan, Indonesia sewaktu rombongan rakan2 di tempat kerja dia. Thanks a lot sis!



Hadiah daripada kakakku yang tinggal di Sarawak. Kakak aku nie merupakan cikgu Pendidikan Khas di sana. Hari tu aku gedik2 lah mintak hadiah birthday daripada Sarawak dengan dia. Dia cakap kat aku, "tak malu betul mintak hadiah dengan orang. Ikut suka aku lah nak beli ke tak". Tu kata2 dia sebelum birthday aku menjelang. Bila tiba tarikh birthday aku yang sebenar, die post birthday wish dekat fb aku (lain plak die cakap); katanya, " Selamat Hari Lahir. Kalau nak hadiah jual semua novel2 2 dan beli sendiri pakai duit 2~...adeyyy...hampeh! Sayanglah nak jual koleksi novel2 yang aku kumpul dari form 3 sampai sekarang nie tapi ade jugak yang aku dah hadiahkan dekat kawan2 & cikgu sekolah yang suka bca novel...hahaa
My sis memang lah, mulut cakap lain, hati cakap lain plak kan? Alih2 hang beli jugak baju nie sehelai kat aku kan, wahai kakak kesayangan? Trimass~



Hari tu aku ade beli novel dengan penulis Umie Nadzimah. Kebetulan pula, novel terbaru beliau release bulan 10 baru-baru ini. Tajuknya novel tu ialah Dia...Isteri Luar Biasa. Kak Umie nie pula merupakan salah seorang novelis kegemaran aku juga. Selain kak Syamnuriezmil, kak Umie juga berkongsi bulan lahir yang sama dengan aku. Birthday aku dengan kak Umie pula jatuh pada hari yang sama iaitu 22/10/2013. Macam kembar lah plak kan...hihihi. Oleh itu, kak Umie pun siap2 wish birthday aku dekat novel tu sekali. Thanks a lot sis! Semoga terus maju jaya dalam bidang penulisan. <3




Hadiah ini pula merupakan hadiah yang istimewa juga bagi aku. Tak pernah dalam sejarah hidup aku dapat hadiah daripada pengetua sekolah. Ini merupakan julung kalinya aku dapat hadiah daripada orang penting dekat sekolah tau. Dapat sebiji mug yang ada nama & gambar sendiri plak tu. Rasa macam tak percaya pun ada...hehehe.. Hadiah ini diberi sewaktu majlis Jamuan Akhir Tahun Ting.6 yang diadakan di Ri-yaz Heritage. Bukan aku seorang je yang dapat tapi semua pelajar yang lahir pada bulan 9 & 10. Terima kasih banyak2 Puan Hajah Zah binti Mohamad. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera untuk terus menabur bakti demi kecemerlangan SMKPM.



Ini pula beg istimewa daripada London. Seriously tak sangka akan dapat hadiah ini daripada seorang yang boleh dikira rapat denganku. Seorang yang aku dah anggap sebagai kakak kandung sendiri yang selalu memberi kata2 semangat untuk aku terus bertahan dalam cubaan hidup di dunia ini. Aku selalu bertukar-tukar pendapat dan bercerita tentang masalah masing2 di fb. Walaupun kita jauh di mata tapi kita sentiasa dekat di hati. Ya tak akak?..hehehe..Kalau aku bagitau siapa, mesti korang kenal. So, biarlah rahsia~
Masa dapat hadiah nie hari tu, rasa macam nak melompat-lompat jer. Rasa sayang giler nak guna. Dahlah warna putih dan aku tahu aku nie jenis lasaklah jugak. Haruslah kotor beg itu nanti kalau tak dijaga dengan baik. Dan yang paling aku suka ialah, gambar2 yang ade dekat beg itu. Tempat2 menarik yang terdapat di London. Siap tunjuk jalan lagi tu. Yelah, dah nama pun Map Of London kan? Sangat unik. Kakak aku pun puji cantik sangat beg ini. In shaa Allah, suatu hari nanti aku dapat jejakkan kaki ke Kota London. Termasuk dlam wishlist aku yang tak-tau-bila-akan-tertunai...hihihi. To my dear sis, thanks a lot for the gift dan Zati akan jaga baik2 beg ini...<3

Ok, itu sahaja yang dapat aku kongsikan untuk kali ini sebab ini jelah hadiah yang aku dapat sempena birthday baru ni tapi tak taulah kot2 ade lagi kejutan yang menunggu aku seterusnya...hahaha..berangan ye cik Zati!

Last but not least, aku nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada semua yang sudi memberi hadiah sempena hari lahirku yang ke-19 tahun. Yang wish birthday aku pun sama, terima kasih daun keladi, tahun depan wish lah lagi!..Ahaks~ Semoga Allah SWT akan membalas segala jasa baik anda semua kepada aku. Sayang semua kerana Allah. Ketemu lagi di lain entri...daaa

P/s : Sorrylah, aku main letak je gambar2 tu semua. Harap enjoys dengan entri kali ini. Aku pun masa taip entri nie duk sengih sorang. Yelah, rasa tersangat dihargai...thanks semua! Maaf kalau entri kali ini terpanjang  sedikit...hahaha...macam tak kenal cik Zati kalau dah menulis..:P

With Love,
Izzati Aisyah

Monday 9 December 2013

Dating yang Awesome!

Assalamualaikum,

Hari Sabtu & Ahad yang menggembirakan hatiku berjalan dengan lancar akhirnya. Yelah, kita sebagai manusia hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan. Jika Allah SWT permudahkan segala urusan kita, mesti kita akan terlebih gembira tapi harus ingat sentiasa BERSYUKUR dengan segala yang diberikan oleh-NYA. Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sebenarnya dah lama merancang untuk berjumpa dengan "geng novel" yang merupakan seorang blogger juga iaitu adik Syafiqa . Sebelum exam STPM dan adik Syafiqa pula bru nak exam SPM hari tu lagi kami dah semangat merancang. Ingat nak jumpa sebelum exam, tapi memandangkan semuanya sibuk dengan kelas tambahan pada hujung minggu so kami postponed dulu. Tiba-tiba, sebelum exam terakhir aku tamat pada 2 hb hari tu, Sya ada call. Dia ingatkan balik pasal pertemuan tersebut dan kami buat keputusan selepas habis exam baru boleh jumpa.

Oleh itu, pada hari Sabtu, (7/12/2013) kami pun berjumpa di Giant, Kuala Terengganu. Pada mulanya kami rancang nak jumpa berdua saja tapi tak ku sangka dan tak ku duga, kak Lina Abd Majid pun nak join sama. Yehaa, rindu sangat2 dekat akak dgn Sya. Ada seorang lagi yang nak join pada mulanya, tapi dia mesej kata ada hal plak. Takpelah kak Bunga Mawar, nanti kita jumpa lain kali yer..;)


Dari kiri: Sya, Aku & Kak Lina Abd Majid

Seronok pula bila dapat berkumpul dan bercerita mengenai diri masing2 dan dunia novel. Kalau korang nak tahu kami semua berjumpa  kali pertama di Terengganu Equestrian Resort (TER) semasa Pertemuan Kasih Sayang ASST yang dianjurkan oleh novelis Melur Jelita. Kalau nak tahu, boleh menyemak kat entri ini :
Cerita Tentang Novel . Adalah sedikit sebanyak yang aku coretkan kat situ. Tapi Kak Lina aku dah jumpa terlebih awal. Siap pergi makan ABC lagi lepas aku balik daripada sekolah...hihihi..best! Hopefully, dapat jumpa lagi kesayanganku ini dan terima kasih banyak2 dekat Kak Lina sebab sudi belanja kami KFC..;)

Keesokkan harinya pula, hari Ahad (8/12/2013), geng 6 UKM pula buat reunion kelas. Kali ini Ex- Assistant kelas 6 UKM iaitu seorang blogger CikBiePinky dan Afina (my bff) pula yang merancang. So, I follow jelah. Kali ini, pertemuan kami di Mydin Mall, Kuala Terengganu. Semua sepakat nak makan KFC jugak. Nasib baik aku tak muntah lepas makan KFC. Yelah, kelmarin dah makan KFC, esoknya makan sekali lagi...hahaha. Tapi demimu teman2ku tersayang, ku sanggup redahi jua. Mula2 rancang pukul 10 pagi tapi pukul 11 lebih baru boleh makan. Maklumlah, kena tunggu semua orang sampai dulu bru syok!

Hari tu, kami sepakat untuk mengenakan T-shirt kelas kami yang pernah aku ceritakan dalam entri ini:
" The UKMian's " . Semua serba Pink + Hitam. Suasana time tu sangatlah happening! Rasa macam KFC tu kami yang punya. 


Girls Generation gitu lol!..ahaks

Dan macam biasalah ada sesetengah budak perempuan nie, suka ambik gambar makanan sebelum makan. Aku pun ambik gambar gak, kalau dengan geng2 yang dah lama kenal tak malu skit. Kire sempoi je lah..



Ni je yang aku order. Air Milo + Cheezzy Wedges + Ayam seketul. Simple jer lah sbb time dating dengan geng novel hari tu dah melantak Hotbox.( x de gambar ye, malu nak ambik)..hahaha..tahu pula nak malu ye cik Zati..:p

Walaupun tak semua yang hadir, yang semestinya kaum lelaki dah terang lagi bersuluh tiada dalam gambar, dan ade lagi geng2 perempuan yang tak hadir disebabkan masalah2 tertentu, Aku dah rasa terlebih bersyukur sebab dapat melepaskan rindu dekat geng2. Baru beberapa hari tak jumpa selepas exam, rindu dah membuak-buak. Kelmarin pulak adalah waktu yang ditunggu-tunggu dan merupakan memori terindah bersama teman2 tersayang. Lepas nie kena tunggu result STPM keluar, baru dapat jumpa semua. Uwaa, dalam happy nak berjumpa takut jugak nak tahu result! Takpe, tak perlu fikir lagi sekarang. Berdoa dan sembahyang hajat banyak2 supaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Aminn..

Ini adalah sebahagian gambar yang diambil, kalau nak letak semua mahu seminggu tak habis menaip entri nie..hihihi...Kami yang giler2, sengal, sempoi dan sebagainya. Riuh KFC time tu dengan suara2 kami, orang yang duduk makan kat situ pun sampai jeling2 kat kami. Apalah yang diorang fikir yer?..hahaha...Dahlah pakai baju sama, macam team futsal perempuan lak. Sabor jelah..


K.A.M.I


<3


With  Husna Zakaria. Kawan baik dalam kelas 6 UKM. Masa kat sekolah, nak pergi kantin, koop, tandas, bilik guru kitorang akan pergi bersama juga. Rindu sama kamu Una! Kalau nak tahu, dia pun blogger juga. Nie link blog die : http://nanahusna94.blogspot.com/ (jangan marah ye aku letak link blog kamu di entri ini)..muahahaha


With kak Syakirah Mansor yang comel! Akhirnya ade juga gambar kita berdua...hihihi


Say Cheese!

Opss! Sebelum terlupa, cik Najwa dan cik Husna ada kejutan untuk aku. Tak sangka plak diorang edit + cuci gambar kami sewaktu di Ri-Yaz Heritage pada bulan 10 baru nie. Alahai, so sweet both of you. Terima kasih ye untuk gambar ini.  


~Sweet memory~

Ok, sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini. Maaflah kalau ada gambar geng2 yang tak termasuk di sini. Aku main pilih2 jer gambar dan maaf kalau ade salah dan silap dalam entri aku kali ini...hihihi
Last but not least, aku berdoa, walau ape pun yang terjadi, semoga ikatan persahabatan kita akan kekal buat selama-lamanya...Love u alls so much!

Nah, untuk kamu semua. Bila ingat lagu nie, ingatlah persahabatan yang terjalin antara kita yer..


With Love,
Izzati Aisyah

P/s : Selain gambar yang diambil guna hp sendiri aku nak berterima kasih juga kepada adik Sya dan my friend, Najwa atas gambar yang diberi ye..Tq so much!

"The Button Giveaway 2013"

Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang mempunyai hobi mengumpul Button Bagde tak? Kalau ada, meh join Giveaway di bawah:


klik banner untuk join!

Seramai 30 yang bertuah akan memiliki Button Badge yang telah didesign sendiri oleh sis Yana..


Cantik kan? Siap boleh letak nama lagi tu. Sebab tu aku teringin nak join giveaway ini. Button Badge ini sangatlah cute! Harap2 tersenarai dalam 30 blogger yang bertuah itu...*peace

Say tag:
Kak Dayang Deno 

#Jangan lupa join tau

Tarikh Tamat : 18 Disember 2013

With Love,
Izzati Aisyah

Friday 6 December 2013

Novel Giveaway by Hanis Masturina

Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang memang kaki novel?
Nak novel free?
So, join lah Giveaway ini...

* Hadiah lain pun ada juga, tapi disebabkan kebanyakkan hadiah adalah novel jadi Cik Hanis Masturina namakan GA ini seperti di bawah:


klik banner untuk join!

* Saya tag:

Kak Fatin Diana  
Adik Huda 

Hadiah-hadiah 

Novel Syurga di Hati x 1 Pemenang


Novel Cinta Edisi Terhad x 1 Pemenang


Novel Lukisan Untuk E-ah x 1 Pemenang


Novel Wangian Kasih x 1 Pemenang


Novel Salji Pertama x 1 Pemenang


Novel Semester Satu x 1 Pemenang


Fridge Magnet x 2 Pemenang


Keychain Mesir x 2 Pemenang

Topup RM5 x 1 Pemenang

Topup Maxis RM10 x 1 Pemenang

Jom join Ga ini, 12 Pemenang Dicari!!!

Tarikh Tamat : 11/12/2013
(tarikh tamat telah diawalkan)

With Love,
Izzati Aisyah

Monday 2 December 2013

Kenangan Terindah

Assalamualaikum,

Hari ini dah 2/12/2013 kan? So, secara rasminya Izzati Aisyah Md Nor sudah selesai menduduki peperiksaan  STPM selama 7 hari sepanjang bulan 11 hingga  awal bulan 12.




Setelah setahun setengah mengharungi onak dan duri sebagai seorang pelajar STPM, akhirnya tamat juga kisah hidupku sebagai seorang pelajar di SMKPM. Nak cerita pasal kenangan pahit dan manis sepanjang bersekolah di situ, sangatlah banyak. Kalau nak cerita satu persatu, esok pun tak habis. Tapi satu je aku nak cakap, perjalanan hidup aku sepanjang menjadi seorang pelajar STPM sangatlah menguji mental, emosi & fizikal. Bukan mudah untuk berjaya. Banyak benda baru yang aku belajar daripada kawan2 yang ade yang pernah berasal daripada sekolah lama dan ada juga yang baru masuk di situ. Aku adalah salah seorang pelajar asal SMKPM. Dari ting 1 hingga ting 6 belajar, bersukaria ria, menangis duka di situ. Tapi dalam banyak2 tahun, 2012 & 2013 adalah kenangan yang paling manis buatku.

Menjadi seorang pelajar yang sering "ditikus putihkan" bukan mudah. Tahun aku merupakan tahun pertama untuk silibus STPM yang baru. Kali ini pihak KPM telah ubah sistem pembelajaran ting 6 menjadi sistem modular. Actually, ade pro and cont jugak bila mereka tetapkan sistem pembelajaran sebegini. Yang tak best bila belajar dalam masa 6 bulan (4 subjek) terus exam. Bagi aku yang tak biasa dengan cara begitu pada mulanya, memanglah rasa tak best kan. Nampak macam rushing sangat. Tapi bila dah tahu macam mana gambaran sebenarnya, barulah terima dengan hati yang reda. Yang bestnya, markah peperiksaan korang akan ditampung pula dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Sangatlah mencabar time nak siapkan 4 PBS merangkumi 4 subjek yang aku ambil. Asyik berdebar, nak menangis, rasa takut semuanya bercampur baur. Lepas siap tugasan ini pula, kena buat presentation depan cikgu2 dan MPM plak. Alhamdulillah, tak pernah kena present depan MPM. Kalau tak memang terketar lutut aku. Depan cikgu2 pun dah rasa cuak giler kot!...hihihi

Segala yang berlaku itu merupakan titik tolak untuk aku terus berjuang demi sebuah kejayaan. Segala pengalaman yang dikutip telah mengajar aku untuk menjadi insan yang berani mencuba benda baru. Alhamdulillah. Will miss all of that after this. Cikgu2 yang baik hati, kawan2 yang sekepala dan sanggup menolong aku ketika susah mahupun senang. Kalau boleh nak bersama-sama dengan korang je selalu tapi dah lumrah dalam kehidupan, tak selamanya orang yang sentiasa bersama kita akan terus bersama kita. Mereka pun ada kehidupan sendiri. Sebab tu cikgu aku pernah bagi nasihat, "hidup ini jangan terlalu bergantung pada orang. Tak selamanya orang yang rapat dengan kita sekarang akan bersama kita setiap masa dan belajarlah untuk sayang diri sendiri sebelum terlalu menyayangi orang lain. Tiada siapa yang akan tolong kita dikemudian hari melainkan diri kita sendiri."

Akhir kata, kepada semua kawan2 baikku di kelas 6 UKM, ampun dan maaf dipinta sekiranya selama setahun setengah ini, ada perkataan mahupun perbuatanku menguris hati & perasaan korang semua. Yelah, aku bukan insan yang sempurna. Tak sedar apa yang aku buat selama ini membuatkan korang rasa tak senang hati dengan aku. Maaf kan aku insan yang lemah ini..huhuhu

Kalau korang semua salah dan silap dengan aku plak, jangan risau. Aku tak ambik hati & maafkan segala kesalahan kamu2 semua wahai kesayangan. Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya. Sayang kamu semua kerana Allah SWT. In shaa Allah, kita akan berjumpa semula waktu reunion. Maybe tahun ini @ tahun depan. Dan mesti korang nak tahu ape projek yang sedang aku & my partner rancangkan untuk "Projek Kenangan 6 UKM" kan? Kita tunggu tahun depan ler...nanti tak suprise kalau bagitau awal2...hihihi



:)


<3


:')

Lagu kenangan ditujukan khas buat teman tersayang,



Sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini. Semoga bertemu lagi di lain "coretan hati". .ahaks!
kena seru mood rajin banyak2 dulu. Terima kasih sebab sudi baca...=)

With Love,
Izzati Aisyah