Thursday 29 October 2015

#Throwback : Contest Mei

Assalamualaikum,

Okey, ni last contest yang aku join sebelum aku sambung belajar. Daripada grup Farah Husain gak untuk #giveaway September. Ni pun sempena kelahiran novel September yang memang dinanti-nantikan oleh semua peminatnya.



Korang dah baca? Kalau belum mmg rugilah sebab karya2 FH semua best2 tau.


Task untuk kali ni ialah nyatakan mana2 memorable quotes yang korang suka dalam novel ini. Kat bawah ni aku selitkan quotes yang aku minat tu ya.





#GiveawaySeptember

Memorable Quotes part 1:

"Everything I did, everything I said, it all comes from my heart. Never doubt that. - Nur Jazleen

Part 2 :

"Sometimes no matter how much you love someone, you can't hold on to them forever. People changed, so learn to live and let go." - Zayn Akmal

Part 3 :

"Kenapa September?" - Zayn Akmal

"Sebab saya jumpa cinta saya di bulan September. Cinta yang buat saya rasa hidup. Cinta yang membahagiakan saya. Saya hilang cinta saya di bulan September. Kehilangan yang berpunca daripada diri saya sendiri. Kehilangan yang membuat hati seseorang menderita. Kemudian saya temui kembali cinta saya di bulan September. Dan sekali lagi, sebab kebodohan saya, saya hilang sekali lagi cinta itu." - Nur Jazleen

"Kenapa nak ingatkan bulan yang bawa kesedihan dalam hidup awak?" - Zayn Akmal

"Sebab bulan yang sama juga bawa kegembiraan dalam hidup saya. So, I focus more on the happiness than the sadness." - Nur Jazleen

P/s : Part 1,2,3 adalah ayat2 yg saya akan ingat setiap kali terpandang novel September. Bagi saya itu merupakan 'simbolik' kisah mereka. Walau dilanda duka pada awalnya tapi tetap "Di penghujung hari...hanya bahagia yang dia cari."

-Me love Zayn & Jaz -

*****



Hadiah yang aku dapat. TQ again Kak Farah!

Okey. sampai di sini jelah ya aku berceloteh untuk hari ni. Jumpa lagi untuk next entry. Ape cerita lagi ya nak update? OH...pasal PBAKL 2015 yang super havocccc! Tunggu....

With Love,

Izzati Aisyah

#Throwback : Contest Feb

Assalamualaikum,

Jom kita beralih dekat ceritera contest yang aku join pada bulan Februari pulak. Contest ini dibuat sempena kelahiran novel kedua my favourite author gak iaitu Farisya Natasya pada bulan Januari. Memandangkan ramai yang dah dapat dan dah baca jugak, so dia buat contest sebulan selepasnya.



Hah! Dah ada yang baca ke belum? Kalau belum cepat2 dapatkan dekat kedai buku berhampiran korang ya. Takpun boleh order direct dengan penerbit Idea Kreatif. Konfem best!


Syarat2 nak join contest ni ialah kena ambik gambar kreatif bersama novel DPH dan sertakan review korang. Pendek or panjang tak kesah, asalkan cukup rencah. Aku pun tak yakin boleh menang sebab persaingan sengit gak lah. Semua akak2 ku di FB yang suka baca novel tu pandai buat review. Masa tu plak dah lama kot aku tak review novel. Skill tulis review tu dah nak hilang kot. hehehe
Tapi disebabkan dah janji nak join, aku buat jelah sebaik mungkin. Kalah menang belakang kire.

Tapi dengan tak disangka-sangka, my review dapat nombor 1. Aku pun mmg speechless time tu sebab tak percaya bila FN umum nama2 pemenang. Nak baca review tu tak? Tapi maaflah yer...terlajakkkk panjangggg. Dari kulit depan sampai ke kulit belakang aku kupas. Tapi kalau korang belum baca lagi novel nie, jangan baca review ni eh. Nanti spoil lak. hehehe...Tapi kalau nak baca pun boleh jer...;)


Review Dia... Pelengkap Hidupku.

Assalamualaikum,

First of all, saya nak ucapkan tahniah ke atas kelahiran novel kedua akak selepas Perangkap Dua Hati iaitu Dia… Pelengkap Hidupku. Penantian selama 1 tahun 6 bulan akhirnya berakhir Januari lalu dengan kelahiran baby baru. I'm happy for you sis!

Apa KOMEN saya selepas baca DPH?

Sudah tentu ceritanya BEST! (Nampak ayat klise di situ) hehehe. Tapi bagi saya, ianya sebuah cerita yang nak cakap terlalu sweet tak sangat, nak cakap sedih pun tak sangat. Jadi ia berada pada sudut pertengahan. Ada serba sedikit manis, masam, suka, duka sebab dalam kehidupan ni kalau tiada perasaan itu semua memang tiada yang luar biasa. Jalan cerita dalam novel ni disifatkan lebih matang sebab watak utama dalam DPH adalah tentang si gadis yang dah bertunang dan si jejaka yang dah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang comel. Si gadis ni rasa tiada keserasian dah antara dia dan encik tunang dan isteri kepada si jejaka mula rasa tiada keseronokan hidup di alam perkahwinan. Rasa tak puas untuk menikmati zaman muda disebabkan berkahwin awal. Yalah, rasa nak enjoy dengan kawan-kawan dan bercuti ke sana sini. Pokoknya dia ingin hidup bebas tanpa memikirkan suami dan anak yang dia ada. Akhirnya si gadis bertekad untuk memutuskan pertunangan dan isteri kepada si jejaka nekad untuk berpisah. Dan daripada situ konflik yang lebih buruk terjadi. Kesudahannya… adakah bahagia akan muncul dalam kehidupan si gadis dan si jejaka? Sudah semestinya!

Bercerita mengenai watak dalam DPH.

Amanda Qistina

Heroin dalam DPH. Seorang yang pada mulanya mengikut kata hati juga. Mengambil keputusan untuk bertunang bagi membuktikan cintanya kepada encik tunang iaitu Zayn. Selepas beberapa lama bertunang, dia akhirnya mengambil keputusan untuk putus sebab tidak tahan dengan perangai Zayn yang dah pandai naik tangan terhadapnya dan kuat cemburu. Dan saya rasa itu satu keputusan yang tepat sebab saya pun tak suka lelaki begitu. hehehe… Semasa bertugas, Amanda telah bertemu dengan si jejaka bernama Lutfi Irsyad, suami orang yang dah punya anak bernama Fea. Comel ok! Dia selalu perhati si jejaka dan jatuh hati dengan keperibadian Luth. Yalah, seorang suami yang baik, sanggup berkorban untuk isterinya dan pandai melayan anak. Oh, saya pun akan jatuh cinta dengan lelaki macam tu. Ngee! Lama-kelamaan, diorang mula kenal dan akhirnya rasa cinta itu hadir tanpa dipaksa. Masa tu Amanda dah putus tunang dgn Zayn. Jadi tak salah kalau dia pilih Luth. Luth pulak? Bukan suami orang lagi. Jadi tak ada masalah. Lepas dah kahwin ni, biasalah bila dah jadi hak kita, haruslah kita tak mau kongsi dengan orang. Saya faham sangat dengan perasaan Amanda. Bila datangnya Dayana, bekas isteri Luth untuk menghuru-harakan rumah tangga dia, perempuan mana yang tak marah, kan? Naluri seorang isteri tu tak pernah salah bila melibatkan hal rumah tangga. Tapi yang sedihnya, Lutfi dah buat Amanda kecil hati. Kesian pulak dekat Amanda yang dah cuba beri yang terbaik untuk kebahagiaan mereka sekeluarga. Tapi nasib baik Amanda ni jenis yang kuat semangat. Dia tak ada nak mintak cerai ke apa. Cuma dia bagi masa untuk Luth fikir tentang apa yang berlaku. Biasanya kalau perempuan bila dah terluka, rasa macam dah tak sanggup dah nak bersama lelaki tu lagi. Tapi tidak Amanda.

Lutfi Irsyad

Hero dalam DPH. Seorang suami yang penyabar, sanggup berkorban segalanya untuk isteri tercinta. Ikut je apa yang Dayana nak tanpa berfikir tentang diri sendiri. Nak sambung belajar dia bagi, berikan rumah dan segala keperluan Dayana semasa di Sydney. Juga seorang daddy yang sangat penyayang. Beruntung Fea dapat daddy macam tu. Semua benda pasal Fea, Lutfi akan ambil kisah. Pokoknya, beruntung sungguh siapa dapat Luth. Yang tak tahu bersyukurnya adalah Dayana. Sanggup mintak cerai semata-mata nak kebebasan hidup. Memang tak tahu dek untung. Semua suami support tapi inikah balasannya? Akhirnya, Luthfi bertemu dengan Amanda. Luthfi tak sedar padahal dalam diam dia dah sayangkan Amanda walaupun pada mulanya dia anggap Amanda tu macam seorang adik jer. Sekarang, dah upgrade jadi pelengkap hidup dialah pulak. Mula-mula kahwin tu semua nampak indah sehinggalah kemunculan Dayana, bekas isteri yang mula nak meroyan. Dulu tak nak, sekarang baru terhegeh-hegeh nak rujuk balik dgn Luth. Masa baca part Dayana jumpa balik dengan Luth demi Fea, boleh diterima lagi. Sebab Fea tu anak Dayana. Tak kan nak pisahkan kasih sayang mak kandung dengan anak diorang pulak kan. Tapi Dayana ni melebih. Ada udang di sebalik mee. Luth ni lembut hati sangat. Dia pada mulanya tak pernah nak siasat apa yang Dayana buat. Tak sedar Dayana nak porak-perandakan rumah tangga dia. Sampai sanggup kecilkan hati Amanda. Uwaa, sedih hati saya tau. Part paling touching bila Amanda dah siapkan makan malam untuk dia tapi dia tak balik pun sebab jaga Fea kat hospital. Memang keutamaan kepada anak dia tapi dia pun bagitahulah Amanda dulu. Cerita serba sikit apa yang jadi. Dia tak patut percaya bulat-bulat dekat Dayana. Okey, masa ni mmg geram kuasa 2 dengan hero. Bila orang nasihat baru boleh fikir dengan baik. Baru rasa bersalah. Baru menyesal. Baru nak mintak maaf dengan Amanda! Oh maii! Tapi nasib baik segalanya dapat diselesaikan dengan baik. Jadilah hero kesayangan saya semula. Hehehe

Fea

Anak kecil yang comel. Dialah penghubung bahagia untuk Amanda & Luth. Saya suka dengan kepetahan dan sikap manja dia dengan semua orang. Dia pun sangat-sangat menghormati orang tua, baik dan peramah. Luth pandai mendidik dia jadi anak yang menurut kata dan patuh kepada ajaran islam. Pandai solat, pandai baca doa. Memang bijak. Awak sangat comel Fea! Aunty sayang kamu! Hahaha

-Kerana Fea, Amanda & Luth bertemu dan kerana Fea, cinta mereka bersatu.-

Dayana & Zayn

2 watak yang cukup tidak saya sukai. Bila dah tak suka, segala benda pasal diorang pun rasa tak berbaloi nak cerita. Hahaha… Nasib baik watak Zayn nie tak meleret sampai akhir cerita. Kalaulah dia berpakat dengan Dayana nak rosakkan rumah tangga Luth dgn Amanda, saya rasa cerita ni jadi konflik berat yang saya tak tau nak cerita camne. Watak Dayana yang jadi racun dalam rumah tangga Luth & Amanda tu pun dah tak sanggup nak emo dah saya. Hahaha (ni orang terlalu menghayati jalan cerita) Alhamdulillah, saya suka dengan pengakhiran untuk mereka ni. Dah buat jahat, pembalasannya tak kira dibalas jahat atau berubah baik sekurang-kurangnya ada jugak keinsafan untuk diorang tak ulangi lagi perbuatan mengacau atau meruntuhkan masjid orang. Harap- harap Dayana insaf terus lepas kena tangkap basah dgn Datuk tu. Belajar jadi isteri yang baik. Zayn pulak, semoga dia bertemu dengan insan yang memahami dia. Buang sikap panas dan kuat cemburu tu ya. Insya-Allah hidup akan lebih tenang dan bahagia.

Aspek kekeluargaan dalam DPH saya suka. Keluarga luth iaitu abah, along, insyad sangatlah memahami perasaan Luth. Yalah, lelaki sama lelaki. Diorang ada sudut pandangan masing-masing. Bila dah ada masalah, diorang pun sama-sama bantu Luth untuk perbaiki balik, sedarkan balik apa yang Luth buat tu betul atau salah. Tak lupa juga keluarga Manda. Mulanya papa dan abang dia tak suka dengan Luth sebab dah termakan dengan lakonan Zayn yang kononnya baik tapi akhirnya diorang terima Luth seadanya bila dah tengok ketulusan hati Luth. Umi Luth dengan Mama Amanda pun sangat supportive orangnya. Pokoknya, saya suka hubungan kekeluargaan yang terjalin dalam DPH.

Dan tak lupa juga, untuk mereka yang follow akak daripada novel Perangkap Dua Hati lagi, mesti perasan ada watak Nuh Qays & Qisha Zulaikha dalam DPH. Kisah diorang dulu pun penuh liku jugak tapi sekarang dah bahagia. Qaiser Qays pun dah nak dapat adik. Wink! Wink!

Orang cakap, ending sesebuah cerita itu memainkan peranan penting. Tapi tak semua ending yang kita harapkan akan kita dapat. Seriously, saya harapkan ending yang Fea dapat adik baru. Amanda disahkan pregnant anak Luth. Tapi tak ada pulak. Mereka diuji walaupun dah lama kahwin tapi tak ada lagi anak sendiri. Kesian juga dekat Amanda yang terlampau mengharap. Tapi nasib baik Luth pandai pujuk dan tenangkan hati dia. Walaupun pun tiada anak lagi tapi dia rasa dengan adanya Fea dan Amanda sudah cukup jadi pelengkap hidupnya. Kalaulah ada entry special entry untuk DPH, harapanku agar berita gembira akan muncul untuk Amanda dan Luth. Nak tahu gak macam mana Fea selepas dapat adik. Adakah dia cemburu sebab Luth lebih tumpukan perhatian dekat baby baru ataupun dia sama-sama jaga adik dia. Maklumlah Fea tu kan anak manja daddy. Hehehe

Overall, saya bagi 5 bintang untuk DPH. Saya tak mengharapkan cerita itu sempurna serba serbi sebab dalam hidup kita pun banyak yang lompang juga. Kesempurnaan itu milik yang MAHA ESA. Satu naskah yang cukup rencah bagi saya. Semua orang boleh baca kisah mereka untuk diambil pengajaran. Semoga akak terus menghasilkan karya-karya yang lebih baik untuk masa akan datang. I will always support u sis! Dia… Pelengkap Hidupku…naskah yang berbaloi tunggu.
*****

What say you? Giler panjang tak hengat, kan? Nilah jadi bila mood me'review' menggila. Skill masih okey lagi rupanya. hahaha

So, ni hadiah yang aku dapat sebagai pemenang review DPH.


Dapat benda alah yang super tinggi ni, Statue Eiffel Tower & gift2 kecil yang lain.
Tq so much dear sister, Farisya Natasya.

Kalau korang nak baca karya-karya FN boleh jenguk grup. (klik je link kat bawah ni)

FARISYA NATASYA : Diari Terindah Farisya Natasya 

That all!

With Love,

Izzati Aisyah

#Throwback : Contest Jan

Assalamualaikum,

Hari ni baru mood menulis nak datang. Hehehe
Nak bercerita pasal apa ya? Owh, pasal contest yang aku join tahun ni dari bulan Jan. Masa tu aku belum sibuk lagi dengan sambung belajar. Waktu ada masa lapang tulah aku join macam2 contest dan obviously dekat facebook & twitter. Sudah semestinya contest yang dibuat oleh penulis2 yang aku follow. Well, aku kan suka baca novel. Segala contest yang berkaitan dengan novel wajib join. Sampai akak2 kat fb tu cakap, kalau Izzati join konfem orang lain tak leh menang. Siap kena palang tak leh join contest lagi. Hahaha...

Sekarang, sejak dah start belajar bulan 6 baru ni tak sempat nak join mana2 contest dah kecuali kalau ada waktu lapang jelah sempat menyelit join sama. So, berbalik kepada contest yang pernah aku join bulan Januari baru2 ni ialah di Twitter penulis Anna Lee. First time die buat contest kat situ. So aku pun joinlah. Task die ialah describe what you feel about novel Aku, Dia & Pinky Promise. (aku pun ingat2 lupa dah ape tugasan yang perlu dibuat) Kalau nak menang, kena tengok like our share yang paling tinggi. Dan akhirnya aku terpilih sebagai pemenang 1.


Ini hadiahnya: Bracelet yang super cute!

Seterusnya pula, contest daripada penulis Farah Husein di Facebook. Contest teka kejutan di bab akhir mini novel Dear Cinta 2.0 dalam LE Yang Aku Cinta. Gigihku mencari jawapan (sanggup scroll entry dulu2 dlm grup TaT~E). Ahaks! Terpilih gak masuk list 5 insan bertuah.



Dapat beg yang cute!


Akhir sekali, aku join contest dlm grup FH jugak tapi contest ni bergabung dengan seorang lagi penulis iaitu Wawa Taufik. Syaratnya kena bagitahu your favourite scene dalam novel Dia... Mr Model dan nyatakan sebabnya juga.Yang ni pun kena kumpul likes tertinggi gak untuk menang. Aku selitkan sikit my favourite scene dalam DMM kat sini eh. ;)


Giveaway#2
#favouritescene
#DMM

"Suka saya?"

Angguk.

"Sayang saya?"

Angguk.

"Sudi jadi isteri saya?"

Masih lagi angguk. Namun tidak lama dia. Dia pantas memandang pemuda itu.

"Err... apa awak cakap Mika?"

"Awak dah pun setuju. So, tak boleh patah balik dah." Mika sengaja mengusik.

"Awak ambik kesempatan! Mana aci!" balas Safa geram.

"Eh, aci mana ada kat sini!" Mika ketawa perlahan.

"Mika!"

Tawa Mika semakin kuat. Gembira hatinya dapat mengenakan Safa. Sudahlah dari tadi gadis itu tidak melayannya. Dibuatnya tidak tahu saja. Geram!

"Suka usik saya!"

"Memang suka! Suka usik awak. Suka kacau awak. Suka ganggu awak. Sukakan awak. Cintakan awak... kiranya, semualah suka!"

*****

- Sebab apa saya suka? Bila baca scene ni, terus pipi bertukar jadi merah hati. Hehehe. (blushing ler) Mika yang suka mengusik, Mika yang selalu menjaga hati, Mika yang selalu ingin membahagiakan cinta hatinya, Safa. Walau geram, marah, kecewa sekalipun Safa, Mika selalu ada di sampingnya untuk menceriakan harinya. Dan Dia... Mr Model yang "sweet overdose" di hati Safa dan juga super sweet di hati peminatnya. Siapa peminat Mika? Cepat ngaku...ehem-ehem... Me!



Banyak lagi scene best2. Kalau nak tahu lebih lanjut kena beli novel dia ya? hehehe


So, nilah dia hadiah yang aku dapat sebagai pemenang. 

TQ to all my kakak2 penulis yang baik hati. Bertuah sangat dapat hadiah daripada penulis yang aku suka sangat karya2nya.

Kalau nak baca karya-karya AL, FH & WT boleh join grup mereka kat sini link yang aku dah letak kat bawah ni ya. Kat situ boleh tahu senarai novel yang dah terbit, boleh baca cerita2 yang belum terbit atau bakal terbit tak lama lagi. Mohlah support penulis2 tempatan ya!



WAWA TAUFIK : Imaginasi - Wawa Taufik 

Sampai di sini saja. Jumpa lagi next entry. Love you alls!

With Love,

Izzati Aisyah

Monday 26 October 2015

21st Already!

Assalamualaikum,

Apa khabar korang? Patutnya aku update blog Khamis lepas tapi tak sempat. Sorry.
Alhamdulillah, 22/10 baru ni, aku dha melangkah ke alam remaja dewasa. hehehe
Dah masuk 21 tahun dah. Can't believe it! Thanks to everyone yang wish birthday kat FB & IG, wish & rakam video suara la dekat whatsApp, sungguh ku terharu tengah2 malam ade orang duk nyanyi lagu birthday. Thanks to my friends, Husna & Najwa. Macam2 versi lak tu. (teringat time form 6 dulu) Miss my buddies. Takkan-Terpisah. ;)
Terima kasih sekali lagi untuk semua yang tak jadi friend pun wish gak sbb kebetulan ade 5 orang lagi yg sama birthday dengan aku. Memang meriah fb kejap. hehehe


Ini gambar time 'berdondang sayang' dekat tepi tasik Kuis. Thanks to my sis yang tolong edit letak tulisan kat atas tu. :)


Tak lupa gak dekat mereka yang sudi bagi hadiah dekat budak dah besar nie. Surprise betul. Nanti kita share dekat lain entry eh. Sebab ada lagi yang tak dapat dekat tangan. Tunggu semua dapat baru kita update eh. Senang kumpul 1 entry. (bukan nak menunjuk eh tapi nak kasi penghargaan sikit dekat mereka yang susah payah bagi hadiah) hehehe... love you alls!
Tapi tak tau lagi bila...tunggu jelah..

Okey, kita sambung lagi next entry ya. 


kasi tepek sekeping gambar kek baru-baru ni. Yummy!


With Love,
Izzati Aisyah

Sunday 18 October 2015

Finally!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tanggal 15/10 baru-baru ni aku dah selesai menjawab final exam untuk sem 1. Dalam pada rasa lega tu terselit gak rasa gundah-gulana nak tunggu result keluar pulak. Hopefully, exam ni aku dapat result exam sepertimana yang diharapkan. Doa-doakan ya? Insya-Allah, Amin.



Meh nak belanja gambar muka puas hati sebab dah habis exam. hahaha

Dan dengan rasminya aku dah masuk zon bersuka-ria selama sebulan. Leh layan novel + korea + tv +++ makannnnn. (misi nak gemukkan badan walau hakikatnya memang tak dapatlah kan? metabolisme terlajak tinggi sangat. Mantain kurus jelah aku camne sampai bila2 kot. Ahakksss
Okey jer..:P

Tapi dalam pada seronok bercuti, teringat pulak dekat housemate 'susah senang'. Korang mmg daebak. Adik2 yang baik hati dan sempoi. Insya-Allah, ade rezeki jumpa lagi kita next sem eh, walaupun tak duduk serumah lagi. 


Love you all 'deep-deep', Aina, Firzanah & Fitrah!

Tak lupa gak kawan 'susah senang' satu course, yang selalu bantu aku dalam pelajaran, share nota sama2, buat assigment sama2 dan share masalah pun sama2. 


Ni muka tahan lapar tapi dalam hati 'banyak gumbira' sebab dah habis exam. Berwefie tak hengat dunia petang tu. Rindu kau sangat2 Farah! Tak sabar lak nak naik sem 2. Dapat duduk dorm sama2 plak kali ni. Yeayy!

Selamat tinggal kenangan di sem 1. Segala pahit getir dapat dilalui dengan baik walaupun masa mula2 masuk tu rasa diri tak yakin nak habiskan sampai final. Tapi Allah SWT dah mudahkan perjalanan hidupku di sini. Alhamdulillah. 

Sampai di sini sahaja sesi latihan jari-jemari di keyboard. Insya-Allah berjumpa lagi kita di lain entry eh. Esok dah nak balik Terengganu. Tak sabar lak nak jumpa ma, abah, abang, adik, kakak ipar, abang ipar dan anak2 saudaraku di kampung. hehehe....bye bye!

p/s : tak sabar gak nak tunggu next week! My birthday is around the corner. Hari tu, lepas habis exam dapat hadiah daripada my beloved friend sempena birthdayku yang ke-21 tahun. Maklumlah time birthday aku tu dah cuti sem sebab tu dia bagi awal2. Harap2 ada lagi surprise yang menanti lepas ni...hehehe...;)

Okey, see you next time!


With Love,

Izzati Aisyah