Thursday 29 October 2015

#Throwback : Contest Jan

Assalamualaikum,

Hari ni baru mood menulis nak datang. Hehehe
Nak bercerita pasal apa ya? Owh, pasal contest yang aku join tahun ni dari bulan Jan. Masa tu aku belum sibuk lagi dengan sambung belajar. Waktu ada masa lapang tulah aku join macam2 contest dan obviously dekat facebook & twitter. Sudah semestinya contest yang dibuat oleh penulis2 yang aku follow. Well, aku kan suka baca novel. Segala contest yang berkaitan dengan novel wajib join. Sampai akak2 kat fb tu cakap, kalau Izzati join konfem orang lain tak leh menang. Siap kena palang tak leh join contest lagi. Hahaha...

Sekarang, sejak dah start belajar bulan 6 baru ni tak sempat nak join mana2 contest dah kecuali kalau ada waktu lapang jelah sempat menyelit join sama. So, berbalik kepada contest yang pernah aku join bulan Januari baru2 ni ialah di Twitter penulis Anna Lee. First time die buat contest kat situ. So aku pun joinlah. Task die ialah describe what you feel about novel Aku, Dia & Pinky Promise. (aku pun ingat2 lupa dah ape tugasan yang perlu dibuat) Kalau nak menang, kena tengok like our share yang paling tinggi. Dan akhirnya aku terpilih sebagai pemenang 1.


Ini hadiahnya: Bracelet yang super cute!

Seterusnya pula, contest daripada penulis Farah Husein di Facebook. Contest teka kejutan di bab akhir mini novel Dear Cinta 2.0 dalam LE Yang Aku Cinta. Gigihku mencari jawapan (sanggup scroll entry dulu2 dlm grup TaT~E). Ahaks! Terpilih gak masuk list 5 insan bertuah.



Dapat beg yang cute!


Akhir sekali, aku join contest dlm grup FH jugak tapi contest ni bergabung dengan seorang lagi penulis iaitu Wawa Taufik. Syaratnya kena bagitahu your favourite scene dalam novel Dia... Mr Model dan nyatakan sebabnya juga.Yang ni pun kena kumpul likes tertinggi gak untuk menang. Aku selitkan sikit my favourite scene dalam DMM kat sini eh. ;)


Giveaway#2
#favouritescene
#DMM

"Suka saya?"

Angguk.

"Sayang saya?"

Angguk.

"Sudi jadi isteri saya?"

Masih lagi angguk. Namun tidak lama dia. Dia pantas memandang pemuda itu.

"Err... apa awak cakap Mika?"

"Awak dah pun setuju. So, tak boleh patah balik dah." Mika sengaja mengusik.

"Awak ambik kesempatan! Mana aci!" balas Safa geram.

"Eh, aci mana ada kat sini!" Mika ketawa perlahan.

"Mika!"

Tawa Mika semakin kuat. Gembira hatinya dapat mengenakan Safa. Sudahlah dari tadi gadis itu tidak melayannya. Dibuatnya tidak tahu saja. Geram!

"Suka usik saya!"

"Memang suka! Suka usik awak. Suka kacau awak. Suka ganggu awak. Sukakan awak. Cintakan awak... kiranya, semualah suka!"

*****

- Sebab apa saya suka? Bila baca scene ni, terus pipi bertukar jadi merah hati. Hehehe. (blushing ler) Mika yang suka mengusik, Mika yang selalu menjaga hati, Mika yang selalu ingin membahagiakan cinta hatinya, Safa. Walau geram, marah, kecewa sekalipun Safa, Mika selalu ada di sampingnya untuk menceriakan harinya. Dan Dia... Mr Model yang "sweet overdose" di hati Safa dan juga super sweet di hati peminatnya. Siapa peminat Mika? Cepat ngaku...ehem-ehem... Me!



Banyak lagi scene best2. Kalau nak tahu lebih lanjut kena beli novel dia ya? hehehe


So, nilah dia hadiah yang aku dapat sebagai pemenang. 

TQ to all my kakak2 penulis yang baik hati. Bertuah sangat dapat hadiah daripada penulis yang aku suka sangat karya2nya.

Kalau nak baca karya-karya AL, FH & WT boleh join grup mereka kat sini link yang aku dah letak kat bawah ni ya. Kat situ boleh tahu senarai novel yang dah terbit, boleh baca cerita2 yang belum terbit atau bakal terbit tak lama lagi. Mohlah support penulis2 tempatan ya!



WAWA TAUFIK : Imaginasi - Wawa Taufik 

Sampai di sini saja. Jumpa lagi next entry. Love you alls!

With Love,

Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment