Tuesday 3 November 2015

PBAKL 2015 - Part 1

Assalamualaikum,

Nak bagitahu siap-siap ya, dalam entry ni BANYAK giler GAMBAR. Sila bertabah baca dari mula sampai akhir entry. Hehehe... ni pun aku terpaksa membahagikan entry nie kepada 2 part. Fuhh!

Ini kalau nak ikutkan, masuk kali ke-2 aku menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Bukan 1 hari, 2 hari tapi 4 hari aku berkampung kat sana. Pada awalnya nak pergi 3 hari je, tapi rezeki aku cerah bila Kak Su sanggup ambil aku lagi dekat rumah my bro kat Jalan Duta memandangkan aku ada kat sana lagi. (aku duduk rumah abang aku kat KL selama seminggu time tu.)

Masa pergi ke sana, aku pergi dengan abang ipar, anak saudara dengan Ma aku. Aku mintak tolong abang ipar aku hantar rumah abang aku petang Khamis (23 April), memandangkan pesta buku tu dah start Jumaat (24 April). Abang ipar aku sanggup jer dan akhirnya boleh jugak aku ke PBAKL tahun ni. (ingat tahun lepaslah last chance untuk aku jejakkan kaki kat sana...huhuhu)

Dari rumah abang aku ke PWTC tu sangatlah dekat. Dan time tu, Kak Suzana sanggup nak ulang-alik ambik aku dari rumah family dia untuk ke PWTC selama 3 hari (ikut kontrak..hahaha) Padahal terlajak jadi 4 hari. Thank you so much, Kak Su! Aku pergi pada 24/25/26 April dan seterusnya 1 Mei. Hari pekerja kan semua orang cuti jadi Kak Su pun ajak sekali lagi aku pergi sana. Yeay!



Posing di hari pertama PBAKL bersama Kak Su. Beliau juga penulis novel juga, guna nama pena Suzana Sulaiman. Novel keduanya, Jodohku & Janji-Nya release bulan April tu juga under IKP. Sebelum PBAKL tu pun aku dah dapat dan baca novel tu. Memang best!

Masa PBAKL tu berlangsung, memang aku lepak dekat booth Idea Kreatif Publication (IKP) sebab aku dah datang dengan Kak Su, jadi kenalah follow kakak kesayanganku ini. Kak Su dah diamanahkan untuk menjaga 'budak kecik' ni sepanjang berada kat sana. (erkk?)
Best jugak dapat tengok ramai pengunjung di booth IKP dan adalah jugak aku tolong-tolong apa yang termampu di sana. Macam dah jadi salah seorang staf diorang pulak. Hehehe...tapi seronok. 

Memandangkan 4 hari berkampung kat sini, ramailah penulis dan pembaca yang aku jumpa. Selama ni just kenal kat facebook jer. Kali ni dapat jumpa depan mata. Rasa sangat berbaloi dapat pergi kali ni! Dan tiap kali jumpa orang, mesti diorang akan cakap "keciknya budak ni". Sampai aku pun tak tau nak habaq apa lagi. Senyum jelah ya. 

Okey, meh aku nak tempek gambar-gambar penulis yang aku jumpa dan sempat bergambar kat sana. Ada jugak novelis lain yang aku jumpa tapi tak sempat ambik gambar. Just berbalas senyum jelah...;)
Aku just letak gambar secara random je eh...nak ingat balik tarikh bila bergambar mmg taklah...cerita dah beberapa bulan yang lepas. Banyak yang tak ingat. Sorry...

Hah, bolehlah jugak nak tahu berapa banyak aku memborong kali ni. Tak yah buat list. Bila korang dah sampai sana, memang habis semua list2 tu jadi lain. Bukan makin kurang, tapi makin bertambah adalah. Hahaha...susah kalau mmg dah giler novel ni..:P



Tadaa... Takkan tak kenal kot...dalam entry PBAKL 2014 dulu pun nilah die penulis 1st sekali yang aku nak jumpa. Novelis Farah Husain yang terkenal dengan novel Dia... Random Guy & Hanya Dia... Cinta under penerbit Idea Kreatif. Kali ni dekat PBAKL 2015 pun dia ade novel baru yang bertajuk September. Memang ramai yang menunggu novel tu keluar termasuklah aku. Akhirnya, 'luruhnya' September di bulan April. Hehehe


Haruslah dapat signature FH dengan gift FM & keychain yang cantik.


Ini pula kak Wawa Taufik. Aku ingat dah tak dapat jumpa dia kat PBAKL tahun ni sebab jadual bertemu penulis WT ni adalah pada 1 Mei. Aku pada mulanya dah merancang untuk pergi 3 hari je tapi orang cakap, kalau dah jodoh tak ke mana kan?. Dapat jugak jumpa. Kak Wawa Taufik ni tulis 3 buah novel penuh under IKP iaitu Dia... Mr Model, Lamaran Untuk Teman Hati @ L.U.T.H dan yang paling latest untuk keluaran pesta buku kali ni ialah Jiwaku Ada Dirimu @ J.A.D.


Wink wink! Dapat gift & signature gak.


Seterusnya, dapat jumpa penulis yang berasal dari Penang yang cantik ni, Suri Ryana. Beliau dah tulis 4 buah novel under Penerbitan Kaki Novel yang bertajuk M.A.I.D, Isteri Separuh Masa, Playboy Itu Suami Aku? dan yang terbaharu Kimchi Untuk Awak!. Kak Suri ni duduk di luar negara, so kalau nak jumpa beliau dekat pesta buku jelah. 


kamsahamnida!



Acik Lana in the house! Sorrylah yer, gambar sedikit kabur. Novel-novel AL ni dah nak masuk 10 buah dah tau. Tapi aku listkan separuh daripadanya je ya iaitu Aku Bukan Mistress, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Kalau Memang Harus Begitu, Pelangi Cinta Buat Suami, Akadku Yang Terakhir, Kerana Aku Untukmu (under LNP) & Chandelier (terbit time PBAKL baru-baru ni). 


Cop bibir merah tu yang mahal sangat! Tq AL untuk signature & gift.


Novelis Rin Ahmad! Akhirnya, dapat jugak jumpa Kak Rin. Hari tu, mintak Kak Rin sign novel Bimbo & dapat gift keychain teddy bear comel. Aku siap gantung dekat kunci loker & kunci dorm kat KUIS lagi. TQ!




:)



Novelis Rehan Makhtar. Aku mula berjinak-jinak follow RM nie menerusi novel Bahasa Hati Kita under IKP. Lepas dah suka, terus follow novel2 beliau yang latest. Novel Seseorang Untuk Aku & Mini Novel Encik Sederhana adalah karya RM yang keluar time PBAKL ni.




 Thank sis RM. (tak ada rezeki nak jumpa kak Emy Roberto kali ni, kalau tak dah cukup colum autograph tu. Hehehe)


Novelis Sara Aisha. Semua novel dia under Karyaseni aku dah baca iaitu Jodoh Itu Milik Kita, Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu, Encik Sayang & Miss Sweetheart dan yang paling latest iaitu Pembuka Hati. Sambungan kisah Syafik dalam JIMK.


<3


Novelis Ara Sharrina. Jumpa jugak kita ya, selama ni selalu berceloteh dalm grup AraSharrina :Spread The Love je. Novel 1st Kak Ara ni under KN bertajuk KEA. Yang Terbaharu yang keluar time PBAKL ni ialah Aiseyman, Driver Aje? terbitan Love Novel Publication (LNP).


Comel plak chop Bebear tu...;)


Novelis Sara Kyoko. Time ni jugak novel 1st beliau yang keluar under LNP. Tajuknya, Isteri Tuan Ihsan. Best kot novel ni!


TQ for the sign & gift akak...


Novelis Anna Lee. Kalau korang nak tahu, Zuliana Abuas, Julia Esqa & Anna Lee adalah orang yang sama je tau. Kalau nak kelainan, dah bosan dengan cintan-cintun yang dah biasa tu boleh try baca novel AL. Sekali-sekala kita berfantasi & berfikir di luar kotak sikit.


Novel Couple baru keluar daripada 'oven' time ni. TQ sis!


Ni karya-karya Anna Lee.(cilok dekat page beliau). Semua koleksi di atas aku dah ada. Bulan 12 nnti beliau nak keluarkan novel baru lagi. Tajuknya, Mesej Dari Paris. Sangatlah takzabarrrr.


Me, Kak Su, Kak Naurah Iman & Kak Rodhiah Rahman (Rodier)





Ni pun kalau ikutkan, kali kedua aku jumpa penulis Rodier. Duduk negeri yang sama, tapi demand gak asyik jumpa kat pesta buku jer kita ya? Hahaha...
Yang untungnya kalau jumpa penulis time pesta buku meriah dengan gift banyak2lah yer....Tq sista! (Gift kad comel kat atas tu mewakili novel2 karya penulis yang dah ada di pasaran)



Sofuan Saadon. Satu-satunya penulis lelaki yang aku beli bukunya. Ini bukan novel, just catatan seorang cikgu. Kebetulan, mmg penulis ni pun seorang guru.


:)


Novelis Sarah Marissa. Terserempak dalam booth KS, terus ajak bergambar. Kak Sarah, novel Suamiku Orang KL bila nak keluar ya? Hehehe


Novelis Zura Asyfar. Ni kalau ikutkan kali kedua aku jumpa beliau. Kami pun satu negeri gak. Dah berjodoh di Ganu time hari raya beberapa tahun yang lepas. Kali ni berjodoh kat sini lak.


Hajat di hati, dah lama nak jumpa my favourite author, Syamnuriezmil ni tapi tetap tak kesampaian. Jadi, jumpa buku baharu dia jelah time PBAKL baru2 ni. Jangan lupa next week, 9 November tengok drama Tuan Anas Mikael dekat Astro Ria ya. Setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam. Konfem best sebab hero dia Aaron Aziz & heroinnya pula Zara Zya. Hehehe...sempat promote tu.
Time PB1M bulan ni jugak, novel baru Kak Syam tajuk Magisnya Cinta nak keluar plak. Yehaa..



1st time aku baca karya penulis nie sebab ade yang promote cakap best tapi ternyata mmg best pun.
Thanks Kak Ashany untuk gift tu ya.


Lastly, novel Selimut Malam daripada Novelis Hani Fazuha. Berkampung dekat PBAKL 4 hari tapi tak sempat nak bergambar dengan pemilik IKP sendiri tapi takpe, yang penting dapat jugak sign beliau untuk buku ni. Specialnya pula ada TT 'someone' yang dijemput time pelancaran Limited Edition SM ni. Tunggu part 2 nnti eh? Hehehe...


Eh, sebelum terlupa. Ni pun dapat time PBAKL gak. Dah lama niat nak beli alih-alih dapat hadiah. Thanks my dear sis!

Tudia, ramai kot aku jumpa penulis2 tempatan & buku2 yang aku borong/orang kasi hadiah dekat PBAKL tahun ni. Rasa macam tak percaya jer dapat peluang lagi ke sana. Alhamdulillah, itu kira rezeki aku untuk tahun ni jugak kan? Happy bangat!

Oh ya, entry ni masih belum berakhir tau...kita tunggu sambungannya nanti. Dalam part 2 ni plak ade gambar2 aku bersama dengan rakan2 pembaca novel serta favourite actor aku! Siapakah??? Kalau nak tahu, kenalah baca nanti ya. See you!

With Love.

Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment