Friday 6 November 2015

PBAKL 2015 - Part 2

Assalamualaikum,

Selamat pagi dunia. Tetiba mood menaip pepagi hari. Kali ni nak selesaikan cerita yang tergantung hari tu. Korang dah baca entry PBAKL 2015 - Part 1 ? Kalau dah baca, baguslah ya. Sebab aku dah nak sambung yang part pengakhiran plak.

Part ni aku nak cerita pasal siapa yang aku jumpa selain penulis2 dekat PBAKL baru-baru ni. Ingat ke dapat jumpa geng-geng yang sama minat dengan aku je, rupanya rezeki aku nak jumpa dengan artis jugak. Tak sangka lak artis yang aku minat tu dapat jemputan khas daripada penerbitan Idea Kreatif untuk datang time maslis pelancaran novel LE under syarikat diorang.



Hah! Tengok tu. Time penerbit up poster ni aku dah jerit tak ingat dunia dah (sungguh propa) Hahaha...mana taknya, artis favourite aku datang kot! Dahlah masa ni tengah hangat dengan drama Hati Perempuan. Ramai kot tak sabar nak jumpa Tengku Zaril a.k.a Bie ni. Memang time SR datang booth IKP 25 April tu berduyun-duyun peminat dia nak jumpa. Yang tak minat baca novel pun datang nak bergambar sekali. Aku yang duduk dalam bilik Melaka tu boleh geleng2 kepala jelah. Memang havoc booth IKP time tu.



Orang cakap, peluang yang baik itu hanya datang sekali. Takpelah jadi orang last sekali beratur pun, akhirnya dapat jugak bergambar dengan Syarul Ridzwan. Tengok dalam gambar dah handsome tapi jumpa depan2 mata lagilah handsome. (Jangan jeles yer wahai housemate Fitrah, Aina dgn Fir, akak dah jumpa SR dulu) Hihihi...
Takleh nak describe perasaan happy sesangat time ni. Ada yang cakap, "eh, jari awak tu rapat sangat dengan jari SR dalam gambar?" Sebenarnya tak bersentuhan pun tau, nampak je dalam gambar tu rapat. SR ni baik sangat dan menghormati peminat-peminat dia. Seorang yang sempoi jugak. :)
Nilah pengalaman yang tak boleh dilupakan time PBAKL kali ni.


Nah! tengok tu, SR sign kat novel Limited Edition Selimut Malam kita punyalah...hehehe
Sayang kot, nak simpan buat kenangan. Tq to Kak Hani & IKP sebab buat majlis ini ya. Berpeluang gak jumpa SR. Memang tak dijangka sungguh!


Dan gambar-gambar di bawah ni plak antara rakan-rakan fb yang aku jumpa kat sana. Korang sangat baik hati dan happening gak. Terima kasih yang sudi bergambar dan bagi sourvenir kat saya ya? Sayang korang!




Kak Suzana, Kak Norsh & Me




Banyakkan gambar aku dengan akak sorang ni? Kalau nak tahu sepanjang aku ada dekat booth IKP tu, Kak Norsh nilah kawan aku time Kak Su tengah jumpa peminat2 beliau. Kak Norsh yang baik hati. TQ ya sebab layan kita selama 4 hari dekat booth Kikers tu. Tak rasa macam krik..krik sangat. Hehehe...



 Time lepak dekat booth October, jumpa dengan novelis Nuraqilah Syuhaida, Kak Rohaida (bos October), Kak Imaniah. Duk sini asyik nak gelak je dengan gelagat semua.


Me with Kak Zareeny. Sumpah tak cam muka mula2 jumpa. Tak perasan sebab Kak Niny dah pakai purdah. Jumpa dengan Kak Maya Akmal gak tapi gambar takde dalam simpananku.


Me with Kak Mariana Othman. TQ akak sebab bagi kuih kat kita. Sedap.


Me with Kak Iman again!


Kak Abby Sha yang cantik, me & Kak Suzana yang comel.


Ni pun time dekat booth October. Sang jejaka di sebelah kiri tu penulis under Oct + novelis Nuraqilah Syuhaida + Kak Hani & Kak Rohaida (bos October) dan yang lain-lain tu plak pembaca2 novel.

Eh, dah habis dah gambar ya? Maka berakhirlah ceritera aku di PBAKL 2015 kali ni. Sebenarnya ramai lagi penulis dan para pembaca yang aku jumpa di sana tapi tak sempat nak bergambar. Dan aku jugak nak mintak maaf dekat sesiapa yang mesej nak jumpa aku tapi tak berkesempatan. Memang bukan jodoh kita lagilah yer nak jumpa. Maaf sesangat! Insya-Allah ade rezeki kita jumpa next pesta buku. 

Thanks PWTC, Thanks PBAKL, Thanks to all of the publisher yang sudi menerima kedatangan 'budak kecik' ini di booth korang. Memang terbaik semuanya. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bukan senang nak berkampung selama 4 hari di sana. Thanks to Kak Suzana sebab sudi bawak kita ke sana. Takde Kak Su mmg susahku nak pergi ke sana. Kalau datang pun maybe sehari je macam tahun lepas. Huhuhu. Maaf kalau ada salah silapku juga. 

Love all of you ketat-ketat!


With Love,

Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment