Saturday 10 February 2018

Ceritera Raya 2017

Assalamualaikum,

Dah tahu dah....memang terlambat beberapa bulan nak update pasal raya tahun lepas. :P
Tapi tak kesahlah ya, tetiba mood terajin lebih malam ni. Untuk raya tahun lepas, bagi aku Hari Raya yang penuh kegembiraan dan kesakitan gak. Part gembiranya bila semua family aku dapat berkumpul semua tahun ni. hehehe...semua giliran balik Ganu. Yang sakitnya plak, time raya tu jugak aku terkena alergik beberapa hari sebelum raya. Bengkak jugak muka ni, so kena lapor diri kat hospital. Nasib abah sanggup teman aku gi check up. Demi anak ter'chenta' gitulah....

Okey malas nak bebel banyak, jomlah kita layan gambar jelah ya..nak citer panjang2 pun aku dah lupa rentetan kesah di hari tersebut. So, biar gambar jelah bercerita. Jangan risau, setiap gambar nnti aku letak caption sikit. Korang tahulah serba sikit pasal kesah raya aku nanti. :)



25/6/2017 - 1st Raya 

Ini bukan tema 'merah mak ngah' tau, ni tema 'semerah cinta aku padamu' gituuuu...hahaha (poyo jer) maafff! Kali ni saja je pilih tema merah sebab takde lagi baju merah dalam simpanan. Sebenarnya baju ni tak merah semua pun, ade corak bunga pink gak kat situ. Satu kombinasi yang cantik bagi aku. Baju ni hadiah dari sis in law, Kak Zura dari Jakel. Teman dia pergi shopping ari tu, so dapatlah upah..hehehe



Inilah dia my sweet family. Ada lagi yang tak masuk dalam gambar ni. Bukan senang nak bergambar dengan perfect, yelah nak bergaduh dengan budak2 kecik tu lagi. Sabar jelah. Tapi takpe,yang penting setiap moment yang terindah ni pergi di 'klik' untuk kenangan terindah sampai bila-bila.





Kesayanganku dunia & akhirat. Ma & Abah :)



Geng gegirls :)


#teamrayasingle (with my bro & sis)


*sebenarnya banyak giler gambar 1st raya tapi ambik sikit2 je ya. penat nak attach semua gambor. huhuhu




26/6/2017
Di hari raya kedua pula. Tema biru laut lak. Jubah ni dari Bella Ammara. 1st time beli basic jubah by BA ni. Tq my sis, Ida sebab belanja aku baju raya ni. Lain kali belanja lagi..hehehe...(si adik yang suka mengepau si kakak) Takpelah, nnti dah kawen kena layan suami lak, mana nak layan adik perempuan dia lagi. Kasi ayat sedih sikit. konon


With Kak Zura dan anak2 saudaraku yang ramailah jugakkk (boleh runtuh rumah kalau semua berkumpul) *hyperbola sangat ayat kau, Zati.......tapi ni pun tak complete, ada yang tak keluar dari perut mama dia lagi (my sis in law, Kak Nurul belum bersalin lagi time ni) dan ada yang pergi ke mana ntah time ni. Ni je yang dah standby untuk bergambar. 




27/6/2017
Raya ke-3 just pakai jubah je uolss. Baju raya dah habis. Tiap tahun baju baru aku 2 pasang je dah cukup. Recycle yang lepas je bila dah masuk raya seterusnya. Muat je sebab saiz badan aku tak berubah sangat pun. Berat pun malas nak naik. huhuhu.... Metabolisme tinggi kemain. :P



28/6/2017
Raya ke-4 di rumahku syurgaku. Tentunya with my lovely baby, Danisha. Sibuk nak bergambar jugak. Yelah kasi chance sebab beberapa hari lepas tu aku dah kena balik KUIS balik dah. :(




Me with Dr. Faradillah. She so pretty & humble person. 

Bila dah balik KUIS, Mentor aku, Dr. Faradillah buat Potluck Raya pulak. Semua geng2 broadcast & geng2 banking bergabung sbb kami memang dalam group mentor mentee yang sama. 



K.A.M.I 

Kesian plak dekat orang belakang, tak clear gambar diorang sebab gelap. hehehe


So, tu jelah aku punya cerita untuk Raya 2017. Raya tahun ni tengoklah apa jadi. Harap dipanjang umur untuk berjumpa bulan Ramadan & Syawal lagi. Owh, kalau korang nak tau, time Raya nnti aku dah masuk zon praktikal. Tak taulah berapa lama je aku dapat cuti raya nanti. So sad. huhuhu
Reda jelah ya. Okeylah, jumpa lagi next, next next entry. Doakan semoga perjalanan akhir aku di KUIS dipermudahkan oleh-NYA. 

With love,
Izzati Aisyah

Mencari Pengakhiran Yang Sempurna

Assalamualaikum,

Apa khabar semua pengikut belog TJOML? Yup, giler lama aku tak update apa-apa kat sini. Mood berblogging terjunam ke dasar laut. :( Tak boleh nak ngadap belog sekian lamanya. Tapi malam ni tetiba mood sampai. Mungkin sebab aku dalam mood stress-yang-amat sebab dah nak habiskan sisa-sisa semester akhir di KUIS. Yerr...pejam celik pejam celik dah nak masuk 3 tahun aku belajat kat sini. Bulan 3 ni dah kira separuh langkah aku menjadi alumni KUIS. Lagi separuh langkah aku sudahkan praktikal dulu dari bulan 5 hingga 7, baru betul2 cabut lari dari KUIS. :P

Dalam semester ni, terutama bulan 2 nilah, banyak sangat fikir. Mana nak siapkan Graduate Exercise lagi, assignment2 sampingannya lagi. Tidur pun fikir pasal GE je manjang. Tak mau repeat apa2 subjek dah. Naya aku kalau tak siapkan ikut tarikh. Nak praktikal on time. Tolonglah doakan agar segalanya dipermudahkan ya. Memang dalam diri ni rasa nak give up je, tapi fikir ma, abah dan adik2 yang banyak habiskan duit demi nak tengok aku sambung degree, rasa bersalah sangat. Tolonglah bagi kekuatan demi aku yang tak berapa nak sado ni.

Just fikir, sikit je lagi nak habis. Lepas tu enjoylah plak dengan alam pekerjaan. Tapi konfem rindu sangat saat2 manis as a student di KUIS. Di sini aku belajar banyak benda baru. Yang menyenangkan, yang menyakitkan, yang menyedihkan dan macam-macam lagilah. Kira beruntung jugaklah aku kat sini. Duduk dalam suasana islamik dan terjaga sikit tingkah laku. Tak taulah camne bila dah duduk dalam industri nanti. Harap ada rezeki aku di mana-mana, even bukan dalam bidang broadcast sekalipun. (sebab dulu pun ambil course ni bukan sebab minat sangat) Pengaruh rakan dan kononnya ambik course tu tak yah belajar math. Padahal tak leh lari jugak bila subjek minor kena ambil Economics. Dalam bahasa Inggeris plak tu. Time STPM dulu belajar ekonomi dalam bahasa melayu pun cannot go. hahaha....tapi Alhamdulillah, aku dapat score A untuk subjek ekonomi dalam BI dekat KUIS. Banggalah jugak. :P

Kalau nak ikutkan banyak giler kenangan yang bermakna sepanjang aku menjadi student broadcast di KUIS. Tapi biarlah ia tersemat dalam hatiku sahaja. Kalau aku rajin, nanti aku cerita. Itu pun kalau-lah..hehehe Sekarang busy yang amat, update pepagi buta ni pun sebab nak hilangkan sikit aku punya stress. Luahan hati yang tak siapa mengerti. Kalau korang rasa nak kongsi kisah korang masa jadi budak sem akhir time belajar dulu boleh je. Nak juga baca kisah korang, kalau tak nak tak paksa pun. huhuhu... kalau korang sudi baca post aku ni pun dah cukup bermakna.

Okeylah, sampai kat sini je coretan aku kali ni. Aku harap aku dapat sempurnakan pengajian aku kat sini dengan sempurna. Moga segalanya dipermudahkan. Bak kata pepatah, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Jumpa lagi kalau dipanjangkan umur dannnnnn kalau aku masih rajin menulis. Kalau tak, mmg bersawang jelah belog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih sudi baca. Wish me luck!





With Love,

Izzati Aisyah