Saturday 10 February 2018

Mencari Pengakhiran Yang Sempurna

Assalamualaikum,

Apa khabar semua pengikut belog TJOML? Yup, giler lama aku tak update apa-apa kat sini. Mood berblogging terjunam ke dasar laut. :( Tak boleh nak ngadap belog sekian lamanya. Tapi malam ni tetiba mood sampai. Mungkin sebab aku dalam mood stress-yang-amat sebab dah nak habiskan sisa-sisa semester akhir di KUIS. Yerr...pejam celik pejam celik dah nak masuk 3 tahun aku belajat kat sini. Bulan 3 ni dah kira separuh langkah aku menjadi alumni KUIS. Lagi separuh langkah aku sudahkan praktikal dulu dari bulan 5 hingga 7, baru betul2 cabut lari dari KUIS. :P

Dalam semester ni, terutama bulan 2 nilah, banyak sangat fikir. Mana nak siapkan Graduate Exercise lagi, assignment2 sampingannya lagi. Tidur pun fikir pasal GE je manjang. Tak mau repeat apa2 subjek dah. Naya aku kalau tak siapkan ikut tarikh. Nak praktikal on time. Tolonglah doakan agar segalanya dipermudahkan ya. Memang dalam diri ni rasa nak give up je, tapi fikir ma, abah dan adik2 yang banyak habiskan duit demi nak tengok aku sambung degree, rasa bersalah sangat. Tolonglah bagi kekuatan demi aku yang tak berapa nak sado ni.

Just fikir, sikit je lagi nak habis. Lepas tu enjoylah plak dengan alam pekerjaan. Tapi konfem rindu sangat saat2 manis as a student di KUIS. Di sini aku belajar banyak benda baru. Yang menyenangkan, yang menyakitkan, yang menyedihkan dan macam-macam lagilah. Kira beruntung jugaklah aku kat sini. Duduk dalam suasana islamik dan terjaga sikit tingkah laku. Tak taulah camne bila dah duduk dalam industri nanti. Harap ada rezeki aku di mana-mana, even bukan dalam bidang broadcast sekalipun. (sebab dulu pun ambil course ni bukan sebab minat sangat) Pengaruh rakan dan kononnya ambik course tu tak yah belajar math. Padahal tak leh lari jugak bila subjek minor kena ambil Economics. Dalam bahasa Inggeris plak tu. Time STPM dulu belajar ekonomi dalam bahasa melayu pun cannot go. hahaha....tapi Alhamdulillah, aku dapat score A untuk subjek ekonomi dalam BI dekat KUIS. Banggalah jugak. :P

Kalau nak ikutkan banyak giler kenangan yang bermakna sepanjang aku menjadi student broadcast di KUIS. Tapi biarlah ia tersemat dalam hatiku sahaja. Kalau aku rajin, nanti aku cerita. Itu pun kalau-lah..hehehe Sekarang busy yang amat, update pepagi buta ni pun sebab nak hilangkan sikit aku punya stress. Luahan hati yang tak siapa mengerti. Kalau korang rasa nak kongsi kisah korang masa jadi budak sem akhir time belajar dulu boleh je. Nak juga baca kisah korang, kalau tak nak tak paksa pun. huhuhu... kalau korang sudi baca post aku ni pun dah cukup bermakna.

Okeylah, sampai kat sini je coretan aku kali ni. Aku harap aku dapat sempurnakan pengajian aku kat sini dengan sempurna. Moga segalanya dipermudahkan. Bak kata pepatah, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Jumpa lagi kalau dipanjangkan umur dannnnnn kalau aku masih rajin menulis. Kalau tak, mmg bersawang jelah belog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih sudi baca. Wish me luck!





With Love,

Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment