Saturday 8 August 2020

Selamat Pengantin Baru Kakakku

 Assalamualaikum,

Bulan lepas adalah bulan paling busy untuk kami sekeluarga. Yelah nak kena prepare semua benda fasal wedding kakak aku. Orang yang paling busy adalah aku dan kakak ipar aku sebab kitorang yang ada kat Ganu. Kakak aku plak mengajar di Sarawak. Apa-apa hal mesej dekat whatsApp je. Sepatutnya kakak aku kahwin masa raya ke-tujuh tapi memandangkan PKPB so kenalah tangguh. 

Akhirnya, tanggal 27-7-2020 dipilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Majlis akad nikah dibuat di pejabat agama Kuala Terengganu dan sanding kecil-kecilan dibuat di rumah. Jemputan hanya saudara-mara dan jiran terdekat mengikut SOP. Gigihlah aku, abang aku, adik, kakak ipar semua susun kerusi 1 meter dan pasang tape untuk pergerakan tetamu. Macam kat sekolah punya SOP. 😁

So, kat sini aku nak kongsi gambar-gambar yang diambil sewaktu majlis pada hari Isnin dan hari Rabu pula kakak dengan abang ipar aku buat photoshoot outdoor di TER dan pantai. 

NURUL HIDAYAH 💓 ABANG MUHAMMAD ISMAIL 


Adik-beradik yang ada ketika majlis berlangsung. Ada yang tak dapat balik. 

Pengantin + ma + abah + kakak ipar + adik + anak-anak saudaraku

Me with my sis + sis in law

Ni pula keluarga abang ipar aku yang datang dari Sarawak.

Curi sekeping gambar outdoor. 😚


Ada banyak lagi sebenarnya gambar cantik-cantik tapi dalam kamera abang photographer. 3 bulan kena tunggu untuk dapat album dan gambar-gambar lain. So, aku share yang mana ada je. 

Buat kakakku tersayang, selamat pengantin baru. Akhirnya, kau bertemu jua dengan pelengkap hidupmu. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah swt dan semoga cepat-cepat dapat anak. Hiduplah dengan penuh kegembiraan dan saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Terima kasih sebab bagi aku one and only abang ipar sebab munglah satu-satunya kakak kandung yang aku ada. 😂


With Love,

Izzati Aisyah 💋

Friday 7 August 2020

Preloved Novel #4

Assalamualaikum semua, 

Hari ni aku nak update novel yang nak dijual. Kebanyakan baca sekali je lepas tu simpan buat pekasam...hihihi

Kalau korang nak beli just pm aku dekat facebook or kalau dah tahu nombor aku boleh whatsapp terus. Cepat or lambat aku akan balas juga. Mohon bersabar sebab handphone bukan 24 jam pegang kat tangan. 😅


Okey, ni gambar novel yang nak dijual. 







Ada nota penting untuk korang ambil perhatian;

1. Kalau korang berkenan, pm kat fb dan nanti aku akan bagitahu kondisi novel tu macam mana sebelum korang beli.
2. Harga yang tertera belum masuk kos pos lagi. (Penghantaran guna POSLAJU sahaja)
3. Penghantaran hanya dilakukan sekali dalam seminggu atau mengikut keadaan. 
4. Bayaran dibuat melalui acc CIMB BANK SAHAJA. (Sebab aku ada satu je account untuk online banking. 
5. Booking hanya sah untuk 2 hari sahaja. Lambat bayar novel akan dijual dekat orang lain pula. 
6. Selamat membeli. eceehhhhhh...



With Love 

Izzati Aisyah 💋