Saturday 15 April 2017

Pengalaman Berharga Untuk Dikenang.

Assalamualaikum,

Finally, i'm back! Memang dah bersawang habis belog ni sejak tahun lepas. Kalau ikutkan bulan 5 nanti dah genap setahun aku tak update belog langsung. Sorry guys, terlajak k-e-b-u-s-y-a-n dan k-e-m-a-l-a-s-a-n melanda diri ini. Huhuhu

Alhamdulillah, Allah izinkan lagi aku bernafas sehingga ke hari ini. Walau ujian demi ujian mendatang, aku still berdiri dengan doa dan bantuan mereka yang setia berada di belakang aku. Sekarang tengah cuti semester 4. 30/3 baru-baru ni aku selesai menduduki peperiksaan akhir untuk tahun ke-2 di KUIS. Insya-Allah, bulan 6 nanti aku dah masuk final year. Diam tak diam aku dah nak masuk 3 tahun duduk kat tanah jajahan yang banyak memberi ilmu dan pengalaman baru bagi aku hari demi hari.

Kali ni nak kongsi kisah apa sebagai permulaan eh? Rasa macam baru je create belog ni. Nak nangis pun ada bila bukak belog tadi... lama betul aku tinggalkan dia. Rindu yang amat sangat. Jangan merajuk tau..hehehe



(TUDUNG UNGU- time ambil gambar MT Radio Ikon/ TUDUNG MERAH HITAM - time recce tempat shooting untuk dokumentari)

Okeylah, mari kita bercerita tentang pengalaman aku semasa berada di sem 4. Sem yang sangat mencabar dan banyak menguji tahap mental dan fizikal aku. Jangan cakaplah air mata mengalir banyak mana. Rasa macam tiap-tiap hari jadi minah cengeng. Tapi sepanjang berada di sem 4 ini juga banyak mengajar aku erti kesabaran, pengorbanan dan kerja keras. Kalau aku tak kuat memang aku kecundang di tengah jalan. Nasib baik ramai yang mendoakan dan bagi kata-kata semangat yang ta berkesudahan. Terima kasih korang. Semoga Allah membalas jasa baik kalian sebab melayan segala kerenah aku dan sudi memahami isi hati aku yang rapuh ni.


Biro Alam Maya -  (subjek Radio Production)

Subjek yang sangat tough bermula dari awalnya. First day kuliah aku tak dapat masuk kelas sebab shooting. Bila dah masuk kelas seterusnya, dapat task terus untuk sesi 'on air' mengikut group. Teka aku dapat group yang ke berapa? Group PERTAMA... dan aku faham kenapa lecturer tu bagi group 1, disebabkan kejayaan group aku dalam Broadcast Journalism masa sem 3. Alhamdulillah, masa tu kumpulan kitorang dapat markah tertinggi. Masa tu ahli group BJ ada 4 orang iaitu aku, Fara, Adlan & Khairul. So, lecturer tu dah letakkan kepercayaan dekat kitorang untuk jadi pencetusnya. Oh Ya Allah! Masa tu kitorang reda dan okeylah, terima jelah cabaran ni. Untuk subjek radio ni kitorang dibahagikan kepada 10 orang. Selain aku berempat, ada lagi tambahan ahli lain. bercampur kelas A & B.

Nak dijadikan cerita, masa pertengahan sem, (sebelum cuti seminggu macam tulah) kitorang dikejutkan dengan pertukaran lecturer baru. So, group lama dibubarkan dan ikut 100% cara lecturer baru mengajar disebabkan senang untuk lecturer tu bagi markah. Dan kitorang memang dah sebulat suara untuk bagi komitmen 200% sekiranya pembubaran dilakukan. Untuk subjek ini, ada 2 course bergabung iaitu pelajar Komunikasi (Penyiaran)-Sem 4 dan pelajar Al-Quran Sunnah dengan Komunikasi-Sem 7.

Sewaktu pembahagian tugasan, aku pada mulanya berada dalam biro makanan. Kiranya time on air, aku dan ahli-ahli yang lain ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk tetamu dan rakan-rakan ketika hari radio bersiaran. Opss, sebelum terlupa, nama siaran untuk radio di kolej aku adalah Radio Ikon. Radio ini bersiaran untuk tujuan pembelajaran sahaja. Takde frekuensi tersendiri pun. Korang jangan cari plak tau. :p

Ketika mesyuarat pertama Majlis Tertinggi Radio Ikon untuk batch kitorang yang dipanggil Rejim 7, lecturer untuk subjek ni, En. Bad dah buat pelarasan semula dan tertubuhnya jawatan Biro Alam Maya yang dipertanggungjawabkan menjaga laman sosial facebook, instagram & twitter rasmi Radio Ikon. Dan tidak semena-mena nama aku naik! Faralah ni punya pasal. Dia tahu sangat aku ni memang jenis rajin mengupdate daily life dekat laman sosial, so dengan baik hatinya dia mencadangkan nama aku. Dan dengan menggunakan kuasa veto En. Bad, jawatan aku pun bertukar.

Kerja harian aku adalah mengambil gambar & kena update segala aktiviti di konti radio. Sebagai contoh, persiapan juruhebah yang dipilih, sesi rakaman iklan/psa, rakaman tazkirah dan tetamu istimewa yang berkunjung di konti. Dan tugas yang lagi penat sikit seharusnya ketika siaran Radio Ikon selama 4 hari yang bermula pada 20-23 Feb 2016 dari pukul 7.30 pagi sampai 6 petang. Memang diakui tugasan kali ni lebih mencabar sebab kitorang dah kesuntukan masa. Lepas cuti sem, dalam pertengahan bulan 1 baru 'RADIO IKON' dengan rasminya bergerak. Banyak benda kena proceed dengan seberapa segera.

Dan ketika siaran langsung Radio Ikon, masa tu kitorang dalam minggu ke-13. Kalau korang nak tahu, minggu ke-13 itulah minggu paling banyak assignment kena proceed, banyak presentation kena settlekan and so on. Dan time tulah segalanya BERMULA. Rusuhnya hati dan perasaan aku time tu hanya Allah yang tahu. Selama 4 hari tu penuh dengan ujian yang aku kena tempuh. Hanya Allah je tahu perasaan time tu. Benda yang tak pernah kena 3 sem yang lepas, boleh terjadi dekat aku. Alhamdulillah, aku masih kuatkan hati dan mental aku time tu. Terima kasih sangat-sangat kepada mereka yang sudi bantu aku. Time aku pergi kelas, ada yang tolong snap gambar dan tolong apa yang patut sebab menjadi kewajipan aku untuk pastikan laman sosial diupdate untuk aktiviti siaran langsung selama 4 hari. Lepas siaran je dah kena update aktiviti di konti sampailah hari terakhir.

Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah tugasan tersebut berjaya dilaksanakan walaupun ada salah dan silap. Maklumlah nak manage 3 laman sosial sorang dan dalam masa yang sama nak kena jaga nama baik lecturer dan juga KUIS. Berbanyak-banyak terima kasih dekat En. Bad sebab layan segala ketidaktahuan dan tegur aku kalau ada salah dan macam mana nak berinteraksi dengan orang yang banyak pengalaman daripada kita. Aku rasa layan aku lagi pening kot. Maaf En. Bad..janji lepas ni tak buat lagi. hahaha.. Tapi sejujurnya mmg rindu giler lepas dah habis tugasan ni. Bila lalu je kat konti radio, teringat kenangan kitorang sepanjang bersiaran. Banyak pengalaman manis dan pahit yang dilalui demi kejayaan Radio Ikon Rejim 7. Dan akhirnya, rejim kami berjaya mengungguli carta rejim terbaik setakat ini (sumber daripada seseorang yang dipercayai). Yeay, we did it!

Production Manager [pengurus produksi] - (subjek TV Production 1)

Okey, kalau nak diceritakan tugasan pengurus produksi tu macam mana memang tak habis, kalau rajin korang goole lah erk? Tugas pengurus produksi ni dah bermula dari proses pre-production, production & post-production. Kalau budak2 komunikasi memang dah terlajak tahu dengan istilah yang aku guna ni. Untuk subjek ni, kitorang ada 7 orang ahli dalam satu group dan masing-masing dah ade tugasan sendiri daripada jawatan pengarah, penerbit, jurukamera, juru audio, editor, penulis skrip dan tugasan aku sebagai pengurus produksi. Tugasan yang dipertanggungjawabkan ialah membuat satu dokumentari berdurasi 30 minit. Tajuk yang kitorang pilih ialah Paluan Tradisi iaitu bercerita mengenai seni pembuatan kompang. Dari segi sejarah, pembuatan kompang dan perkembangannya yang bertempat di Melaka.

Kalau korang nak tahu, dari awalnya kitorang nak buat tajuk udang galah. Dah siap recce tempat dekat Negeri Sembilan dan deal dengan pak cik tu, tapi last2 lecturer reject proposal kami atas sebab tertentu. Kena come out dengan proposal lain plak. Time ni mmg group kitorang dah huru-hara dan banyak permasalahan yang timbul. Kalau cerita kat sini memang 44 hari 43 malam pun tak habis. Lecturer kami dah susun jadual, time bila kena recce tempat, time bila dah kena start shooting, time bila dah kena start editing sebelum VIVA. Tapi kitorang masih lagi meneruskan misi pemilihan tajuk yang tak berkesudahan. Masa ni macam dah tak tahu nak buat apa dah. Nak nangis pun ada. Tapi akhirnya dengan izin Allah, kumpulan kami dapat jugaklah buat tajuk pasal kompang tu. Kalau nak tahu Melaka tu ibarat rumah kedua kami. Insya-Allah, naik sem 5 nanti, Melaka akan kami block terus sebagai tempat shooting yang seterusnya. Hahaha... Dah hafal dah jalan dan tempat2 kat sana. Kalau nak pergi lagi memang idok ler.

Lepas dah siap shoot dan editing, kena siapkan laporan plak. Masa ni PM jugak kena monitor apa yang perlu ada dan takda sebelum VIVA. Terima kasih korang yang banyak membantu sebab group kami diduga dengan berita kemalangan yang berlaku kepada penerbit iaitu Khairul Shafiq. So, ahli group dah berkurang sorang. Masing-masing kena bantu untuk lengkapkan mana yang kurang. Tapi lepas dah siap VIVA tu lega sangat-sangat bila lecturer bagitahu group kitorang adalah group kedua terbaik. :)

Okey, kalau korang nak tahu sem 4 ni kira first time aku tak balik kampung demi assignment tercinta. Dan tak payah panggil study week pun takpe sebab time ni aku langsung tak sempat nak study sbb bukan subjek Tv Production 1 ni je kena present time study week, tapi ada lagi satu subjek yang kena present. Untuk subjek ni plak, masih mengekalkan tugasan penghasilan dokumentari, tapi selama 5 minit sahaja. Bercerita pasal pertembungan adat melayu (tajuk persandingan kitorang pilih) Dan jawatan aku untuk subjek ni jugak sebagai pengurus produksi. Tak tahulah kenapa diorang percaya sangat kat aku sampai bagi aku jawatan yang sama plus jadi penulis skrip jugak. Fuhhhh...

Alhamdulillah, dengan kekuatan dan semangat juang yang tinggi, kami pelajar sem 4 Komunikasi (Penyiaran) ni berjaya menyiapkan tugasan yang diamanahkan dengan baik. Rasa macam nak buat lompat bintang je bila dah siap present semua assignment. Rasa semua beban hilang. Padahal tak sedar minggu seterusnya itu dah final exam sem 4! Still tak study ape lagi. Memang betul-betul kitorang study last minit. Buat nota pun last minit. Memang kena reda wal pasrahhhh jelah. Kalau tak time cuti study week seminggu tu dah siap segala nota. Tinggal buat revision je. Tapi sem 4 ni memang giler punya huru-hara hidup aku termasuk geng2 yang lain. Aku harap sangat sem 5 nanti, walaupun dah tahu dah beban bertambah sekali ganda lagi, aku dan kawan2 tak tewas. Semoga Allah permudahkan. Amin ya rabbal alamin.

Dan ternyata, sem 4 ini banyak bagi aku pengalaman yang berharga. Walaupun sukar pada permulaan, aku berjaya menyudahkannya dengan doa dan semangat dari kawan-kawan yang baik hati. Sayang koranggggg semua.

Oppsss, sorry. Nilah kekdahnya bila dah lama tak update belog. Berkajang-kajang aku tulis. Siapa yang baca dari awal sampai ke titik terakhir mmg aku tabik spring ah. Sila komen eh, kalau korang berjaya baca sampai habis. Terharu giler aku nanti. Takleh komen takpe, pm je kat fb. :P

Akhir kata dari aku, semoga korang tak jemu untuk singgah di teratak buruk nak usang aku ni. Baca segala kemerepekan aku saban hari. Insya-Allah sepanjang cuti ni, aku try jadi rajin untuk update belog supaya tidak bersawang sampai nak dekat setahun. Doakan semoga syaitonnnnn tidak membisikkan perkataan 'malas' dekat telinga aku. Rajin-rajinlah wahai jari-jemari ini...Aminnnn

Love you all so much...;)

Yang merindumu wahai follower belog TJOML,

IZZATI AISYAH.

No comments:

Post a Comment