Monday 3 March 2014

Menyepi Seketika

Assalamualaikum,

Fuhh, dah nampak sawang dekat blog ni. Tiada lagi update tiap2 minggu. Maafkan tuan tanah kedaungnya yang sibuk dengan pelbagai urusan selepas result exam STPM penggal 3 dan ulangan penggal 1&2 keluar baru-baru ini (sibuklah sngat kan). Tipulah kalau aku kata tak bukak langsung blog, buka jugak untuk baca update terbaru daripada penulis novel kesayangan ku dan blog2 yang biasa aku melepak. Tu lah kerja aku selama cuti nie, kalau di facebook memang tiap2 hari buka tapi bukanlah 24 jam. Kalau rasa rajin buka sampai 2 jam, kalau tak rajin sekali sekala jer....bergantung kepada mood aku...hihihi

Nak dijadikan cerita, aku ambik keputusan untuk mengulang exam STPM penggal 3 yang diumumkan baru2 ini. Sama dengan ulangan penggal 2 hari tu, aku ambik subjek Pengajian Am dan Ekonomi. Pokoknya, paper ulangan memang menjadi "makanan" aku tiap2 penggal. Rasa macam dah malas pun ada. Tapi demi masa depan yang tak tahu hujung pangkal nie, dengan-paksa-rela aku repeat balik. Kawan-kawan aku ada yang bercakap, malu nya nak pergi sekolah balik sebab cikgu ade buat kelas untuk budak2 yang mengulang, tapi bagi aku buat apa nak malu berlebih-lebihan. Itu semua dah ketentuan Allah. Siapa kita nak menidakkannya. Sekarang, aku dah cuba belajar untuk menerima segala yang berlaku atas aku. Mungkin segala yang berlaku ini disebabkan sikap aku atau tanda Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik daripada itu.

Cikgu aku cakap, beliau ada dengar ceramah dalam radio.(tak ingat siaran mana & siapa gerangan yang memberi ceramah). Beliau kata, "awak perasan tak, orang yang Allah SWT sayang, mesti akan dapat apa yang dia inginkan. Dan orang yang Allah S.W.T sayang itu, adalah orang yang sentiasa menjaga hubungan baiknya dengan - Nya". Aku TERDIAM. Sangat terasa dengan kata2 itu dan aku rasa betapa jahilnya aku. Maksudnya, aku sembahyang tapi macam susah nak capai tahap khusyuk. Aku mengaji tapi tak cuba untuk memahami makna setiap ayat dalam Al-Quran. Mungkin itu semua menjadi faktor Allah kurang menyayangiku. Sekarang, aku cuba untuk lebih mendekatkan diri dan berubah ke arah yang lebih baik. In shaa Allah. Sekaligus aku cuba untuk menyahut cabaran cikgu aku. Beliau suruh aku dan rakan2 membaca terjemahan Al-Quran sebanyak 30 Juz dalam masa 3 tahun. Kalau dah siap, dia suruh mesej atau call dia cakap dah siap. Dengan izin Allah, saya akan buat cikgu. Doakan saya.

Peperiksaan ulangan sem 3 akan bermula pada 13 Mac (Khamis) untuk subjek Pengajian Am dan 18 Mac (Selasa) 2014 untuk subjek Ekonomi. Itu tarikh peperiksaan bagi subjek yang diambil oleh aku. Aku harap kali ini, rezeki untuk mendapat result yang lebih baik berpihak kepadaku. Yelah, "study" sampai jatuh sakit or cuaca sekarang yang panas membuatkan aku rasa tak bermaya? Entahlah.. tapikan hari tu aku mesej kawan aku cakap aku demam rindu kat dia. Dia balas :  "mung demam bukan sebab rindu kat aku, tapi mung demam sebab study banyok sangat ". Hahaha...Dia mana nak percaya kalau aku cakap rindukan dia. Sabor jelah. Kalau nak diikutkan, kelmarin baru aku pulih daripada demam + selesema & ulser dalam mulut. 3 serangkai mai menjengah. Reda je lah. Sakit itu kan penghapus dosa.

Ramai orang tanya bila result keluar kan?. Ok, meh aku jelaskan kat sini.

19.3.2014 - Ini tarikh keputusan keseluruhan STPM 2013 diumumkan. Kalau sesiapa yang tak repeat, inilah result sebenar korang. Orang yang repeat, tak dapat slip keputusannya. Dapat tengok secara online je. Kalau rasa nak print, buat sendiri...hihihi. Tapi, semua calon2 dikehendaki mengisi borang UPU sebelum tarikh tamat 7/4/2014. Bagi yang mengulang, sila guna result korang sebelum repeat tu. Kalau sikit pun sikitlah, asalkan isi dulu. Ini kira fasa pertama lah.

24.4.2014 - Ini pula tarikh keputusan keseluruhan STPM 2013 untuk sesiapa yang repeat penggal 3. Harap2 ade perubahan untuk kertas yang aku repeat itu. Aminn. Ok, lepas korang dapat result ini, korang perlu tunggu sampai 2/5/2014. Kenapa? Masa itu, barulah pengisian borang UPU untuk Fasa KEDUA dibuka sehingga 6/5/2014. Jadi, kepada yang mengulang tu, tak payah susah hati. Pihak MPM pun berhati perut jugak yer bagi peluang untuk isi semula bahagian result kita tu.

*Nota kaki : Sebarang perubahan tarikh akan diberitahu kemudian

So, hidup aku sekarang boleh tahan sibuk dengan kelas dan juga kena belajar sendiri. Siang dan malam menghadap buku. TV dengan FB masih layan cuma novel je tak layan. Ada je novel pending tapi mood tak ada nak baca, sebab fikiran tengah fokus pasal exam inilah. Yang kelakarnya, orang masih tanya aku, "baca novel apa sekarang?" Sebab kebanyakkannya tak tahu tentang peperiksaan ulangan aku ini. Hanya ma, abah, abang, kakak, kakak ipar dan adik aku je yang tahu(maksud aku, family aku yang ada di Terengganu, luar daripada Terengganu aku tak bagitahu) Opss, kakak aku yang tengah mengajar di Sarawak pun tahu gak. Dia tanya aku sendiri. Kecoh sangat aku bercerita pasal "study semula" di FB, haruslah dia nak korek rahsia aku. Itu jelah. Malas nak kecoh lebih2. Nanti aku sendiri yang sentap.

Oklah, aku cuma nak cakap aku takkan update entry dalam blog buat masa sekarang. Mungkin ini entry last untuk bulan 3. Tapi tak leh cakap last jugak, mana tahu tetiba aku teringin nak join ape2 giveaway. Berupdate lah jugak walaupun secoit...hihihi. Yang aku perasan, total pageviews untuk belog aku nie semakin bertambah tapi aku nie tak rajin pun nak mengupdate story. Followers pun  bertambah juga. (Alhamdulillah) Sorry ya geng2 yang menjengah blog ini. Ku hanya mampu persembahkan entry yang lama2 dulu. Masa tidak mengizinkan untuk update cerita baru. Lagipun tengah mengganggur kan sekarang, mana nak ade cerita best sangat nak story-mory di blog. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi jengah dan follow blog ini ya. Nanti bila dah selesai exam, aku follow korang balik yer..Sayang korang ketat2x.

Apa2 pun doakan aku ya kawan2. Semoga segalanya dipermudahkan. Maaf kalau ada salah dan silap dalam penulisan aku kali ini. Semoga bertemu lagi.


Your past is done, so forget it. Your future is yet to come, so dream it, but your present is now, so live it with no regrets.

With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment