Friday 28 March 2014

Danisha, Abby & Princess Sofia

Assalamualaikum,

Rindu nak menaip blog. Serioulsy. So kita bercerita pasal my anak saudara lah sikit. Nak taip pasal birthday die baru nie. Actually, her birthday dah lepas iaitu 22/3/2014. Dan secara rasminya  baru semalam kitorang semua sambut birthday budak kecik nie. Saja je mama dia sambut time semua family dapat berkumpul sempena cuti sekolah dalam minggu ini. Tapi tak semua family aku yang balik. Ade yang dah balik awal hari tu dan cuti kali ini diorang tak dapat baliklah. Biasalah abang aku yang engineer tu mmg suka kasi suprise. Nak balik trganu pun tak ckap sepatah. Tiba-tiba tengok dah ade depan mata. Nasib baik hari tu sempat bergambor dengan anak saudaraku, Dhia Alisha. Dengan abang dia je tak bergambor....huhuhu


Me with Alisha
time ambik gambor nie, aku tgh rushing nak "berdating" dengan kawan2x..sempat gak posing skit...hihihi


Ok berbalik kepada cerita sebenarnya, anak saudara aku yang sambut birthday nie nama die Danisha Irdina. Kitorang semua panggil dia Danisha/ Nisha. Tapi semenjak dua menjak nie dah bertukar dengan nickname yang baru, "Abby". Kenapa kitorang panggil Abby? sebab Be Careful With My Heart lah. Siapa tengok cerita nie setiap Isnin-Khamis kat TV3 mesti tahu. Dulu karakter Abby dalam cerita nie pendiam disebabkan trauma akibat kehilangan mak dia dan sekarang baru dia boleh bercakap semula. Danisha nie pun dulu pendiam gak. Ikut karakter ayah dia iaitu abang aku yang sememangnya pendiam. So terjadilah panggilan Abby tu kat Danisha.


Si Danisha Irdina...<3

Ada satu lagi nickname baru untuk Danisha iaitu Princess Sofia. Tak kenal? Tengok gambar kat bawah nie. Kalau korang nak tahu, semenjak jadi pengganggur plus baby sitter tak bertauliah nie, cerita nie je aku menghadap sampai dah hafal lagu tema cerita kartun nie. Tak salah kalau nak feel budak2 kecik lagi kan? :p


~Sofia The First~

Budak kecik nie plak tak kisah pun nak orang panggil apa kat dia. Danisha ke, Abby ke, Sofia ke, semua dia menyahut dengan bahasa pelatnya tu...hihihi. Sabar jelah melayan kerenah dia sampai "cuti rehatku" berakhir bulan 9 nie. Tak pe, Cik Chah sayang adik! 


Danisha with Mama.
(sangatlah teruja nak tiup lilin dan nyanyi lagu Happy Birthday semalam)

Majlis sambutan hari lahir budak kecik nie disambut dengan family terdekat sahaja. Jiran2 dan kawan2 lain x de. Lagipun sambut lepas maghrib. Siapa nak datang malam2 kan. Menjamu kepada family terdekat saja lah. Menu malam semalam ialah Mee Goreng, Sate, Cocktail & Kek. Simple jer..Kebetulan dalam bulan 3 nie, Abah, Kak Bie (kakak ipar) & Kimi (adik) sambut birthday gak. So kitorang buat sekali harung semua.

Ucapan untuk my lovely Danisha,

Selamat Hari Lahir yang ke 3 Tahun, Danisha Irdina binti Khairul Annuar. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia & di akhirat. Jadilah anak yang mendengar kata mak & ayah ya sayang! Jangan nakal2x.

Sampai di sini sahaja coretan kali ini. Terubatlah rindu nak menaip sikit kan. Terima kasih sudi baca. Tak sabar nak tunggu bulan 4 menjelma. Maybe ada cerita yang menarik untuk aku kongsi di blog nanti..hihihi...Tunggu dan lihat ya! Daaa....

With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment