Saturday 15 March 2014

4 Hari Lagi

Assalamualaikum,

Hari ini mencuri masa sedikit untuk update blog sebelum sambung study balik. Alhamdulillah, hari Khamis baru-baru ini dah selesai menduduki peperiksaan ulangan STPM P3 untuk subjek PA selama 2 jam. Hari Selasa ini pula aku akan berperang dengan kertas Ekonomi selama 1 jam. Fuhh, walaupun sekejap sahaja masa yang diberikan dan tak banyak pun soalan yang disoalkan tapi korang kena faham semua bab. Jangan nak percayakan peruncingan sangat. Kalau betul2 masuk apa yang dijangka, itu semua atas rezeki lah. Dan aku sama sekali susah nak percaya...hihihi

Ok2x, berbalik kepada tajuk asal. Apa yang 4 hari lagi tu ya? Meh nak bagitahu sikit :

"Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 akan diumumkan pada Rabu 19 Mac ini dan semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut bermula pukul 12 tengah hari."

Kalau nak tahu lebih lanjut, sila terjah akhbar Utusan Online ini. Aku tahu nie pun sebab kawan aku share dekat facebook dia. Thanks, Rahimatul. Terasa berdebar-debar juga tapi tak sekencang mana..hahaha
Sebabnya, result sebenar aku bukan pada tarikh tersebut. Aku kan repeat balik paper PA & Eko P3. So keputusan akan diumumkan pada bulan April nanti (tarikh akan dikonfemkan kemudian).

Walaubagaimanapun, keputusan ini perlu diambil kira untuk isi borang UPU Fasa 1 sebelum tempoh tamat 7/4/2014. Kalau result yang tak berapa ok pada mulanya pun, isi jelah. Dah itu yang ditetapkan oleh-NYA atas usaha kita sendiri. Harus terima dengan reda. Tapi sebenarnya, ada je yang dah tahu result masing2 dengan kaedah pengiraan yang telah diberikan oleh guru2 di sekolah dan sumber2 yang tertentu, tapi bagi aku tak boleh nak percaya 100% sangat. Biarlah MPM yang tetapkan segalanya. Kita pun tak sure macam mana MPM buat pengiraan. Segala-galanya boleh berubah. Yang penting, berdoa je lah agar kita mendapat result yang memuaskan.


Last but not least, aku ucapkan semoga berjaya kepada sesiapa yang akan mengambil result STPM pada hari rabu ini. Kita dah berusaha sehabis baik, jadi terima segala keputusan dengan reda ya. Kepada yang tak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, jangan berputus asa. Rezeki kita ada di mana-mana. Tak semestinya kita tak lulus STPM, maka berakhirlah hidup kita. Tolong berusaha lebih lagi untuk sebuah kejayaan. Tak leh masuk IPTA, masuk IPTS atau tempat2x belajar yang lain. Biarlah kita bersakit-sakit sekarang daripada kita "sakit" pada masa hadapan. Aku pun tak pasti lagi di mana aku "tercampak" nanti. Aku harap ianya memberi kebaikan kepada aku. Percaya pada ketentuan-NYA.

Sebelum terlupa, kepada rakan-rakan yang mengulang peperiksaan STPM P3, jangan gusar dan jangan bimbang. Jangan tertanya-tanya dan terlepas pandang. Pihak UPU akan buka semula permohonan fasa 2 untuk STPM iaitu pada 2 Mei-6 Mei. 


Peringatan bersama : sila isi permohonan UPU Fasa 1 dulu ya sebelum nak isi Fasa 2 ini. Guna no pin yang sama macam korang isi permohonan Fasa 1. 

Sumber daripada FB page : Seminar & Bengkel Hala Tuju Kerjaya 
(SILA LIKE FB page ini untuk tahu apa2 perkembangan bagi pelajar lepasan SPM, STPM)

Sampai di sini sahaja. Semoga berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi baca. Apa2 kemusykilan, jangan segan bertanya. 

With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment