Wednesday 19 March 2014

Hari Ini

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semalam dah selesai berjuang untuk kertas ulangan STPM untuk subjek ekonomi. Bolehlah tarik nafas lega sikit. Soalan pun senang jugaklah berbanding yang dulu. Harap ada perubahan. So, hari ni...RESULT akan keluar pukul 12 tgh hari nanti! Kelakar tak? Kelmarin exam, hari ini result dah keluar? Muahahaha. Aku dgn cikgu2 aku pun boleh tergelak bila fikirkan balik..hik3



Jangan buat spekulasi melulu ya! Memanglah sebetulnya result STPM keluar hari ini tapi ini untuk keseluruhan penggal 1, 2 & 3 + result PBS akan dicampurkan sekali. Bagi yang tak mengulang P3, hari ini merupakan result sebenar diorang. Bagi aku plak, tak payah nak berangan sangat nak dpatkan slip exam hari ini. Memang MPM tak cetak! Kalau nak tengok, sila lawati laman web MPM dan cetak sendiri. Jangan lupa isi UPU Fasa 1 guna result yg dah dapat hari ini yer. Tak kira, yang mengulang ke tak. Semua pelajar WAJIB isi. 

Yang special untuk pelajar yang mengulang, anda akan diberi peluang untuk isi semula result "baikpulih" anda yang akan diumumkan akhir bulan 4 (maybe). Kiranya yang ini fasa kedua lah. Ingat tarikh ini ya. 2 MEI- 6 MEI. Sekejap je tempoh masa itu. Kalau terlepas mmg sayang seribu kali sayang. Rasanya dekat entry lepas pun aku ade cakap kan? hihihi

Hari nie, walaupun bukan result "sebenar" aku keluar, harap dapat yang terbaik jugak untuk diisikan dalam borang UPU nnti. Walaupun bukan 4 flat yang diharapkan, tapi sekurang-kurangnya, result itu memuaskan diri aku sendiri. In shaa Allah..Aminn.

Kalau ada yang bertanya nanti, aku dah fikir dah apa yang nak dijawab...hihihi...Apakah?

" Tak kiralah dapat berapa pun result, yang paling penting doakan saya dapat sambung belajar di peringkat Ijazah."

Yelah, tak semestinya korang dapat result yang super gempak, korang  sure dapat masuk U dengan course yang korang minat. Orang yang tak dapat result gempak nie, x boleh masuk U. Aishhh! pantang kalau orang berfikiran sebegitu.... Rezeki kita ditentukan oleh Allah SWT. Kita tak tahu apa yang tertulis untuk kita. Jangan sesekali nak merendahkan orang lain. Sentiasalah merendah diri ya. Allah lebih sayang nanti. 

Hidup kita masih panjang. Jangan sia-sia kan peluang yang ada. Biar kita ada usaha dan sentiasa berdoa, In shaa Allah, jalan yang terbentang di hadapan kita akan dipermudahkan. Bersangka baik itu perlu.

Oklah, sampai di sini sahaja coretan ku kali ini. Kepada geng2 aku dan semua pelajar STPM 2013, semoga berjaya! Inilah permulaan kita untuk mengejar kejayaan pada peringkat seterusnya. Jangan menyerah & jangan mengalah. Keep Strong!




With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment