Assalamualaikum,
Mesti ade yang nak tahu ape maksud Q&A untuk tajuk post kali ini kan? (tolonglah kata, Ya! sebab tuan punya belog nie rasa macam syok sendiri je nanti, ahaks!) Bukan apa, memandangkan ramai yang bertanya (biarlah 2 @ 3 orang pun still lebih daripada 1 gak kan? ngee...) soalan yang sama, so rasanya aku pun tulis je kat blog supaya blog aku ini tidak bersawang sangat. Update pasal contest pun kadang2 orang tak suka gak kan? Q&A stand for "Questions & Answers". Segala persoalan yang korang nak tahu sangat, akan dijawab di sini. Tolonglah jangan cakap aku demand, bajet kau tu glemer sangat sebab buat entry camnie. Pleaseeee...
Sebelum aku memulakan langkah untuk terbitkan blog pun memang aku dah aim, blog aku nie untuk aku berceloteh panjang2 sekaligus meluahkan segala rasa yang terbuku dalam hati aku. Kadang2 apa yang ada dalam hati ni, sukar untuk diluahkan kepada orang lain. So, aku jadikan blog aku nie untuk aku meluahkan rasa melalui penulisan. Takpelah, ini medium saya untuk luahkan rasa, korang pun mesti ada cara tersendiri kan? tak semestinya di blog sahaja. Ok, #1 tu maksudnya entry Q&A nie x kan berakhir di sini jer sebab akan ade #2, #3 dan seterusnya smpailah takde dah soalan2 yang orang nak tanye kat aku...erkk? ye ke? macam mustahil je sebab kehidupan ini penuh dengan persoalan sangat. Cewahhh!
Jom kita mulakan Q&A #1 sekarang...
Q1 : "Takkan nak duduk kat rumah je, tak usaha cari kerja ke sementara menganggur nie?"
A : Siapa yang tak nak kerja kan? aku pun rasa nak cari juga pengalaman sebelum melangkah ke arah alam pekerjaan yang sebenar tapi duduk kat Terengganu nie lain sikit daripada KL. Merata ceruk ada kerja kan. Pokoknya nak cari duit pun senang sebab KL tu terlajak maju. Bukan kata Trg tak maju tapi aku nie duduk ceruk kampung. Nak kerja kena ke bandar (luar daripada kg). Dahlah aku nie tak ada lesen motor/kereta. (aku mmg penakut nak buat lesen). Semoga Allah SWT tiupkan semangat aku untuk belajar memandu suatu hari nanti. So, aku tak nak lah menyusahkan orang untuk hantar dan ambik aku daripada tempat kerja. Rasa macam "papa kedana" pun ada gak sebab takde duit. Kalau time sekolah, ade lah duit poket tiap2 hari. Boleh menabung sikit. Tapi, nasib baik gak tiap2 akhir bulan dapatlah upah sebab mengasuh anak saudara. Tapi still tak cukup la. LOL
Q2 : "Tengah baca novel apa sekarang?"
A : Umum mengetahui yang aku nie memang peminat tegar novel2 melayu. So, kami geng2 novel nie selalu lah bertukar-tukar pandangan, bersembang-sembang pasal novel2 terkini. Yang bakal keluar atau akan keluar bulan demi bulan. Tambahan pula, semakin banyak penerbitan baru yang mengeluarkan novel2 yang best2 smpai aku tengok pun dah macam nak terbakor rasa hati sebab nak memiliki novel2 tu semua haruslah ada duit. Aku nie plak...uhuks (sila fikir sendiri)...huhuhu. Buat masa sekarang, semua novel2 pending ku sudah habis dibaca. Kalau baca novel pun, ulang novel yang sama. Yang kena dengan jiwa, baca banyak2 kali tak rasa bosan. Aku pun dah berazam, tahun 2014 adalah tahun untuk aku kurangkan baca novel. Simpan duit untuk sambung belajar. Kononnya lah. Tapi aku still beli jugak novel2 penulis yang aku memang follow daripada awal lagi dan novel2 yang orang bagi feedback yang positif. Contoh ayat biasa aku baca, "rugi kalau tak beli novel nie", " saya recommend novel nie untuk dibaca", and etc. Selain itu, kalau ada novel baru pun , itu semua adalah hadiah daripada penerbit, penulis, rakan2 fb atau contest2 yang aku masuk melalui blog ini. Yang pastinya, bulan nie aku dapat hadiah novel lagi. Alhamdulillah.
Q3 : "Bila result STPM keseluruhan nak keluar?"
A : Tak taulah nak kata soalan sensitif ke ape tapi mmg sensitif lah jugak. Hidup aku bermula daripada bulan 2 nie mmg tak aman. Result STPM kali nie pulak, die nak main2 keluar berperingkat. Baru2 nie result penggal 3 dah keluar. 17.2.2014, (Isnin minggu depan) plak, result ulangan penggal 1 & 2 keluar. Mana tak cuak? bukan selang sebulan tapi main minggu der. Kenapalah tak keluar sekali hari tu? klau nak gugur jantung, time tu dah gugur. Nak nangis ke, time tu je nangisnya. Apa yang boleh aku bagitau, result STPM keseluruhan akan keluar akhir bulan 2 atau awal bulan 3. Bergantung kepada MPM ler. Aku pun tak tau. Dan sudah semestinya, itu bukan result sebenar aku sebab aku dah fikir masak2 untuk merajinkan diri mengulang subjek PA & EKO untuk penggal 3 lak. Bila dah mengulang, result aku pun akan lewat jugak keluar. Dalam bulan 4 nanti dan aku semestinya tidak tahu bulan bila aku akan sambung belajar. Harap2 aku dapat jejak langkah ke Universiti walaupun terlalu banyak dugaan yang aku tempoh sekarang. Aminn..
Q4 : "Apa yang kau nak buat kalau tak berpeluang masuk Universiti?"
A : Sensitif lagi soalan nie...nangis! Siapa yang tak nak masuk U kan tapi tu semua bergantung kepada rezeki masing2. Tak semestinya orang yang dapat result gempak akan masuk U dengan course yang sememangnya diorang minat. Kadang2 apa yang diberi tersasar jauh dengan apa yang korang minta. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi. Kakak angkat aku pun ade jugak bagi nasihat yang berbunyi : "tak dapat masuk U or sambung study kat mana2 bukan end of it but beginning of it." Yup, satu permulaan untuk aku mencorak kehidupan yang tersendiri walaupun susah! Aku mengaku, aku nie tak sebijak orang lain dan aku cuba untuk mengubahnya. Kadang2 terlintas dalam fikiran, kenapa aku tak leh jadi bijak macam orang lain? Dushhh! tumbuk diri sendiri. Kalau kau cakap camtu, bermakna kau tak bersyukur. Hidup nie mmg penuh dengan dugaan. Kalau kau tak perolehi rezeki kejayaan yang gilang-gemilang sekarang, mungkin suatu saat nanti kau akan dapat gak. Lambat sikit je daripada orang lain. Terima segala dugaan ini dengan hati yang sabar. Kalau bukan rezeki aku untuk masuk U dalam tahun ini, aku akan cuba cari jalan lain untuk teruskan hidup. Rezeki Allah itu luas.
Q5 : "Kalau ada orang yang masuk minang kau, nak terima tak?"
A : Soalan paling kelakar bagi aku. Kalau tanya sekarang, konfem lah aku tak-nak. Aku masih nak duduk dengan ma & abah aku lagi. Tapi jangan terkejut plak, kalau aku cakap, kawan sebaya aku dah ade yang berkahwin dan bertunang dah pun. Biarlah, jodoh diorang dah sampai awal maknanya. Bila cakap pasal kahwin2 nie teringat dekat cikgu aku. Dia cakap, kalau nak kahwin dengan orang yang berduit senang jer, buat mcam dalam novel, jadi maid ke, jadi setiausaha lepas tu jatuh cinta dengan anak lelaki diorang. Tu pun kalau diorang ade anak lelaki lah, kalau semua perempuan, nak kahwin dengan siapa?" hahaha. Aku kalau ingat kata2 tu, still rase nak senyum pluss gelak sampai sakit perut. Sabar jelah. So, kesimpulannya jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah. Kita siapa yang nak tentukan siapa jodoh kita. Kita nie hanya merancang, segalanya Allah yang tentukan. For me, just go with the flow. Hidup dengan title "single" dengan sebaik mungkin. Kalau nak "soulmate" yang baik, kita pun kena berubah jadi baik mulai sekarang ya...:)
Ok, cukup 5 soalan sahaja untuk setiap entry. Kalau panjang2 lagi, mau muntah hijau orang nak bca. (tu pun kalau ade yang nak baca lah entry merapu aku nie). Perasan tak, soalan bukan main pendek2, aku bagi jawapan seperenggan. Maaf kalau ade jawapan2 aku yang tak-menepati-piawaian dan menyinggung hati & perasaan orang yang baca. Apa yang aku tulis nie, berdasarkan gerak hati dan jawapan sejujurnya yang ada dalam kepala ku sekarang. Mungkin segalanya akan berubah nanti. Mana kita tahu kan?..;)
Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi kalau-mood-aku-rajin-nak-mengupdate-belog. Daa...
With Love,
Izzati Aisyah
No comments:
Post a Comment