Sunday 18 October 2015

Finally!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tanggal 15/10 baru-baru ni aku dah selesai menjawab final exam untuk sem 1. Dalam pada rasa lega tu terselit gak rasa gundah-gulana nak tunggu result keluar pulak. Hopefully, exam ni aku dapat result exam sepertimana yang diharapkan. Doa-doakan ya? Insya-Allah, Amin.



Meh nak belanja gambar muka puas hati sebab dah habis exam. hahaha

Dan dengan rasminya aku dah masuk zon bersuka-ria selama sebulan. Leh layan novel + korea + tv +++ makannnnn. (misi nak gemukkan badan walau hakikatnya memang tak dapatlah kan? metabolisme terlajak tinggi sangat. Mantain kurus jelah aku camne sampai bila2 kot. Ahakksss
Okey jer..:P

Tapi dalam pada seronok bercuti, teringat pulak dekat housemate 'susah senang'. Korang mmg daebak. Adik2 yang baik hati dan sempoi. Insya-Allah, ade rezeki jumpa lagi kita next sem eh, walaupun tak duduk serumah lagi. 


Love you all 'deep-deep', Aina, Firzanah & Fitrah!

Tak lupa gak kawan 'susah senang' satu course, yang selalu bantu aku dalam pelajaran, share nota sama2, buat assigment sama2 dan share masalah pun sama2. 


Ni muka tahan lapar tapi dalam hati 'banyak gumbira' sebab dah habis exam. Berwefie tak hengat dunia petang tu. Rindu kau sangat2 Farah! Tak sabar lak nak naik sem 2. Dapat duduk dorm sama2 plak kali ni. Yeayy!

Selamat tinggal kenangan di sem 1. Segala pahit getir dapat dilalui dengan baik walaupun masa mula2 masuk tu rasa diri tak yakin nak habiskan sampai final. Tapi Allah SWT dah mudahkan perjalanan hidupku di sini. Alhamdulillah. 

Sampai di sini sahaja sesi latihan jari-jemari di keyboard. Insya-Allah berjumpa lagi kita di lain entry eh. Esok dah nak balik Terengganu. Tak sabar lak nak jumpa ma, abah, abang, adik, kakak ipar, abang ipar dan anak2 saudaraku di kampung. hehehe....bye bye!

p/s : tak sabar gak nak tunggu next week! My birthday is around the corner. Hari tu, lepas habis exam dapat hadiah daripada my beloved friend sempena birthdayku yang ke-21 tahun. Maklumlah time birthday aku tu dah cuti sem sebab tu dia bagi awal2. Harap2 ada lagi surprise yang menanti lepas ni...hehehe...;)

Okey, see you next time!


With Love,

Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment