Saturday 19 September 2015

Bicara Cinta Tertangguh

Assalamualaikum,

Seriously bila dah lama tak menulis blog rasa kekok giler. Dari Februari aku biarkan blog nie dengan post Preloved Novel yang orang masih duk tanya novel apa yang boleh dibeli sampai sekarang..ahaks! Sorry kalau ada PM atau komen yang baru berbalas. Maklumlah beberapa bulan ni aku sibuk sikit dengan kehidupan seharian. Nak update blog pun tak berkesempatan. (kalau banyak masa pun mood tak muncul gak nak menulis)...sabor jelah...:p

Okey, berbalik kepada tajuk post kali ni...Bicara Cinta Tertangguh..macam tajuk novel tapi mmg betul pun. Saya mohon pinjam tajuk ni ye kak Lynn Dayana. Hehehe.. Apa yang tertangguh tu ya? Banyak sangat sebenarnya tapi sebab dah lama tak update blog jadi basi dah kot cerita2 tu semua. Tapi apa yang penting, aku masih wujud lagi ler. Masa je tak mengizinkan untuk update blog lagi. Maaf kepada yang menunggu cerita terbaharu daripadaku. (okey, sikap perasan tak pernah hilang eh?) huhuhu

Ape yang boleh aku bagitahu kat sini ialah aku dah sambung belajar dekat sini:

Logo apa ni? Nielah logo Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Tempat aku menimba ilmu sekarang. Alhamdulillah, dah nak habis sem 1 dah pun. Akhirnya bulan nie dah final exam. Doa2kan aku boleh jawab dengan baik ya. Insya-Allah. Amin.


Sebab apa aku masuk sini? dah takdir Allah menentukan aku akan menjejakkan langkah ke sini. Dan harap2lah aku terus kekal sampai sem akhir. Kalau boleh aku tak mau sekerap jalan jer nak belajar. Kalau boleh biar sampai dapat genggam segulung Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dengan Kepujian....Amin. Cukuplah dapat gembirakan hati mak ayah aku yang nak aku sambung belajar lagi after STPM.

Tu jelah untuk entry kali ni. Nanti aku cuba untuk luangkan masa lagi untuk update blog ni. Tak mau biar bersawang lama sangat. Setiap cuti sem atau cuti2 panjang aku cuba lagi untuk update story-mory aku kat sini ya. Kalau rajin nanti aku update gak entry yang dah basi, sebab tetiba rasa sayang lak kalau tak kongsi cerita kat sini...hehehe 

Doakan aku sentiasa sabar dan bertahan dalam apa jua cabaran yang mendatang. Sayang korang ketat2. Terima kasih sebab sudi jenguk lagi blog yang membosankan sebab x berupdate nie. Tapi jangan bosan lama2 sangat tau..:P

Okey nak pi study lak. Final exam dah nak dekat. Start 28 Sep sampailah 15 Oct 2015. Doakan juga aku dapat score untuk semua paper dan harap gaklah dapat Dekan sem ni. Amin.

Nah, belanja korang sekeping gambar budak kelas BIC 1A (tapi ade jugak yang takde dlm nie) Biasalah, ada yg busy dengan hal masing2.


Gambar ni masa minggu Apresiasi Bakat. Kitorang kena bukak booth BI bertemakan negara Italy. Alhamdulillah, dapat gak tempat ke-2. Berbaloi segala penat lelah. Thanks to madam Siti Hawa Muhamad atas tunjuk ajar. Jumpa lagi next sem. (kalau ada)


Akhir kata, aku undur diri dulu ya. Jumpa lagi di lain entry. Next month, Insya-Allah. Byeeee..


With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment