Tuesday, 24 December 2013

Cinta Sesungguhnya

Assalamualaikum,

Hola! Blog nie x delah bersawang mana sebab dalam seminggu tu ade je story yang akan ku update. Tak boleh lah nak update tiap2 hari sbb kadang2 idea nak menulis tu tak muncul. Aku jadikan blog ini bukan sebagai diari harian, cuma tempat untuk meluahkan perasaan. Segala rasa hati yang galau, gembira, sedih semuanya aku akan ceritakan di sini. Kadang kala aku tak dapat nak tafsirkan rasa hati aku melalui perasaan  lalu aku jadikan blog ini sebagai medium untuk meluahkan rasa hati. Jangan termuntah sudahlah yer bila membaca entry aku yang berbunga-bunga itu. Hahaha...

Hari nie ku nak berkisah pasal sebuah lagu yang aku ulang banyak kali pun tak jemu. Lagu nie first time aku dengar dalam sebuah drama di saluran Astro Ria iaitu Benci VS Cinta. Mula-mula tak tahu pun siapa nyanyi lagu nie. So, aku ingat nak carilah dlam youtube, lepas tu tak teringat langsung. Lepas tu, kalau tak silap lah, beberapa hari lepas aku tengok plak rancangan Wanita Hari Ini kat tv3. Artis jemputan masa tu ialah Sabhi Saddi. Dan2 plak dia nyanyi lagu ni. So, aku terus cari lagu ini kat youtube (sebab dah tahu tajuk lagu nie). Dengar dari awal smpai akhir. Memang bestt!



Ku adalah manusia
Yang paling beruntung
Memiliki kamu

Kau tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Tak kan lelah mendampingimu

Kau tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Tak kan lelah mendampingimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Tak kan lelah mendampingimu

Ku kan berjanji seumur hidupku
Tak kan lelah mendampingimu




Dah tahu kan apa tajuk lagu nie? Cinta Sesungguhnya by Sabhi Saddi. Amboi cik Zati, mcam tengah bercinta je gayanya...hahahaha..Tolong jangan ingat aku tengah bercinta sekarang yer. Taman bunga pun tak tumbuh lagi dalam hati nie...:p

Bukan sebab apa, dah banyak kali dikecewakan oleh insan bernama lelaki, jadi macam fobia la nak bercinta.  Walaupun hakikatnya aku tak pernah declare dengan siapa2 pun, just minatkan seseorang dalam hati. Tapi sebenarnya orang tu sedar aku minta kat dia, dan dia lebih memilih untuk menyakitkan hati aku. Tak perit?, tak sakit hati?, tak sedih? Tipulah kalau cakap camtu. Menangis sebab dia pun aku pernah tapi bila fikir2 balik bodoh kan buat camtu? Dia happy dengan kehidupan dia, aku plak meratap kesedihan kat sini. Sangatlah tidak patut.

Mungkin dia bukan jodoh yang ditetapkan untuk aku. Sebab tu Allah SWT dah 'putuskan' hubungan aku dengan dia di pertengahan jalan. Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan. So, sebagai manusia biasa, kita hanya perlu berusaha & berdoa supaya diberikan jodoh yang baik. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. So, jadilah wanita yang berhati cekal dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik (pesanan untuk diri sendiri yang bnyak kelemahan).

So, Cinta Sesungguhnya lebih tepat kita sandarkan kepada Allah SWT kerana DIA yang menganugerahkan cinta manusia kepada kita. Jangan sesekali mencintai seseorang melebihi cinta kita kepada DIA. Mungkin selama ini, cinta aku itu ke arah "suka-suka" saja. Maklumlah "cinta monyet" di zaman persekolahan...hihihi. 
Bila dah masuk zaman yang lebih matang nie, rasa dah boleh fikir mana baik dan buruk. Kalau orang tanya, tak nak bercinta ke? Jawapan aku, bercinta selepas kahwin tu lebih baik. Lepas tu, aku gelak plak sebab tak pasti, ye ke? Mana tahu bila dah masuk universiti nnti ade yang tersangkut di hati plak ke. (aku nie mmg tahap keraguan dalam hati tu tinggi sangat)...hahaha.. In shaa Allah, aku boleh tetapkan hati sampai aku dah habis belajar, ade duit sendiri, baru fikir nak berkahwin & bercinta. Boleh camtu? Boleh! Apa2 pun boleh terjadi jika DIA mengkehendakinya. Berdoalah semoga segalanya dipermudahkan. Aminn

Ok, sampai disini sahaja coretan rasa untuk kali ini, semoga bertemu lagi di lain entry. Terima kasih sebab sudi baca. Sayang kamu ketat2x. Jom dengar lagu nie. Besttt!



With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment