Hari Sabtu & Ahad yang menggembirakan hatiku berjalan dengan lancar akhirnya. Yelah, kita sebagai manusia hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan. Jika Allah SWT permudahkan segala urusan kita, mesti kita akan terlebih gembira tapi harus ingat sentiasa BERSYUKUR dengan segala yang diberikan oleh-NYA. Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
Sebenarnya dah lama merancang untuk berjumpa dengan "geng novel" yang merupakan seorang blogger juga iaitu adik Syafiqa . Sebelum exam STPM dan adik Syafiqa pula bru nak exam SPM hari tu lagi kami dah semangat merancang. Ingat nak jumpa sebelum exam, tapi memandangkan semuanya sibuk dengan kelas tambahan pada hujung minggu so kami postponed dulu. Tiba-tiba, sebelum exam terakhir aku tamat pada 2 hb hari tu, Sya ada call. Dia ingatkan balik pasal pertemuan tersebut dan kami buat keputusan selepas habis exam baru boleh jumpa.
Oleh itu, pada hari Sabtu, (7/12/2013) kami pun berjumpa di Giant, Kuala Terengganu. Pada mulanya kami rancang nak jumpa berdua saja tapi tak ku sangka dan tak ku duga, kak Lina Abd Majid pun nak join sama. Yehaa, rindu sangat2 dekat akak dgn Sya. Ada seorang lagi yang nak join pada mulanya, tapi dia mesej kata ada hal plak. Takpelah kak Bunga Mawar, nanti kita jumpa lain kali yer..;)
Dari kiri: Sya, Aku & Kak Lina Abd Majid
Seronok pula bila dapat berkumpul dan bercerita mengenai diri masing2 dan dunia novel. Kalau korang nak tahu kami semua berjumpa kali pertama di Terengganu Equestrian Resort (TER) semasa Pertemuan Kasih Sayang ASST yang dianjurkan oleh novelis Melur Jelita. Kalau nak tahu, boleh menyemak kat entri ini :
Cerita Tentang Novel . Adalah sedikit sebanyak yang aku coretkan kat situ. Tapi Kak Lina aku dah jumpa terlebih awal. Siap pergi makan ABC lagi lepas aku balik daripada sekolah...hihihi..best! Hopefully, dapat jumpa lagi kesayanganku ini dan terima kasih banyak2 dekat Kak Lina sebab sudi belanja kami KFC..;)
Keesokkan harinya pula, hari Ahad (8/12/2013), geng 6 UKM pula buat reunion kelas. Kali ini Ex- Assistant kelas 6 UKM iaitu seorang blogger CikBiePinky dan Afina (my bff) pula yang merancang. So, I follow jelah. Kali ini, pertemuan kami di Mydin Mall, Kuala Terengganu. Semua sepakat nak makan KFC jugak. Nasib baik aku tak muntah lepas makan KFC. Yelah, kelmarin dah makan KFC, esoknya makan sekali lagi...hahaha. Tapi demimu teman2ku tersayang, ku sanggup redahi jua. Mula2 rancang pukul 10 pagi tapi pukul 11 lebih baru boleh makan. Maklumlah, kena tunggu semua orang sampai dulu bru syok!
Hari tu, kami sepakat untuk mengenakan T-shirt kelas kami yang pernah aku ceritakan dalam entri ini:
" The UKMian's " . Semua serba Pink + Hitam. Suasana time tu sangatlah happening! Rasa macam KFC tu kami yang punya.
Girls Generation gitu lol!..ahaks
Dan macam biasalah ada sesetengah budak perempuan nie, suka ambik gambar makanan sebelum makan. Aku pun ambik gambar gak, kalau dengan geng2 yang dah lama kenal tak malu skit. Kire sempoi je lah..
Ni je yang aku order. Air Milo + Cheezzy Wedges + Ayam seketul. Simple jer lah sbb time dating dengan geng novel hari tu dah melantak Hotbox.( x de gambar ye, malu nak ambik)..hahaha..tahu pula nak malu ye cik Zati..:p
Walaupun tak semua yang hadir, yang semestinya kaum lelaki dah terang lagi bersuluh tiada dalam gambar, dan ade lagi geng2 perempuan yang tak hadir disebabkan masalah2 tertentu, Aku dah rasa terlebih bersyukur sebab dapat melepaskan rindu dekat geng2. Baru beberapa hari tak jumpa selepas exam, rindu dah membuak-buak. Kelmarin pulak adalah waktu yang ditunggu-tunggu dan merupakan memori terindah bersama teman2 tersayang. Lepas nie kena tunggu result STPM keluar, baru dapat jumpa semua. Uwaa, dalam happy nak berjumpa takut jugak nak tahu result! Takpe, tak perlu fikir lagi sekarang. Berdoa dan sembahyang hajat banyak2 supaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Aminn..
Ini adalah sebahagian gambar yang diambil, kalau nak letak semua mahu seminggu tak habis menaip entri nie..hihihi...Kami yang giler2, sengal, sempoi dan sebagainya. Riuh KFC time tu dengan suara2 kami, orang yang duduk makan kat situ pun sampai jeling2 kat kami. Apalah yang diorang fikir yer?..hahaha...Dahlah pakai baju sama, macam team futsal perempuan lak. Sabor jelah..
K.A.M.I
<3
With Husna Zakaria. Kawan baik dalam kelas 6 UKM. Masa kat sekolah, nak pergi kantin, koop, tandas, bilik guru kitorang akan pergi bersama juga. Rindu sama kamu Una! Kalau nak tahu, dia pun blogger juga. Nie link blog die : http://nanahusna94.blogspot.com/ (jangan marah ye aku letak link blog kamu di entri ini)..muahahaha
With kak Syakirah Mansor yang comel! Akhirnya ade juga gambar kita berdua...hihihi
Say Cheese!
Opss! Sebelum terlupa, cik Najwa dan cik Husna ada kejutan untuk aku. Tak sangka plak diorang edit + cuci gambar kami sewaktu di Ri-Yaz Heritage pada bulan 10 baru nie. Alahai, so sweet both of you. Terima kasih ye untuk gambar ini.
~Sweet memory~
Ok, sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini. Maaflah kalau ada gambar geng2 yang tak termasuk di sini. Aku main pilih2 jer gambar dan maaf kalau ade salah dan silap dalam entri aku kali ini...hihihi
Last but not least, aku berdoa, walau ape pun yang terjadi, semoga ikatan persahabatan kita akan kekal buat selama-lamanya...Love u alls so much!
Nah, untuk kamu semua. Bila ingat lagu nie, ingatlah persahabatan yang terjalin antara kita yer..
With Love,
Izzati Aisyah
P/s : Selain gambar yang diambil guna hp sendiri aku nak berterima kasih juga kepada adik Sya dan my friend, Najwa atas gambar yang diberi ye..Tq so much!
suka cheezy wedges kfc.. sedap nyaaa :)
ReplyDeleteme too...rasa tak best je kalau pergi KFC, x makan cheezy wedges...hihihi
Delete