Rasa macam dah lama tak update entri dekat blog. Maklumlah sekarang "busy" dengan novel dan "something" yang aku perlu siapkan step by step. Apakah "something" itu? Mana boleh bagitau. Kalau dah betul2 confirm dan ada rezeki aku untuk bertapak dalam dunia baru, In shaa Allah aku akan bagitau apa yang aku tengah buat sekarang. Doa2kan jelah ye supaya ianya berjalan lancar.
***
Hari ini sebenarnya nak bercerita pasal satu GA yang pernah aku join dulu iaitu 33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway by AtienStory. Giveaway yang dianjurkan oleh kak Atien ini tamat pada 3 Disember baru-baru ini. Alhamdulillah, rezeki lah orang cakap, aku terpilih sebagai Pemenang Bertuah untuk GA kali ini. Bertuah betul no 47 kali ini yer. Hadiah yang dimenangi oleh aku kali ini ialah tudung Syria Sakura yang macam gambar kat bawah nie lah :
Sangatlah meriah dengan manik2 di atas tudung itu...:)
Seriously, aku nie jenis yang suka pakai tudung bawal sahaja. Jarang pakai tudung2 bermanik macam nie. (jarang tu tak bermaksud x pakai langsung kan?...hihihi). Aku akan pakai jugak kalau ada majlis2 yang bersesuaian. Cewah3x! Sayang nak bagi kat orang lain sebab bukan senang nak dapat hadiah camnie kan, so aku nak simpan dulu. Lagipun, kena cari baju yang match dengan tudung syria ini dulu, baru boleh pakai.
Terima kasih yang tak terhingga untuk Kak Atien sebab sudi bagi hadiah ini. In shaa Allah, kalau ada GA yang akak anjurkan lagi, saya akan join. In shaa Allah. Mana tau bertuah plak kan?..hihihi
Sampai di sini sahaja coretan kali ini. Semoga bertemu lagi...daaa
Blog kak Atien Story:
Fanpage kak Atien Story:
With Love,
Izzati Aisyah
Alhamdulillah da sampai,tq juga sebab sudi join
ReplyDeleteu are welcome...tq ya sis Atien~
Delete