Memang gatal tangan sekarang. Rindu nak menaip di blog. Kalau dah mai mood giler berblog memang jadi tak betul. Dalam minggu lepas aku asyik ber-blogwalking untuk mengenal blog2 orang & kalau ada giveaway yang menarik hati boleh jugak join. Mencuba nasib yang kadang-kala jarang nak bertuah...hehehe
Menang & kalah kan adat pertandingan, biasalah kan..:p
Hari ini nak meloncat kesukaan sebab setelah berbulan-bulan menunggu T-Shirt kelas siap, akhirnya dah dapat pakai dan peluk...wah2x...nampak sangat terover excited wahai cik Zati. Haruslah kan sebab inilah first time dapat baju kelas sendiri. Selama duduk di SMKPM, tak terfikir pun nak buat T-shirt bagai. Bila masuk form 6, barulah idea untuk membuat baju kelas itu dibuat. Terima kasih kepada pencetus idea tersebut. Memang tak dinafikan, bila masuk form 6 ini banyak benda2 baru yang aku buat & terokai. Kalau dulu tak pandai buat sesuatu sekarang dah makin pandai. Ada lah improvement sikit tentang diriku. Berani nak cuba benda baru. ehhhh, apasal tetiba cakap pasal diri sendiri nie erkk?..huhuhu
Ok mai nak tunjuk kat korang design baju yang direka khas oleh beberapa orang kuat kami di kelas 6 UKM ( nak sebut mmg ramai lah yang memerah idea untuk men-design baju yang comel itu) tapi setiap design yang dibuat kena jugak dapat kelulusan daripada penolong kelas kami iaitu Farihah Sabila @ Cik Bie. Alhamdulillah, dia cakap ok je design apa2 pun asalkan warna pink ya teman2 ( mau kena hempuk kalau dia baca, ampun ya sayang). Kami pun jenis yang tak banyak songeh, setuju sahaja sambil buat muka comel..hihihi..
Pandangan hadapan T-shirt
Pandangan hadapan T-shirt
( Bahagian bawah baju tertulis nama masing2x)
Pandangan belakang T-shirt
(28 pelajar perempuan & 2 orang pelajar lelaki)
Rasa lega bila tengok geng2 kelas berpuas hati dan semestinya masa mula2 nak ambik baju ini, terasa gak berdebar-debar. Maklumlah, takut tak cantik ke, apa ke, tapi bila first time tengok dekat kedai tadi, aku dah cakap dalam hati, " comel lah"...hehehe..Biarlah orang nak cakap syok sendiri pun. Sangat berpuas hati. Ingatkan nak pakai masa kem di Anggulia Beach Resort baru2 ini tapi tak sempat siap. Hantar design dan buat tempahan pun dah lewat sebenarnya. Takkan nak mintak akak2 kat kedai itu siap2 cepat2 kot kan. Bak kata pepatah," biar lambat, asalkan selamat "..cewahh!. Takpelah, nanti kalau buat reunion kelas akan pakai jugak T-shirt ini. Tak dapat nak bayang bila 6 UKMians berkumpul sambil pakai T-shirt pink/hitam ini. Uwaa, rasa mcam tak sanggup nak berpisah lepas exam nanti. Bila dah bawak haluan masing2 memang susah nak jumpa...sob sob..Sabar jelah. Tak mau sedih2 sekarang. Ade sebulan jer lagi kan...exam pun tak sudah lagi. Gunakan masa yang ada ini untuk sama2 berperang dengan kertas peperiksaan P3 serta P.ulangan P1 & P2. Lepas tu kita boleh enjoy ya kawan2x.
Sampai di sini dahulu coretanku pada kali ini. Bajet nak tepek gambar dan menulis seperenggan je alih2 bila syok menulis, dah jadi banyak perenggan plak...:p...Sabar jelah kalau dah aku nie memang suka menulis entry panjang2x...maklumlah, lama tak berceloteh kat blog TJOML. Semoga jumpa lain pembaca2 blog yang disayangi. Nak sambung study plak. Doa2kan saya dan semua geng2 6 UKM agar dipermudahkan menjawab peperiksaan & berjaya mendapatkan result yang cemerlang...Amenn
With Love,
Izzati Aisyah
No comments:
Post a Comment