Alhamdulillah, hari Khamis baru2 ini selesai sudah aku berjuang untuk peperiksaan STPM penggal 3/2013. Tak dapat nak digambarkan betapa lega (semestinya) bila sudah melalui bermacam-macam dugaan daripada penggal 1 hingga penggal 3. Siapa yang melaluinya pasti akan tahu betapa tegarnya hati kami semua pelajar tingkatan 6 yang melalui detik transformasi yang penuh warna. Cewahh, ayat!
Memang betullah orang cakap, siapa yang lahir tahun 1994 akan berpegang pada title "bahan uji kaji".
(Bukan berlaku pada semua orang, tapi segelintirnya saja yang merasakan sedemikian). Sebagai contoh, aku merupakan batch 1 tingkatan 6 yang diuji menggunakan sistem pelajaran secara modular. Biasanya, ada lah pro/kontra bila dah bertukar kepada sistem penggal ini. Ikut sistem lama, belajar selama 2 tahun baru periksa tapi kalau ikut sistem baru, belajar selama 6 bulan dan terus periksa. Dibahagikan pula kepada 3 penggal which mean 3 kali aku kena masuk dewan peperiksaan. Grr...tiap2 kali masuk dewan tulah aku cuak giler! tapi kenalah hadap kan?
Apa yang bestnya, korang boleh repeat paper kalau rasa result yang korang dapat tu tak menepati piawaian. Kalau nak repeat sekali pulun masa penggal 3 terus. (just like me). Aku repeat 3 paper untuk penggal 1 & 2 paper untuk penggal 2 semata-mata untuk menambahkan pointer yang agak tak memuaskan hati & perasaan. Selain itu, pelaksaan PBS juga boleh menambah markah yang sedia ada. 20 % adalah dalam genggaman korang kalau melaksanakannya dengan tepat dan tuntas. Kat sekolah aku, cikgu semua sangat baik hati memberi bimbingan untuk menyudahkan PBS ini dan diorang tak akan kedekut untuk bagi markah penuh kalau memang hasil kerja kita memang terbaik. Aku hanya mampu berdoa moga2 markah PBS aku merubah markah peperiksaan aku jugak. In shaa Allah, semua subjek yang aku ambik lulus...Amenn
Kalau nak cerita macam mana kisah aku sewaktu menjalankan PBS? Esok pun tak habis lah. Satu je kata my sister, " PBS mung nie mengalahkan assigment aku pulop " which mean PBS form 6 sangatlah mencabar tau tak? Kena buat kajian luar untuk yang ambik sub PA & SEJ tapi boleh tarik nafas lega untuk sub BM & EKO sebab ianya hanya memerlukan kemahiran kita untuk mengarang dan memerlukan penelitian kita dalam mencari data2 ekonomi di internet. Hanya orang yang betul2 tabah je, boleh buat. *tetiba puji diri sendiri...huhuhu
Hati terdetik nak mengupdate blog pun disebabkan status yang ditulis di fb teman baikku ini:
- ikt kate hati mmg kekadg ase nk gve up..pnatnye hnye allah je yg tau...smoge sgle kringt,penat lelah n air mate brsme kwn2 spnjg 1 thn stgh pegang title sbg bdok f6 pdg midin brakhr dgn twrn ke menara gding
Credit to her.
Yess, segala penat lelah kami curahkan di tingkatan 6 demi mendapatkan keputusan yang baik untuk ke Universiti. Air mata memang menjadi peneman setia. Hari tu, ada juga yang bertanya, best ke masuk form 6? Aku hanya tersenyum & berkata, "kalau nak tahu best ke tak, trylah masuk dulu." Aku tak mahulah memberi tanggapan yang negatif buat adik2 junior ini, satu je nasihat yang aku nak bagi. Sebelum nak memilih course atau tempat untuk meyambung pengajian, fikir dulu pro dan kontranya. Kalau korang rasa sesuai masuk form 6, masuk jelah. Kalau korang nak pilih ke matrik, universiti, atau pusat2 kemahiran sekalipun just pergi. Belajar rajin2 dan tetapkan matlamat untuk terus berjaya untuk memperoleh kerjaya yang mampu menjamin masa depan yang baik. Kita tak tahu sebenarnya sumber rezeki kita ini menjurus ke arah mana. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Tak semestinya pilih kerjaya sebagai doktor misalnya, akan berakhir menjadi doktor jugak. Kadang-kadang akan beralih ke bidang lain pula. Masing2 boleh fikirkan?
Pegang pada kata2 ini, " Jangan sesekali menyerah, teruskan perjuangan sehingga mencapai kejayaan yang diinginkan. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang penyabar dan kuat berusaha demi merubah kehidupan di masa hadapan". In shaa Allah, kejayaan pasti akan menjadi milik kita!
Chaiyok..=)
Lastly, aku berharap semoga semua pelajar ting 6 batch 2012/2013 akan melangkahkan sebelah kaki lagi ke universiti kelak. Walau beribu dugaan yang kita hadapi, jangan pernah putus asa. Be strong wahai teman2ku! Yakinlah bahawa kita boleh melakukannya. ( kata2 semangat utk diri sendiri juga)..:)
Sebelum menoktahkan tinta, aku nak share lagu yang aku minat dan bisa menaikkan semangat aku untuk terus berjuang dalam kehidupan. Bila dengar je lagu ini, aku rasa macam ada aura untuk aku terus bertahan dan pantang menyerah. cewahhhh! Semoga berjumpa lagi di lain entry. Maaf kalau entry aku kali ini terlajak panjang. Maklumlah, bila dah seronok menulis, semua benda nak dicoretkan...hihihi...be cool & relaks,ok!
P/s: Perjuangan belum selesai, doa2kan saya ya..=)
With Love,
Izzati Aisyah
jgn putus asa ok
ReplyDeleteHai, salam perkenalan budoxe lee...
Deleteterima kasih atas kata2 semangat & terima kasih sbb follow dan jenguk2 kat sini...:)
lega dah habis STPM kan..lepas ni kena teruskan perjuangan :)
ReplyDeletekak fizah,
Deletekalau x repeat paper, mmg dah abis dah...tunggu 2/12/2013 barulah official abis exam STPM...lepas nie kalau ade rezeki dpatlah masuk universiti..Amin..:)