Dah rasa rindu sangat nak update blog, nak taip entry panjang2. Maaflah ya kalau korang rasa blog aku ini sedikit membosankan sebab asyik update pasal GA yang aku join je kan?. Nak buat macam mana, sekarang nie dah rasa macam sesuatu yang menyeronokkan plak bila join GA yang dianjurkan oleh rakan2 blogger. Alhamdulillah, semenjak dua menjak ni, dah ramai rakan2 blogger yang dah menjadi kawan dan menjadi tempat rujukan aku untuk tanya hal2 berkaitan blog. Terima kasih semua. (anda tahu siapa anda yang saya maksudkan)..hihihi...
Sebenarnya join GA ini best tau. Selain dapat "tuah" untuk menang hadiah yang ditawarkan sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara rakan blogger. Yang dulunya tak kenal, sekarang dah kenal dan aku sangat2lah happy dengan kehidupanku sebagai penulis blog walaupun bukan sepenuh masa. Banyak juga benda baru yang aku pelajari tentang blog. Maklumlah dulu aku sangatlah ke"kuno"an skit dgn dunia teknologi nie..*my bad!. Since aku suka join GA, ramai jugak yang sudi jenguk blog aku yang tak seberapa ini. Terima kasih untuk kamu semua...:)
Ok, habis sudah sesi mukadimah.
Sebenarnya nak bercerita pasal satu GA yang aku join iaitu "3000 SLE Supporters Giveway" yang dianjurkan oleh kak Dayang Deno. GA ini telah tamat pada 24 Oktober 2013. Pada 1 November 2013 pula, kak Deno telah mengumumkan nama pemenang. Alhamdulillah, blogku ini telah termasuk dalam Senarai Pemenang SLE Supporters Giveaway .Yehaaa! Nombor bertuah dalam senarai bloglist ialah 215. Hadiah yang dimenangi oleh aku pula disponsor oleh kak ShidaRidzuan iaitu :
bookmark limited yang cute!
(suka dengan kata2 yang tertulis kat bookmark itu)
Terima kasih kak Dayang Deno kerana telah memilih saya sebagai pemenang & terima kasih jugak kepada kak Shida untuk hadiah bookmark tersebut. Semoga anda berdua terus maju dalam dunia blogging. <3 :)
With Love,
Izzati Aisyah
sama2 dear :)
ReplyDeletesimpan lek lok bt kngan :)
moga terus maju jaya dlm dunia bloging :)
ikhlas,
www.duniashida.com
yup..saya akan simpan baik2 buat kenangan...terima kasih utk doa akak utk saya terus menapak dlm dunia blogging...:)
Delete