Disebabkan tuntutan sebagai seorang pelajar yang nak STPM tahun nie, tak aktif sangatlah nak menaip entri di blog TJOML ini. Faktor kemalasan pun boleh jadi penyebab jugak. Ada je story mory yang ingin dicoret di dinding blog tapi terpaksa ditunda dahulu sehingga bulan 12 datang menjelma. Sebab?? Bulan 11 ini aku akan bergelumang dengan exam Penggal 3 + exam ulangan untuk Penggal 1 & 2. Kalau kira, ini adalah entri last untuk bulan ini. (maybe kot, tapi kalau ade contest aku rasa terupdate jugak blog ini)...hahaha..
Entah kenapa, sekarang seronok plak join giveaway yang dianjurkan oleh blogger2 yang "ada nama" ini..tak macam aku baru nak bertatih. Hadiah yang ditawarkan pun gempak2. Kalau dah rezeki, dapatlah jadi pemenang. In shaa Allah, tgklah apa yang akan terjadi dekat blog aku nanti. Tuan blog ini mana boleh percaya sangat..:p
Ok, selesai sesi mukadimah..;)
Entah kenapa, sekarang seronok plak join giveaway yang dianjurkan oleh blogger2 yang "ada nama" ini..tak macam aku baru nak bertatih. Hadiah yang ditawarkan pun gempak2. Kalau dah rezeki, dapatlah jadi pemenang. In shaa Allah, tgklah apa yang akan terjadi dekat blog aku nanti. Tuan blog ini mana boleh percaya sangat..:p
Ok, selesai sesi mukadimah..;)
Kat sini aku nak kongsikan tarikh2 exam STPM yang aku akan duduki sepanjang bulan 11 dan awal bulan 12 nanti.
Jadual Waktu Peperiksaan Penggal 3:
7 Nov 2013 - Pengajian Am 3
13 Nov 2013 - Bahasa Melayu 3
14 Nov 2013 - Ekonomi 3 & Sejarah 3
Kalau nak diikutkan kertas yang aku perlu duduki cuma untuk 4 subjek sahaja dalam Penggal 3 ini tetapi disebabkan dah berfikir panjang untuk mengulang, so dah jadi banyak pulak paper yang harus "dikerjakan" dalam exam STPM 2013 ini.
Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Penggal 1:
20 Nov 2013 - Pengajian Am 1
25 Nov 2013 - Ekonomi 1 & Sejarah 1
Aku mengulang bukan disebabkan semua subjek di atas aku fail (cuma sub EKO jelah aku K.O skit sebab skill untuk memahamkan soalan aku kureng dan kehadiran ke sekolah pun merosot disebabkan aku kena chicken pop pada penggal 1 ari tu, so lepas baik je terus masuk zon exam..haruslah hampeh skit..)
Untuk subjek SEJ & PA pulak, aku dah dapat kredit tapi cikgu nasihatkan supaya dapatkan A jugak, bila difikir2kan balik boleh juga tambah markah yang aku dapat untuk ketiga- tiga sem nanti..jadi ambik jelah...:)
Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Penggal 2:
27 Nov 2013 - Pengajian Am 2
2 Dis 2013 - Ekonomi 2
Untuk penggal 2 plak, markah aku dalam keadaan kredit jugak tapi rendah skit, so aku decide untuk mengulang 2 subjek sahaja. Subjek yang kritikal jugak macam PA. Itu merupakan subjek penentu untuk aku masuk ke Universiti, kalau tak lulus, kahwin jelah..:p (marah kawan aku kalau cakap cenggitu).
Sahabat aku tu pernah cakap kat aku,
Sahabat aku tu pernah cakap kat aku,
"kenapa lah kebanyakan orang nie, bila anak2 diorang gagal dalam exam dan tak dapat masuk U terus je suruh anak kahwin. Kononnya masa depan tu dah tak cerah, kahwin jelah biar laki kita yang tanggung. Ingat perempuan zaman sekarang nie tak boleh hidup tanpa lelaki ke apa? Perempuan pun dikurniakan akal dan sebagai seorang manusia Allah SWT dah bagi rezeki masing2. Kalau tak pandai dalam akademik, boleh je masuk kemahiran macam menjahit ke, membuat kek, boleh jugak buka kedai sendiri nanti. Betul tak?"
Aku pun tersenyum jelah. Memang ade betulnya juga apa yang diperkatakan itu tapi nak buat macam mana dah memang macam tu fenomena yang melanda. Itu orang dulu2lah, sekarang masing2 dah berubah sikit cara berfikir mengikut peredaran zaman...huhuhu..(tutup kes)
Untuk peperiksaan kali ini, aku tak mengulang langsung subjek BM. (biarlah rahsia kenapa aku tak ambil subjek itu)..hehehe...Subjek yang perlu aku beri perhatian adalah PA, EKO & SEJ. Yang nie, aku kena hafal dan faham betul2 sebab aku nie boleh dikategorikan sebagai "lambat" lah jugak. Kena baca & tulis bnyak2 kali supaya ingat. Teknik macam tu aku selalu gunakan sekarang. Bukan maksudnya subjek BM tu tak penting tapi maksudnya dalam exam Penggal 3 nanti dapatlah aku menampung markah BM yang boleh dikatakan mudah (bagi aku) dan syukur Alhamdulillah, trial exam hari tu aku dapat A. Harap2 final exam pun akan dapat A lagi. In shaa Allah, subjek lain pun akan dapat A juga. Amenn...
Sebelum menutup tirai, aku ingat memohon maaf seandainya ade kata2 & perbuatan aku menguris hati & perasaan kawan2 di sekolah, rakan mukabuku, rakan2 blog dan yang tak tersebut lagi. Maklumlah, lumrah hidup manusia tak kan lari daripada melakukan kesalahan. Aku juga mohon halalkan segala perbuatanku itu. Mungkin aku tak sengaja berkata atau berbuat begitu. Biasalah aku nie sekali sekala datang juga perangai giler2..sampai tak sedar perbuatan yang aku buat dah bikin orang sentap. Biane sayang2ku sekalian. Doa2kan aku supaya cemerlang dalam peperiksaan pada kali ini. Dipermudahkan mengingati segala apa yang dipelajari dan supaya dipermudahkan untuk menjawab soalan2 yang akan keluar. Maklumlah, ini tahun first untuk aku mempelajari STPM secara modular. Apa orang cakap bahan ujikaji "tikus putih"..huhuhu.
Time SPM pun sama gak ari iaitu pertukaran subjek sains & matematik dalam bahasa inggeris. Tapi bila dah biasa dengan bahasa inggeris dah tak jadi kekok dah. Nak memahami istilah bahasa melayu pulak yang jadi masalah..muahaha
A big THANKS kepada sesiapa yang wish goodluck untuk aku. Sangatlah terharu kerana kalian sudi menggingati dalam doamu...cewahh3x...Sayang korang ketat2x...muahhsss. Semoga kalian semua dirahmati Allah SWT sentiasa...In shaa Allah..;)
Ehh, tak lupa jugak kepada adik2 form 5 yang nak ambil STPM tahun ini dan adik2 STPM yang bakal menduduki STPM Penggal 1 pada 20 Nov ( kalau tak silap tarikhnya sama saja dengan tarikh aku mengulang Penggal 1 itu). Jawab soalan dengan hati yang tenang ya. Buat soalan yang mudah2 dulu, lepas tu baru tarik nafas untuk jawab soalan susah2 lak. Banyakkan selawat dan beristighfar...(pesanan untuk diri sendiri)..;)
Semoga berjumpa lagi selepas aku dah abis exam pada 2/12/2013 nanti. In shaa Allah, kalau tak gatal tangan nak menaip kat sini..:p
Penggal 3 ini aku diuji lagi dengan sakit iaitu alahan kulit disebabkan tempat tidur dekat kem. Sangatlah manja kulitku. Orang lain ok je, aku plak yang tak ok. Tapi tak ape, itu sebagai satu ujian daripada Allah untuk hamba-NYA. Kita hanya perlu reda dan bersabar sahajalah. Semoga aku cepat sembuh..Amenn..
Anyeong!
With Love,
Izzati Aisyah
P/s: See you soon, jangan rindu-rinduan sudahlah..hehehe..poyo je..:p
Cigu kami pon gelar kami "tikus putih". Haha. Gudluck
ReplyDeletewah3x..siapakah gerangan kamu wahai anonymous?
Deletelain kali letakkan nama ya..nanti boleh kenal2x..mesti awak sebaya dengan saya kan?...Gudluck for u too..thank sudi jenguk blog saya..:)