Tuesday, 26 November 2013

It's All About Time

Assalamualaikum,

- Alhamdulillah, kelmarin aku selesai bercerai dengan "laki no 1"...talak "3 papers" plak tu...hahaha
In shaa Allah, esok aku akan bertemu dengan "laki no 2" lak..kali ini bercerai pun dengan talak "2 papers" sahaja. -

Mesti korang pelik ape lah yang aku merepek kat atas tu ye...siap bercerai, bertalak bagai...hahaha
Tu ayat poyos tak ingat jer..nak buat perbandingan yang hiperbola lah sangat!..(macam tak kena je kan?)
Maksud "laki no 1" tu ialah peperiksaan ulangan penggal 1 yang sudah aku langsaikan dengan jayanya pada 25 Nov 2013. Talak "3 papers" tu plak ialah kertas PA, EKO & SEJ yang aku ambil untuk ulangan baru-baru ini dan faham2 jelah ayat yang seterusnya itu. In shaa Allah, mulai esok 27 Nov 2013 & 2 Dis 2013 plak aku akan berchenta dengan 2 subjek ulangan iaitu PA & EKO. 

Kawan aku cakap, "hanya orang yang cekal hati je boleh mengulang". Yup, kalau nak tahu dari sudut hati aku yang paling dalam memanglah tak nak mengulang langsung tapi nak buat macam mana kan? Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Kalau kita cakap tak nak & tak akan mengulang banyak2 kali pun, kalau Allah dah tentukan macam tu, akan terjadi macam tu juga lah. Aku terima dengan reda. Lagipun masa mula2 masuk form 6 dan dikejutkan dengan sistem baru iaitu sistem modular, memanglah susah nak "catchup" dari awal. Aku nie plak memang jenis yang "slow motion" skit. Subjek yang diajar pun bukan senang. Sebab tu aku salute siapa yang dapat markah tinggi tu.

Jangan salah faham pula ye. Aku repeat nie bukan sebab aku failed semua kertas. Aku mengulang sbb nak tingkatkan pointer untuk setiap penggal sahaja. Rasa macam tak puas hati je dengan markah asal, terus aku ambik keputusan untuk mengulang. Bukan apa, sebab ada yang tanya aku, "banyaknya kau mengulang paper, FAILED ke?"...uwaaa, terus aku sentap jap! Janganlah cakap camtu, biar pun aku nie tahap otak slow skit lah tapi takdelah sampai semua aku tak leh jawab. Just tak mencapai piawaian jer..Lagipun korang tak tahu dugaan pelajar2 form 6 kat sekolah aku tu macam mana. Kalau korang dekat tempat kitorang, korang akan tahu apa yang kitorang rasa. Oleh itu, kami semua ambik pendekatan bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Ehh, panjang bebenor plak mukadimah aku kali ini. Padahal just nak cakap, terima kasih kepada rakan blogger yang sudi singgah dan follow blog TJOML yang tak seberapa ini. Tak lupa jugak yang sudi komen dan suggestkan GA yang boleh aku join, ada juga yang ajak aku berblogwalking dan lain2. In shaa Allah, nnti aku join. Buat masa sekarang, aku nak habiskan exam ulangan penggal 2 yang akan berlangsung pada esok hari dan juga hari isnin (last dah tu).

Selepas 2/12/2013 nanti, bru aku betul2 bebas daripada sebarang exam & boleh cuti panjang dah lepas tu...dalam 9 bulan lebih la camtu ( dah terlepas daripada zaman persekolahan). So, time tu aku bolehlah mengupdate blog seberapa kerap yang aku mahu, boleh berblogwalking, boleh join GA dan seangkatan dengannya tapi tengok keadaan jugak sebab time cuti panjang nie jugak aku nak marathon baca -------> NOVEL!. Dah bertingkat dah novel2 yang belum dibaca. Aku nie kalau dah tenggelam dalam dunia novel memang tak akan layan fb, blog, twitter and etc. Just diam macam tu jelah sampailah mood membaca aku kelaut. Kalau masih tak kelaut tiap2 hari aku akan bca novel...hahaha...memang peminat novel yang sangat tegar! Sampai my friends pun dah bagi gelaran baru kat aku iaitu "Zati si hantu novel". Sabor jelah kan..:p

Last but not least, jangan label aku sombong ke apa ya sebab buat masa sekarang aku just nak habiskan ape yang lebih penting dulu. Entry nie pun main taip laju2 jer. Sebenarnya nak update pendek2 je tapi dah jadi panjang lak. Sorry lah ye kalau siapa yang tak suka baca blogpost panjang2. Saya menulis mengikut naluri hati saya...=)

Sampai di sini sahaja dulu, nak sambung study plak. Wish me luck, yeah!





With Love,
Izzati Aisyah

2 comments: