Wednesday 23 October 2013

" Sweet 19th Years Old "

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan usiaku sehingga sekarang. Dikekalkan untuk bernafas selama 19 tahun hidup di dunia. Dalam kehidupan, semua mengharapkan yang indah sahaja terjadi tapi tidak semua apa yang kita inginkan akan tercapai kerana "Allah SWT akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu." Selama 19 tahun ni, tipulah kalau cakap tak pernah ada dugaan yang terjadi dalam hidupku, terlalu banyak. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Banyak benda yang aku belajar dan banyak benda yang telah didedahkan kepada aku. Dari kecil sehinggalah menjejak ke usia 19 tahun.

Kadangkala aku teringin nak kembali ke zaman dahulu kala (especially zaman kanak2 yang penuh suka & duka). Tak perlu memikirkan masa depan. Semua diaturkan oleh ma, abah, kakak & abang2ku. Tapi itu semua hanya tinggal impian dan anganan semata-mata. Masa lalu tak akan sesekali boleh kembali kan? Tapi satu je kita kena ingat, walau seburuk & seteruk mana pun masa lalu kita, jangan sesekali menyesal dan menyalahkan takdir. Belajarlah untuk mengubah masa depan ke arah yang lebih baik. Kalau betul niat kita, in shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan dan perjalanan hidup kita di dunia & di akhirat kelak. Jadi, jangan sesekali takut untuk berubah.

Kalau nak diikutkan sampai sekarang aku rasa macam lambat je aku nak matang. Nak buat benda yang diluar kepandaian aku pun still rasa takut. Memang tak berani untuk mencuba. Padahal tengok orang lain buat senang je lah! Kadang tu, bila dah buat sesuatu tetiba rasa plak menyesal. Bila buat tak fikir dulu. Inilah perangai yang masih sukar untuk aku ubah. Pandai je nasihat orang suruh berubah kan? Diri sendiri ke lauuutt...muahaha. Sebab tu bila aku tengok kehidupan manusia di sekeliling aku, timbul suatu rasa yang membuatkan aku berfikir dan terus berfikir. Kenapa aku tak boleh jadi mcm diorang? Ada suatu sisi kehidupan yang lebih baik, matang dan berfikiran jauh ke hadapan. So, aku dah berazam mulai dari sekarang akan cuba sedikit demi sedikit untuk menggali sisi lain yang tersembunyi dalam diri aku. Buangkan segala benda yang melemahkan jiwa dan berazam untuk tegar dalam apa jua situasi. Nak jadi kuat. In shaa Allah

Wah! dah pandai berazam dah aku sekarang. Kalau tak ditunaikan memang hampeh lah kan? Kata nak berubah. In shaa Allah. Sebenarnya, banyak lagi azam lain yang aku nak cuba lakukan tapi tak kan nak tulis semua kat sini kan?...hehehe...biarlah ia tetap menjadi rahsia diri sahaja...;)




Ucapan untuk kesayangan hati hamba. Siapa lagi kalau bukan kamu yang membaca entry ini dan semua yang mengenali:

Terima kasih kerana sudi ingat, ucap dan siap menyanyikan lagu selamat hari lahir untuk saya dalam pelbagai versi ( geng2 6 UKMians lah tu), serta mendoakan kesejahteraan saya. Ada juga yang sudi menitipkan hadiah sempena kelahiranku, terima kasih yang banyak kasih. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Tak mengharap pun dapat hadiah because i know dah semakin hari umur semakin meningkat. Dah besar panjang pun. Dengan erti kata lain dah "tua"..:p
Tapi kalau dah orang bagi, terasa bertuah dan terharu juga..hehehe...rasa gembira bertambah-tambah sebab ada juga yang menghargai kita. Hari istimewa sebegini bukan datang tiap2 hari kan?. Just setahun sekali. Bila ada orang yang mengingati hari istimewa kita terjentik perasaan disayangi secara berlebihan...ahaks!. For me, tahun nie adalah hari lahir aku yang bermakna dan dikala kegembiraan juga terselit rasa sedih juga lah sbb tertunggu-tunggu juga birthday wish daripada "si dia" tapi tak kunjung tiba. Mungkin dia lupa kot!..Takpelah, semoga dia bahagia dengan apa yang dia buat sekarang...huhuhu

Dah, tak mau sedih2 lagi. Hidup mesti diteruskan, right? Kamsahamnida teman2 yang selalu ada denganku & terus menyebarkan sedikit kasih sayang buatku!

Exam is around the corner. Jangan lupa doakan aku supaya lulus cemerlang dalam peperiksaan kali ini ya. Tahun ini adalah tahun terakhirku bergelar pelajar sekolah dan bakal menjejakkan kaki selangkah lagi ke Universiti. Jika diberi rezeki yang luas...Amenn. In shaa Allah

Sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini. Have a nice day. Lupakan kisah semalam. Mulakan hari baru dengan semangat yang baru...sayang korang selamanya...<3 :)

With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment