Monday 21 October 2013

Rezeki di Bulan Istimewa

Assalamualaikum,

masih ingatkah lagi mengenai entry ini ?

Alhamdulillah, perkara yang pertama dah tertunai. Hari ini, aku dan rakan2 telah menjejakkan kaki ke Wisma Darul Iman untuk mengambil duit Bantuan Pendidikan Yayasan Terengganu kepada Pelajar Stpm Tahun 2013. Duit ini hanya diberikan kepada pelajar Terengganu sahaja. Luar dari Terengganu memang mampu melihat dengan mata je lah...hehehe..Itulah sebabnya aku suka duduk di Terengganu dan berasa sangat bertuah kerana dilahirkan sebagai anak jati Terengganu. Na na na na na...Ganu kiter!...erkk, tetiba menyanyi ini apasal entah kau nie ye..:p

Taraa...


Bantuan sebanyak RM1000.00 telah diberikan sendiri oleh MB Terengganu iaitu YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said. Giler nervous bila naik pentas tadi sebab bukan sedikit orang yang ade dalam dewan besar tadi. Dalam 1'623 orang gak tau. Duit ini dibahagikan mengikut daerah & sekolah. Nasib baik sekolah aku dalam daerah KT dan diberi terlebih awal tapi yang azabnya kena menunggu semua sekolah selesai baru boleh keluar dewan. Dahlah dari pagi tak makan2 smpailah dalam pukul 12.30 macam tulah baru boleh keluar dewan. Nasib baik diorang sediakan makanan jugak untuk pelajar2 di aras atas. Boleh juga mengisi perutku yang kekosongan sejak dari pagi lagi..;)

Dalam kalangan teman2 aku, ade juga yang dapat biasiswa. So, sesiapa yang dah dapat biasiswa memang tak leh lah duit 1K nie. Diorang  yang tak dapat tu asyik duk perli kitorang je dalam kelas tadi. Dapat pulak gelaran O.K.B. (maksudnya Orang Kaya Baru)...hahaha...Siap suruh belanja lagi padahal duit biasiswa korang tu tak pernah pun nak sumbangkan kat aku masa aku mengeluh bila duit IK nak dapat...huhuhu
sabar jelah kann...:p

Selepas je dapat duit, geng2 aku pun sempat lagi bertanya soalan maut kat aku.

Katanya: Zaty mesti beli novel lepas dapat duit nie. Agak2 berapa buah boleh beli erk?
Kataku: Kalau RM100.00 boleh beli dalam 5 buah novel. (Itupun kalau harga novel sebuah tak lebih daripada RM30 dan dapat diskaun kaw2)..dalam kenyataanlah 5 buah tu. Kalau camtu, dapat RM1000.00 agak2 berapa novel boleh beli?..hehehe..(fikir sendiri)

Sabar jelah dengan spekulasi diorang, nampak je muka aku mesti diorang ingat novel je. Padahal banyak lagi aku nak buat dengan duit tu. Nak tukar cermin mata baru pun pentingggg ok! Dah kabur dah....hehehe

Bila balik rumah, (tak sempat sampai rumah pun lagi) Abahku dah sibuk bagitau dia nak duit tu RM100.00 sebab nak beli buku agama malam nie dekat kedai buku yang kitorang selalu lepak. Aku pun cakap, abah selalu pergi kedai buku masa nie..pergila time akhir bulan skit sebab mesti novel2 baru yang aku nak beli tu akan sampai..lepas tu abah aku cakap, buku yang dia nak beli tu dah ade, nanti takut abis stok.
Ok, fine! Bagi jelah sebab duit tu pun untuk bayar hutang aku dengan abah. Tak lupa jugak duit untuk Ma aku. Ehhh, tetiba aku rasa mcm dah kerja dan dah ada pendapatan sendiri....poyos kan...:p
Abah aku suruh aku tukar cermin mata baru dekat kedai kawan dia, tapi aku demand, nak buat jugak dekat bandar. (tempat biasa kakak ipar aku bwak untuk buat spec). Dia cakap mahal kot tapi aku balas, biarlah duit nie kan ade..(nampak takbur di situ, Astagfirullahaladzim)...tapi bak kata pepatah, Alah membeli, menang memakai, Biar hati puas dan jaminan keselamatan pun tinggi...cettt!..:p

In shaa Allah, yang ada balance lagi itu akan digunakan sebaik mungkin. Kalau nak kira dah masuk bulan terakhir aku belajar baru nak dapat duit. Semua harga buku2 dan hutang2 dengan guru dah dilangsaikan. Jadi, rasa macam tak tau nak buat apa dengan duit itu. Opps, sebelum terlupa nak beli jugak barang2 kelengkapan utk ke Kem di Anggulia pada 30, 31 Okt & 1 Nov nanti. Seterusnya, kena beli bateri netbook yang baru tapi rasanya berbaloi ke tak ek? Sebab kalau ade rezeki masuk Universiti, aku ingat nak beli laptop baru...ermmm, tengoklah camne nanti ek...hehehe
Ada juga manfaatnya juga kan dapat duit time nie...Kalau dah tak guna, simpan dalam bank je lah kan....:)

Last but not least, tak sabar untuk menghadiri majlis di Ri-yaz Heritage seperti yang aku pernah cerita pada entry lepas. Ingat konfem lah esok tapi dah ditunda pada tarikh 24 Okt (hari Khamis) atas sebab tertentu. Biarlah lambat 2 hari dari tarikh asal, asalkan dapat berjimba-jimbi kat sana...nantilah aku bercerita pasal majlis ini untuk entry seterusnya. Sekian sahaja untuk coretan kali ini. S.Y.S..sayang kamu semua pembaca blog ini..<3 :)

With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment