Friday 4 October 2013

Happy Birthday, Dania

Assalamualaikum,

Sementara menunggu kedatangan 22/10/2013 (my birthday la tu), anak saudaraku dulu yang menyelit awal. Siapa lagi kalau bukan Nur Dania Qistina binti Khairul Annuar. Ingat ke nak sambut hari ini (4/10/2013) tapi kebetulan Mama dia (kak Zura) ada kerja nak buat hari nie so kitorang sambutlah hari Khamis malam Jumaat. Tak buat besar2 pun. Just buat dirumah makan2 bersama keluarga kecilku sahaja. Mama dia cuma beli sate dan kek aiskrim yg super best!...wehuuu...Aku kalau dapat makan, no hal. Semua bedal, tolak batu dgn kayu je...hahaha..macam poyos je statement!...=)

Taraaa....

Kek aiskrim yg super best!

Birthday girl yang super happy!

Malam kelmarin memang si Dania nie asyik tersenyum simpul je. Maklumlah, impian nak sambut birthday tercapai. Nak2 plak dapat 3 buah hadiah. Dari Ayah, Mama dan konon2nya hadiah daripada Cik Cah dia iaitu jigsaw puzzle gambar Dora The Explorer...Tak sudah2 dia ucap terima kasih. Terus tak ingat makan bila dah dapat mainan. Sabar jelah. Hari Ahad nie pulak nak sambut birthday kat sekolah jugak. Dah siap packing hadiah utk budak2 tadika dan semestinya ada kek lain plak yang menanti. Memang bestlah jadi si Dania nie..hehehe

Wish for my D :

Happy birthday, Dania. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Jadilah anak yang soleh dan berbaktilah untuk kedua ibu bapa yang sentiasa menyayangimu. Jadi kakak yang baik dan mendengar kata ya. May Allah Bless You Always. Love u so much...muahhhss..<3

Kebetulan pula hari pun hari jadi penulis kesukaanku, kak Syamnuriezmil!...Happy Birthday sis..<3
Semoga akak dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik & terus menulis hingga ke hujung nyawa..Amenn....:)

Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi.

With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment