Thursday 3 October 2013

Bulan Terindah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah berperang dengan trial exam untuk penggal 3 pada hari ini. Seriously, rasa macam tak bersedia je nak exam sebab hari tu kelam kelibut dengan PBS, lepas tu terus exam!
Tapi terima segalanya dengan reda. Semuanya dah ditentukan. So, just go with the flow. Hehehe

Back to real topic..:)

Bulan terindah? Yup! Bulan 10 merupkan bulan terindah dalam hidupku. Entahlah, bila bulan 10 menjelma mesti hatiku akan tersenyum gembira walaupun hatiku gundah gulana. Hahaha...Kalau tanya my friend yang nama Husna tu mesti dia perli aku. Yelah, macam syok sendiri je. Tapi, gue ngak kisah pun....:p

Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah. Walaupun begitu banyak halangan dan dugaan yang aku perlu tempuh tetapi aku masih mampu bertahan. Hidup kita di dunia ini hanya sekali, so manfaatlah setiap kesempatan dan kudrat yang diberikan oleh-Nya agar kita tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi. Hadapi segala kemungkinan dengan penuh kesabaran...=)

Banyak yang istimewa yang bakal berlaku dalam hidupku pada bulan ini antaranya ialah:

1. In shaa Allah, Yayasan Terengganu akan mengotakan janjinya untuk memberi 1k kepada semua pelajar yang form 6 yang tidak memperolehi biasiswa. Maybe sebelum Hari Raya Aidiladha. (Kena tunggu jadual MB kosong sbb Beliau sendiri nak kasi duit tu)..sabar jelah..:)

2. Tinggal 18 hari lagi sebelum menjelang hari "tua" ku...tak sabar nak tengok siapa yang pertama sekali wish dan tak sabar nak tunggu orang first yang bagi aku hadiah...hehehe...tak malu betul...tapi my bestfriend dah ckap awal2 dia nak kasi. Yeahhh!...sayang kamu ketat2x...:)

3. Pada 30 & 31 hb, In shaa Allah aku dan rakan2 seperjuangan akan mengikuti kem di Anggulia Beach Resort. Fisrt time kot aku nak berkunjung ke sana. Orang cakap best. Tak sabar lak nak pergi. (walaupun aku anak jati trg tapi x pernah pun pergi dekat Anggulia tu)..sila percaya..:)

4. Pada mulanya, cikgu nak adakan jamuan akhir tahun form 6 dekat Hotel Primula Beach Resort pada 21 hb tapi terpaksa ditunda ke 4/11/2013 sebab berlaku pertindihan jadual dengan kem dan jamuan untuk ahli2 pengawas dan koperasi sekolah. So buat bulan 11 lah jamuan tu sekali dengan majlis restu ilmu. Yelah, 6/11/2013 dah start berperang untuk STPM sebenar. Doakan kejayaanku ya..
# Tarikh jamuan Pra-U nampaknya dah bertukar ganti ke 22/10/2013 pula tapi tempat bukan dekat Hotel Primula dah..just wait and see je lah...:p

5. Ada banyak lagi perkara menarik yang berlaku. Akan diceritakan kemudian dalam entry seterusnya. Stay tune!

Pokoknya, bulan 10 menjanjikan banyak kenangan manis buatku...hehehe

Sekian sahaja coretanku kali ini. Sudi-sudilah menjengah blog daku yang tak seberapa ini. Kalau ada masa terluang akan update lagi. Terima kasih kerana sudi membaca. Sayang korang kerana Allah...=)


Smile Always ..<3 :)

With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment