Monday 7 April 2014

Mimpi Atau Realiti?

Assalamualaikum,

Tengah buat apa tu korang? Cehhh, macam ade orang nak jawab kan kalau aku tanya...hahaha. Malam nie, terasa bosan pula dan terasa nak meluahkan rasa sikit. Siapa tahu bulan 4 nie ada event ape dekat PWTC? Bohonglah, kalau ada yang tak tau kan. Kepada sesiapa yang memang "ulat buku" haruslah rasa teruja giler tak hengat sebab nak pergi sana. Bukan sahaja sebab nak beli buku, tapi nak jumpa penulis-penulis kesukaan juga.


PBAKL 2014

Hah! Sekarang dah tahu kan apa yang bakal berlangsung, kan? Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke 33. Dah msuk yang ke 33 tapi aku tak pernah walau pertama kali pun menjejakkan kaki ke PWTC nie tau. Sadis sangat2x rasanya. Memang kali ini teringin + terasa + teruja nak pergi tapi semua itu bergantung kalau abang aku nak pergi KL time tu. Kalau tak aku akan naik bas ke KL tapi masalahnya sekarang aku tak kisah nak pergi sorang2x naik bas tapi my mom biasalah, risau kot nak lepas anak dia nie pergi jauh2 sorang diri. 

Bila aku cakap, nanti bila dah belajar jauh dari Terengganu kena naik bas atau flight (berangan leh belajar kat Sabah @ Sarawak) sorang diri gak. Ma aku cakap, kalau yang tu tak apalah, sebab dah tahu tempat tinggal tu kat mana. Oklah, Ma...saya yang menurut kata. Tapi kalau ditakdirkan boleh lepas ke sana, mmg happy sesangat. Hopefully, dapatlah pergi walau ianya sekali dalam seumur hidup. Dapat gak merasa pesta buku besara-besaran tu macam mana dan dapat jumpa penulis kegemaran macam kak Syamnuriezmil, kak Suzana Sulaiman, kak Sarah Marissa, kak Farah Husain dan ramai lagi. Maklumlah sekarang dah banyak penerbitan baru dibuka. Jadi banyak tempat nak singgah.

Selama nie, aku selalu beli buku dibawah penerbitan Alaf 21, Buku Prima, Karyaseni, Jemari Seni dan Kaki Novel. Sekarang dah tambah dengan penerbitan baru macam Idea Kreatif Publication, Lovenovel Publication, Karystos Creative, October and so on. Nak senaraikan, sampai esok pun tak habislah jawabnya. Tapi kalau aku pergi pun, tak terjah semua booth. Pergi dekat booth yang aku nak beli novelnya sahaja. Kebetulan pulak novel2 terbitan PBAKL kali nie mmg membuatkan bahang "kepanasan" itu terasa. Maklumlah, semua best2x. Itu baru sedikit yang aku tahu. Tak semua penerbit lagi yang tunjuk cover2 buku baru diorang. Mahunya pengsan. Misi nak mengurangkan pembelian novel tahun nie macam tak jadi je untuk bulan 4 & 5. Bulan 1 hingga 3 baru nie ok lagi. Maklumlah, aku nie cepat tergoda dgn cover dan sinopsis novel yang best2x. Sabor jelah....

Persoalannya sekarang, adakah ia akan menjadi suatu mimpi atau kenyataan untuk diriku? Tunggu dan lihat jelah nanti. Kalau ade rezeki aku ke sana, aku akan update gambar2 aku kat sana di dalam blog. Jeles kot dengan orang2 yang selalu berkesempatan ke sana tiap2 tahun. Itu pun kalau aku memang dapat pergi sanalah ya...in shaa Allah...Amin.

Sampai di sini sahaja coretanku buat kali ini. Terima kasih sebab sudi baca. Muahhss

With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment