Tuesday 15 April 2014

Debaran Terakhir

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari kedua terakhir debaran terasa. Apakah? Macam yang pernah aku ceritakan dalam post ini. Kalau korang dah baca tahu ler. Ada 2 subjek yang aku repeat untuk penggal 3. Alhamdulillah, ada satu subjek tu naik mendadak dan tak pernah terfikir pun akan dpat result sebegitu. Terima kasih Allah. Dalam hidup aku sepanjang di ting 6, first time dapat result camtu tau. Serious tak tipu. Rasa macam usaha aku tu berbaloi-baloi dengan pergi kelas, aku kaji balik setiap kesalahan kecil yang aku buat, study group dengan rakan2 seperjuangan dan tak lupa berdoa kepada Allah untuk dipermudahkan segala urusan. Manakala untuk subjek satu lagi, aku tahu tahap kemampuan aku macam mana. Ianya tak mencapai target yang aku nak tapi meningkat juga daripada yang dulu. Pokoknya, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat hari ini. Mungkin Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk aku di masa hadapan.

Untuk yang tak tahu lagi, result keseluruhan STPM 2013 untuk pelajar2 yang repeat penggal 3 baru-baru ini akan keluar pada 24 April 2014. Ini maklumat yang aku terima daripada kawanku di fb. Ada seorang hamba Allah ini hantar email kepada MPM untuk tahu bila result keseluruhan akan keluar. So, ini jawapan yang diberi oleh wakil daripada MPM sendiri :



Kalau tanya aku, opkoslah berdebar-debar nak menunggu tarikh 24 April (Khamis depan) untuk memegang sendiri slip peperiksaan. Seriousy aku cakap, masuk form 6 kena kuat semangat! Dah bermacam dugaan yang manis dan pahit aku lalui di SMKPM. Dari ting 1 sampai ting 6 aku berada dekat sekolah yang sama. Orang lain lepas habis form 5 dah terbang jauh tapi aku masih di situ. Tapi aku bersyukur sangat2 sebab bila aku masuk form 6, banyak benda yang aku dapat belajar. Benda yang selama ni aku takut nak buat, jadi terbuat! Benda yang aku tak suka, jadi suka. Semuanya disebabkan sokongan rakan2 yang tak berbelah bagi. Alhamdulillah...:)

Kepada semua yang "senasib" dengan aku, aku nak ucapkan gudluck for your becoming result. Walau apa jua keputusan yang kita dapat, itulah apa yang kita usahakan selama ini. Bagi yang berjaya mendapatkan pointer yang lebih tinggi, aku ucapkan tahniah! Bagi yang gagal untuk kali ini, aku nak bagitahu, jangan putus asa lagi. Masih banyak cabang rezeki yang ada di muka bumi ini. Kalau tak dapat masuk universiti, cari kerja dulu. Kumpul duit dan kutip segala apa yang terjadi di sekelilingkita  sebagai satu pengalaman yang boleh memberi pengajaran dalam hidup. Daripada situ, kita akan dapat idea untuk menaiktaraf hidup kita supaya jadi lebih baik. Aku pun tak tau masa depan yang bakal aku lalui macam mana. Itu semua bergantung kepada rezeki yang dikurniakan oleh DIA.

Kejayaan akan datang dengan usaha yang gigih. Tak sesekali ia datang bergolek. Kita yang boleh mencorakkan hidup kita sendiri. Mari kita muhasabah diri dengan membaca artikel daripada iluvislam : Pelangi Selepas Hujan. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya wahai teman2. Semoga kita terus berjaya di dunia dan di akhirat. Jadikan ujian yang mendatang sebagai satu jalan untuk kita memperbaiki diri. Jangan bersedih. Bangun demi kehidupan akan datang. Yang paling penting, dekatkan diri kepada Allah SWT selalu. 



Sampai di sini sahaja coretan rasaku ini. Kalau ada salah dan silap dalam post ini, harap dimaafkan. Semoga kita semua berada dalam keberkatan Allah SWT. Aminn..

With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment