Tuesday, 5 November 2013

" Giveaway : Saya Nak Free Novel! By Hidayah"

Assalamualaikum,

klik banner untuk join!
Senarai Hadiah :
  • Novel x 2 by Farahan Ramlan
  • Novel x 2 by Hidayah

Saturday, 2 November 2013

"Easy Peasy Giveaway by FD Part 2"


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Set Shawl Cinta Jannah x 2, Dress x 2, Inner Magic + shawl x 3, Topup RM30 x 1, Topup RM10 x 1, Topup RM5 x 1, Novel Love You Mr. Arrogant x 1, Button Badge Blogger x 6, Inner Bawal x 3, Miniature Watch x 1, Doodle x 1, dan Coklat Oreo x 1.

Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Fatin Diana, Liliy Scarf, Blog Ieta, Daily Dress, Rubiey Scarf, LAC Touch Boutique, Miniature watch Malaysian Seller, Afifah Anuar, KAMI Banner Design, dan Chocolate A M.

Tamat 8 Nov 13, 10 malam

P/s: Teringin nak dapat hadiah Novel LYMA,Topup RM30 @ Inner Bawal.(^_^)v

Sebelum Menjelang STPM 2013

Assalamualaikum,

Disebabkan tuntutan sebagai seorang pelajar yang nak STPM tahun nie, tak aktif sangatlah nak menaip entri di blog TJOML ini. Faktor kemalasan pun boleh jadi penyebab jugak. Ada je story mory yang ingin dicoret di dinding blog tapi terpaksa ditunda dahulu sehingga bulan 12 datang menjelma. Sebab?? Bulan 11 ini aku akan bergelumang dengan exam Penggal 3 + exam ulangan untuk Penggal 1 & 2. Kalau kira, ini adalah entri last untuk bulan ini. (maybe kot, tapi kalau ade contest aku rasa terupdate jugak blog ini)...hahaha..
Entah kenapa, sekarang seronok plak join giveaway yang dianjurkan oleh blogger2 yang "ada nama" ini..tak macam aku baru nak bertatih. Hadiah yang ditawarkan pun gempak2. Kalau dah rezeki, dapatlah jadi pemenang. In shaa Allah, tgklah apa yang akan terjadi dekat blog aku nanti. Tuan blog ini mana boleh percaya sangat..:p

Ok, selesai sesi mukadimah..;)

Kat sini aku nak kongsikan tarikh2 exam STPM  yang aku akan duduki sepanjang bulan 11 dan awal bulan 12 nanti. 

Jadual Waktu Peperiksaan Penggal 3:

7 Nov 2013 - Pengajian Am 3
13 Nov 2013 - Bahasa Melayu 3
14 Nov 2013 - Ekonomi 3 & Sejarah 3

Kalau nak diikutkan kertas yang aku perlu duduki cuma untuk 4 subjek sahaja dalam Penggal 3 ini tetapi disebabkan dah berfikir panjang untuk mengulang, so dah jadi banyak pulak paper yang harus "dikerjakan" dalam exam STPM 2013 ini.

Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Penggal 1:

20 Nov 2013 - Pengajian Am 1
25 Nov 2013 - Ekonomi 1 & Sejarah 1

Aku mengulang bukan disebabkan semua subjek di atas aku fail (cuma sub EKO jelah aku K.O skit sebab skill untuk memahamkan soalan aku kureng dan kehadiran ke sekolah pun merosot disebabkan aku kena chicken pop pada penggal 1 ari tu, so lepas baik je terus masuk zon exam..haruslah hampeh skit..)
Untuk subjek SEJ & PA pulak, aku dah dapat kredit tapi cikgu nasihatkan supaya dapatkan A jugak, bila difikir2kan balik boleh juga tambah markah yang aku dapat untuk ketiga- tiga sem nanti..jadi ambik jelah...:)

Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Penggal 2:

27 Nov 2013 - Pengajian Am 2
2 Dis 2013 - Ekonomi 2

Untuk penggal 2 plak, markah aku dalam keadaan kredit jugak tapi rendah skit, so aku decide untuk mengulang 2 subjek sahaja. Subjek yang kritikal jugak macam PA. Itu merupakan subjek penentu untuk aku masuk ke Universiti, kalau tak lulus, kahwin jelah..:p (marah kawan aku kalau cakap cenggitu).

Sahabat aku tu pernah cakap kat aku,

 "kenapa lah kebanyakan orang nie, bila anak2 diorang gagal dalam exam dan tak dapat masuk U terus je suruh anak kahwin. Kononnya masa depan tu dah tak cerah, kahwin jelah biar laki kita yang tanggung. Ingat perempuan zaman sekarang nie tak boleh hidup tanpa lelaki ke apa? Perempuan pun dikurniakan akal dan sebagai seorang manusia Allah SWT dah bagi rezeki masing2. Kalau tak pandai dalam akademik, boleh je masuk kemahiran macam menjahit ke, membuat kek, boleh jugak buka kedai sendiri nanti. Betul tak?"

Aku pun tersenyum jelah. Memang ade betulnya juga apa yang diperkatakan itu tapi nak buat macam mana dah memang macam tu fenomena yang melanda. Itu orang dulu2lah, sekarang masing2 dah berubah sikit cara berfikir mengikut peredaran zaman...huhuhu..(tutup kes)

Untuk peperiksaan kali ini, aku tak mengulang langsung subjek BM. (biarlah rahsia kenapa aku tak ambil subjek itu)..hehehe...Subjek yang perlu aku beri perhatian adalah PA, EKO & SEJ. Yang nie, aku kena hafal dan faham betul2 sebab aku nie boleh dikategorikan sebagai "lambat" lah jugak. Kena baca & tulis bnyak2 kali supaya ingat. Teknik macam tu aku selalu gunakan sekarang. Bukan maksudnya subjek BM tu tak penting tapi maksudnya dalam exam Penggal 3 nanti dapatlah aku menampung markah BM yang boleh dikatakan mudah (bagi aku) dan syukur Alhamdulillah, trial exam hari tu aku dapat A. Harap2 final exam pun akan dapat A lagi. In shaa Allah, subjek lain pun akan dapat A juga. Amenn...

Sebelum menutup tirai, aku ingat memohon maaf seandainya ade kata2 & perbuatan aku menguris hati & perasaan kawan2 di sekolah,  rakan mukabuku, rakan2 blog dan yang tak tersebut lagi. Maklumlah, lumrah hidup manusia tak kan lari daripada melakukan kesalahan. Aku juga mohon halalkan segala perbuatanku itu. Mungkin aku tak sengaja berkata atau berbuat begitu. Biasalah aku nie sekali sekala datang juga perangai giler2..sampai tak sedar perbuatan yang aku buat dah bikin orang sentap. Biane sayang2ku sekalian. Doa2kan aku supaya cemerlang dalam peperiksaan pada kali ini. Dipermudahkan mengingati segala apa yang dipelajari dan  supaya dipermudahkan untuk menjawab soalan2 yang akan keluar. Maklumlah, ini tahun first untuk aku mempelajari STPM secara modular. Apa orang cakap bahan ujikaji "tikus putih"..huhuhu.
Time SPM pun sama gak ari iaitu pertukaran subjek sains & matematik dalam bahasa inggeris. Tapi bila dah biasa dengan bahasa inggeris dah tak jadi kekok dah. Nak memahami istilah bahasa melayu pulak yang jadi masalah..muahaha

A big THANKS kepada sesiapa yang wish goodluck untuk aku. Sangatlah terharu kerana kalian sudi menggingati dalam doamu...cewahh3x...Sayang korang ketat2x...muahhsss. Semoga kalian semua dirahmati Allah SWT sentiasa...In shaa Allah..;)


Ehh, tak lupa jugak kepada adik2 form 5 yang nak ambil STPM tahun ini dan adik2 STPM yang bakal menduduki STPM Penggal 1 pada 20 Nov ( kalau tak silap tarikhnya sama saja dengan tarikh aku mengulang Penggal 1 itu). Jawab soalan dengan hati yang tenang ya. Buat soalan yang mudah2 dulu, lepas tu baru tarik nafas untuk jawab soalan susah2 lak. Banyakkan selawat dan beristighfar...(pesanan untuk diri sendiri)..;)

Semoga berjumpa lagi selepas aku dah abis exam pada 2/12/2013 nanti. In shaa Allah, kalau tak gatal tangan nak menaip kat sini..:p 
Penggal 3 ini aku diuji lagi dengan sakit iaitu alahan kulit disebabkan tempat tidur dekat kem. Sangatlah manja kulitku. Orang lain ok je, aku plak yang tak ok. Tapi tak ape, itu sebagai satu ujian daripada Allah untuk hamba-NYA. Kita hanya perlu reda dan bersabar sahajalah. Semoga aku cepat sembuh..Amenn..

Anyeong!

With Love,
Izzati Aisyah

P/s: See you soon, jangan rindu-rinduan sudahlah..hehehe..poyo je..:p

Wednesday, 23 October 2013

" Sweet 19th Years Old "

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan usiaku sehingga sekarang. Dikekalkan untuk bernafas selama 19 tahun hidup di dunia. Dalam kehidupan, semua mengharapkan yang indah sahaja terjadi tapi tidak semua apa yang kita inginkan akan tercapai kerana "Allah SWT akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu." Selama 19 tahun ni, tipulah kalau cakap tak pernah ada dugaan yang terjadi dalam hidupku, terlalu banyak. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Banyak benda yang aku belajar dan banyak benda yang telah didedahkan kepada aku. Dari kecil sehinggalah menjejak ke usia 19 tahun.

Kadangkala aku teringin nak kembali ke zaman dahulu kala (especially zaman kanak2 yang penuh suka & duka). Tak perlu memikirkan masa depan. Semua diaturkan oleh ma, abah, kakak & abang2ku. Tapi itu semua hanya tinggal impian dan anganan semata-mata. Masa lalu tak akan sesekali boleh kembali kan? Tapi satu je kita kena ingat, walau seburuk & seteruk mana pun masa lalu kita, jangan sesekali menyesal dan menyalahkan takdir. Belajarlah untuk mengubah masa depan ke arah yang lebih baik. Kalau betul niat kita, in shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan dan perjalanan hidup kita di dunia & di akhirat kelak. Jadi, jangan sesekali takut untuk berubah.

Kalau nak diikutkan sampai sekarang aku rasa macam lambat je aku nak matang. Nak buat benda yang diluar kepandaian aku pun still rasa takut. Memang tak berani untuk mencuba. Padahal tengok orang lain buat senang je lah! Kadang tu, bila dah buat sesuatu tetiba rasa plak menyesal. Bila buat tak fikir dulu. Inilah perangai yang masih sukar untuk aku ubah. Pandai je nasihat orang suruh berubah kan? Diri sendiri ke lauuutt...muahaha. Sebab tu bila aku tengok kehidupan manusia di sekeliling aku, timbul suatu rasa yang membuatkan aku berfikir dan terus berfikir. Kenapa aku tak boleh jadi mcm diorang? Ada suatu sisi kehidupan yang lebih baik, matang dan berfikiran jauh ke hadapan. So, aku dah berazam mulai dari sekarang akan cuba sedikit demi sedikit untuk menggali sisi lain yang tersembunyi dalam diri aku. Buangkan segala benda yang melemahkan jiwa dan berazam untuk tegar dalam apa jua situasi. Nak jadi kuat. In shaa Allah

Wah! dah pandai berazam dah aku sekarang. Kalau tak ditunaikan memang hampeh lah kan? Kata nak berubah. In shaa Allah. Sebenarnya, banyak lagi azam lain yang aku nak cuba lakukan tapi tak kan nak tulis semua kat sini kan?...hehehe...biarlah ia tetap menjadi rahsia diri sahaja...;)




Ucapan untuk kesayangan hati hamba. Siapa lagi kalau bukan kamu yang membaca entry ini dan semua yang mengenali:

Terima kasih kerana sudi ingat, ucap dan siap menyanyikan lagu selamat hari lahir untuk saya dalam pelbagai versi ( geng2 6 UKMians lah tu), serta mendoakan kesejahteraan saya. Ada juga yang sudi menitipkan hadiah sempena kelahiranku, terima kasih yang banyak kasih. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Tak mengharap pun dapat hadiah because i know dah semakin hari umur semakin meningkat. Dah besar panjang pun. Dengan erti kata lain dah "tua"..:p
Tapi kalau dah orang bagi, terasa bertuah dan terharu juga..hehehe...rasa gembira bertambah-tambah sebab ada juga yang menghargai kita. Hari istimewa sebegini bukan datang tiap2 hari kan?. Just setahun sekali. Bila ada orang yang mengingati hari istimewa kita terjentik perasaan disayangi secara berlebihan...ahaks!. For me, tahun nie adalah hari lahir aku yang bermakna dan dikala kegembiraan juga terselit rasa sedih juga lah sbb tertunggu-tunggu juga birthday wish daripada "si dia" tapi tak kunjung tiba. Mungkin dia lupa kot!..Takpelah, semoga dia bahagia dengan apa yang dia buat sekarang...huhuhu

Dah, tak mau sedih2 lagi. Hidup mesti diteruskan, right? Kamsahamnida teman2 yang selalu ada denganku & terus menyebarkan sedikit kasih sayang buatku!

Exam is around the corner. Jangan lupa doakan aku supaya lulus cemerlang dalam peperiksaan kali ini ya. Tahun ini adalah tahun terakhirku bergelar pelajar sekolah dan bakal menjejakkan kaki selangkah lagi ke Universiti. Jika diberi rezeki yang luas...Amenn. In shaa Allah

Sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini. Have a nice day. Lupakan kisah semalam. Mulakan hari baru dengan semangat yang baru...sayang korang selamanya...<3 :)

With Love,
Izzati Aisyah

Monday, 21 October 2013

Rezeki di Bulan Istimewa

Assalamualaikum,

masih ingatkah lagi mengenai entry ini ?

Alhamdulillah, perkara yang pertama dah tertunai. Hari ini, aku dan rakan2 telah menjejakkan kaki ke Wisma Darul Iman untuk mengambil duit Bantuan Pendidikan Yayasan Terengganu kepada Pelajar Stpm Tahun 2013. Duit ini hanya diberikan kepada pelajar Terengganu sahaja. Luar dari Terengganu memang mampu melihat dengan mata je lah...hehehe..Itulah sebabnya aku suka duduk di Terengganu dan berasa sangat bertuah kerana dilahirkan sebagai anak jati Terengganu. Na na na na na...Ganu kiter!...erkk, tetiba menyanyi ini apasal entah kau nie ye..:p

Taraa...


Bantuan sebanyak RM1000.00 telah diberikan sendiri oleh MB Terengganu iaitu YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said. Giler nervous bila naik pentas tadi sebab bukan sedikit orang yang ade dalam dewan besar tadi. Dalam 1'623 orang gak tau. Duit ini dibahagikan mengikut daerah & sekolah. Nasib baik sekolah aku dalam daerah KT dan diberi terlebih awal tapi yang azabnya kena menunggu semua sekolah selesai baru boleh keluar dewan. Dahlah dari pagi tak makan2 smpailah dalam pukul 12.30 macam tulah baru boleh keluar dewan. Nasib baik diorang sediakan makanan jugak untuk pelajar2 di aras atas. Boleh juga mengisi perutku yang kekosongan sejak dari pagi lagi..;)

Dalam kalangan teman2 aku, ade juga yang dapat biasiswa. So, sesiapa yang dah dapat biasiswa memang tak leh lah duit 1K nie. Diorang  yang tak dapat tu asyik duk perli kitorang je dalam kelas tadi. Dapat pulak gelaran O.K.B. (maksudnya Orang Kaya Baru)...hahaha...Siap suruh belanja lagi padahal duit biasiswa korang tu tak pernah pun nak sumbangkan kat aku masa aku mengeluh bila duit IK nak dapat...huhuhu
sabar jelah kann...:p

Selepas je dapat duit, geng2 aku pun sempat lagi bertanya soalan maut kat aku.

Katanya: Zaty mesti beli novel lepas dapat duit nie. Agak2 berapa buah boleh beli erk?
Kataku: Kalau RM100.00 boleh beli dalam 5 buah novel. (Itupun kalau harga novel sebuah tak lebih daripada RM30 dan dapat diskaun kaw2)..dalam kenyataanlah 5 buah tu. Kalau camtu, dapat RM1000.00 agak2 berapa novel boleh beli?..hehehe..(fikir sendiri)

Sabar jelah dengan spekulasi diorang, nampak je muka aku mesti diorang ingat novel je. Padahal banyak lagi aku nak buat dengan duit tu. Nak tukar cermin mata baru pun pentingggg ok! Dah kabur dah....hehehe

Bila balik rumah, (tak sempat sampai rumah pun lagi) Abahku dah sibuk bagitau dia nak duit tu RM100.00 sebab nak beli buku agama malam nie dekat kedai buku yang kitorang selalu lepak. Aku pun cakap, abah selalu pergi kedai buku masa nie..pergila time akhir bulan skit sebab mesti novel2 baru yang aku nak beli tu akan sampai..lepas tu abah aku cakap, buku yang dia nak beli tu dah ade, nanti takut abis stok.
Ok, fine! Bagi jelah sebab duit tu pun untuk bayar hutang aku dengan abah. Tak lupa jugak duit untuk Ma aku. Ehhh, tetiba aku rasa mcm dah kerja dan dah ada pendapatan sendiri....poyos kan...:p
Abah aku suruh aku tukar cermin mata baru dekat kedai kawan dia, tapi aku demand, nak buat jugak dekat bandar. (tempat biasa kakak ipar aku bwak untuk buat spec). Dia cakap mahal kot tapi aku balas, biarlah duit nie kan ade..(nampak takbur di situ, Astagfirullahaladzim)...tapi bak kata pepatah, Alah membeli, menang memakai, Biar hati puas dan jaminan keselamatan pun tinggi...cettt!..:p

In shaa Allah, yang ada balance lagi itu akan digunakan sebaik mungkin. Kalau nak kira dah masuk bulan terakhir aku belajar baru nak dapat duit. Semua harga buku2 dan hutang2 dengan guru dah dilangsaikan. Jadi, rasa macam tak tau nak buat apa dengan duit itu. Opps, sebelum terlupa nak beli jugak barang2 kelengkapan utk ke Kem di Anggulia pada 30, 31 Okt & 1 Nov nanti. Seterusnya, kena beli bateri netbook yang baru tapi rasanya berbaloi ke tak ek? Sebab kalau ade rezeki masuk Universiti, aku ingat nak beli laptop baru...ermmm, tengoklah camne nanti ek...hehehe
Ada juga manfaatnya juga kan dapat duit time nie...Kalau dah tak guna, simpan dalam bank je lah kan....:)

Last but not least, tak sabar untuk menghadiri majlis di Ri-yaz Heritage seperti yang aku pernah cerita pada entry lepas. Ingat konfem lah esok tapi dah ditunda pada tarikh 24 Okt (hari Khamis) atas sebab tertentu. Biarlah lambat 2 hari dari tarikh asal, asalkan dapat berjimba-jimbi kat sana...nantilah aku bercerita pasal majlis ini untuk entry seterusnya. Sekian sahaja untuk coretan kali ini. S.Y.S..sayang kamu semua pembaca blog ini..<3 :)

With Love,
Izzati Aisyah

"3000 SLE Supporters Giveaway"


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam