Monday 2 December 2013

Kenangan Terindah

Assalamualaikum,

Hari ini dah 2/12/2013 kan? So, secara rasminya Izzati Aisyah Md Nor sudah selesai menduduki peperiksaan  STPM selama 7 hari sepanjang bulan 11 hingga  awal bulan 12.




Setelah setahun setengah mengharungi onak dan duri sebagai seorang pelajar STPM, akhirnya tamat juga kisah hidupku sebagai seorang pelajar di SMKPM. Nak cerita pasal kenangan pahit dan manis sepanjang bersekolah di situ, sangatlah banyak. Kalau nak cerita satu persatu, esok pun tak habis. Tapi satu je aku nak cakap, perjalanan hidup aku sepanjang menjadi seorang pelajar STPM sangatlah menguji mental, emosi & fizikal. Bukan mudah untuk berjaya. Banyak benda baru yang aku belajar daripada kawan2 yang ade yang pernah berasal daripada sekolah lama dan ada juga yang baru masuk di situ. Aku adalah salah seorang pelajar asal SMKPM. Dari ting 1 hingga ting 6 belajar, bersukaria ria, menangis duka di situ. Tapi dalam banyak2 tahun, 2012 & 2013 adalah kenangan yang paling manis buatku.

Menjadi seorang pelajar yang sering "ditikus putihkan" bukan mudah. Tahun aku merupakan tahun pertama untuk silibus STPM yang baru. Kali ini pihak KPM telah ubah sistem pembelajaran ting 6 menjadi sistem modular. Actually, ade pro and cont jugak bila mereka tetapkan sistem pembelajaran sebegini. Yang tak best bila belajar dalam masa 6 bulan (4 subjek) terus exam. Bagi aku yang tak biasa dengan cara begitu pada mulanya, memanglah rasa tak best kan. Nampak macam rushing sangat. Tapi bila dah tahu macam mana gambaran sebenarnya, barulah terima dengan hati yang reda. Yang bestnya, markah peperiksaan korang akan ditampung pula dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Sangatlah mencabar time nak siapkan 4 PBS merangkumi 4 subjek yang aku ambil. Asyik berdebar, nak menangis, rasa takut semuanya bercampur baur. Lepas siap tugasan ini pula, kena buat presentation depan cikgu2 dan MPM plak. Alhamdulillah, tak pernah kena present depan MPM. Kalau tak memang terketar lutut aku. Depan cikgu2 pun dah rasa cuak giler kot!...hihihi

Segala yang berlaku itu merupakan titik tolak untuk aku terus berjuang demi sebuah kejayaan. Segala pengalaman yang dikutip telah mengajar aku untuk menjadi insan yang berani mencuba benda baru. Alhamdulillah. Will miss all of that after this. Cikgu2 yang baik hati, kawan2 yang sekepala dan sanggup menolong aku ketika susah mahupun senang. Kalau boleh nak bersama-sama dengan korang je selalu tapi dah lumrah dalam kehidupan, tak selamanya orang yang sentiasa bersama kita akan terus bersama kita. Mereka pun ada kehidupan sendiri. Sebab tu cikgu aku pernah bagi nasihat, "hidup ini jangan terlalu bergantung pada orang. Tak selamanya orang yang rapat dengan kita sekarang akan bersama kita setiap masa dan belajarlah untuk sayang diri sendiri sebelum terlalu menyayangi orang lain. Tiada siapa yang akan tolong kita dikemudian hari melainkan diri kita sendiri."

Akhir kata, kepada semua kawan2 baikku di kelas 6 UKM, ampun dan maaf dipinta sekiranya selama setahun setengah ini, ada perkataan mahupun perbuatanku menguris hati & perasaan korang semua. Yelah, aku bukan insan yang sempurna. Tak sedar apa yang aku buat selama ini membuatkan korang rasa tak senang hati dengan aku. Maaf kan aku insan yang lemah ini..huhuhu

Kalau korang semua salah dan silap dengan aku plak, jangan risau. Aku tak ambik hati & maafkan segala kesalahan kamu2 semua wahai kesayangan. Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya. Sayang kamu semua kerana Allah SWT. In shaa Allah, kita akan berjumpa semula waktu reunion. Maybe tahun ini @ tahun depan. Dan mesti korang nak tahu ape projek yang sedang aku & my partner rancangkan untuk "Projek Kenangan 6 UKM" kan? Kita tunggu tahun depan ler...nanti tak suprise kalau bagitau awal2...hihihi



:)


<3


:')

Lagu kenangan ditujukan khas buat teman tersayang,



Sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini. Semoga bertemu lagi di lain "coretan hati". .ahaks!
kena seru mood rajin banyak2 dulu. Terima kasih sebab sudi baca...=)

With Love,
Izzati Aisyah

2 comments:

  1. Di Malaysia, pelajar-pelajarnya memang sering menjadi tikus makmal melalui sistem pendidikannya. Untuk mendapatkan ilmu, pelajar tidak harus bergantung harap pada silibus semata-mata.

    Untuk ujian STPM yang diduduki tu, Good Luck diucapkan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kita tak boleh bergantung harap pada silibus semata-mata tapi kekangan masa pun memaikan peranan. Dengan nak menyiapkan PBS lagi, tapi kalau orang yang pandai urus masa memang bolh follow dengan baik.

      Terima kasih atas doanya. Terima kasih sbb sudi jenguk blog ini..:)

      Delete