Tuesday 15 October 2013

Salam Aidiladha 2013

Assalamualaikum,



Dikesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat semua keluarga tersayang yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Terutama buat my sister yang berada nun jauh di bumi kenyalang. First time ye sambut raya di sana. Dengar kata meriah juga ya dengan kedatangan rakan2 kamu. Jangan sedih2 ya. Nanti tahun depan aku pun tak tahu akan tercampak di mana...hehehe
Inilah sebenarnya erti pengorbanan anak perantauan...:)

Buat semua rakan2 pembaca blog dan semua yang mengenali diriku, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga kita mendapat kerahmatan dan keampunan daripada Allah swt pada hari yang penuh keberkatan ini. Marilah sama2 kita berdoa kepada semua jemaah haji yang menjalani ibadah haji di Makkah supaya mendapat haji yang mabrur. Amenn...

P/s: Kini, bermulalah episod melapah daging. Daging gulai, daging singgang, daging bakar, sate daging, daging goreng dan macam2 lagi. In shaa Allah, kalau aku kuat hari ini, boleh makan daging banyak. Maklumlah, start hari ahad baru ini, perutku asyik meragam. Mula2 my mum yang kena sakit perut, lepas tu anak dia plak....dah rasa lega sikitlah sekarang..Alhamdulillah...:)
Hari ini & esok, jadualku terisi dengan Majlis Aqiqah di rumah ma kepada kakak iparku dan di rumah kawan baikku, Syahirah. (anak saudara dia yang kecil punya majlis)...Kalau ada rezeki dapatlah jumpa baby Akif esok!..Amenn.

Sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini. Semoga bertemu lagi dengan ceritera raya Aidiladha. In shaa Allah, kalau tuan punya blog ini rajin...hehehe

With Love,
Izzati Aisyah

2 comments:

  1. Salam Aidiladha Izzati.. Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilladha uncle dan keluarga juga..:)

      Delete