Sunday 13 January 2019

Hanya Dia Yang Tahu

Assalamualaikum,

Hola! Entry kali ni just nak update pasal isu semasa yang perkatakan dalam media sosial di awal tahun baru. Apa lagi kalau bukan mengenai kisah Elfira Loy yang telah menamatkan zamn bujangnya setelah pelbagai kontroversi tentang beliau yang heboh diperkatakan oleh netizen atau dengan erti kata lain 'warganet'. {Istilah baru yang diberikan untuk netizen yang diambil daripada perkataan warga (citizen) dan internet = warganet} Aku baru tahu perkataan ni sbb bila baca surat khabar banyak pulak perkataan ni yang ditulis dalam artikel. So, aku pun googlelah untuk tahu maksud di sebaliknya. 😁 Perkataan baru untuk tahun 2019.



Selamat Pengantin Baru #Elfaris 💕

Kalau nak diikutkan aku tak minat pun dengan Elfira tapi entah kenapa start daripada dia kahwin dengan Faris tanggal 1/1/2019 baru-baru ni aku jadi TERfollow segala update mengenai mereka. Daripada ig Elfira, adik-beradik dia sampailah ig kawan-kawan baik EL. I don't know why but i feel very very happy for both of them. Sampailah walimatulurus Elfira & Faris yang ditayangkan dekat Astro Ria tu pun aku tengok bahagian 1, 2, 3 semata-mata nak tengok segala persiapan wedding diorang. 😃 Nak kata dah gatal nak kahwin jugak, calon belum ada. Alahaiii...Tapi bagi aku Elfira cantik sangat dan dia betul-betul nampak happy bila dengan Faris. Bagai pinang dibelah dua puluh pun bolehhhh! 

Tapi dalam pada mereka bergembira, ada jugak warganet yang tak habis-habis mengecam Elfira sedangkan dia tak tahu pun kisah sebenar. Hanya Elfira dan keluarga dia je yang tahu kisah sebenar. Jadi, korang tak payahlah tambah dosa sebab mereka cerita, mengata yang bukan-bukan pasal dia atau mendoakan yang tak baik untuk El. Banyak pahala dapat kat El tau. Kita ni yang dapat dosa tau tak? Sudah-sudahlah bercerita pasal kisah silam orang. Jangan komen yang bukan-bukan. Silalah move on, guys! Doakan kebahagiaan diorang dunia dan akhirat. Dan semoga kebahagiaan juga yang datang dalam hidup kita kelak. 

Kita sebagai manusia, jangan cepat sangat menghukum. Biar Allah swt yang mengadili baik dan buruk seseorang. Kita memang berhak menegur tapi gunalah kata-kata yang baik. Jangan sampai mengaibkan orang atau mencetus fitnah. Nilai diri kita jugak. Fikir dosa yang kita buat sehari-hari. Jangan terlampau taksub dengan kerjabuat manusia. Dah masuk tahun baru dah, pemikiran pun kenalah lebih matang. Jangan duduk di takuk lama. Aku bukan nak backup El ke apa, tapi nak tegur sesama saudara yang beragama islam. Yang penuh dengan adat kesopanan dan hormat-menghormati semasa manusia. Okey? Mehlah kita berubah jadi baik. Tak rugi apa pun kalau doakan kesejahteraan orang. Nanti kita dapat pahala juga. 😄

With Love,

Izzati Aisyah 💋

No comments:

Post a Comment