Thursday 3 January 2019

Spontaneous Thursday #3

Assalamualaikum,

Lama sangat tak update apa-apa cerita spontan kat sini!!! Ya ampun, so marilah kita start semula berceloteh secara spontan di sini ya? Moga tiap2 hari Khamis aku istiqamah buat benda alah ni. πŸ˜…

Hari ni aku just nak kongsi mengenai 5 fakta yang korang tak tahu mengenai aku. Kawan-kawan yang rapat dengan aku haruslah tahu tapi follower belog ni belum tentu tahu kan? hehehe...

1) Seorang peminat tegar warna UNGU.

Mengikut kajian yang aku baca dekat google, personaliti orang yang minat warna ungu ni sedikit    sama dengan diri aku sendiri. Antaranya ialah, seorang yang sensitif dan berjiwa halus. Ya, tepat sekali. Aku mudah sangat mengalirkan air mata tak kira sedih atau marahkan seseorang pun aku boleh menangis. Baca atau dengar cerita yang menyayat hati dekat media sosial (yang langsung takde kaitan dalam hidup aku) pun boleh menangis. Memang cengeng betul!

Seterusnya, suka bagi kata-kata semangat dekat orang yang meluahkan perasaan kepadanya dan dengan kebaikan yang dihulurkan kadang kala membuatkan orang lain mudah ambil kesempatan. Betul sangat, aku rasa aku ni pakar motivasi or doktor cinta dah. Padahal, seorang pakwe pun nan hado! πŸ˜› Banyak betul mintak nasihat tapi takpe, aku layankan aje sebab aku tak nak diorang terlampau melayan perasan sedih tu lama-lama. Dan Alhamdulillah, aku perasan orang ada seorang dua yang aku bagi nasihat tu dah mula bangkit daripada kesedihan. Ya, itu adalah kuasa Allah tapi aku bersyukur diaorang mula berubah. Bercakap pasal orang yang suka ambil kesempatan plak? Memang ada. Tapi aku diamkan aja. Aku jenis yang tak sampai hati. Asalkan dia tak buat something yang menyebabkan orang lain terlibat sama sudah. Tapi nak cakap kat sini, tak baik tau ambil kesempatan kat orang. Jadilah orang yang baik-baik. (masukkan dalam azam 2019 korang, okey?)

Yang terakhir sekali, seorang yang nampak macam mementingkan diri sendiri/ lebih memikirkan perasaan orang lain berbanding diri sendiri. Aku kalau buat sesuatu tu ada kalanya memang tak fikir perasaan orang. Memang pentingkan diri sendiri. Lepas benda tu dah jadi, baru aku fikir, 'kenapalah aku buat macam tu?' My bad! Tapi sekarang dah tak buat macam tu dah, nak buat sesuatu mesti fikir 123456789x dulu sebelum buat. hahaha..Sebab sekarang aku lebih memikirkan perasaan orang lain. Biarlah orang nak buat kita, biar Allah swt yang balas nanti. Kita guna konsep reda dan sod ba ro je. (mengikut situasi dan perbuatan apa yang orang buat kat kita sama ada benda kecik or besar) Jangan kalau orang pukul/dera kau, kau nak reda plak. Agak-agaklah oii.

2) Tidur malam mesti pakai stoking.

Kalau korang nak tahu apa kebaikannya, boleh rujuk blog di bawah. Kalau aku explain mau panjang berjela lagi. Aku amalkan pakai stoking ni sejak dari sekolah menengah lagi. Suka pakai stoking yang kecik gambar kartun tu. Berpasang-pasang aku ada dan ada juga kawan baik aku hadiahkan. Dia dah tahu tabiat aku suka pakai stoking waktu tidur. 😊

Pakar Kata Tidur Pakai Stokin Bagus Untuk Kesihatan
8 Kebaikan Pakai Stokin Ketika Tidur

3) Suka membaca novel + buku motivasi

Kalau nak ikutkan memang dah beratus novel aku kat rumah. Dan aku bukan baca novel cintan-cintun semata-mata tau. Aku baca semua genre kecuali novel seram. Tak berani nak baca sampai ke sudah. Hahaha... Dan jangan ingat novel cinta tu sampah. Kalau nak tau banyak benda aku belajar dalam novel ni. Sebab dalam novel penulis boleh berimaginasi dengan watak tapi haruslah dengan fakta yang betul. Jangan main tulis je. Kena buat research dan olah idea yang bernas dan dekat dengan masyarakat. Barulah novel yang ditulis itu masuk kategori novel wajib baca dan bagus. Buku motivasi pun banyak. Kadang kala tu aku kidnap buku dalam bilik bacaan ayah aku. Beratus-ratus kitab dan bacaan ilmiah dia ada. Tiap-tiap bulan, ayah aku wajib ke kedai buku. (dah boleh nampak kan kerajinan membaca tu datang daripada siapa) Daripada ayah menurun ke anak dia. πŸ˜€

4) Suka dengar pelbagai genre lagu dan  suka menyanyi

Walaupun tahu suara tak sedap mana. 😜Hanya keluarga dan kawan baik aku (tu pun housemate aku masa time belajar) je yang dah dengar aku 'menyumbangkan' lagu. Dan diorang reda jelah tadah telinga. Kalau pergi karaoke tu pernahlah tapi dengan KELUARGA sahaja. Dengan kawan memang takkanlah. huhuhu

5) Sukakan pantai/laut dan pemandangan yang cantik (sawah padi, ladang yang penuh dengan bunga, bangunan bersejarah)

Sebab tu aku suka travel. Tapi sekarang tak kerja lagi, takde duit banyak nak travel jauh-jauh. Mampu berangan dulu, nanti duit dah banyak boleh berjalan-jalan sakan. Dan aku rasa beruntung betul suami aku nanti sebab aku bukan kaki shopping. Aku suka cuci-cuci mata je. So, jangan susah hati. Dapat pergi pantai atau laut dan tengok pemandangan yang cantik bagi aku dah mencukupi. Lepas tu bergambar banyak-banyak. πŸ˜ƒ

Okey, cukup sampai di sini sajalah entry kali ni. Nanti kita akan sampai fakta yang seterusnya plak. Tunggu hari Khamis minggu depan tau. Kalau rajin nak bercerita pasal fakta pasal akulah. Kalau aku dapat ada cerita spontan yang lain, aku hidangkan cerita lain. 😝 Tengok keadaan, okey...bai!

With Love;

Izzati Aisyah πŸ’‹

No comments:

Post a Comment