Friday 13 December 2013

Birthday Gift 2013

Assalamualaikum,

Masih ingat tarikh 22/10/2013 baru ini? Itulah tarikh rasmi umurku bertambah menjadi 19 tahun. Tetiba rasa sedih. Nak tahu sebab apa?....Tahun nie merupakan tahun last umurku berpangkal "1" di depan sebab tahun depan dah naik jadi "2"...hahaha...(itu pun nak jadi isu kan?) Setakat pertambahan angka je pun..tak kan kau nak cuak bagai cik Zati oii? tapi memang camtu lah aku...tak nak mengaku dah tua. Nak dijadikan cerita, hari tu my friend yang bajet "hotstuff" panggil aku "orang tua" dalam kelas waktu dia tahu hari tu merupakan hari lahir aku. Seingat aku, 2 hari aku tak tegur dia, merajuklah konon...alih2 dia minta maaf balik & kami pun bertegur sapa semula. Entahlah kenapa aku jadi sensitif giler time tu, rasa macam nak debik2 je dia tapi sabar jelah. Terserlah "kepoyoaan" aku disitu...:p

Umur dah meningkat tapi perangai aku masih tak berubah-rubah. Maksudnya, still kebudak-budakkan lagi. Tahap kematangan tu tumbuh berapa % je dalam diri. Abah aku selalu ckap yang aku nie tak pandai nak berdikari. Masih nak bergantung harap pada ma-abah lagi kalau nak buat sesuatu benda. Tiada keberanian lah kiranya. Tapi sekarang aku cubalah sedikit demi sedikit merubah hidup aku supaya jadi budak yang tahu berdikari tapi slow2 la. Aku nie tak boleh sikit main paksa2, nnti jadi lain...hahhaa...Aku pun pelik dengan diri sendiri...Takpe, niat tu dah ade cuma sekarang cuba improve untuk menjadi Izzati yang lebih baik & bijak dalam melakukan sesuatu perkara. In shaa Allah, anda boleh wahai diri sendiri!..Aminn

Ok, bercakap pasal birthday aku hari itu, walaupun tak sambut langsung tahun nie tapi aku dah rasa happy sangat2 bila ada orang wish birthday kat aku. Yelah, itu tandanya dia ingat kat kita kan. Bukan senang orang nak ingat kat kita...ahaks!. Tapi yang tak tahu pun akan tahu kalau dah " Cik Facebook" cakap, " Izzati Aisyah Md Nor birthday is today". Cuba habaq mai, siapa yang tak tahu kecuali kalau yang tak buka fb masa tarikh tu...hahaha. Thanks to all of you yang sudi wish birthday kat aku iaitu my family, classmates, fbmates, di We Chat or Whatsapp( kawan aku siap post gambar kami berdua, lepas tu wish becoming birthday kat aku dlm app itu) dan sebagainya. Rasa macam dihargai sangat2 time tu. Kalau boleh rasa nak sambut hari lahir tiap2 hari jer..hahaha...demand!

Nak kata dapat banyak hadiah tu, tak lah jugak tapi bolehlah. Selama ini aku jarang dapat gift daripada orang tapi yang bestnya my sis in law selalu bagi hadiah sempena birthday aku tiap2 tahun. Kawan2 pun adalah dalam sorang dua yang bagi. Tahun nie, kire ramai lah jugak yang bagi hadiah kat aku. Rasa macam segan pun ada sebab ada juga yang bagi aku hadiah sebab aku sedarlah aku nie bukan budak kecik lagi. Dah besar panjang dah pun tapi mereka2 lah yang membuat aku rasa dihargai. So, aku buat entri kali ini untuk berkongsi hadiah2 yang aku dapat sempena hari lahir aku yang ke-19. Walaupun korang rasa hadiah yang diberikan tak seberapa tapi bagi aku ia sangatlah bermakna.

Inilah antara hadiah2 yang aku dapat untuk tahun 2013. Entah tahun 2014 merasa ke tidak nak dapat hadiah lagi kan? hihihi...Tengoklah kalau ada rezeki, adalah. Jom tengok ape yang aku dapat. Ini semua adalah pemberian daripada keluarga & kawan2 yang rapat denganku.




Notebook Cooler Pad

Ini my bro yang bagi sebab aku mengadu kat dia yang netbook yang aku guna sekarang nie kire macam nak nazak dah. Kadang2 bila aku tengah syok2 online, tup2 die terpadam sendiri. Aku dah agak dah, konfem netbook tu panas sangat sebab aku nie kalau dah online mahunya berjam-jam. Masa tu tak terfikir lak nak beli cooler nie. Akhirnya masa bulan 10 baru ini, beberapa hari sebelum tarikh lahir aku menjelma, aku dpat cooler nie daripada abang aku. So, aku anggap sebagai present birthday lah kirenya. Sangatlah berterima kasih dekat my bro sebab sekarang aku main hentam je nak online lama mana pun sebab netbook aku nie sentiasa sejuk & selesa...hahahaha...Thanks a lot!


Ini pula hadiah daripada mama Rogayah Abdullah. Mama Rogayah ialah merupakan mama angkat aku. Aku berkenalan pun dalam facebook di group Kembali Terjalin. Mula2 kami memang tak rapat, aku pun macam "shy-shy cat" lah tapi bila dah lama2 borak dalam fb, aku pun start lah panggil "mama". Samalah macam kak Maslina Aini Mat Saad. Kami jadi adik-beradik angkat dah. Memang rapat dan selalu berkongsi masalah dan bertukar-tukar pendapat bersama. Birthday tahun lepas pun mama bagi hadiah jugak. Hadiah betul2 sampai time hari lahir aku. Tahun nie dapat lagi. Sehari selepas hari lahir aku baru sampai hadiah yang comel itu.Terima kasih Mama. Semoga Allah membalas jasa baikmu. Love u a lots..<3



Yummy! Sedapnya cake~

Kek ini kawan baik merangkap teman seperjuangan aku yang hadiah kan. Kebetulan pada 23/10/2013, sekolah aku didatangi oleh Ziq Bakery & Cake. Time tu, mereka jual roti & kek kepada guru serta pelajar di SMKPM. Tiap2 tahun kalau ade atau takde ape2 event kat sekolah, mereka selalu datang. Aku dan geng2 pun ape lagi, suka memborong kek yang best2. Nak dijadikan cerita, my bestie cakap kat aku, " pilihlah nak kek yang mana satu pun, aku belanja sempena hari lahir mg kelmarin". Uwaa, sangat terharu ok! Senang2 je dia tawar diri nak bagi aku kek. So, aku pilihlah kek perisa pandan macam dalam gambar kat atas. Bila masuk kelas, geng2 aku semua pakat duk menyakat plak. Siap nyanyi lagu "Happy Birthday To You" ramai2 dan adalah adegan suap menyuap kek. Siap ambik gambar bagai. Tapi aku malas nak tunjuk dlm blog. Malu kot!..hihihi


Selain kek, aku juga dapat hadiah novel Aisya Sofea yang bertajuk Dekatnya Cinta (Adam & Hawa 2) daripada dia. Excited jap dapat novel! Bukan apa, hari itu time birthday dia aku hadiahkan novel jugak. Tajuknya, Mr. Sirap Bandung. So, kami pun kiranya bertukar-tukar hadiahlah gayanya. Terima kasih kesayanganku, NHZ. Hope our friendship last & never die...:)



Cu teka siapa yang bagi?....Sudah semestinya kak Syamnuriezmil. Salah seorang penulis kesukaan aku. Dulu aku memang tak kenal pun siapa dia. Lepas novel keempat die keluar iaitu Suamiku Encik Perfect 10 release kat pasaran, barulah aku berkenalan dengan penulis ini dan sampai sekarang jadi "kipas susah mati" Syamnuriezmil. Semua novel dia aku dah ade. Novel Isteri Untuk Disewa yang macam dalam gambar kat atas tu merupakan novel ke tujuh penulis. Novel yang warna biru tu tajuk dia Terlanjur Mencintaimu. Itu novel pertama penulis. Bak kata kak Syam. " Novel 2010 keluar, tahun 2013 baru nak baca"...hahaha
Nak cerita jugak ke macam mana aku dapat? Biarlah rahsia~...hihihi...Ucapan kat novel tu, aku suruh kak syamnuriezmil yang tulis. Hari tu siap buat permintaan lagi kat dia yang aku nak kak Syam tulis sedikit kata2 semangat untuk aku terus berjuang dalam pelajaran. Jadi bila aku bukak novel tu, adalah ayat2 semangat itu. Teruja tau...semua tanya camne nak dapatkan novel IUD sekali dengan signature penulis & ucapan sebegitu. Aku senyum jelah & kata itu hadiah sempena birthday aku. Kak syam x ambik order pun. Dia tengah struggle untuk siapkan novel seterusnya plak. Kalau nak tahu, birthday kak Syam pun sama bulan dengan aku. Kalau aku 22/10, kak Syam pula awal skit daripada aku, 4/10/2013. Terima kasih kak syam untuk hadiah ini. Semoga terus berjaya dalam bidang penulisan. Love u a lots..<3



Seterusnya, dapat e-card daripada bakal novelis Nina Harith. Beliau merupakan penulis e-novel Terima Aku Seadanya atau nama pendeknya, TAS. Wah3x, mesti korang pelik kan kenapa dia wish birthday aku? Actually, kitorang memang rapat dalam dunia fb & blog. Kebetulan, salah satu daripada watak dalam -e-novel TAS yang bakal terbit tak lama lagi diambil sempena namaku, Izzati Aisyah. Bukan jadi watak utama tapi jadi watak sampingan. Adik kepada hero lah camtu. Rasa bangga jap. Tetiba rasa nak bersaing dengan kawan baikku, Husna sebab sekarang kalau peminat2 novel mesti perasan yang nama Husna kerap digunakan dalam watak novel dan aku bagitahu dia aku jeles dengan dia. Die plak buat selamba je, lepas tu perli aku balik...hahaha..sabar jelah. Opps! Sebelum terlupa, kalau korang nak bca e-novel TAS ini, boleh jenguk blog kak Nina Harith. Bagi aku cerita ini best sangat! Kepada sesiapa yang tak suka bca dalam blog, boleh tunggu versi cetak. In shaa Allah, tahun depan dah boleh peluk TAS.



Ini pula hadiah daripada my sis in law. Kain sepasang untuk buat baju kurung tapi aku rasa macam nak jadikan ianya sebagai jubah. Seriously, aku tak pernah pun pakai jubah & tak ade sehelai pun baju jubah. Time raya, asyik pakai baju kurung je sebab dari dulu memang aku selesa pakai baju kurung. So, kali ini macam nak buat kelainan sikitlah kononnya...hahaha. Kain nie kak ipar aku beli dekat Medan, Indonesia sewaktu rombongan rakan2 di tempat kerja dia. Thanks a lot sis!



Hadiah daripada kakakku yang tinggal di Sarawak. Kakak aku nie merupakan cikgu Pendidikan Khas di sana. Hari tu aku gedik2 lah mintak hadiah birthday daripada Sarawak dengan dia. Dia cakap kat aku, "tak malu betul mintak hadiah dengan orang. Ikut suka aku lah nak beli ke tak". Tu kata2 dia sebelum birthday aku menjelang. Bila tiba tarikh birthday aku yang sebenar, die post birthday wish dekat fb aku (lain plak die cakap); katanya, " Selamat Hari Lahir. Kalau nak hadiah jual semua novel2 2 dan beli sendiri pakai duit 2~...adeyyy...hampeh! Sayanglah nak jual koleksi novel2 yang aku kumpul dari form 3 sampai sekarang nie tapi ade jugak yang aku dah hadiahkan dekat kawan2 & cikgu sekolah yang suka bca novel...hahaa
My sis memang lah, mulut cakap lain, hati cakap lain plak kan? Alih2 hang beli jugak baju nie sehelai kat aku kan, wahai kakak kesayangan? Trimass~



Hari tu aku ade beli novel dengan penulis Umie Nadzimah. Kebetulan pula, novel terbaru beliau release bulan 10 baru-baru ini. Tajuknya novel tu ialah Dia...Isteri Luar Biasa. Kak Umie nie pula merupakan salah seorang novelis kegemaran aku juga. Selain kak Syamnuriezmil, kak Umie juga berkongsi bulan lahir yang sama dengan aku. Birthday aku dengan kak Umie pula jatuh pada hari yang sama iaitu 22/10/2013. Macam kembar lah plak kan...hihihi. Oleh itu, kak Umie pun siap2 wish birthday aku dekat novel tu sekali. Thanks a lot sis! Semoga terus maju jaya dalam bidang penulisan. <3




Hadiah ini pula merupakan hadiah yang istimewa juga bagi aku. Tak pernah dalam sejarah hidup aku dapat hadiah daripada pengetua sekolah. Ini merupakan julung kalinya aku dapat hadiah daripada orang penting dekat sekolah tau. Dapat sebiji mug yang ada nama & gambar sendiri plak tu. Rasa macam tak percaya pun ada...hehehe.. Hadiah ini diberi sewaktu majlis Jamuan Akhir Tahun Ting.6 yang diadakan di Ri-yaz Heritage. Bukan aku seorang je yang dapat tapi semua pelajar yang lahir pada bulan 9 & 10. Terima kasih banyak2 Puan Hajah Zah binti Mohamad. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera untuk terus menabur bakti demi kecemerlangan SMKPM.



Ini pula beg istimewa daripada London. Seriously tak sangka akan dapat hadiah ini daripada seorang yang boleh dikira rapat denganku. Seorang yang aku dah anggap sebagai kakak kandung sendiri yang selalu memberi kata2 semangat untuk aku terus bertahan dalam cubaan hidup di dunia ini. Aku selalu bertukar-tukar pendapat dan bercerita tentang masalah masing2 di fb. Walaupun kita jauh di mata tapi kita sentiasa dekat di hati. Ya tak akak?..hehehe..Kalau aku bagitau siapa, mesti korang kenal. So, biarlah rahsia~
Masa dapat hadiah nie hari tu, rasa macam nak melompat-lompat jer. Rasa sayang giler nak guna. Dahlah warna putih dan aku tahu aku nie jenis lasaklah jugak. Haruslah kotor beg itu nanti kalau tak dijaga dengan baik. Dan yang paling aku suka ialah, gambar2 yang ade dekat beg itu. Tempat2 menarik yang terdapat di London. Siap tunjuk jalan lagi tu. Yelah, dah nama pun Map Of London kan? Sangat unik. Kakak aku pun puji cantik sangat beg ini. In shaa Allah, suatu hari nanti aku dapat jejakkan kaki ke Kota London. Termasuk dlam wishlist aku yang tak-tau-bila-akan-tertunai...hihihi. To my dear sis, thanks a lot for the gift dan Zati akan jaga baik2 beg ini...<3

Ok, itu sahaja yang dapat aku kongsikan untuk kali ini sebab ini jelah hadiah yang aku dapat sempena birthday baru ni tapi tak taulah kot2 ade lagi kejutan yang menunggu aku seterusnya...hahaha..berangan ye cik Zati!

Last but not least, aku nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada semua yang sudi memberi hadiah sempena hari lahirku yang ke-19 tahun. Yang wish birthday aku pun sama, terima kasih daun keladi, tahun depan wish lah lagi!..Ahaks~ Semoga Allah SWT akan membalas segala jasa baik anda semua kepada aku. Sayang semua kerana Allah. Ketemu lagi di lain entri...daaa

P/s : Sorrylah, aku main letak je gambar2 tu semua. Harap enjoys dengan entri kali ini. Aku pun masa taip entri nie duk sengih sorang. Yelah, rasa tersangat dihargai...thanks semua! Maaf kalau entri kali ini terpanjang  sedikit...hahaha...macam tak kenal cik Zati kalau dah menulis..:P

With Love,
Izzati Aisyah

10 comments:

  1. Replies
    1. Seriously? Wah3x...same lah kita ya...nasib lah ade org bagi..kalau tak, mmg tak dapatlah..cantik kan beg tu? unik!

      Delete
    2. serius sama ..hari2 pi kelas bawak beg tu . :)

      Delete
    3. hihihi..sayang nak pakai tau...beli sndiri or ade yg bagi hadiah?

      Delete
    4. kalau orang yg bagi memang sayang nak pakai.kita ibu yang kasi tapi sebb tak dek beg nak pi kelas pakai jugak lah :)

      Delete
    5. owh, hihihi...tak taulah mungkin nnti akan pakai jugak...disebabkan beg lain bnyak lagi, so simpan je dulu...btw, sis Nur Inani umur berapa ya?

      Delete
  2. tb2 terpikir nak bagi hadiah apa utk mak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti nak bagi hadiah untuk birthday mak nie kan?..hihihi

      Delete