Wednesday 4 September 2013

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum,

Akhirnya kembali menulis semula. Yehaa...:p

Hari ini aku nak memberitahu korang tentang sesuatu yang dah lama digunapakai oleh blogger terdahulu tapi since aku merupakan blogger baharu serta baru sahaja menceburkan diri dalam menulis blog, aku pun terfikir nak buat benda yang sama gak..ok2, kembali ke topik asal. Mari kita temui jawapan daripada setiap persoalan di bawah...hehehe

--> Apa itu Wordless Wednesday?

Wordless Wednesday bermaksud "Hari Rabu Tanpa Perkataan" jika diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, namun maksud sebenarnya adalah pada setiap hari rabu, semua blogger di seluruh dunia, yang terkenal atau pun tidak, akan membuat suatu entri tanpa menulis sepatah pun perkataan kecuali letakkan tajuk wordless wednesday dan gambar sahaja.Tak kisah apa gambar apa yang mereka nak letak asalkan orang boleh tahu apa sebenarnya maksud di sebalik gambar yang diletakkan dalam setiap entri WW. Dengan adanya gejala WW ini, sedikit sebanyak akan melatih kreativiti setiap blogger dalam menyampaikan sesuatu  tanpa sebarang penjelasan. Untuk makluman anda semua, pengasas WW ini berasal daripada luar negara dan disebarkan di Malaysia oleh anak tempatan iaitu Encik Eman & Encik Andy.

Ok, ini merupakan link fb dan blog mereka jikalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai WW:

Facebook - https://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy?fref=ts
Blog - http://malaysianww.blogspot.com/

--> Apa maksud simbol #1, #2, #3?

Simbol tersebut menerangkan post/entri yang berulang menggunakan tajuk yang sama. Simbol tersebut boleh diletakkan di hadapan perkataan "wordless wednesday" mahupun di belakang perkataan tersebut.
Contoh:
a) Wordless Wednesday #1
b) #1 Wordless Wednesday

Disebabkan tak mahu blog ini bersawang dalam tempoh jangka masa panjang, in shaa Allah...aku akan update WW setiap hari rabu. Just letak gambar dan korang discribe lah apa maksud sebenar yang ingin di sampaikan melalui gambar tersebut. Bak kata Yuna sebagai duta Canon, "Di setiap gambar ada cerita"...cewahhh!

*****


Ok, ini merupakan gambar yang pertama untuk WW #1. Sepatutnya tak payah tulis apa2 pon di bawah gambar tapi memandangkan ini adalah entri permulaan, aku nak berceloteh sedikit...hehehe



Apa yang akan aku terjemahkan di sebalik gambar ini?

Siang tadi, aku dan kawanku seramai 3 orang menolong cikgu membungkus hadiah dan mengemas apa yang patut di dalam biliknya. Dalam pada duduk berkemas-kemas tu, tiba-tiba cikgu terjatuhkan botol air mineral (macam dalam gambar di atas). Kitorang tak perasan pun  masa tu apa yang jatuh. Masa tu aku pandang kat lain dan terdengar kawanku, Azie dan Che Mat ketawa. Aku pun pandanglah ke arah mereka dengan muka blur tak tahu apa2 pun. Lepas diorang bagitau apa yang tercatit di botol tersebut, aku pun mula ketawa geli hati. Mana taknya, nama yang tertulis di botol tersebut ialah "AQUAFINA" dan kawan aku yang sorang lagi pulak, nama die pun AFINA!..mana kitorang tak gelak guling2x..sabar jelah. Sempat lagi Che Mat bagi cadangan kalau boleh si Afina ni ambil gambar dan promote produk air mineral jenama dia tu..EDISI TERHAD KOT!. Tidak terdapat di pasaran. Kalau nak beli kena contact tuan punya badan sendiri..hahaha...(harap maaf ye Afina, kitorang bergurau je. Jangan ambik hati ek..*peace.

( Hahh! hanya dengan dua keping gambar di atas, aku boleh cerita dalam satu perenggan???..Poyo sangatlah..ahaks!)

WW ni bagi aku best sebab kadang2, aku pun tak ada idea mana nak update blog tiap2 hari, so daripada biarkan blog bersawang, baik letak gambar tiap2 hari rabu kan...Maknanya tiap2 minggu blog aku pasti ber"update"....pandai betul buat strategi macam ini...hehehe

Sampai di sini dahulu, semoga berjumpa lagi untuk entri terbaharu, Spontaneous Thursday!. Siapa yang nak tahu pasal entri setiap hari Khamis, nanti saya akan bagitau esok. Wait and see, ya!

With Love,
Izzati Aisyah

P/s:
1. Sumber pencetus kepada pencarian WW adalah bermula daripada blog wakmizie.blogspot.com. Credit to him for the information.
2. Untuk entri WW yang seterusnya, aku hanya letakkan tajuk WW dan gambar sahaja. Oleh sebab ini adalah entri pengenalan, berceloteh panjang skit lah. Nanti ada pulak yang tak faham. Sekadar berkongsi informasi kepada semua. Harap maklum. Terima Kasih...

3 comments:

  1. wah... dah lama saya tggu awak update... tahniah!
    wordless wednesday??? okay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...saya pun sebenarnya rindu nak update blog..dah seminggu bru nak update story kat sini..maklumlah sibuk bercuti..

      yup, WW akan diupdate setiap rabu supaya blog tak lagi bersawang..:p

      Delete
  2. Ok dpt tahu apa itu wordsless wenesday

    ReplyDelete