Friday 13 September 2013

Kisah Percutian & Impian

Assalamualaikum,

Masa cuti merdeka hari tu, aku dan keluarga kecilku that mean my bro and his family and also my mother went to KL for 3 days macam tu lah...sebab kitorang bertolak hari Khamis petang (tunggu aku balik daripada sekolah dulu) barulah meneruskan perjalanan ke KL untuk bercuti-cuti Malaysia. Aku ingat memang aku tak kan jejakkan kaki kat sana lagi sebab masa cuti 2 minggu sempena hari raya hari tu memang aku nak pergi tapi ada saja halangan yang membantutkan niatku untuk ke sana. Sedih kot time tu..tak ada orang nak ajak kita jalan-jalan...sob sob...tapi akhirnya, impianku tercapai jugak. Yelah, bosan jugak asyik duduk rumah je kan. Nak jugak berjalan jauh walaupun setakat ke KL, bukan ke luar negara pun tapi itu sudah memadai bagiku...rasa mcam pasrah betul ayat..:p

Bila dah sampai kat sana, aku singgah rumah my bro (Shahrol) yang duduk dekat Kuarters Jalan Duta dulu. Dah malam dah bila time sampai, so aktiviti yang wajib buat adalah tidur +  aku memang kepenatan yang amat dah time tu. Maklumlah, balik dari sekolah, aku kelam kabut basuh baju yang telah dipakai dan kemas baju yang ingin dibawa ke KL. Mana tak rushing buat kerja, nanti kena tinggal...muahahaha

Keesokan harinya (Jumaat) barulah aku berjalan-jalan dengan keluarga abangku. Tempat first yang kitorang singgah adalah warung mak cik tepi jalan. Breakfast time! Yang bestnya, tempat tu mengembalikan nostalgia sewaktu ma dgn abah aku menetap di sana. Kalau nak tahu, abah aku dulu adalah Penolong Pegawai Tadbir di IKBN Dusun Tua. ( Siapa kenal sila angkat tangan)..hehehe..Lepas bersara, abah dan ma aku pulang ke Terengganu. Dulu aku duduk dengan arwah kakak dengan abang ipar je tau. Adik beradik yang lain sama gak. Kami mmg hidup berdikari sejak kecil.

Ok, bila dah abis breakfast, terus kitorang pergi beraya ke rumah saudara mara di sana (maklumlah time tu belum habis bulan Syawal lagi) sempatlah menjamu kuih raya lagi and u know what, I dapat duit raya maa!...Maklumlah, masa kecik sebelum aku duduk Terengganu, aku memang orang KL. Membesar kat sana sampailah umur mencecah ke 6 tahun. Diorang pun dah kenal lama dengan aku dan diorang still anggap aku budak kecil lagi kot!..hehehe...rindu sangat time kecik2 dulu. Lepas tu, aku kembali semula ke rumah my bro dan masa tu dah masuk tengah hari. Lepas sembahyang Zohor, my bro yang duduk KL nie ajak pergi jalan2. Destinasi utama adalah ke gedung membeli-belah IKEA!...Aigoo, rasa macam heaven bila menjamu mata di dalam IKEA tu...rasa tak nak balik pun ada. Ehh, nampak sangat aku sangat jakun padahal dah berapa kali pergi IKEA kan...aduhaiiii, sabar jelah...Maklumlah mood teruja dah sampai.

Korang mesti nak tahu apa kaitan tajuk entry yang hujung tu iaitu "Impian" dengan IKEA, kan?...Ok, mai cik habaq apa kisah di sebaliknya...hehehe...Time tu aku dan keluarga menjelajah masuk ke sana. Kakak ipar aku pun dia nak pergi IKEA sebab nak beli peralatan dalam rumah baru dia kat Bukit Payong tu (takdelah baru sangat tapi dalam tahun nie jugaklah my sis baru pindah ke rumah baru). Aku pada masa tu berjalan-jalan berdua dengan si kecil Danisha sambil cuci mata. Dan tapi disangka-sangka, aku jadi excited giler bila tengok benda alah ini. Cantik kot! Berkenan sangat mata memandang.

Apakah benda alah tersebut? Adakah tilam, almari, sofa dan meja belajar? Oh, sama sekali tidak benar!

Kalau nak tahu inilah dia benda alah yang aku nak sangat2...


Taraa...


1. Lampu meja


2. Lampu gantung ( nampak mcam tanglung dah aku tengok tapi comel!)


3. Lampu gantung yang paling aku berkenan ( sebab nampak unik giler kot)..hahaha. Sampai aku cakap dekat Ma dan kakak ipar aku macam nie:
"Nanti kalau dah ada rumah sendiri nak pakai lampu camnielah.."
ma dgn kaka Ipar aku pun cakap, "ikut suka munglah lah. Berangan je lebih. Tahun bila tah nak ada rumah sendiri tu"...
Lalu aku pun tersenyum saja....tengoklah camne nanti...hehehe


Lepas dah puas meronda, masa untuk makanlah pulak kan. Ingat ke nak makan meatball yang orang duk canang2 best sangat dekat IKEA tapi aku tak rasa plak nak makan....sadis sungguh!


Tapi kan, yang aku makan nie lagi best tau! Whole Leg Chicken With Herbs Sauce..yummy, memang sedap hingga menjilat jari...cewahhh! poyo kan?..tapi bagi aku memang kenyang perut makan peha ayam nie sekali dgn sauce dia yang manis!...wahhh2x..tetiba rasa nak makan...mna nak cekau kat trg nie, cik zati oiiii? sabar jelah...huhuhu. Lepas dah abis makan, apa lagi kitorang pun balik ke rumah. Lagipun dah dekat malam time tu. Masa tu plak, lepas maghrib aku dan keluarga terus bertolak ke destinasi seterusnya iaitu rumah my bro (Shahlan) yang duduk dekat Bukit Jalil. Bestlah sangat sebab dapat beralih angin. Maklumlah, abang2 ku memang ramai duk KL.

Kat sana plak, kebetulan abangku (Ridhuan) yang duduk di Kelantan pun turun KL. Riuh rumah bila adik beradik semua berkumpul dan I love that moment. Susah kot kitorang nak berkumpul sama2. Tu pun bru setengah ahli keluarga, belum penuh lagi tapi rasa mcam nak pecah rumah. Nasib baik rumah abang aku tu luas dan seriously best duduk rumah tu. Nak tengok gambar?..memang tak leh lah sebab aku x ambik langsung pun gambar rumah besar abangku. P&C ok!..hehehe...

Hari seterusnya, memang dah sesi berjalan jelah duduk sana. Tak lekat kat rumah. Aku sebenarnya siap bwak netbook dan kerja sekolah tapi sedikit je yang bergerak. Maklumlah, x de masa langsung nak menghadap kerja bila jadual berjalan tu pack giler. Banyak shopping complex yang aku singgah tapi tak beli ape2 pun. Cuci mata je dah cukup. Takde duit maa...lagipun, x de apa yang aku berkenan. Rasa nak beli jubah, tapi corak dia pulak tak cantik. Bila nak beli benda alah lain, rasa mahal lak! So, aku just tengok jelah! Masa bersama keluarga tu penting daripada membeli semua benda itu...hahaha..Malam tu plak, kami dinner di rumah mak kepada kakak ipar aku. Makan2 sambil menonton kerenah anak saudara yang super nakal...memanglah meriah...hehehe

Keesokannya pula, hari Ahadlah!...Masa untuk pulang ke rumah. Kebetulan hari tu ialah hari pekerja. Orang Terengganu dapatlah cuti. Sekolah pun tutup. Jadi tiadalah istilah Sunday's blues bagai...yehaaa. Dan hari tu jugak merupakan hari lahir abangku (yang tukang drive kereta dari KT ke KL & patah semula ke KT)...Khairul Anuar namanya. Seorang abang yang pendiam. Tu je aku dapat cerita..hehehe...Happy belated birthday my bro! May Allah Bless You and your family... Amenn

Apa nak cerita lagi ye? ermm,...dah habis dah rasanya sebab aku dah kembali semula ke rutin asal bermula buka sekolah hari Isnin itu....terus busy dan busy dengan assigment dan hari nie baru aku dapat taip entry ini dengan tidak sibuknya...why? semua assigment sudah dihantar dgn jayanya. Tunggu presentation minggu depan lak!. Giler nervous....uwaaa...Pray the best for me ya!

Ok, done for today. Hope to see u all again. Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ini dan membaca kisahku yang panjang berjela...hehehe...Sayang korang semua....Muahsss!

With Love,
Izzati Aisyah

1 comment:

  1. cantiknya suasana...

    jemput singgah untuk perkongsian..terima kasih
    http://dinarmatawangsunnah.blogspot.com/

    ReplyDelete