Thursday 5 September 2013

Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum,

Semalam aku dah berkongsi info mengenai Wordless Wednesday, hari ini pulak aku nak berceloteh pasal Spontaneous Thursday. Ingat nak update entri nie semalam, tapi mata dah mengantuk sangat-sangat selepas setengah malam ( dari pukul 8.30 hingga pukul 11.58 malam) macam tu lah, duduk menambahbaik PBS Ekonomi yang akan dihantar pada hari selasa ini. Gila cuak gak!..dah dekat betul dengan tarikh submit, tapi hasil kerja masih tidak siap sepenuhnya. Bukan sengaja nak melambatkan kerja tetapi sememangnya banyak perkara yang berlaku membuatkan langkahku untuk menyiapkan PBS Ekonomi tergendala. Harap2 dapat siapkan dengan jayanya. Namun begitu, PBS Bahasa Melayu berjaya juga disiapkan tadi. Alhamdulillah, dah terlepas beban untuk satu subjek. Tahniah untuk diri sendiri dan ahli kumpulan yang lain iaitu Rahimatul (Che Mat), Afina & Husna kerana bertungkus lumus menyiapkannya dengan sehabis baik. Lepas nie kena bagi tumpuan dekat presentation depan cikgu plak. Cuak sekali lagi...huhuhu...semoga dipermudahkan...Amenn
Pray the best for me, ya!

Ok, sampai di situ sahaja sesi mukadimah..ahaks!

--> Apa itu Spontaneous Thursday?

Spontaneous Thursday bermaksud "Hari Khamis Yang Spontan" jika diterjemahkan dalam bahasa melayu. Namun, maksud disebaliknya ialah hari di mana semua blogger diseluruh Malaysia menulis satu entri spontan tanpa meletakkan sebarang gambar. Entri/post tersebut hendaklah dimulakan dengan tajuk Spontaneous Thursday dan menulis apa sahaja yang ingin disampaikan secara spontan. Sama juga dengan WW cuma dalam entry WW setiap hari rabu itu, kita perlu letak gambar tetapi untuk entri ST, pada setiap hari Khamis, kita perlu tulis ayat spontan sahaja. Pengasas ST adalah seorang anak jati Malaysia yang mengikut sedikit sebanyak ideologi WW iaitu Shafiq Rosli.

Sumber pencetus idea kepada pencarian ST ini juga bermula daripada blog:

http://wakmizie.blogspot.com/ (Credit to him for the information)

*****

Ok, inilah cerita spontan yang akan aku update untuk permulaan.

"It's all about my blog's name"


Ada yang tanya,
Ada yang tak kisah,
Ada yang pelik,
dan Ada yang terasa nak tahu kenapa aku letakkan link blog aku dengan  nama "izzaraamani01" ?

1. Kalau diperhatikan namaku sendiri dengan nama Izzara Amani tu memang dekat...hehehe. Sebab apa aku cakap macam tu, sebab pangkal nama Izzati Aisyah ialah I & A. Di pangkal nama Izzara Amani pun I & A gak. So, dua nama itu sangat lah dekat. Cuma tukar Izzati jadi Izzara dan Aisyah jadi Amani...muahaha..cantik kan?..:p

2. Memang tak dinafikan bahawa aku adalah peminat Izzara Aisyah. Suka dengan lakonannya dengan Aiman Hakim Redza dalam drama Vanila Coklat TV3 tu. Kebetulan namaku Izzati Aisyah tu sama je dengan Izzara Aisyah. Sampai cikgu BM pun dah tersasul panggil aku dengan nama Izzara Aisyah dalam kelas. Semua geng 6 UKMians pakat gelakkan aku. Aduhaiiii...malu kot!..x mau lah jadi retis..I'm low profile je...tak begitu cik Husna Z?...hahaha

3. Nama Izzara Amani tu adalah salah satu watak sampingan dalam novel yang sedang ditulis oleh aku dengan seorang teman seperjuanganku, cik Husna Zakaria. Kami akan bergabung dalam menyiapkan projek ini. Kalau ada masa terluang yang terlebih banyak, in shaa Allah akan disiapkan kelak. Buat masa sekarang kena hold dulu lah sehingga sem 3 berakhir dengan jayanya pada akhir tahun ini. Jalan cerita dah ada dan telah di draft dengan sebaik mungkin cuma belum ada masa untuk siapkan. Kalau menghadap mms nie, haruslah benda lain jadi tergendala. Lagipun menulis nie bukan senang. Banyak ilmu yang perlu ada untuk menghasilkan karya yang mampu memberi input yang berguna kepada pembaca. Doakan semoga kami berjaya menyiapkannya, ok!...hehehe

Simbolik "01" di belakang nama izzaraamani tu plak disebabkan nombor 1 itu merupakan nombor favourite aku. Nombor 1 juga dianggap sebagai satu permulaan dalam sesuatu perkara bagi aku. Sebagai contoh, tahun 2013 adalah permulaan bagi aku menceburkan diri dalam penulisan blog. Dari dulu lagi teringin nak ada blog sendiri. Asyik baca blog orang je. Akhirnya dapat jugak mencoret kisah hidupku dalam blog yang aku bina sendiri. Sangatlah berdikari. Belajar buat blog pun dengan pakcik Google. Mana ada orang nak ajar. Nampak sangatlah aku nie ketinggalan a.k.a ke "kuno" an...:p

Bak kata pepatah, " When there is the will, there's a way". Kalau tak pandai kenalah belajar. Tak perlu bergantung harap pada orang sentiasa. Ada masa dalam hidup ini, kita kena cuba berdepan dengan sesuatu perkara yang baru agar kita bersedia untuk berdepan dengan kenyataan hidup di kemudian hari. Kalau takut untuk mencuba, memang tak akan ke mana-mana. (pesanan untuk diri sendiri sebenarnya)

Sampai di sini sahaja entri spontanku. Semoga kita bertemu lagi di lain lembaran. In shaa Allah.

With Love,
Izzati Aisyah a.k.a Izzara Amani...:p

P/s: tak tahu bila pulak nak taip entri baru. Memang sibuk yang amat sekarang. Kalau aku rasa ada mood, aku akan update entri baru, kalau tak mintak maaf awal2 dengan cik blog dibiarkan bersawang.
Ehh, lupa lak..WW dgn ST kan ada. Kalau tak ada cerita sangat, aku akan update entri setiap Rabu dengan Khamis jelah jawabnya...tu pon kalau rajin...hehehe..

Salam sayang buat semua pembaca blogku!...*peace

No comments:

Post a Comment