Friday 27 September 2013

Cabaran Hidup

Assalamualaikum,

Sekian lama tidak menconteng di dinding blog ini. Terasa rindu itu  ada. Tapi nak buat camne kan, sibuk dengan kehidupan seharian yang tak pernah habis..:p..(sila percaya)

Alhamdulillah, baru2 ini aku dapat  menyiapkan tugasan PBS Bahasa Melayu dan Ekonomi dengan jayanya. Tak tergambar dengan kata2 betapa leganya hati aku setelah menyiapkan kedua-dua assigment yang bagiku agak susah sedikit.

Kenapa???

Kalau aku bercerita dari sudut Ekonomi lah dulu ye, aku mana suka sngat subjek itu..agak mencabar ok! Siapa yang betul2 memahami baru boleh mengaplikasikannya dalam kertas peperiksaan..(kalau cenggitu nampak sangat belajar utk exam semata-mata cik zati oiii)...hahaha...patutnya aplikasi dalam kehidupan seharianlah der..:p.. Ok, seriously, kalau nak bercerita dari sudut result, tak pernah nak dpat "A"...kang best kalau dapat "A" untuk subjek yang super killer itu kan?..uwaa...emo jap!

Orang cakap, Bahasa Melayu itu mudah, senang, kacang cap ngan yin (dengan ibu jari buat thumbs up lagi). Tapi hakikatnya korang silap sama sekali! Kalau tak percaya sila sambung kos pengajian bahasa @ linguistik pokoknya yang berkaitan dengan bahasa (kesusasteraan)...fuhhhh...kalau nak try awal, sila masuk form 6 lah dulu..belajarlah kamu dengan semantik, retorik, deduksi, induksi dan lain2...haaa...faham ke apa maksudnya?..kalau cikgu BM sendiri konfem fahamlah kan...:)

ehh, aku nak ckap pasal PBS, terlajak ke pengisian subjek BM lak?...hehehe..Ok, pasal PBS tu lah, tajuk yang kumpulan kami (aku, husna, che mat & afina) buat ialah Katu Bantu dalam karangan ting 4. Korang bayangkan kesusahan nak pergi ke kelas adik2 ting.4 nie nak ambik sampel karangan...dengan jadual kelas aku yang padat, nak menjengah ke kelas adik2 nie pun time rehat je lah...lepas tu nak cukupkan 30 karangan, memang taklah!...susah kot..dibahagikan pula dengan kelas cemerlang, sederhana dan lemah...korang rasa diorang buat karangan complete ke?...huhuhu..:)..So, kami terpaksa mengunakan akal fikiran yang bijak ini demi memastikan tugasan kami selesai. Kalau tgk progress group lain, mmg kalahlah group kami. Tapi bila time menghantar, group kami yang first dulu hantarnya!..hehehe...bangga2..wink wink

 PBS Ekonomi
(siap ambik gambar lagi sebagai bukti ye cik Zati!..muahaha..)

PBS Bahasa Melayu
(apa yang penting, kerjasama!)

Sambil buat simbol peace ^ _ ^ v....siap jugak PBS utk sem 3. Bukan saja siap hantar esei semata-mata, haruslah sekali dengan sesi pembentangan or kita panggil " VIVA kecil" juga. Seriously, kalah assigment dekat universiti(my sis ckap camtu)..hahaha...
Inilah untungnya, bila dah masuk U, tak perlu nak rasa gemuruh berlebihan sebab dah dibiasakan dengan pembentangan di sekolah. Untunglah budak form 6 nie kan?..tapi nak menyiapkannya mmg mencabar tahap kesabaran...tapi sekarang dah boleh menarik senyum kelegaan.

Sekarang fokus hanya untuk peperiksaan pada bulan 11 ini. Penggal 3 maksudnya penggal terakhir aku berkampung di sekolah. Kalau ade rezeki dapatlah sambung dekat mana2 universiti..In shaa Allah...(doa2kan gue ya). Sebelum tu, minggu depan semua pelajar ting 6 Penggal 1 (Junior) dan Penggal 3 akan dihadapkan dengan trial exam dulu...uwaa...giler cuak!...Masa penggal 2 hari tu, macam nie jugak. Lepas hantar PBS terus trial exam dan sebulan lepas tu terus final exam sem 2!...mana tak killer kan?..So, hadapilah kenyataan hidup sebegini...sendiri pilih..hahaha



Exam tersebut akan bermula pada 30 Sep smpailah 3 Okt. Seminggu sahaja kot! Tapi walaupun seminggu dengan hanya 4 subjek, terasa jugak kepayahannya. Bukan subjek yang mudah. Apa2 pun kena betul2 memahami. Disebabkan dah beberapa bulan bergelumang dgn PBS, subjek yang wajib belajar tu pun jadi ingat2 lupa. So, ape yang perlu dibuat? Harusla refresh balik apa yang sudah dipelajari itu..hehehe

Saje nak tulis gak jadual exam kat sini:

30 Sep 2013 - Pengajian Am & Ekonomi
2 Okt 2013 - Bahasa Melayu
3 Okt 2013 - Sejarah

(gue memang major sejarah, time SPM subjek sej dapat "A"..masuk STPM, pilih subjek sama gak.)
Kat sekolah aku, sej subjek pilihan...sama ada nak ekonomi + sejarah @ Seni Visual + Sejarah...tapi aku pilih eko dgn sej...kalau ambik seni, daku tak pandai..maklumlah tangan tak berseni!...hahaha
Ehh, nak ucapkan tahniah dengan budak2 seni kelmarin yang berjaya menganjur pameran lukisan (masuk dalam permarkahan PBS gak nie)..tabik dengan korang kerana telah berkerja keras. Lepas nie tak yah pikir dah, sebab subjek seni tak kan masuk dalam exam diorang...oh, daku sangat jeles!

ok, habis sesi meroyan di blog!..Kembali ke dunia kenyataan, study! study! study cik Zati!

Pada kesempatan ini, Zati nak mintak maaf kalau ade terkasar bahasa atau terlanjur bicara sampai mengguris perasaan sesiapa yang rapat denganku. Disengaja atau tidak disengajakan. Maklumlah aku manusia yang tak sempurna. Banyak kekurangan daripada kelebihan. Apa yang diharapkan, anda semua (pembaca blog cikai ini) sudi mendoakan kejayaan daku utk exam kali ini ya. Semoga dengan doa kalian dapat memudahkan aku menjawab exam dengan baik dan memberi kekuatan untukku menjawab soalan2 yang diberi dengan tepat. In shaa Allah....

Pesana untuk diri sendiri & semua:

Setelah berusaha, kita haruslah bertawakal dan berserah kepada DIA kerana DIA lah yang menentukan untung nasib kita kan. Oleh itu, banyakkan usaha wahai diri sendiri & semua, jangan malas!..hehehe..chaiyok3..Buat sehabis baik..:)
Yakin kita boleh berjaya dengan cemerlang!..Aminn...:)


Gambatee kudasaiii, diri sendiri & semua...=)

With Love,
Izzati Aisyah.

No comments:

Post a Comment