Thursday 12 September 2013

Spontaneous Thursday #2

Assalamualaikum,

Hari ini my lovely "mama" dalam kelas 6 UKM bercerita:

Ada seorang pelajar dia bertanya,

Kenapa cermin hadapan kereta hadapan lebih besar daripada cermin belakang?

Dan aku pun terpinga dan langsung terdetik dalam hati....

'cermin depan dengan belakang beza saiz ek?'

Maklumlah aku nie mana tahu bawak kereta, pandai naik je...sebab tu mama (guru kelas) cakap kalau orang yang bawa kereta mesti perasaan bab cermin besar di depan dan kecil di belakang nie...

Dan aku bertambah tercengang dan mula berfikir apa maksud di sebaliknya...

Cikgu pun bagi jawapan sebenar. Dan aku mula menafsirkan kata2nya:

" Kalau kita lihat perbezaan antara keduanya ( cermin depan & belakang) dengan mendalam, kita dapat fikir apa maksud tersiratnya. Maksudnya, betapa keciknya masa lampau kita jika hendak dibandingkan dengan masa hadapan kita. Dalam hidup ini, tak perlu pandang ke belakang. Masa lalu merupakan sejarah, masa hadapan adalah realiti/kenyataan yang perlu kita hadapi. Kalau kita asyik fikir tentang apa yang berlaku pada masa lampau, bila kita nak bangkit semula?. Allah SWT dah tetapkan bahawa hidup kita cuma sekali, kalau kita tak manfaatkan hidup kita dengan meraih ilmu, berbakti kepada Ibubapa, menyayangi guru dan orang2 di sekeliling kita, menjadi insan yang berakhlak mulia lagi berwawasan, bila kita nak berjaya dan maju lebih ke hadapan?. Oleh itu, sentiasalah bermuhasabah diri. Kalau kita tak mulakan dari awal, sampai bila kita nak jadi begini?. Bergantung harap kepada takdir semata-mata tanpa ada usaha untuk merubah masa hadapan adalah salah sama sekali."

Bak kata H.L.O.V.A.T.E dalam novel Anthem:

Everybody has a past,
Everybody lives a present,
And everybody deserves a future.

Percaya pada kemampuan diri. Jangan terus berada di takuk lama. Bangkit dan terus bangkit berjuang demi masa depan yang lebih cerah. Chaiyok3x..( bagi semangat kat diri sendiri jugak sebenarnya)..Yehaaa!

Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini.

Semoga terus berada dalam keredaanNYA. Aminn.

With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment