Monday 16 September 2013

Nomik - Awek Skuter

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua!. Hari ini aku merajinkan diri untuk mengupdate blog yang kadang2 bersawang dan kadang2 penuh dengan cerita...huhuhu...Ini dah dikira mood rajin tahap x ingatlah nie..hehehe

Hari ini aku nak bercerita pasal nomik terbaharu karya kak Ilya Abdullah yang terbit pada bulan Ogos baru2 ini. Kalau nak tahu, ini adalah julung-julung kalinya Penerbitan Kaki Novel mengeluarkan nomik bergambar yang sangatlah menarik bagiku!.

Korang pasti nak tahu apa itu NOMIK kan?

NOMIK ialah hasil gabungan 2 karya kreatif iaitu novel dan komik!

Pada 10 Jun (hari Isnin), kak Ilya menganjurkan "Giveaway Awek Skuter" dan 5 orang pemenang bertuah bakal memenangi Nomik Awek Skuter....wah2x!

Ini buktinya:




Disebabkan masa tu, adalah sedikit masa terluang, aku pun joinlah contest ini. Kak Ilya cakap komen mana2 entry yang disukai sahaja tapi aku pergi komen semua entry AS. Bukan sebab nak meraih kemenangan tapi aku rasa, bila dah baca satu entry AS, jadi seronok plak nak baca dan komen utk semua entry. Kalau tak silap ade 7 bab yang kak Ilya masukkan dalam blog CP (kalau salah, maaf ye)..hehehe
Segala keputusan terletak di tangan admin CP dan kak Ilya sendiri. So, aku just wait & see lah!...Tak mengharap pun akan menang. Merapu meraban je kot aku komen dlm blog tu...:p

Seterusnya, pada 23 Julai (hari Selasa)..Kak Ilya pun umumlah keputusan untuk 5 pemenang bertuah itu. Masa tu tak perasan langsung bila kak Ilya umumkan dalam Grup CP. Bila kak Hayati Ahmad dengan kak Nur Zakiah Nor Halim mention nama saya terus macam, erkkk...adakah ini satu mimpi?...(cehhh!, ayat poyo)...muhahaha

Ini buktinya:



jeng..jeng..jeng....yeahhh!..tak sangka menang jugak untuk contest kali ini. Kalau nak tahu, aku nie memang suka masuk contest2 yang dianjurkan oleh penulis atau penerbit novel. Tu pun, kalau aku ada masa dan aku rasa contest tersebut senang je nak memenuhi segala syarat2nya. Kalau contest untuk review plak, kalau aku  jarang masuk sebab aku nie x de lah pandai mana nak review novel macam orang lain. Tapi kalau novel itu memang betul2 aku suka, barulah aku tergedik-gedik nak masuk. Sampaikan cik Husna muak dah dgn cerita aku kat kelas. Yelah, asyik2 masuk contest itulah, inilah!...hahaha..sabar ye cik kak!. Kawanmu ini mmg peminat tegar novel, nak buat camne lagi kan..:p

So, semalam dengan baik hatinya abang posmen dah layangkan Nomik AS depan rumahku!..hehehe...time tu aku tak balik sekolah lagi, abah akulah yang tolong ambilkan dgn abg posmen. Thank you, Abah!...(Abah aku pun dah muak kot, asyik2 parcel nama aku je yang smpai kat rumah dan dia semestinya tahu apa yang aku dapat, x lain dan x bukan, novel lah tu)..hehehe..sabar jelah...


( Nomik AS + Gift)
#1: Gift notebook GMJ pun aku dapat jugak utk contest komen entry GMJ dalam blog CP!
Thanks kak Ilya Abdullah.


Signature daripada kak Ilya pun ada!..hehehe..terbaik

Lepas je dapat nomik AS nie, aku pun terus baca. Dalam masa sehari je selesai menelaah AS sebab tak tebal sangat pun. Dalam 272 muka surat je. Memang ekspress je nak habiskan...hehehe

Apa yang aku nak komen pasal NOMIK AS:

Opkoslah best! Cerita yang sempoi dan tak berat pun kepala nak fikir apa yang akan jadi seterusnya. Pembacaan aku pun sangat lancar. Jalan cerita yang tak meleret (sebab aku tak suka sangat baca cerita yang ada scene gaduh-baik, gaduh-baik sampai ke 500m/s pun tak berkesudahan)...huhuhu...aku akan jadi cepat bosan. Bila baca AS, rasa macam bukan baca novel, baca komik adalah sebab siap ada gambar2 watak dlm AS. Kalau novel yang sebenarnya, mana ada gambar. So aku bayangkan jelah aku tengok baca komik remaja gitu. lol. Satu percubaan yang menarik daripada kak Ilya. Dan kalau nak tahu, gambar2 yang ada dlam AS nie dilukis oleh kak Ilya sendiri tau?...wah3x...memang tabik dengan akak!..Kalau skodeng fb, grup dan blog kak Ilya memang aku tak nafikan yang kak Ilya memang berbakat dalam melukis dan sangatlah bermurah hati!...Kak Ilya mmg selalu pemurah dengan peminat2 dia. Mesti ada gift yang kak Ilya buat sendiri dan diberi kepada sesiapa yang menyokongnya.

Last but not least, terima kasih kak Ilya untuk Nomik AS beserta gift2 yang comel itu. Semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menulis novel dan semoga akak sentiasa berbahagia di samping keluarga dan peminat tersayang...: <3

Pesanan Ikhlas:

Jangan lupa dapatkan Nomik Awek Skuter 

1. secara online dengan penerbit Kaki Novel: http://www.kakinovel.com/


3. atau di kedai2 buku yang berhampiran rumah anda!

Di sini aku sertakan juga sinopsis AS:

Adllea... gadis biasa yang bekerja sebagai penghantar piza. Tiada yang menarik tentang dirinya selain skuternya yang berwarna pink itu. Adllea seorang yang agak naif, lurus dan polos sedikit. Lelaki idamannya itu adalah Farith, seorang pelakon terkenal yang digilai ramai. Temantemanya kata dia bagaikan si pungguk yang rindukan bulan.

Dalam pada itu, dia turut berkenalan dengan adik Farith, Izmi dan Shaz Ariel. Izmi dan Shaz Ariel lelaki yang menjengkel hati Adllea. Shaz Ariel a.k.a 'katak' mata empat yang sukar untuk difahami perangai sebenarnya itu secara tiba-tiba mahu membantu dia mendekati Farith. Semakin mengenali Shaz Ariel, Adllea mula memberikan pandangan berbeza pada lelaki itu. Saat Adllea mahu meluahkan perasaan di hati, Shaz Ariel ditimpa kemalangan.

“Kalau aku jadi pungguk, siapa agaknya si bulan itu?”


Ok, sampai di sini sahaja entry untuk kali ini. Jangan lupa cepat2 dapatkan Nomik AS sebagai koleksi! 


With Love,
Izzati Aisyah

P/s:



Sebelum terlupa, Selamat Menyambut Hari Malaysia!. Sama-samalah kita memelihara keamanan dunia..:)

2 comments: