Tuesday, 15 October 2013

Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com



SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3 
Beg x 3 
Selendang/Pashmina x 5 
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di  laman  www.reddelima.com  setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.' 
Kategori 'Officewear'. 
 Kategori beg. 
 Kategori 'Accessories'. 
 Kategori 'Scarf."


Salam Aidiladha 2013

Assalamualaikum,



Dikesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat semua keluarga tersayang yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Terutama buat my sister yang berada nun jauh di bumi kenyalang. First time ye sambut raya di sana. Dengar kata meriah juga ya dengan kedatangan rakan2 kamu. Jangan sedih2 ya. Nanti tahun depan aku pun tak tahu akan tercampak di mana...hehehe
Inilah sebenarnya erti pengorbanan anak perantauan...:)

Buat semua rakan2 pembaca blog dan semua yang mengenali diriku, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga kita mendapat kerahmatan dan keampunan daripada Allah swt pada hari yang penuh keberkatan ini. Marilah sama2 kita berdoa kepada semua jemaah haji yang menjalani ibadah haji di Makkah supaya mendapat haji yang mabrur. Amenn...

P/s: Kini, bermulalah episod melapah daging. Daging gulai, daging singgang, daging bakar, sate daging, daging goreng dan macam2 lagi. In shaa Allah, kalau aku kuat hari ini, boleh makan daging banyak. Maklumlah, start hari ahad baru ini, perutku asyik meragam. Mula2 my mum yang kena sakit perut, lepas tu anak dia plak....dah rasa lega sikitlah sekarang..Alhamdulillah...:)
Hari ini & esok, jadualku terisi dengan Majlis Aqiqah di rumah ma kepada kakak iparku dan di rumah kawan baikku, Syahirah. (anak saudara dia yang kecil punya majlis)...Kalau ada rezeki dapatlah jumpa baby Akif esok!..Amenn.

Sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini. Semoga bertemu lagi dengan ceritera raya Aidiladha. In shaa Allah, kalau tuan punya blog ini rajin...hehehe

With Love,
Izzati Aisyah

Monday, 14 October 2013

Giveaway by Menjual Novel Melayu

Assalamualaikum,

Nak novel Kau Kekasih Gelapku karya Que Sera Sera secara percuma?

Jom kita join giveaway daripada Menjual Novel Melayu ini...<3




P/s: Harap dapat novel ini as a "birthday gift" yang bakal tiba tak lama sahaja lagi..:)

With Love,
Izzati Aisyah

Saturday, 12 October 2013

Lumrah Kehidupan

Assalamualaikum,

Kadang-kadang apa yang kita tak ingin langsung terjadi dalam hidup kita, ianya terjadi juga.

Walau sejauhmanapun kita mengelak, ia tetap juga datang kepada kita.

Sampai hati dan perasaan ini terpanah luka, namun sekerat mana yang sudi menenangkannya.

Kata pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul."

Ku memohon agar diberi kemudahan dalam menghadapi dugaan hidup sebegini.

Moga akan ada ganjaran di setiap keperitan yang akan aku hadapi.

*I AM A STRONG PERSON*

Dan semoga aku terus kuat melawan perasaan sendiri agar lebih tenang untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini....

With Love,
Izzati Aisyah

Thursday, 10 October 2013

Coming Soon

Assalamualaikum,

Rasa macam dah lama tak mencoret kisah di blog sendiri. Alhamdulillah, masih terus bernafas di bumi Allah SWT. Begitu banyak dugaan yang ditempuh takkan sesekali mematahkan semangatku. Untuk entry kali ini, tak de apa yang ingin dicoretkan. Cuma nak berkongsi kenangan di tarikh keramat yang bakal kunjung tiba. Tinggal lebih kurang 13 hari sahaja lagi. Mesti ade orang tu kata aku gedik sebab duk hitung tarikh hari lahir. Tapi seriously aku tak kisah pun. Tak salah kalau nak rasa gembira untuk diri sendiri. Sebab tak semua orang yang sudi untuk menggembirakan hati kita kan? So, just smile and keep calm dengan apa orang nak cakap. Berdiri di atas kaki sendiri je & buat hal masing-masing...:)

Coming soon?

What?

Just want you to look at this and this and this picture...






Bak kata Yuna, " Di setiap gambar ada cerita"...wink wink

Seriously, tak sabar nak berkunjung ke sini pada tarikh 22/10/2013 (Selasa). First time kot nak merasa suasana indah di resort ini. Walaupun dah lama duduk Terengganu tapi tak pernah sekali pun makan2 or relaks2 kat sini. Mesti orang tertanya-tanya apa yang aku dan rakan2ku akan buat kat sini kan? In shaa Allah, nanti aku akan bercerita panjang lebar pasal majlis yang akan diadakan di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa ya. Just wait and see....<3 :)

Anyeong!


p/s: Credit pic to pakcik google & Fanpage Ri-Yaz Heritage:
       https://www.facebook.com/RiYazHeritage?fref=ts



With Love,
Izzati Aisyah

Friday, 4 October 2013

Happy Birthday, Dania

Assalamualaikum,

Sementara menunggu kedatangan 22/10/2013 (my birthday la tu), anak saudaraku dulu yang menyelit awal. Siapa lagi kalau bukan Nur Dania Qistina binti Khairul Annuar. Ingat ke nak sambut hari ini (4/10/2013) tapi kebetulan Mama dia (kak Zura) ada kerja nak buat hari nie so kitorang sambutlah hari Khamis malam Jumaat. Tak buat besar2 pun. Just buat dirumah makan2 bersama keluarga kecilku sahaja. Mama dia cuma beli sate dan kek aiskrim yg super best!...wehuuu...Aku kalau dapat makan, no hal. Semua bedal, tolak batu dgn kayu je...hahaha..macam poyos je statement!...=)

Taraaa....

Kek aiskrim yg super best!

Birthday girl yang super happy!

Malam kelmarin memang si Dania nie asyik tersenyum simpul je. Maklumlah, impian nak sambut birthday tercapai. Nak2 plak dapat 3 buah hadiah. Dari Ayah, Mama dan konon2nya hadiah daripada Cik Cah dia iaitu jigsaw puzzle gambar Dora The Explorer...Tak sudah2 dia ucap terima kasih. Terus tak ingat makan bila dah dapat mainan. Sabar jelah. Hari Ahad nie pulak nak sambut birthday kat sekolah jugak. Dah siap packing hadiah utk budak2 tadika dan semestinya ada kek lain plak yang menanti. Memang bestlah jadi si Dania nie..hehehe

Wish for my D :

Happy birthday, Dania. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Jadilah anak yang soleh dan berbaktilah untuk kedua ibu bapa yang sentiasa menyayangimu. Jadi kakak yang baik dan mendengar kata ya. May Allah Bless You Always. Love u so much...muahhhss..<3

Kebetulan pula hari pun hari jadi penulis kesukaanku, kak Syamnuriezmil!...Happy Birthday sis..<3
Semoga akak dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik & terus menulis hingga ke hujung nyawa..Amenn....:)

Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi.

With Love,
Izzati Aisyah

Thursday, 3 October 2013

Bulan Terindah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah berperang dengan trial exam untuk penggal 3 pada hari ini. Seriously, rasa macam tak bersedia je nak exam sebab hari tu kelam kelibut dengan PBS, lepas tu terus exam!
Tapi terima segalanya dengan reda. Semuanya dah ditentukan. So, just go with the flow. Hehehe

Back to real topic..:)

Bulan terindah? Yup! Bulan 10 merupkan bulan terindah dalam hidupku. Entahlah, bila bulan 10 menjelma mesti hatiku akan tersenyum gembira walaupun hatiku gundah gulana. Hahaha...Kalau tanya my friend yang nama Husna tu mesti dia perli aku. Yelah, macam syok sendiri je. Tapi, gue ngak kisah pun....:p

Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah. Walaupun begitu banyak halangan dan dugaan yang aku perlu tempuh tetapi aku masih mampu bertahan. Hidup kita di dunia ini hanya sekali, so manfaatlah setiap kesempatan dan kudrat yang diberikan oleh-Nya agar kita tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi. Hadapi segala kemungkinan dengan penuh kesabaran...=)

Banyak yang istimewa yang bakal berlaku dalam hidupku pada bulan ini antaranya ialah:

1. In shaa Allah, Yayasan Terengganu akan mengotakan janjinya untuk memberi 1k kepada semua pelajar yang form 6 yang tidak memperolehi biasiswa. Maybe sebelum Hari Raya Aidiladha. (Kena tunggu jadual MB kosong sbb Beliau sendiri nak kasi duit tu)..sabar jelah..:)

2. Tinggal 18 hari lagi sebelum menjelang hari "tua" ku...tak sabar nak tengok siapa yang pertama sekali wish dan tak sabar nak tunggu orang first yang bagi aku hadiah...hehehe...tak malu betul...tapi my bestfriend dah ckap awal2 dia nak kasi. Yeahhh!...sayang kamu ketat2x...:)

3. Pada 30 & 31 hb, In shaa Allah aku dan rakan2 seperjuangan akan mengikuti kem di Anggulia Beach Resort. Fisrt time kot aku nak berkunjung ke sana. Orang cakap best. Tak sabar lak nak pergi. (walaupun aku anak jati trg tapi x pernah pun pergi dekat Anggulia tu)..sila percaya..:)

4. Pada mulanya, cikgu nak adakan jamuan akhir tahun form 6 dekat Hotel Primula Beach Resort pada 21 hb tapi terpaksa ditunda ke 4/11/2013 sebab berlaku pertindihan jadual dengan kem dan jamuan untuk ahli2 pengawas dan koperasi sekolah. So buat bulan 11 lah jamuan tu sekali dengan majlis restu ilmu. Yelah, 6/11/2013 dah start berperang untuk STPM sebenar. Doakan kejayaanku ya..
# Tarikh jamuan Pra-U nampaknya dah bertukar ganti ke 22/10/2013 pula tapi tempat bukan dekat Hotel Primula dah..just wait and see je lah...:p

5. Ada banyak lagi perkara menarik yang berlaku. Akan diceritakan kemudian dalam entry seterusnya. Stay tune!

Pokoknya, bulan 10 menjanjikan banyak kenangan manis buatku...hehehe

Sekian sahaja coretanku kali ini. Sudi-sudilah menjengah blog daku yang tak seberapa ini. Kalau ada masa terluang akan update lagi. Terima kasih kerana sudi membaca. Sayang korang kerana Allah...=)


Smile Always ..<3 :)

With Love,
Izzati Aisyah