Monday 15 July 2013

Ujian Itu Pembangkit Semangat

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari yang mendebarkan. Detik yang tidak mahu aku nantikan sebagai seorang pelajar. Namun aku terpaksa menghadapinya walau apa jua keputusan. Kita sebagai manusia sudah berusaha dan bertawakal kepada DIA. Oleh itu, segala pemberian daripadaNYA harus diterima dengan hati yang terbuka.

Aku menangis sendiri. Mengenangkan apa yang terjadi. Entah kenapa aku merasakan bahawa aku telah melakukannya dengan sehabis baik tetapi ianya bagai tidak membuahkan hasil yang memuaskan hatiku. Namun, aku seharusnya bermuhasabah diri. Mungkin Allah ingin menguji aku disebabkan aku terlalu lalai dan leka dengan kehidupan duniawi yang tak pernah habis untuk diterokai. Mungkin juga Allah ingin menghadiahkan aku "pelangi" setelah dia menghadirkan "hujan" di dalam hatiku.

Hidup itu tak selalunya indah. Kadangkala kita di atas & ada ketikanya kita di bawah. Aku seharusnya bangkit demi mengharungi ujian kecil ini. Ianya bukan penamat dalam perjalanan hidupku. Allah tidak akan mendatangkan sesuatu ujian di luar kemampuan hambanya. 

Dont be sad. Setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Be strong, Izzati!...no matter what happen.~

With Love,
Izzati Aisyah

p/s : artikel yang dipetik daripada blog iluvislam.com. Semoga ianya memberi semangat baru bagiku. Aminn.

2 comments:

  1. be strong dik ! True enough, ujian is like salt in food, it somehow make it taste good :) better. All the best, akak pun tgh gigil dengan hal phD skrg. Allahumma yassir wala tuassir. Amen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang kala rasa tak dapat nak hadapi segala ujian yang Allah berikan tapi dah ketentuan dariNYA...harus terima dengan redha...mungkin Allah hadirkan ujian tu sebagai satu peringatan utk kita selalu mendekatkan diri kepadaNYA..

      adik doakan akak berjaya menghabiskan phD...kalau akak dah gigil, adik apetah lagi..takut jugak walaupun bru ambik STPM, akak plak mesti lagi bnyak cabaran dri Dip smpailah sekarang...adik nie manja kan?hahaha..bru sedikit ujian dah rasa lemah...

      terima kasih akak atas kata semangat...always love u...goodluck for ur study too..Amenn..:)

      Delete