Saturday 27 July 2013

Cerita Tentang Novel

Assalamualaikum,

Salam 18 Ramadan 1434H & Selamat pagi semua!..Mulakan pagi dengan senyuman yang indah. Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan & mendapat keberkatan daripada Allah SWT hendaknya.

Hari ni nak bercakap pasal keterujaan & kegilaan aku terhadap sesuatu. Apa yang sesuatu sangat tu?..tentulah tak lain & tak bukan NOVEL. (my classmates yang "lelaki" tu mesti menyampah kalau baca entry kali ini sebab pasal N-O-V-E-L kot!...mana diorang minat..huhuhu)...sabar jelah..:p
Tapi yang bagusnya diorang takdelah sampai mengejek..selalu bagi support laa..dan yang penting kawan2 perempuanku dah tahu minat semulajadiku ini dan diorang pun terjebak sama gak. Sebenarnya, kalau nak baca novel nie mestilah bermula daripada minat membaca. Yelah, kalau tak minat membaca, macam mana nak menghadap buku kan?..tak kiralah buku fiksyen atau non-fiksyen, semuanya memberi ilmu pengetahuan dekat kita. Sangatlah rugi orang yang tak minat membaca kerana " Membaca itu jambatan ilmu ".

ok, selesai sesi mukadimah..kita kembali kepada topik asal...yeahh!

Sejak bila minat baca novel?

Masa tingkatan 3. Time tu, kalau tak silap aku lah, lepas habis PMR. Dah abis exam, lepas tu tak ada kerja apa nak buat...apa lagi, masuk pustaka baca novel lah jawabnya. (dulu sangatlah-mengikut-peraturan-sekolah..even dah abis exam pun, sekolah tetap pergi jugak...baik giler kot?..muahaha)



Inilah novel yang mula-mula aku baca masa kat sekolah. Maklumlah, pustaka kat sekolahku banyak novel yang baru2x, so geng2x yang minat membaca nie pun rajinlah menjenguk perpustakaan itu. Novel2x yang ada pun kebanyakannya terbitan alaf 21. So, kalau beli novel mesti yang keluaran alaf 21 je lepas tu dan tak lupa jugak terbitan buku prima. Novel Cinta Dua Jiwa daripada Rania Firdaus inilah yang menjadi pencetus kepada kegilaan aku membaca novel.

Masuk form 4 hinggalah form 5, minat membaca itu masih diteruskan, tapi tidak selincah sekarang. Yelah, walaupun masa form 4..(kitorang paggil tahun honeymoon) tapi tak ada lah sampai tiap2x hari nak baca novel sebab sibuk dengan aktiviti sekolah & kerja2x di rumah. Masa form 5 lak, time tu kan exam  SPM. Kenalah mengadap buku ilmiah sebanyak 10 subjek itu...( dulu aku budak sains, tapi bila masuk form 6 dah tukar aliran kemanusiaan lak)..cannot go with  pure science anymore!..
kalau tengok budak2 form 6 yang ambik aliran sains sekarang, kuantitinya amatlah sedikit..Orang yang betul2 tough je yang boleh hadapi kehidupan dengan senyuman.lol

Bila dah diisytiharkan bahawa peperiksaan SPM tamat dengan jayanya, time tulah semangat nak membaca novel itu kembali semula. Kalau pergi kedai buku je,mesti perkara pertama yang aku buat adalah menyinggahkan diri ke rak novel. Muka giler teruja tengok novel bersusun-susun atas rak. Rasa macam duduk dalam lautan buku. So heaven!...Kebanyakan info yang aku dapat kalau berkaitan dengan novel ini adalah melalui facebook. Terutama sekali daripada fanpage "Kelab Peminat Novel".

Dari hari ke hari, aku pun tahu lah selain daripada novel terbitan Alaf 21 & Buku Prima ada lagi  syarikat penerbitan novel yang baru tumbuh. Contohnya, Karyaseni, Kaki Novel, Jemari Seni, Siti Rosmizah Publication, PTS Publication, Fajar Pakeer, Lovenovel Publication, Idea Kreatif Publication dan banyak lagi. (tak tersebut dah kat sini). Semua novel yang diterbitkan sangatlah best!

Kalau semua nak tahu, kenalan-kenalan rapat yang aku berkawan dalam "facebook" (bagi yang mengenali diriku) semuanya dalam kalangan peminat tegar novel & novelis sendiri. Sampai kawan aku cakap, "betul ke mung kawan dengan penulis novel ni?"...(cakap trganu skit deh)...hehehe..Yelah, kalau dulu, kawan2x dalam muka buku, semuanya ahli keluarga & teman rapat kat sekolah. Kalau tak kenal, mmg tak akan approve jadi friends. (bukan nak sombong, tapi aku mmg tapis sesiapa yang nak jdi kawan dalam fb sebab kebanyakannya bukan nak bertegur sapa pun, cuma nak menjadi "stalker" yang tak bertauliah sahaja. Selepas berjinak-jinak dalam dunia novel & dan jumpa geng yang mempunyai minat yang sama, teruslah ada sedikit keberanian untuk berkawan dengan orang ramai.

Kenangan manis sepanjang bergelar peminat tegar novel?

Kalau nak diceritakan satu persatu, memanglah tak akan habis sampai esok. Diringkaskan sahaja lah ceritanya, aku pernah join Pertemuan Kasih Sayang Awak Suka Saya Tak di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai. Pertemuan ini diadakan oleh Penulis ASST iaitu Melur Jelita & admins grup ASST Hilman Yong & Intan Zulaikha ( sayangnya grup ini telah ditutup tapi semua kenangan semasa berada dalam grup ini akan tersemat dalam hati) Inilah first grup yang aku join di fb setelah meminati dunia novel.


Gambar ini dicilok daripada fb ibu Maizatul Azlina...hehehe

Saat itu lah aku dapat bersua muka dengan semua ahli grup ASST. Semuanya memang ramah tamah. Ada jugak yang tak sempat nak jumpa sebab lepas dinner malam tu, aku terus balik. Sempat berkampung dekat TER selama 2 hari sahaja. Sehari sebelum kedatangan ahli2 grup ini daripada seluruh Malaysia, aku dah terpacak di sana ditemani kakak2 dan adik2 manis kat sana. Dan Alhamdulillah, keluarga kecilku bersatu di sana. Ada Ibu Maizatul & family, kak Nia, kak Amoii, kak Intan, Adik sya, kak Shamin, kak Sham, kak Salwa, kak Azian, Kak Heny, kak Honet CT (yang banyak menolongku, sanggup ambik aku di simpang rumah, berhantar ke TER pulak utk aktiviti di sana...jasamu amat kukenang) & tak lupa kak Lina Abd Majid ( semata-mata nak balik rumah bersama-sama malam tu, kita dah buat pertemuan kat suatu tempat kan smbil makan ABC & brcerita pasal novel lagi dan lagi)..hehehe...sangatlah seronok time tu...
Untuk kak Maslina & mama Rogayah, kak Ann, kak Hayati, kak Azrien, kak Nursaliza & yang lain2x...  bila lah kita dapat berjumpa kan?..
Kalau ada nama yang tak ter"mention" olehku di sini, jangan ingat saya tak sayang anda, hanya Allah SWT yang tahu betapa saya amat seronok bertemu dan beramah mesra dengan ahli2 grup ASST yang dulu. Happy giler2x..Semoga jalinan ukhwah kita kekal selamanya. Sekarang, dah ada grup baru. Tempat ahli2 lama grup ASST yang dulu berkumpul semula. Kalau nak join boleh masuk grup "Kembali Terjalin". Lagi havoc kat sana tau...

Kenangan manis seterusnya pula iaitu penulis novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia, Zura Asyfar pm saya cakap nak datang rumah time raya tahun 2012. Memang ku tak percaya langsung dia nak datang rumah. Penulis ni pun asal terengganu. Masa tu, sangatlah teruja dapat jumpa kak Zura & siap mintak TT utk novel SSID. Kalau nak tahu lagi, SSID ni adalah novel adaptasi ke drama. Ditayangkan di slot Zehra TV3 dan episod akhirnya sebelum bulan ramadan menjelma. Sangatlah rindu nak tengok gelagat Izzue Islam sbgai Firash Arshad & Tiz Zaqyah sbgai Syafa Aqira. Tak pernah miss setiap episod. Ramai yang cakap bila sesuatu novel diadaptasi ke drama, terus jadi tak best! tapi bagi aku SSID novel vs SSID drama, dua2 ada keunikan tersendiri...sangatlag best!..Yelah, kita mana boleh ikut 100% dalam novel kalau nak buat drama. Kalau dah ikut flow cerita sikit2 tu, oklah. Asalkan tak jauh menyimpang. SSID is the best. Tahniah kak Zura Asyfar. Sangat seronok jumpa akak & saya akan menunggu novel kedua akak MDO itu diterbitkan pula..


Gambar yang diedit oleh Uncle Hussaini Ibrahim. Thank a lot uncle!

Seterusnya, sejak daripada keaktifan aku di fb & singgah di "teratak kasih sayang" penulis, banyak juga dapat hadiah2x daripada novelis. Ada tu aku ada jugak join2x contest yang dianjurkan oleh penulis and etc. Yang pasti, kalau dapat novel yg di sign oleh penulis sendiri, rasa satu kepuasan menjelma.

Koleksi novel dalam simpanan sekarang?

Koleksi novel yang ada denganku sekarang kalau dikira dah mencecah 112 buah. ( bakal bertambah dari semasa ke semasa nanti) Kebanyakan novel yang ada dibeli sendiri, ada juga yang bagi novel sebagai hadiah hari lahir, hadiah perkenalan dan sbagai hadiah kemenangan untuk sesuatu contest. Hadiah kasih sayang ada gak, daripada ibu Maizatul yang banyak sekali. Thank u so much ibu. Nanti dah kerja adik belanja ibu lak...hehehe

Pokok pangkalnya, hidup dalam dunia novel sangatlah "awesome" bagiku. Banyak benda yang aku terokai & banyak benda yang aku pelajari. Tak rugi pun baca novel, menambahkan ilmu adalah.

Sampai di sini sahaja saya berceloteh tentang dunia novelku ini, nanti saya cerita kriteria novel yang saya minati & banyak lagi. Semuanya mengenai novel. Wait & See ya. Kalau mood menulis menjelma, saya akan tulis. In shaa Allah...Salam sayang semua...

With Love,
Izzati Aisyah

14 comments:

  1. insyaAllah ada jodoh kita jumpa dik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, semoga suatu hari nanti kita akan berjumpa...

      siapakah gerangan yg menulis nie yer? adik x tahu kalau tak mention nama..btw, thank you sbb sudi baca dan singgah dekat blog adik...love u..:)

      Delete
  2. Sesuatu keajaiban yg terlalu istimewa kerana nvl kita dipertemukan. Keikhlasan ksh syg lbh mmbahagiakn..semoga terus kekal sehingga ke jannah...love from ibu Mai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebak baca ayat ibu Mai..yup, betul tu...kerana sebuah novel kita dipertemukan & smpai sekarang kita berteman kan ibu...in shaa Allah, semoga ikatan kita kekal selamanya....love u more, ibu...muahhsss

      Delete
  3. Alhamdulillah, DENGAN KASIH SAYANG ALLAH TIADA YANG MUSTAHIL.. siapa sangka kan,..Dengan izin NYA dan dengan kisah kasih sayang Hilman dan Intan,..kita bertemu,..kita berkongsi rasa, berkongsi suka duka. Walau pun x pernah bersua,.. kita punya rasa yang sama..Kasih Sayang kerana ALLAH..TQSM adik kecik,. semua kenangan indah itu terpahat dan terkunci dihati buat selamanya, hingga ke akhir waktu.. ONE FINE DAY, In Shaa ALLAH..JIKA PANJANG UMUR, JIKA MASIH BERKESEMPATAN,..kita akan bertemu... itulah INDAH NYA KASIH SAYANG kita yg x kita temui dimana2........ Nice Story, sebak membacanya.. Adik tetap di hati... million3 <3, ALL THE BEST for your future.......

    kak maslina aini mat saad

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebak jugak bila baca ayat kak Maslina..semoga kita dapat bertemu jua nanti ye kak..adik sayang akak selamanya..terima kasih atas sokongan dan doamu buat ku..love u a lots...muahhsss

      Delete
  4. Replies
    1. Semoga kasih sayang kita kekal selamanya, uncle..thanks for everything..;)

      Delete
  5. kenangan mengusik jiwa..kekeke...

    ReplyDelete
  6. In Shaa Allah andai di izinkan Allah 1 ari nanti kita dpt berjumpa ..... Wehi sgt nok jumpo adik tu dok blajar bahso ganu tp. x pandai2 lg pn. rohok sgt. hehe .Semoga kasih syg kita berkekalan hendaknya .Love U adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sapa nak belajor bahase ganu ye akak...in shaa Allah,...kita pasti akan jumpa jgak nnti..love u more...muahhss

      * siapakah gerangan kakak ye?..x bgitau nama, camne nak tahu..hehehe

      Delete
  7. hahaha bkn kakak tp mama. maaf lupa nk letak nama . Mama Rogayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...Mama rupanya...:)
      xpe Mama..kalau berjodoh kita jumpa juga..in shaa Allah..<3

      Delete