Saturday 1 February 2014

Pemenang "The Button Giveaway 2013"

Assalamualaikum,

Terasa lama dah tak menulis kat sini. Nak kata blog dah bersawang tak juga sebab ada je contest yang aku join. Maaf sebab banyak sangat entry contest dalam nie sebab idea untuk menulis cerita2 menarik macam dulu masih tiada. Takde yang menarik dalam hidup aku sekarang sebab aku "tanam anggur" je kat rumah sementara menanti result STPM keluar. Kalau pergi melancong or buat aktiviti yang boleh di share dengan pembaca, baru blog ini bernyawa sikit kot. Maafkan daku..hihihi

***

Hari ini aku nak berceloteh pasal GA yang aku masuk bulan 12 tahun lepas. Masih ingat lagi dengan GA ini : " The Button Giveaway 2013" ? Alhamdulillah, aku terpilih sebagai 30 orang yang bertuah untuk memenangi button badge yang cantik ini : Pengumuman : The Button Giveaway . No 134 adalah no bertuah saya. Terima kasih sis Yana. Kebetulan hadiah itu sampai ke rumah saya pada hari ini. Mula2 tu tak terfikir pula surat apa yang sampai pagi2 hari nie kan. Bila bukak sampul, tengok ada button badge yang cantik dan unik (bagi saya, orang lain tak tahu sebab cantik itu kan subjektif)...hihihi


Yeay! Terima kasih sekali lagi untuk sis Yana & juga penaja~

Sampai di sini sahaja entry untuk kali ini. Semoga jumpa lagi.

Blog sis Qaseh Cinta EkmalYana

Fanpage penaja

With Love,
Izzati Aisyah

2 comments: