Wednesday, 1 January 2014

2013 Dalam Kenangan, 2014 Capai Impian

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari baru untuk tahun yang baru. 1 Januari 2014. Permulaan tahun yang penuh impian berselang dengan debaran yang bakal menghiasi diriku. Semalam, 2013 dah melabuhkan tirainya.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua yang mengenali diri ini dan tentunya pembaca blog The Journey Of My Life. Terima kasih kerana sudi menjengah, baca & follow blog aku yang tak seberapa ini. Mana yang baik, ambik sebagai pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan. Marilah kita mulakan tahun ini dengan azam yang baru.

Impian aku untuk tahun ini :

1. Memulakan hari baru dengan menjadi seorang yang lebih matang. Kalau nak buat sesuatu tu harus fikir baik & buruknya dulu. Jangan pakat buat jer. Tahun lepas pun, sikap tu tak berubah jugak tapi in shaa Allah, tahun ini moga dipermudahkan utk berubah ke arah yang lebih baik.

2. Berjimat. Kalau tahun 2012 & 2013, aku nie gila2 sangat mengumpul novel tapi tahun nie akan dikurangkan tabiat itu. Dikurangkan ya, bukan berhenti terus. Kalau penulis favourite aku keluarkan novel2 baru tahun nie, wajib beli lah. Nanti terbakor lak hati dan perasaan. Aku pun mana leh kalau tak baca novel, rasa macam kurang something je nak buat time2 senggang.

3. Beli Laptop. Tak kira lah jenama apa asalkan aku boleh guna untuk buat assigment bila dah sambung belajar nanti. Bukan tak sayang dengan netbook yang sedia ada nie tapi terasa jugak nak guna yang baru. Kalau dapat result gempak, apalah salahnya aku membodek abang2 ku untuk belanja sebiji laptop...hahaha...tu pun kalau result, ok! Uwaa...harap2 rezeki untuk dapat result cemerlang berpihak kepadaku. Aminn...Kalau tak kena kumpul duit sendiri beli tapi jenuhlah nak mengumpul dari bulan nie. Rasa macam tak sempat je kalau RM50 sebulan...huhuhu...*berharap akan ade keajaiban

4. Dapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.

5. Dipermudahkan segala urusan untuk ke Universiti nanti. ( in shaa Allah, kalau ada rezeki)

( itu je dulu, kalau ada nanti, tambah lagi)

Debaran untuk tahun ini :

1. Menunggu result STPM yang entah bila akan keluar. Maklumlah, aku nie kan first batch untuk sistem modular STPM. Tunggu pengumuman daripada cikgu2 dan tengok kat tv jelah bila result akan keluar. Sangatlah cuak!

2. Kalau dah dapat result nanti, haruslah isi borang untuk kemasukan ke Uni kan? Debaran yang aku alami sekarang ialah, uni mana yang akan pilih aku untuk menjadi sebahagian daripadanya. Cuak jugak takut tak layak. Adik beradik di atas aku, ramai yang berjaya masuk Uni @ Maktab dan dapat kerjaya yang bagus jugak. Aku je tak tau lagi. Redha je lah..

Semoga impian aku akan tercapai & diberi kekuatan untuk mengatasi debaran yang menggila di dada ini. Harapanku untuk tahun ini juga adalah untuk menggembirakan hati semua orang yang menyayangi aku. Semoga diperkenankan, Ya Allah.

Happy New Year. Apa azam korang pula? Aku doakan semoga ianya tercapai tahun ini.....:)


Bye-bye 2013, Welcome 2.0.1.4

With Love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment