Saturday 14 April 2018

Novel oh Novel

Assalamualaikum,

Apa khabar semua pengunjung belog TJOML? Still remember me? Ahaks! Poyo je Zati ni. Ku doakanmoga korang sihat walafiat hendaknya. Hari ni ku nak membawang pasal novel. Majoriti kat sini memang dah tahu aku sejak tingkatan 3, right? (Kalau nak tahu macam mana aku minat novel boleh baca entry ni : Cerita Tentang Novel

Okey, mehlah aku nak membebel pasal novel. Ini pendapat aku sendiri dan tak bersangkut paut dengan sesiapa. Dan jangan cakap aku bias plak. Aku sokong semua penulis dalam industri novel ni. Ingat senang ke nak menulis? Komitmen kena tinggi, idea kena fresh (kena ikut kesesuaian masa kini), fakta yang disampaikan kena betul (kena rajin buat research) dan lain-lain lagi. Fuhh, kalau aku memang taklah nak menulis. Dulu memang berangan nak jadi penulis dan dah tulis dah satu mss ni tapi separuh jalan jelah... tak mampu nak habiskan..:P or dalam erti kata lain adalah kemalasan. Tak leh nak bagi komitmen 200% untuk menulis. huhuhu

So, kat sini aku just nak bercerita pasal pantang-larang aku kalau baca sesebuah novel. Aku bercakap secara random je tau. Takde niat nak nak buat penulis2 terasa ke apa. Just my honest opinion to share with you guys. Mata aku ni sejenis cepat 'tangkap' sesuatu. Nak-nak bila baca something berbentuk buku. Masa buat assignment pun sama. Nampak je benda alah tu. Tapi dalam bentuk hard copy lah. Kalau bentuk soft copy ni susah jugak nak detect. Kiranya, bila dah dicetak tu, nampak kesempurnaan satu naskah itu. Apakah benda alah ini? opkoslah TYPO. Ohmai! Benda yang aku paling tak suka bila ianya terjadi.

Ya, memang betul ada yang cakap, typo sikit2 tu takpelah, tak menganggu perjalanan cerita pun. (aku pun pernah cakap macam ni gak tapi jauh dari sudut hati aku, aku berharap bila dah masuk versi cetak, benda tulah perlu diberi perhatian lebih awal. Kita yang buat benda tu kan? Kadang2 penulis dah tulis baik2 tapi lepas editor dah edit, ada benda kena tukar, dan disebabkan nak kejar deadline, so kena rushing2 siapkan sampaikan tak sedar ada yang tersilap dalam mss yang kita tulis. Ya, tak dinafikan benda tu terjadi. Bagi aku, penulis sangat perlu main peranan. Kalau aku, aku seorang yang perfectionist, even nak up status fb, ig pun aku baca balik apa yang aku tulis. Dan jaranglah ada typo.

Sekarang kan dah nak masuk musim pesta buku yang bakal berlangsung di PWTC pada 27 April - 6 Mei. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). So, berlambaklah buku yang akan dikeluarkan oleh penerbit-penerbit. Dan hal ini akan menjadi masalah bagi aku kalau mss tu tak cek betul2. Sebab nak cepat2 hantar printing, sampai kesilapan teknikal seperti TYPO ni tak diambil perhatian. Sayang sangat.

Sebab tu sekarang, aku dah berhenti beli novel secara online. Jarang sangat dah. Kalau dulu rajin sangat memborong. Sampai ade novel yang tak leh dibaca sampai habis sebab tak kena dengan jiwa. Nampak tak pembaziran kat situ. Jadi, sekarang aku dah ambik langkah berjaga-jaga. Kalau korang nak tahu, aku dah stop beli buku beberapa penuls ni disebabkan lambakan typo. Korang ingat tak rugi ke duit beli mahal-mahal tapi kesilapan teknikal dalam tu banyak giler. I hate that! Sebab tu aku rasa, baik penulis peram lama-lama sikit (tapi janganlah sampai 2 tahun peram, aku bukan jenis penyabar gak...hahaha) Penulis kena ada beberapa orang advisor untuk bagi komen dekat korang punya penulisan. Jangan syok sendiri menulis. Mana tahu pendapat orang lain boleh mencambahkan idea yang sedia ada tu jadi lebih baik.



So, aku harap penulis-penulis semua, tulislah dengan baik. Baca banyak kali sikit. Nak-nak kalau buku keluaran LIMITED EDITION. Bagi aku buku LE ni fragile tau. Berharga giler. Jalan cerita pun kenalah gempak jugak. Kalau boleh tak nak ada typo satu pun. Tak rugi duit beli mahal-mahal. Dahlah sekarang ekonomi tak stabil. Sebab tu kalau boleh jagalah KUALITI novel yang korang nak keluarkan. Jangan nak berlumba-lumba terbitkan novel baru cepat2 kalau kualiti tak jaga. Maaf tau kalau ada yang terasa, tapi aku memang ikhlas cakap. Sayang sangat. Bagi aku, sebuah cerita yang lancar gaya penceritaannya bila takde satu pun kesilapan teknikal dalam novel tersebut. Ada sebuah novel yang aku baca dan tak jumpa sebarang typo pun iaitu PA UNTUK DIA, karya Syamnuriezmil. Serius aku tak jumpa langsung silap kat mana dalam novel tu. Jalan cerita sama ada best tak best tu belakang kira bagi aku. Yang penting kesempurnaan yang terdapat dalam novel. Baru timbul ketidaksabaran untuk habiskan novek tu smpai jumpa perkataan TAMAT.

Selain typo, kesilapan nama watak pun bagi aku tak boleh terjadi. Sebab tu jangan bagi nama watak tu panjang2 dan jangan serabutkan pembaca dengan lambakan watak-watak dalam sesebuah novel. Aku ni sejenis orang yang suka baca kisah hero dan heroin je. Watak sampingan tu bagi yang penting-penting dahlah. Yang berkaitan dengan hero dan heroin dan menghidupkan jalan penceritaan. Watak yang tak strong jangan letak. Nanti jadi pening nak baca. So penulis kena berpada-pada menulis. Jangan syok sendiri eh?

Satu lagi, research kena betul. Aku suka penulis yang rajin buat kajian dalam penulisan dia dan menulis mengikut pengalaman peribadi. Baru rasa cerita tu real dan jangan ingat pembaca tu kurang ilmu mengenai sesuatu perkara. Korang kena sedar bahawa pembaca novel ni universal. Semua bidang ada. Kalau nak kantoi pasal kesilapan fakta tu kejap je wahai penulis. Kena hati-hati tau!
Tulah yang aku nampak dan nak beri sedikit nasihat. Ya, aku tahu manusia tak perfect tapi kesilapan kita ni boleh diperbaiki. Ambiklah ikhtibar untuk baiki kesilapan dalam novel seterusnya, bukan tiap2 kali keluar novel, tiap2 kali tu jugak kesilapan yang sama berlaku. Tak syoklah kan? :)

Memandangkan aku ramai kenal penulis, aku nak ambil kesempatan untuk merakamkan ribuan terima kasih sebab dah menggembirakan hati aku dengan menulis cerita-cerita yang best. Aku suka sangat jadi pembaca novel dan dapat kenal penulis2 yang hebat ni. Korang kira bertuah tau, Allah swt bagi ilham yang tak putus2 dalam menulis sesebuah karya. Jadi gunalah kelebihan yang korang ada tu sebaiknya. Tulis yang baik-baik. Tulis yang cantik-cantik. Biar pembaca sayang dan nak beli novel korang.

Sampai di sini jelah aku membawang pasal novel. Baca dengan mata hati tau. Jangan rasa aku nak merendah-rendahkan korang sebagai penulis. Tapi nak suruh take noted je untuk perbaiki mutu penulisan jadi lebih baik. Aku ni bukan sesiapa aku tahu. Aku ni cuma seorang pembaca, tapi kalau kita sayangkan seseorang tu, mestilah kita tegur biar tak buat silap sokmo. Ye dok?

p/s : Sekarang dalam zon 'berdarah hidung' tengok cover-cover buku yang bakal keluar di PBAKL 2018. Aku rasa pesta buku kali ni lebih meriah sebab ramai penulis2 otai yang keluar buku baru. Rasa macam 'hidup' sangat PBAKL kali ni. Tapi sayangnya aku tak leh nak turun di PWTC kali ni. Mampu tengok posting geng2 novel yang lain di fb & ig jelah. Selamat berseronok pencinta buku semua!

With love,
Izzati Aisyah

No comments:

Post a Comment