Friday 23 August 2013

Taman Panorama

Assalamualaikum,

Ini cerita tahun lepas punya. Maklumlah dulu mana ada blog, so kalau nak berkongsi kisah dan meng "upload" gambar hanyalah di "mukabuku" semata-mata. Kadang-kadang terasa segan lak bila upload gambar sendiri. Ohh, saya memang pemalu skit. ( sila muntah kuning bila baca statement ini...:p) Ehh, sebenarnya salah satu fakta tentang diriku gak ye. Aku memang tak suka upload gambar sendiri kat fb. Kalau upload pun cuma bertahan 2 atau 3 hari sahaja. Lepas tu, gua-dah-masuk-zon-tak-selesa...terus delete atau privatekan gambar sendiri. Kalau gambar ramai2 dengan kawan, boleh dipertimbangkan la. Tak ada nak segan mana pun..:)

Since, dah ada blog sendiri, aku terlebih rajin plak meng"upload" gambar. Yelah, kalau dalam blog, takde lah terlalu "open" sangatlah sebab tak-akan-adanya-mereka2-yang-menjenguk-blog daku yang tidak seberapa ini tiap2 hari. Kalau dekat fb, bukak je wall orang, boleh je tengok gambar2 tu semua. Rasanya selamat kat blog lah kot. Melainkan aku ade stalker di blog sndiri....muahaha...

"Kepada sesiapa yang membaca blog saya ini, terima kasih banyak2 lah ye..tidak kira silent readers or not, anda tetap kesayangan saya. "

ok, selesai mukadimah...kembali kepada topik asal.

Tahun lepas, aku ada lah jugak menemani kakak iparku berjoging pada hujung minggu tapi bukan selalulah. Kalau rasa nak pergi, baru pergi. Aktiviti riadah di pagi Jumaat lah katakan. Kalau tak di taman, kami selalu berjoging di pantai mahupun di atas bukit yang boleh tahan tinggi iaitu Bukit Besar. Siapa yang duduk Terengganu kenallah tempat ini. Bila dah sampai ke puncak, kita dapat lihat perkataan " Allah Peliharakan Terengganu"...Aku pernah naik sekali je setakat ini, entah bila dapat daki bukit plak.


*Gambar ehsan: Pak cik Google

Hari tu, adik aku terlibat dalam kejohanan olahraga sekolah, so dia perlu melakukan training setiap petang. Salah satu tempat lain untuk diorang training selain di padang sekolah adalah di Taman Panorama. Seriously, aku suka sangat pemandangan indah kat sini. Ianya tidak setinggi  puncak pendakian ku di Bukit Besar. Maksudnya, tak ada lah penat mana bila berjoging kat sini sebab kawasan dia tidak terlalu curam dan berliku-liku. Mari kita layan gambar yang jelah ye..:)


Ini gambar pertama yang diambil sementelah separuh perjalanan mendaki Taman Panorama ini. Sebuah menara yang di bina untuk menyaksikan keindahan Kuala Terengganu.




Ini pula taman permainan untuk kanak-kanak. Yelah, kalau ada yang datang berjoging bawak pulak anak-anak kecil, tak kan nak bawak sampai kat atas puncak pulak kan? larat ke budak-budak tu? so, bolehlah berhenti bermain kat sini jelah ye adik2 sementara menunggu mak-ayah diorang selesai berjoging...hehehe..




Sampai ke puncak jugak akhirnya...hehehe

Seterusnya, kalau nak tahu dekat Taman Panorama ini juga ada disediakan restoran dan tempat untuk bersantai tapi sampai sekarang tak buka-buka lagi. Entah bila akan dibuka pun tak tahu lah. Buat masa sekarang taman ini menjadi tumpuan untuk warga Terengganu untuk berjoging sambil menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah SWT . Kalau dari atas puncak, kita akan lihat seluruh panorama Bandaraya Kuala Terengganu tau..sila teruja..hehehe



Pemandangan sekitar Kuala Terengganu



*peace~ Simbol terujaa..hehehe

ok, setakat ini sahajalah perkongsian untuk hari ini. Kalau datang Kuala Terengganu nanti, boleh lah nak beriadah kat sini sebentar. Bagi saya tempat ini best, tapi masing2 ada citarasa sendiri kan. Lihat dan rasai sendiri keindahannya, baru boleh bagi pendapat...hehehe

With Love,
Izzati Aisyah

P/s: Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Taman Panorama ini, boleh lah melayari laman web di bawah ini :

http://www.backpackingmalaysia.com/things-to-do/taman-panorama/kuala-terengganu



Keterujaan setelah turun dari puncak Taman Panorama...Yeahhh!

2 comments:

  1. Hmm bestnya... bila la dpt sampai ke terengganu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..akak...nnti kalau ada rezeki, dapatlah akak datang Terengganu ye...nnti boleh jumpa...:)

      * jeles sangat akak boleh jumpa akak Iman a.k.a Evelyn Rose kelmarin..uwaa..untunglah akak..hopefully zati pun dapat jumpa kak Iman nnti..:)

      Delete